Teman, Beritahulah...Lelaki Dan Perempuan Itu..

Assalamualaikum

Teman....
Beritahu pada LELAKI itu...
Dirinya ibarat batu... 
Disentuh terasa kasar, Dibaling memantul, Dipukul pecah. 
Beritahu pada lelaki itu... 
Jaga “IMAN”, jaga "TAQWA" 
Kerana harga diri terletaknya di situ. 
Jangan meluru ikut “TELUNJUK NAFSU”, 
Sesekali TERSILAP LANGKAH, 
Rosaklah insan yang sepatutnya dipimpin itu. 
Beritahu pada lelaki itu simpan “SECEBIS MALU” 
Kerana lelaki itu adalah IMAM iaitu pemimpin kepada ••
► Diri, Keluarga, Masyarakat, Negara malah Keturunannya.


Teman...
Beritahu pada PEREMPUAN itu..
Dirinya ibarat kaca... 
Disentuh Terguris, Dihantuk serpih, Dihempap berkecai. 
Beritahu pada perempuan itu... 
jaga "TINGKAH LAKU", jaga "PAKAIAN". 
Kerana HARGA DIRI letaknya di situ. 
Jangan meluru ikut "TELUNJUK NAFSU", 
Sesekali "TERSILAP LANGKAH", 
Akan di hukum selamanya, keturunan dicerca payah. 
Dimana dan dalam keadaan macam mana pun, biar orang kenal ••
► Dia orang ISLAM 

Semakin Banyak Bersyukur, Semakin Banyak Menerima

Assalamualaikum


Bersyukurlah kita dengan apa yang ada,
Bersyukurlah kita, dengan pemberianNYA,
Bersyukurlah kita dengan nikmat-nikmat dariNYA,
Bersyukurlah kita, kerana masih diberi nyawa untuk hari ini,
Bersyukurlah kita dengan kehidupan kita kini,
Bersyukurlah kita dengan sahabat-sahabat yang selalu mengingatkan ke arah kebaikkan
DAN...
Kami bersyukur dilahirkan sebagai umatMU YA ALLAH..

 ‎" Ingatlah kamu semua kepadaKU supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu kufur." ( QS Al-Baqarah : 152 )

Gembirakan Hatimu

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur pada Ilahi, dapat lagi berbicara disini. Bagaimana ya khabarnya sahabat-sahabat semua. KY kat sini Alhamdulillah...sihat-sihat aja. Bagaimana dengan sambutan lebaran? meriah takkkk...KY sambut dengan sederhana saja.

Sebelum tu, KY nak ucapkan terima kasih banyak-banyak, pada u olls semua, yang sudi singgah kat sini. Lama jugakkan KY menyepi..hihihi...raya katakan hahaaa...KY pun tak ada apa nak cerita ni..Apa-apa pun InsyaAllah...nantikan kemunculan KY kat blog u olls, dah banyak ketinggalan cerita-cerita menarik kan?


Sebelum KY mengundur diri, KY ada pesanan buat kita renungkan bersama...

Melalui kejadian-kejadian yang tidak menyenangkan
itulah yang mengajar kita tentang nilai satu nikmat.

Janganlah menjadikan kesusahan dan kesedihan
kita sebagai hal yang penting untuk diperkatakan.
kerana dengan berbuat begitu,
bermakna kita telah menjadikan hal tersebut,
sebagai penghalang untuk mencapai kebahagiaan.

JANGANLAH MUDAH BERPUTUS ASA DAN BERHENTI BERJUANG.
CERIAKAN HARI INI DENGAN SENYUMAN.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum

Bulan Ramadhan bulan yang dinanti,
Selama sebulan kita menjalani,
Mencari amalan yang lebih untuk bekalan diri,
Semoga semuanya diberkati Ilahi.

Pergi ke bandar dengan Bonda,
Terjumpa pula jiran lama,
Persiapan raya bagaimana,
Sudah siap semuanya?


Petang-petang ke bazar Ramadhan,
Mencari juadah berbuka puasa,
KY disini mohon kemaafan,
Andai ada tersilap bicara.

Andai ada salah dan silap,
Jangan disimpan di dalam hati,
KY juga ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Maaf andai KY belum sempat nak singgah, ke blog u olls. Biasalah sibuk sikit...InsyaAllah...kita bertemu di bulan Syawal nanti ok...Thanks, Bye..bye..muuahhhh...hihi

Bagaimana HATI Dan JIWA, Bila Melihat Gambar Ini?

Assalamualaikum

Apa khabar HATI dan JIWA sahabat semua hari ini...Sedikit perkongsian KY ingin kongsikan.
Apa perasaan HATI dan JIWA kalian melihat gambar ini?
Kenapa masih ada manusia yan sanggup melakukannya?
Apa lagi kalau di BULAN MULIA ini...



Hati Mana Tak Meronta...
Jiwa Mana Tak Tersentuh...
Bila Melihat Bayi Ini...
Di Perlakukan  Begini?

Andai kita melakukan satu kesilapan dalam hidup,
Jangan lakukan lagi kasalahan, dengan membuang mereka.

Anak itu anugerah Ilahi,
Anak ini amanah Allah buat kita,
Lakukan yang terbaik untuk mereka,
Membesar dan mendidik mereka,
Itu tanggungjawab kita...

Berikan Saja Senyuman

Assalamualaikum

Senyumlah sementara berpeluang untuk memberikannya..
Agar bisa menceriakan juga membahagiakan insan2 disamping kita..
Dengan senyuman bisa menghindar pertelingkahan antara kita..
Juga bisa merapatkan ukhuwah antara kita..

Janganlah disimpan senyumannya..
Hanya kerana pernah ada silap antara kita..
Mungkin saja kamu perlukan masa untuk memahami semuanya..
Namun berikan saja senyumannya..


InsyaAllah dengan itu pasti bisa melembutkan hati kita..
Juga agar tidak punya sesal antara kita..
Kerana terlewat atau tidak berpeluang lagi memberikannya..
Jadi SENYUMLAH seceria sang suria..

Yakinlah.... InsyaAllah senyumku ini sentiasa ada..
Selama ianya untuk meraih redha juga rahmat Allah Ta'ala..
Yakinlah senyuman yang indah dari hati yang bahagia..
InsyaAllah ianya pasti membahagiakan tiap hati yang melihatnya..
InsyaAllah.. InsyaAllah.. InsyaAllah..

Sebaik-Baik Hadiah Adalah Doa

Assalamualaikum

Hal yang manis itu adalah,
Ketika dua insan saling merindu,
Namun tidak berkomunikasi.
Tetapi keduanya saling mendoakan,
Di dalam sujudnya masing-masing.

BEGITU JUGA SEANDAINYA...


Bila kita tak dapat meraih cinta orang yang kita cintai ,
Maka raihlah dia di dalam bait-bait doa kita juga ..
Kerana...
Allah itu maha mendengar ..
Dan...
 Sebaik-baik hadiah adalah doa .. 



Saat Hati Berkata..

Assalamualaikum



Saat hati berkata "INGIN", namun qadar Allah berkata "TUNGGU".
Saat air mata "MENITIS", namun qadar Allah berkata "TERSENYUMLAH".
Saat segalanya terasa "MEMBOSANKAN", namun qadar Allah berkata "TERUSLAH MELANGKAH".
Kita merancang sesuatu, ALLAH juga merancang sesuatu yang dirahsiakanNYA buat kita.
Namun, Rancangan ALLAH itu LEBIH baik, yang PALING baik dan yang TERBAIK daripada rancangan kita. Kerana ALLAHU Yaa 'Aliimu Yaa HAKAM (Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Menetapkan)

Jadi, kita sebagai hambaNYA, Jangan pernah PROTES atau PUTUS ASA. Yakinlah. ALLAH ada untukku, untukmu, dan untuk kita semua. InsyaAllah