Jangan Diingat Kisah Lalu

Bismilahirrahmanirrahim
Assalamualaikum



Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. 

Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. 

Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. 

Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. 

Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

Nak Jadi Menarik, Perlu Seksi Ke?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Apa yang kita tahu, sekarang ini, ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan badan yang cantik, terutama sekali perempuan kan? Bila dah punya badan cantik, mulalah nak pakai seksi-seksi...itu KY tak nafi...susah jugakan, kalau punya badan cantikkkk.....

Perlukah jadi seksi? Atas pemahaman kita semua ni, KY rasa ramai yang mentafsirkan seksi adalah mendedahkan tubuh badan yang menjadi perhatian orang ramai...fahamkan...malah untuk membuat orang berpandangan bahawa dia kelihatan menarik...Tengok saja sekarang, banyak fesyen pakaian yang mengikut bentuk badan supaya ianya kelihatan menarik kan kan ....

manis dan sopan je kan? inilah pilihan kita


Kata Dato' Dr.Fazilah Kamsah, "Kita tidak perlu jadi seksi supaya kelihatan menarik. Tubuh mereka adalah modal supaya menjadi menarik. Dengan mendedahkan bahagian tertentu pada tubuh mereka, dengan tujuan orang melihat dia seorang yang 'MENARIK'. Sehingga akhirnya dia tidak sedar semua itu hanyalah sekadar menjadi modalnya untuk dihumban ke dalam api neraka."

KY nak tanya u olls, ada tak 'MENARIK' yang menyelamatkan kita daripada api neraka? Semoga kita tidak tergolong diantaranya. Kita pasti sedar bahawa itu bukanlah sesuatu yang baik buat kehidupan kita DISINI apatah lagi kehidupan kita DISANA. Wallahualam..


Lelaki,,, Kamu Memang...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Seorang lelaki yang sukar difahami..
Jika kamu melayannya dengan baik...
Dia fikir kamu jatuh cinta padanya...
Tetapi.... Jika tidak....
Kamu akan dikata sombong...

Seorang lelaki yang sukar difahami...
Jika kamu berpakaian cantik...
Dia fikir kamu cuba mengodanya...
Tetapi....Jika tidak...
Katanya kamu kampungan..


Seorang lelaki yang sukar difahami...
Jika kamu lebih pandai darinya...
Akan jatuhlah air mukanya...
Tetapi...Jika dia lebih pandai...
Dia kata..dia yang paling hebat.

Seorang lelaki yang sukar difahami...
Jika kamu tidak cinta padanya...
Dia akan cuba mendapatkanmu...
Tetapi....Jika kamu mencintainya...
Dia akan cuba meninggalkanmu.

Lelaki ini sukar difahami...
Jika kamu langgar janji kamu...
Dia kata...kamu tak boleh dipercayai...
Tetapi...Jika dia yang mungkir janji...
Katanya...dia lakukan kerana terpaksa.

Aaahhhh,,,lelaki...
Kamu memang sukar difahami.

Ada yang terkena ke?? hahahaaaa...apa-apa pun jadilah yang terbaik dari yang terbaik...InsyaAllah. Dan yang paling penting jadilah diri sendiri. Puisi ni hanya suka-suka aja...

Takut Melihat Remaja Sekarang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Kalau dilihat perkembangan dunia kita sekarang sememangnya membanggakan kan? KY pun bersyukur kerana dilahirkan di bumi Allah yang aman damai ini. Namun ada segelintir manusia yang terlalu taksub akan keduniaan. Semoga kita tidak tergolong dalam manusia itu..InsyaAllah..

Semalam KY terjumpa beberapa berita di akbar, tentang wanita. Terkejut sekejap KY. Rupanya masih ada lagi wanita-wanita yang mudah ditipu? Ditipu teman lalaki. Salah siapa??? Boleh ke kita salahkan mereka (lelaki)100%? tidakkan? kerana itu juga kekhilafan dan kesempatan yang kita relakan.

Cuba u alls baca kes ini dulu Dibelasah teman lelaki Nigeria


Dan satu lagi Mangsa rogol teman lelaki.

Kita bangga ye punya teman lelaki? Dengan mudahnya kita mengikut kemahuan mereka, kesana kemari, tapi bila berlaku sesuatu yang tidak diingini, ibu bapa dan masyarakat juga yang kita cari, tapi sewaktu diambang keasyikan, lupa mereka...tapi itu tak apa lagi, yang paling mengerunkan, lupa pada Allah dan Rasulullah....Allahhu akbar....

KY takut lihat remaja sekarang, dengan pergaulan bebasnya. KY juga pernah mengalami alam keremajaan, tapi rasanya, masih mampu berfikir, mana baik dan buruk, kita diajar, dididik dari hari pertama kita lahir. kitakan diberi akal..gunakanlah..Kita inikan orang melayu, beragama Islam lagi, kemana kita tinggalkan ajaran-ajaran Rasulullah saw? bila ada yang menghina Islam kita marah, padahal, kita sendiri yang menjatuhkan nilai-nilai Islam...Nauzubillah...

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Surah Al-Israk: ayat 32)


Sabda Rasulullah s.a.w
"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)





Terima Kasih Sayang


Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Genap 3 bulan usia Ilhamku Disini hari ini. (24-09-2012). Macam-macam ragam teman yang KY jumpa. dan ada juga yang dah lama KY mengenali. Ok, KY nak tanya pada u alls, bukannn..., lebih kepada diri sendirilah..hihihi.....soalan biasa untuk blogger, KENAPA BERBLOG? SERONOK KE? Eeemmmm....KY ni seorang yang suka membaca, tak kisahlah apa ceritanya, suatu hari KY usha-usha kat google, terjumpalah logo ini 

Kerana KY seorang yang suka ambil tahu, akhirnya terlahirlah blog KY sendiri. Bila dah ada blog, terfikir pulak, apa nak buat dengan blog niiii....usha lagi sampailah jumpa blog-blog otai...oooo...baru tahu, blog ini umpama diary harian kita, cuma ia bukanlah rahsia hahaaaa....

Ilhamku Disini
Terima Kasih Sayang, kalau tetap dihatiku

Seronok ke berblog? Seronok sangat, walaupun tak boleh nak chat, macam kat fb tu, tapi pada KY blog ni, lebih hebat dan lebih memberi kepuasan. Pandangan u alls macam mana pulak?

Untuk pengetahuan teman-teman, jangan salah faham tentang tema blog ini, ini bukan blog berunsur keagamaan sangat. KY ni bukan pandai sangat pun, nak berbicara tentang agama, cuma apa yang pernah KY postkan, adalah lebih kepada luahan dari hati...hati seorang insan yang masih tercari-cari jalan kesempurnaan hidup. Dan terima kasih pada  Abd. Razak (KY lebih suka panggil ustaz) yang banyak memberi kesedaran dan pengetahuan melalui blog beliau dan terima kasih juga sebab selalu singgah ke sini.

Buat teman-teman yang lain, yang sentiasa setia berkunjung ke sini, jasa kalian KY hargai, dan terima kasih juga buat sahabat-sahabat dari seberang (indonesia), kerana sudi jejak blog KY yang tak seberapa ini. Dan KY berharap ukhwah yang terjalin disini, kekal selamanya...InsyaAllah...Sayang u alls s, mmmuuuaaahhh.....

Hidup Sekali Biar Bererti

Assalamualaikum
Bismillahirahmanirrahim

Anakku...Hidup Sekali Biar Bererti, adalah sebuah buku hasil tulisan Anwar Nursi. KY rasa buku ini sangat bagus untuk remaja dalam memotivasikan diri mengejar cita-cita.

REMAJA yang hebat ialah apabila tidak gentar berhadapan dengan belenggu masalah atau cabaran yang mendatang ketika mencipta impian. Namun, jika gagal ia tidak menjadi halangan untuk meneruskan impian yang dicita-citakan. Pepatah Melayu mengatakan, ‘Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.’ Pepatah Arab pula mengatakan ‘Man jadda wa jada’, siapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.

Anakku Hidup Sekali Biar Bererti


Berusahalah anakanda... walau apa jua cita-citamu, ayahanda dan bonda sentiasa mendoakan. Terfikirkah kita tentang kehidupan jika tiada cita-cita? Agaknya di mana kita akan tinggal? Apa pula pekerjaan kita suatu hari kelak? Bukalah mata dan luaskan pandangan mata hati. Lihatlah keadaan mereka yang tiada cita-cita dalam kehidupan. Mereka akan menyesal selama-lamanya dan terpaksa mengharungi masa depan yang suram.

Dunia hari ini terlalu mencabar dan banyak rintangan yang perlu dilalui. Hanya mereka yang kuat iman dan takwa sahaja akan berjaya mengharungi mehnah mendatang.

"Kemiskinan dan kekurangan harta tidak boleh dijadikan alasan untuk malas berusaha. Berusahalah Anakku... walau apa jua cita-citamu, ayahanda dan bonda sentiasa mendoakan. Terfikirkah kita tentang kehidupan jika tiada cita-cita? Agaknya di mana kita akan tinggal? Apa pula pekerjaan kita suatu hari kelak? Bukalah mata dan luaskan pandangan mata hati. Lihatlah keadaan mereka yang tiada cita-cita dalam kehidupan. Mereka akan menyesal selama-lamanya dan terpaksa mengharungi masa depan yang suram." (dipetik dr sini)






Awas: Beberapa Jenis Mi Yang Tak Boleh Dimakan

Assalamualaikum

Siapa suka makan mi? Pasti semua sukakan? Mana ada yang tak suka makan mi...nak-nak yang duduk jauh dari keluargakan? Save bajet katakan. KY pun suka...KY suka mi basah, sedapppp...tapi KY tahu, mi apa yang paling popular dikalangan kita terutama yang bernama students...eeemmmmm....
v
v
v
v


Betulkannnn????? Tapi bukan semua mi boleh dimakan, ada juga yang memang tak boleh dimakan. Nak tahu, meh KY bagitahu....



MI-MI YANG TAK BOLEH DIMAKAN ADALAH......

MI-nyak petrol

MI-sai (kumis)

MI-num racun

MI-isteri orang

MI-nal aidil wal fa izin

Betul tak? Mi-mi ini kalau dimakan memang akan memudaratkan kesihatan, Jadi berwaspadalah. Jaga pemakanan harian kita, jangan sampai kita menyesal nanti. Mentang-mentanglah lapar, semua nakkkk...eehhhmmmmmm......

P/S: semalam entri beremosi sikitkan? hari ni, kita santai-santai happykan minda, hari-hari beremosi tak bagus juga untuk kesihatan...ye kan? Kalau ada yang nak tambah..silalah...

Astagfirullah.....Bayi Dicampak Dari Tingkat Tiga

Assalamualaikum

Hari tu KY ada post entri berkaitan pembuangan bayi disini dan disini. Hari ni, ada lagi kes pembuangan bayi, tapi yang ini lebih kejam...nak tahu baca dulu...



PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat itu. Klik untuk baca selanjutnya


Dah baca? Astagfirullah..alazim, kenapalah manusia sekarang terlalu zalim, zalim dengan bayi yang masih mentah dan tak tahu apa-apa. Salah bayi itukah ianya dilahirkan ke dunia, kemahuan diakah untuk lahir kedunia? Allah hu akbar, tak sanggup hati ini melihat keadaan ini. 

Bilakah akan berakhir hal-hal sebegini. Mahu salahkan siapa? Mahu salahkan ibu bapa kerana tidak mendidik anak-anak dengan betul? Kenapa nak salahlah mereka, mana ada ibu bapa yang mahukan anak-anaknya menjadi manusia yang tak berguna. Kita di beri akal fikiran, lalu kenapa kita sanggup melakukan hal yang dilarang? Sedarlah wahai insan, hidup kita hanya sementara, berbuatlah untuk kebaikkan, jangan jadikan dunia segalanya buat kita....

"Hati adalah raja segalanya, jagalah hati kita, sentiasa sihat dan putih, jangan jadikan hati kita hitam, kerna itu akan menghitamkan kehidupan kita sendiri. Ya Allah...kuatkanlah hati hambaMU, untuk terus bersamaMU...Aamiin"

Jadikanlah ini sebagai pengajaran buat kita, jangan pernah buat kesilapan dan terus membuat kesilapan. Kembalilah pasa sang PENCIPTA.

p/s: maaf sedikit emosi

Kisah Berkat Membaca Bismillah


Assalamualaikum



Hari ni, KY ada satu cerita nak di kongsi bersama. Sebelum KY teruskan baca dulu kisahnya ini....

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah s.w.t. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Subhanallah....Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Lihatlah teman-teman, seandainya kita sentiasa mencintai dan melakukan suruhan Allah, Allah takkan pernah mengecewakan kita. Semoga kita mendapat ikhtibar dari cerita ini...InsyaAllah

Hati Itu Bukan Milik Kita

Assalamualaikum

"Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai.
Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki.
Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai.
Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah.
 Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang,
Tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang.
Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah,
Yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai?


Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah.
Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah,
kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan,
 Kepada kita pada setiap hembusan nafas,
Pada setiap detik kehidupan yang kita lalui.
Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita,
Kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?"

Taubat Seorang Hamba

Assalamualaikum


Apa khabar sahabat KY semua, entri kali ini, tak ada apa sebenarnya. Kadang-kadang otak jadi buntu dan idea pun entah kemana. Apa kata kali ini kita santai-santaikan minda sambil dengar lagu...

Mungkin sahabat-sahabat dari seberang (Indonesia) ada yang pernah dengar atau mungkin dah biasa dengar. Buat pengetahuan sahabat dari seberang, kalau lagu-lagu sana, dah cukup popular di sini. Jadi apa salahnya sahabat-sahabat di sana sesekali dengar lagu dari sini pula kan? Lagu yang KY nak kongsi kali ini adalah...

TAUBAT SEORANG HAMBA

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...



Kasih Suami: Inilah Kasih Sejati

Assalamualaikum

Tadi KY baca akbar, terjumpa pula satu kita yang paling jarang kita dengar, dan terlintas difikiran, masih adakah  insan sebegini??? Inilahkan, dinamakan cinta sejati, walaupun susah apa lagi senang tetap bersama..Saat KY membacanya, cukup menyetuh hati...Semoga Allah mengurniakan kita juga seorang suami yang penuh dengan kasih sayang dan bertanggungjawab, Aamiin....

Abil-Fauziah


SHAH ALAM - Pengorbanan Abil Fikri Ahmad, yang berhenti kerja untuk menjaga isterinya sejak lebih setahun lalu, mendapat perhatian orang ramai dan turut menerima sokongan moral, dengan ada yang menyifatkan sebagai "cinta murni sebenar."

Ada pembaca yang menyifatkan sukar untuk mencari suami sedemikian buat masa sekarang.

Isteri Abil Fikri, Fauziah Muhamad, 38, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.

Abil Fikri, bekas perunding kewangan dan speaker motivasi, membuat keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat selama 11 tahun sebaik mengetahui tentang keadaan isterinya itu. Baca selanjutnya

Sahabat Sejati

Assalamualaikum

Seperti berlian dari gunung,
kulit-kulit kerang dilaut.
persahabatan adalah abadi.
Persahabatan adalah anugerah,
hadiah terbaik dari Tuhan.

Persahabatan tidak dapat di nilai dengan wang atau harta,
persahabatan seperti matahari,
memberi kehangatan pada semua orang.
Persahabatan meningkatkan,
kebahagiaan dan kebaikkan bersama,
itulah makna SEBUAH PERSAHABATAN.

Sahabat adalah orang yang melengkapi kita,
sahabat memahami keterbatasan kita,
sahabat tidak memandang asal usul,
itulah erti SEORANG SAHABAT.


Betapa sedihnya bila kita tidak memiliki seorang sahabat yang mahu mendengar setiap curahan hati kita baik suka atau pun duka. Tetapi alangkah bahagianya bila kita memiliki sahabat dan dapat menjalin persahabatan dengan sesiapa sahaja. Dunia terasa indah dengan kehadiran sahabat-sahabat itu.

Kita tahu ada seorang sahabat sejati yang sentiasa bersedia menerima kita apa adanya dan mendengar setiap keluhan kita ( Allah s.w.t. )

Atas Nama Cinta

Assalamualaikum

Atas nama cinta kita dilahirkan...
Atas nama cinta dua hati disatukan...
Atas nama cinta lembaran baru dibentangkan...
Atas nama cinta kita nampak jalan kehidupan..
DAN....
Atas nama cinta.....
Engkau dan aku disatukan...



Tapi jangan pernah kamu tutup hatimu..
Karena didalamnya pasti ada aku

Catatan Hati: Apakah Ada DIA

Assalamualaikum



Saat kita kecewa, kita ingat DIA,
Saat kita susah, kita ingat DIA,
Saat kita dilanda, masalah kita ingat DIA,
Saat kita ditimpa musibah, kita ingat DIA,
Boleh dikatakan, saat kita menerima sesuatu yang tidak kita inginkan,
Kita pasti ingat DIA..
TAPI...
Disaat kita dalam limpahan kebahagian,
Apakah ada DIA diingatan?

Catatan Rindu: Kau Sentiasa Di Hati

Assalamualaikum


Rindu menerjah dalam hati, 
Pada mereka yang sangat ku sayangi,
Yang sudah lama meninggalkanku,
Namun mereka sentiasa dihati...
Al-fatihah buat Ayahda dan Bonda


Ingatlah sahabat, hargailah mereka, kerana mereka kita disini. Bagi yang masih punya orang tua, jangan sesekali abaikan, jangan pula kita merasa kehilangan dan menyesal apabila mereka sudah tiada...