Adakah Kita Makhluk Yang Suka Mengeluh?

بسم الله الرحمن الرحيم


Pernah tak kita menilai diri sendiri? Berapa kali kita mengeluh dalam sehari? Mengapa dan kenapa ini terjadi ? dan apakah puncanya? Percaya atau tidak, kita sentiasa mengeluh atas perkara kecil atau besar. Kalau panas, kita nak suruh hujan, bila dah diturunkan hujan, eeeemmmm...masih mengeluh...

Orang selalu juga kata, hidup ini TERLALU sukar, betullah KY pun percaya, tetapi..itu kalau kita yang menyukarkannya, kan??? Biasalah kalau ujian dan dugaan datang, itu semua untuk memperkuatkan lagi diri kita, supaya kita tidak menganggap hidup ini tidak TERLALU mudah.


Walaupun kita hidup di dunia ini, sudah cukup semuanya, tapi masih saja mengeluh, kalau macam tu, bagaimana hati kita nak merasa tenang dan puas kan? Cuba u alls amati firman Allah ini..

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut.Apabila dia di timpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikkan dia amat kedekut? (al-Ma'arij)

Disaat hidup kita tidak seperti kita impikan, adakah kita akan menyalahkanNYA? adakah kita akan mengadu pada manusia tentang hal ini? kerana kita fikir kita lebih bijak dan adil? Adakah kita nak menghakimi Allah? Astagfirullah al'azim....Ingatlah sebaik-baik hakim, dia adalah Allah swt.

"Bukankah Allah adalah hakim yang sebaik-baiknya (paling adil)? (at-Tiin)

Sahabat dan teman.....Sekiranya dengan sindiranNYA, kita masih tidak merasa malu, maka pada sindiran siapa lagi kita patut malu? Bagaimanakah kita akan menyedari kekurangan dan segera memperbaiki diri? Sebenarnya keadaan kita yang suka mengeluh itu, tidak akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Sama-samalah kita muhasabah diri...Wallahualam

Pesanan Ummi Untuk Anak Gadisnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Ibu...Ibu...Engkaulah Ratu Hatiku...Bila Ku Berduka Engkau Hiburkan Selalu....KY suka dengar lagu ni, apalagi di saat minum susu heeee....KY minum susu lagi tahu, susu untuk menguatkan tulang hahaaaa...

Ibu...ada yang panggi Mak, Mama, Mami, Bonda, Ummi dan banyak lagilah...yang pasti dia tetap orang yang banyak berjaya kepada kita. Syurga itukan dibawah telapak kaki ibu...terutama bagi anak lelaki, kemana pun dia pergi, ibu adalah insan yang paling atas...

KY tahu semua orang sayang Ibu...tapi ada juga yang sanggup buang ibu hanya kerana seorang wanita yang baru dikenali dan dicintai. Tapi harus diingat semua itu tak berbaloi kerana perbuatan itu pasti akan dibalas nanti...

Di sini KY nak sampaikan pesan Ummi, Ibu, Mak....buat anak gadisnya....

V

V

V

V

V

V

V

V


Tuhan mengasihi setiap titisan airmatamu.
Tuhan memberkati setiap keringat dari tubuhmu.
Tuhan merahmati setiap jejak tapak kakimu.
Tuhan mencatat kebaikan dalam setiap hembusan nafasmu

Siapakah yang mencintaiku dan akan mencintaiku selamanya? Dengan cinta yang tak mungkin lenyap oleh kesulitan, penderitaan dan kejahatan yang kuperbuat? Ketahuilah orang itu adalah engkau, IBU

Wahai teman-temanku kaum hawa, ingatlah pesanan itu, InsyaAllah....kita pasti akan menemui kebahagian di di Dunia dan di Akhirat....Aamiin

p/s: pada teman2 yg KY belum sempat terjah, sabar ye, InsyaAllah...KY pasti singgah

Suka Membaca? Jommmm....


Bismillahirrahmanirrahim

Masih belum terlewat untuk KY ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, kepada teman-teman KY di sini, dan terima kasih juga pada yang telah berikan ucapan pada KY...Alhamdulillah...kesihatan KY sudah beransur pulih dan bolehlah KY menulis kembali...biasalah musim-musim macam ni..kesihatan tak stabil heeeee....

Tapikan? ada juga kebaikkan di sebalik semua ini, nak tahu apa? KY lebih banyak masa untuk membaca. biasanya masa untuk membaca, tak terlalu banyak. U alls suka membaca? KY memang suka, tapikannnn...kalau KY membaca, baru masuk setengah muka surat pertama, aduuhh...mata dah mula layu..last-last, buku tu yang tengok KY bukan KY dah hehehhe...

Disini KY nak kongsikan buku yang terbaru KY beli, KY beli dengan rakan fb, secara onlinelah...nak tengok...jom


Buku ini dari penulis yang sama iaitu Syed Alwi Alatas. ketiga-tiga buku ini, berkisarkan tentang kehidupan harian kita, jadi tak salah kalau kita baca dan ambil ikhtibar...Apa-apa pun, hadapi hidup ini dengan SENYUMAN...jom baca sama-sama

Dan satu lagi, KY sempat khatam setengah artikel yang KY copy dari teman blogger, KY ini, kalau ada artikel yang menarik dan boleh di buat rujukan, KY pasti copy dan simpan..ada masa terluang KY akan geledah semua dan cuba menghayati dah fahami isi-isinya...nak tahu juga ke? Jom


Ini adalah antara artikel dari rakan blogger Ustaz Abd. Razak. Bukan dari ustaz saja, dari rakan blogger lain pun ada, tersimpan rapi dalam fail...tapi belum khatam lagi heheheee....Oklah, itu je yang KY nak kongsikan untuk kali ini....Siapa suka membaca angkat tangannnnn....

Benarlah pepatah melayu mengatakan, Membaca Jambatan Ilmu. Wahai teman-temanku, janganlah malas membaca, kita inikan kurang ilmu, katanya mahu maju, jadi jommm...semaikan sifat membaca dalam diri.

Thank You Friends

Bismillahirrahmanirrahim

Kata orang, bila kita bertemu dengan sahabat yang baik, jangan lepaskannya, teruskan bersahabat,
Kata orang lagi, sahabat sejati adalah bagaikan titisan embun sejuk yang jatuh membasahi kegersangan hati hingga mampu menyuburkan seluruh taman sanubari,
Dan kata mereka lagi, sahabat ada dikala suka duka..saling nasihat menasihati dan saling ingat mengingatkan.
Dan KY ingin katakan pada kalian semua.....


Teman yang bertahta dihatiku bukanlah yang aku khaskan ciri-cirinya agar sempurna segala-galanya dimata. Tetapi Teman yang kuhargai dan kusayangi yang bertahta dihatiku adalah yang dirinya berjiwa hamba kepada Ilahi, kerana sifat kehambaannya itu umpama takzirah bergerak yang selalu mengingatkanku padaNya. Sahabat..kamu membuat hatiku tak upaya melupakanmu.

Aku Akan Terus Belajar

Bismillahirrahmanirrahim

Sebelum KY mulakan, KY nak ucapakan terima kasih pada sahabat KY dari seberang, Reo Adam, nak tahu kenapa, sebab sudi beri anugerah untuk KY. Anugerah Best Friends lagi...terima kasih ye Reo, KY dah letak kat tepi tu...Oklah...kita ke tajuk utama....(mcm baca beritalah pulak hehehe)


Aku Akan Terus Belajar

Aku sarungkan  tudungku hingga terasa damai hati ini,
Aku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku,
Aku lakukan semua ini demi cintaku padaMU Ya Allah,
Dan ku bisikkan kedalam hatiku,
Semoga ENGKAU Redha melihat perubahanku.

Seandainya semua orang memahami,
Yang cantik luaran bukanlah ukuran,
Tetapi cantik hati itulah yang memikat semua orang,
Dan yang utama berbudi pekerti seperti yang Rasulullah saw contohkan.

Aku seorang muslimah yang masih harus belajar, 
Belajar tentang agama yang disampaikan Rasulullah saw,
Belajar tentang tata cara kehidupan,
Sehingga kudapati keindahan dalam Hablu MinaAllah dan Hablu Minannas.

Dan Aku akan masih terus belajar,
Belajar untuk menjadi orang yang sabar,
Belajar menjadi orang yang ikhlas,
Dan belajar untuk selalu bersyukur..
Sebagai bekal untuk kebahagiaan di masa depan,..

" Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah" (HR. MUSLIM)

Cuma Mahu Sampaikan Pesan Abah

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini baru ada kesempatan nak menulis lagi...tapi tak ada apa-apa yang menarik cuma nak sampaikan pesan ABAH

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V


Mempunyai anak yang soleh adalah impian ibu bapa. Mereka telah banyak berkorban untuk kita, bolehkah kita memenuhi impian mereka pula???

Itu Kata Orang, Kata Anda Bagaimana?

Bismillahirrahmanirrahim


Sebelum KY mulakan bicara disini, KY mohon maaf sebab kurang berkunjung ke blog u alls, sibuk sikit minggu ini, InsyaAllah...nanti bila dah kelapangan KY terjah semua ok..Smileeee....

Eeeemmmm...u alls suka tak dengar KATA ORANG? Ada kalanya kata orang itu betul dan ada kalanya tidak jugakan? Cuba u alls dengar kata-kata ini...


Orang selalu kata nak taubat tunggu ikhlas.
Orang selalu juga kata nak taubat bila sampai masanya.
Dan..
Orang selalu kata nak taubat bila dah tua.

Persoalannya , sempatkah menunggu sehingga waktu itu?

Itu orang yang kata..bukan KY yang kata ok...hehehe..Pendapat u alls macam mana? Betul ke kata mereka ini? Tepuk dada tanya hati, tanya jiwa dan tanya iman  u alls...

"Bertaubatlah di setiap masa ... sebelum tiba nyawamu di kerongkong"

Semoga kita selalu Istiqamah dalam melaksanakan tuntutan Allah...Jangan suatu hari nanti kerana kelekaan kita, kita menyesal selamanya...Kerana kita HIDUP CUMA SEKALI.

Tips untuk mendapat pasangan

Bismillahirrahmanirrahim

Ada yang tengah bercinta atau yang tengah mencari-cari pasangan hidup? apa??? oooo...ramainya hahaha... Nak cari pasangan hidup bukan senangkan? Masih ingat entri semalam, tentang pesan Nabi SAW..itulah cinta yang kita mahukan ye dak..Oklah..

Hari ini, KY nak bagi tips sikit kat u alls yang tengah mencari-cari jejaka idaman dan wanita impian. Sebenarnya tips ni dari Dato' Fazilah Kamsah..nak tahu takkk...okkk...jommmm


Tips 1 >>> Semua orang ada jodoh ataupun pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari kita. Jarang orang bertemu jodoh yang berada jauh darinya. u all suka ke bertemu dengan orang jauh, KY tak suka, dekat-dekat je lah, tak payah gaduh-gaduh balik kampung bila raya...hehehhe tapi apa nak buat kalau dah di tentukan, terima sajalah...

Tips 2 >>> Jodoh itu ketentuan Tuhan dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh berserta tawakal, dengan izin Tuhan kita akan bertemu pasangan kita. Minta pada Tuhan cepat-cepat temukan jodoh kita hahaaaa...(bagi yg belum bertemu jodoh)

Tips 3 >>> Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga kita bertemu jodoh. haaa...mana boleh putus asa, kalau putus asa nanti u all tak kawin tahu...hehehe

Tips 4 >>> Daya tarikan yang sebenar berpusat dari hati yang murni. Berusahalah mencuci hati daripada semua perasaan yang negetif terhadap semua orang. Ini paling penting, bukan luaran je jadi tarikan..

Tips 5 >>> Supaya mudah di sayangi, cuci hati dengan menjaga ibadah, solat taubat, memaaf, bersedekah dan berfikiran positif. Ini lagi penting..KY pun nak kena selalu buat supaya Allah sayangkan kita ..

Tips 6 >>> Bagi lelaki, tarikan pertama adalah pakaiannya dan bagi wanita pula wajah dan bentuk badan. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan kita. Ini tarikan luaran, u alls suka ke lelaki selekeh? eeemmm...KY tak suka, walaupun tak hensem sangat paling penting bersih dan kemas...kaum lelaki kena jaga penampilan okkk...hihihi

Buat kaum wanita pula, jagalah badan, biar nampak kemas dan cantik, tapi jangan pulak kalau body dah cantik dan slim, u alls pakai seksi-seksi pulak..tak baik tau, aurat kena jaga....

Tips 7 >>> Buka hati dan minda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta. Yang pernah kecewa tu, tak payahlah kecewa sangat, mungkin dia bukan jodoh kita...cari je yang lain hahaaa...

Tips 8 >>> Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik perlu disegerakan. haaa...yang ini masalah besar, kalau dah suka cakap je lah, tangguh-tangguh kan dah terlepas...tapi kalau wanita, janganlah buat macam tu, malulahhh...

Tips 9 >>> Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan. Maksud mesra kat sini, bukan yang aneh-aneh tu..kih kihhh....

Tips 10 >>> Berbual dengan pasangan. Tahu apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Yang ini semua orang kena ambil tahu..

Tips 11 >>> Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru perhebatkan hubungan mata. Haaa...yang ini KY tak tahu, boleh atau tidak, u alls boleh buat?

Tips 12 >>> Seimbangkan hidup kita dengan sempurna supaya diri kita menjadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan kita. Cari apa keistimewaan kita yang boleh menjadi penarik bagi hati si dia untuk terus mencintai kita...

Ok itu saja...Pasangan sejati adalah pasangan yang sanggup menghadapi cabaran dan dugaan dalam menghadapi kehidupan bersama. Kenalilah pasangan kita melalui hati dan peribadinya.

Ingatlah Pesan Nabi SAW

Bismillahirrahmanirrahim

Kalau kita cakap pasal jodoh ni, pastilah kita tahu, semua itu urusan Tuhan, DIA yang menentukan segalanya, dan kita? berusaha mendapat yang terbaik. Dalam dunia yang serba maju ni, bukan senang nak cari lelaki yang benar-benar yang boleh dijadikan suami kan?

Tanggungjawab suami ini besar, dalam mendidik isteri dan anak-anak. Itukan bekal untuk kita diakhirat nanti..Doa isteri dan anak-anak yang soleh....eeemmm...untuk mendapat cinta syurga, bukan senang....pasti kita mahu cinta kita akan kekal abadi hingga ke SANA. Jadi dengan itu ingatlah pesan Nabi SAW kita...Baginda berpesan....


Setiap manusia akan berhimpun di akhirat bersama dengan orang yang dicintainya. Andai cinta itu berlabuh kepada pewaris neraka, maka kita akan berhimpun bersama dengannya di Neraka Jahanam. Nauzubilah! 
DAN
Andai cinta kita berlabuh kepada pewaris Syurga Firdaus, pasti kita akan berhimpun bersamanya di dalam Syurga abadi. InsyaAllah.

Dari Sujud Ke Sujud

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Dah hampir hujung minggu..masa untuk berehat sambil mendengar lagu hehehe..Lagu KY minggu iniii...kali ini KY pilih lagu dari jiran seberang kita...KY suka sangat lagu ni, sinetron dia lagilah KY suka, sebab ada hero dan heroin yang KY suka berlakon dalam tu eehhhmmm.....nak tahu siapa...



Sekarang tengah menunggu tayangan di astro sinerton Dalam Migrab Cinta..Bilalah nak tayang..hihiihi apa-apa pun layan je lagu ni...ook

Dari Sujud Ke Sujud

Bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan
Sesuatu yang indah terlahir dari rasa
Dan rasa itu karunia Ilahi (dari sujud ke sujud)

Bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku
Semua rasa itu malu rasa bahagia
Takut dan cemburu pun karunia Ilahi

Dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
Dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
Dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

Bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan
Sesuatu yang indah terlahir dari rasa
Dan rasa itu karunia Ilahi

Bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku
Semua rasa itu malu rasa bahagia
Takut dan cemburu pun karunia Ilahi

Dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
Dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
Dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

Dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
Dari sujud ke sujud



Kesilapan Kita Menutup Pintu Hatinya

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah? 

Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. 
Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. 

Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian…

Kalian Tahu Ada Lagu Di Syurga?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Semalam tengah-tengah KY membaca buku, di dalam itu ada satu hadis yang sangat menarik perhatian KY. U alls nak tahu, cuba u alls baca..


"Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebatang sungai yang sama panjangnya dengan syurga sendiri. Di kedua-dua belah tebing sungai itu ada anak-anak yang berdiri secara berhadapan sambil menyanyikan lagu yang sangat merdu yang belum pernah didengar oleh seluruh umat manusia dan di dalam syurga itu pun belum pernah dilihat keadaan indah seperti itu."

Lalu ada orang bertanyakan kepada Abu Hurairah r.a, "Bagaimana senikata lagu merdu itu? Maka jawab Abu Hurairah, "Senikatanya ialah (InsyaAllah), tasbih, tahmid, taqdis dan puji-pujian kepada Allah SWT." (Riwayat al- Baihagi)

Bagaimana? indah tak lagunya? Kita pasti tak sangka rupanya ada lagu juga disyurgakan? Begitu indah dan merdunya lagu-lagu disyurga...Subhanallah. Lagu kita di dunia hebat-hebat tak? ada yang hebat jugakan? dapat anugerah lagi, tapi mana boleh lawan dengan lagu-lagu diri syurgakan?

Jadi apa yang harus kita lakukan? Eeeemmmm....betul tu, kita kena perbanyakkan dan selalu mengalunkan lagu-lagu dari syurga Allah...Wallahualam..

Usah Pernah Takut Dan Ragu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Ada sesetenggah kita kan? takut melakukan sesuatu atau lebih tepat kita katakan, ragu-ragu. walaupun hal itu mungkin melibatkan masa depan kita. Mungkin KY juga termasuk golongan itu. Kalau nak buat sesuatu selalu berfikir panjang. memanglahkan...kena fikir panjang, masalahnya, bila dah terlalu panjang akhirnya tak jadi...kerana apa? kerana takut dan ragu-ragu.

U alls macam tu tak? kalau u alls ada sikap begitu, cepat-cepat buangkan, kerana sikap itu akan membuatkan kita takkan pernah kedepan dan berjaya. Dan satu yang harus u alls tahu, setiap kita diberi kehebatan masing-masing...kan?


Sebenarnya Anda lebih berani dari yang anda duga, lebih kuat dari yang anda tahu, dan lebih pintar dari yang anda kira, namun itu semua tersembunyi dibalik dinding tipis yang bernama keraguan

Ini Baru Dikatakan Cinta Sejatikan?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Ini baru dikatakan cinta sejatikan? Bersama dalam susah dan senang, Bersama hingga ke hujung usia dan InsyaAllah...semoga terus bersama hingga ke SANA..Aamiin



Tak salah hati ini memilihmu sebagai hati yg pantas untuk memiliki cinta ini, kerana hanya dirimulah yg mampu memberikan bahagia yang ku cari

Kau Sahabat Kaulah Teman


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Apa khabar sahabat-sahabat KY, semoga semuanya sihat. Hari ini KY tak nak tulis entri, tapi nak kongsi lagu. Lagu pilihan KY kali ini, tentang sahabat. Seorang sahabat yang hadir dalam hidup kita adalah anugerah terindah, Ada 2 kategeri sahabat, ada sahabat yang membawa kebaikkan dan ada yang membawa keburukan..

Untuk mendapat sahabat yang baik, bukan senang. Cuba tanya pada diri kita sendiri, adakah kita sudah menjadi sahabat yang baik pada sahabat kita? Pada sahabat yang telah kembali kerahmatullah, Al-Fatihah, semoga kalian ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh..Aamiin...Jom dengar lagu pilihan KY kali ini...


KAU SAHABAT KAU TEMAN

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus )
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati






Rahsia Dan Impian Seorang Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Setiap hari kita sentiasa bercerita tentang wanita. Tentang wanita solehah, wanita muslimah, tentang impian wanita kan?, kita jarang dengar kisah lelaki, bukan tak ada, ada, tantang lelaki soleh, lelaki maskulin..hahaaa..tapi jarang kita dengar tentang impian lelaki kan? Jadi hari ini, KY nak ajak semua rakan KY menyelidiki dan mengetahui apa impian seorang lelaki. Nak tahu..jom sama-sama kita bongkar rahsia seorang lelaki....



Impianku adalah ingin menjadi pemuda yang beriman, Disaluti rasa gerun dan takwa kepada Allah, Jiwaku penuh penghayatan dan keyakinan terhadap Islam, Solatku lambang maruah diriku, Ilmu sentiasa diburu, disebar dan diimarah, Sentiasa lapar dan dahaga akan pahala, Sentiasa bersama mujahid yang berjuang fisabilillah, Tidak takut berkata benar, Tidak pernah gentar melawan nafsu.

Impianku adalah menjadi pemuda yang menjaga tutur katanya, Tidak bermegah dengan ilmu di dada, Tidak menyombong dengan harta dunia yang dianugerahkan, Sentiasa berbuat kebajikan kerana mengejar sikap pemurah, Mempunyai sahabat yang sentiasa bertambah.

Impianku adalah menjadi pemuda yang menghormati ibu dan ayah, Sentiasa berbakti kepada keluarga dan masyarakat, Memimpin dan menjaga kerukunan rumah tangga, Mendidik dan menyerapkan peradaban Islam ke dalam jiwa iateri tercinta dan anak-anak tersayang, Hidupku penuh kesederhanaan, Kerana dunia bagiku ialah rumah sementara dalam menuju akhirat hakiki.

Impianku adalah menjadi pemuda sentiasa bersedia menjadi iman, Hidup dibawah naungan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW, Mudah diajak berbincang dan bicara, Sentiasa menundukkan pandangan, Sujudku membuahkan rasa hina diri sebagai hamba, Tulus ikhlas mengharapkan rahmat Allah.

Impianku adalah menjadi pemuda yang tidak terlena dengan hambatan dunia, Kerana daku mengimpikan Syurga Firdausi, Disitulah rumahku kekal abadi, Dan aku ingin membawanya bersama! SIAPAKAH DIA?

Kaabah Enggan Bergerak Ke Syurga

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman dah Mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang surga tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi  neraka menuju ke syurga  bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, ia pasti akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang khafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah  yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah itu tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya. Lalu malaikai mengumpulkan semua yang pernah tawaf mengelilingi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tidak mahu bergerak. Kaabah menajawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak perduli orang itu berdosa atau tidak, yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diringi oleh semua orang yang pernah tawaf disekelilingnya. Malaikat mengadu  kepada Allah tentang hal yang berlaku... Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju syurga..

Subhanallah....KY harap perkongsian ini memberi sedikit manfaat buat kita semua..InsyaAllah..wallahualam

Sumber : Risalah Jumaat Rakan Masjid Al-Sollehin edisi ke10