5 Syarat Buat Maksiat Yang Ok!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam buat semua sahabat KY. U alls terkejut tak tengok tajuk diatas? Jangan panik ok..heehehe.. Ok KY nak cerita satu kesah pada u alls, Kisahnya begini...


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham dan berkata, "Wahai Abu Ishaq, selama ini aku gemar bermaksiat, tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima 5 perkara dan mampu melakukannya, nescaya kemaksiatan tidak akan mengalahkanmu."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Katakanlah wahai Abu Ishaq apakah itu?"


1) Ibrahim berkata, "Pertama, jika kamu hendak melakukan maksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNYA."

Lelaki itu berkata, "Dari mana aku mahu makan sedangkan semua yang ada di bumi ini rezekiNYA?"

"Ya!!" tegas Ibrahim, "Wahai saudara, apakah patut kamu memakan rezekiNYA, pada masa yang sama kamu berbuat maksiat kepadaNYA?

Lelaki itu menjawab, "Tidak!!!!"

2) "Kalau kamu melakukan maksiat, jangan tinggal di bumiNYA." Syarat kedua ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim berkata kepadanya lagi, Wahai saudara, apakah patut kamu memakan rezekiNYA dan tinggal di bumi NYA?, sedangkan kamu melakukan maksiat kepadaNYA?

"Ya!!, engkau benar" kata lelaki itu.

3) "Kalau kamu masih hendak melakukan maksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat melihat olehNYA!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan lalu berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Tidak mungkin...DIA Maha Mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi."

Kata Ibrahim, "Ya!!! kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?
Lelaki itu berkata, "Ya!!!, engkau benar."

4) "Kalau malaikat maut datanghendak mencabut nyawamu, katakanlah kepadanya, 'Tangguhkan dulu ajalku, aku masih mahu bertaubat dan belakukan amal soleh'"

Kemudia lelaki itu mengelengkan kepala dan berkata, "Dia tidak akan menerimanya"

"Wahai saudara, jika kamu tidak berkuasa menolak malaikat maut supaya kamu boleh bertaubat dan tidak boleh menangguh ajalmu, lalu bagaimana kamu boleh selamat?"

5) Dan yang terakhir, kata Ibrahim, "Jika malaikat Zabaniyah a.s datang hendak mengiringimu ke neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Abu Ishaq, sudah pasti malaikat itu tidak akan membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran, "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." Katanya sambil teresak-esak..

U alls dah tahukan, 5 maksiat yang ok. Dari pandangan u alls, macam mana? ok tak? Cuba bagi pendapat u alls, dan KY harap dari cerita ini kita kena banyak memperbaiki diri, ingatlah tiada apa pun yang dapat di sembunyikan dari Allah...

Suburkan Hati Dengan Rasa Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم


Hamka menulis "Akal itu diisi dengan ilmu, manakala hati diisi dengan agama". Jadi bekas bagi mengisi agama ke dalam hati adalah 'cinta'.

Cinta juga dikatakan makanan bagi hati, santapan bagi jiwa dan ubat penenang hati. Cinta juga boleh diibaratkan  jiwa bagi kehidupan. Bagaimana caranya kita hendak menguruskan hati dengan baik. Hati perlu disuburkan dengan cinta. Cinta yang subur membuahkan rindu. Rindu itulah yang menjadi magnet yang kuat bagi mempertemukan sang pencinta dengan cintanya.


Tapi harus diingat, hati-hati dengan cinta. Cinta itu boleh jadi madu dan racun pada kita. Cinta dapat mendorong kita kepada kebaikkan serta keindahan dan juga dapat menjerumuskan kita kearah kehinaan. Setiap orang pasti akan merasai kewujudan cinta dalam hatinya kecuali orang yang mati hatinya. Ramai orang cinta kepada kekasih, kuasa, wang, nama dan sebagainya.

Namun orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial menyalurkan rasa cinta kepada saluran yang baik, iaitu CINTA KEPADA TUHAN, cinta utama yang tiada duanya. CINTA KEPADA RASUL, adalah contoh cinta terbaik. CINTA KEPADA IBUBAPA, orang yang melahirkan, membesarkan dan mendidik kita dan CINTA KEPADA UMMAH, cinta teragung kepada masyarakat.

Induvidu yang mempunyai kebijaksanaan emosi, kemahiran berbual, kemahiran bersosial dan kecantikan dalaman lebih mudah didampingi dan diterima masyarakat, berbanding mereka yang sekadar cantik dan tampan pada fizikal sahaja. Itulah yang dimaksudkan dengan Kecantikan dan ketampanan sosial. Sama-samalah kita suburkan hati dengan cinta yang tulus ikhlas.

Kenapa Kita Diuji?

بسم الله الرحمن الرحيم

Wahhh...lamanya rasa tak mengup-date blog, padahal baru beberapa hari, gitulah kalau dah mula terjerumus dalam dunia blog, rasa tak lengkap sehari tanpa online heeee, bukan apa kalau lama tak on blog, banyaklah cerita-cerita menarik yang tertinggal, eeemmm...dah berkurang ilmu kan? Itulah yang dinamakan ujian hidup kan? Bercakap tentang ujian, KY nak tanya kat u alls , Kenapa Kita Diuji?


Bila kita diuji apa yang biasa kita lakukan? Bersabar...bersabar atas apa yang Allah timpakan ke atas kita, kerana disebalik perihnya rasa ujian dan musibah itu, terdapat banyak hikmah yang penuh dengan kebaikkan. Dan kita juga perlu yakin, yang apa yang Allah timpakan ke atas kita adalah sesuatu yang telah ditetapkan dan tertulis di Luh Mahfuz.

Kita tidak perlu mempertikaikan dan jauh sekali menyalahkan Allah...Seperti kata baginda Rasulullah saw, "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikkan keatasnya, Allah akan menimpakan musibah kepadanya." Riwayat Bukhari)

Hidup ini bagaikan roda berputar dan berputar, ujian itu akan menguatkan lagi iman dan takwa. Sentiasa bermuhasabah diri dan percaya Allah, kerana DIA sentiasa sayang pada kita. Hadapilah hari-hari dalam kehidupan kita dengan sabar, tabah dan senyuman yang manis...kerana kebahagian itu pasti akan datang seperti datangnya pelangi setelah hujan..

Perkara Ajaib Yang Tersembunyi Di Minda

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini ada sesuatu yang istimewa yang KY nak kongsi dengan u alls, tentang minda. Setuju tak jika KY katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda kita? Tak percaya?? Ok...jom selami bersama KY...



1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila kitasentiasa memikirkan tentang kenyang, kita tidak akan lapar. Buktinya apabila kita menjalani ibadah puasa, kita tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi kita tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi kita sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila kita tidak lansung memikirkan tentang penat, kita akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila kita mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, kita akan benar-benar malas dan boring. Maka jika kita ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan kita apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila kita mengingat seseorang, dan jika ingatan kita itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, kita sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Kita mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan kita terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang kita. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu kita terkenangkan seseorang yang telah lama kita tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang kita dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada kita.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah kita apabila kita membenci seseorang, kita sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap kita. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang kita benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan kita marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika kita mahu mengawalnya. Jika kita memang tidak mahu marah kita tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Kita mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yang erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-NYA. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”.

Jom..Perbaiki Akhlak Dan Peribadi

بسم الله الرحمن الرحيم

Masih belum terlewat untuk KY ucapkan Salam Maal Hijrah 1434 H buat semua teman-teman blogger KY, semoga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati Allah swt. aamiin..Sempena tahun baru penghijrahan kita, apa kata kita sama-sama memperbaiki akhlak dan peribadi kita? Bolehkan??? Okkk...u alls tahu...

Ketinggian darjat seseorang dinilai daripada kualiti akhlaknya, bahkan tahap keimanan juga diukur daripada sudut akhlak. Walau sedalam manapun ilmu agama seseorang, sehebat apapun ibadahnya ataupun sehebat mana pengakuannya mengenai kekuatan iman yang dimiliki, semua itu tidak mampu memberi jaminan.


Sabda Rasulullah saw, "Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling baik akhlaknya" (Riwayat At-Tabrani)

Sebaliknya kayu ukur yang paling sempurna bagi menilai kemuliaan seseorang adalah berdasarkan kualiti akhlak mahmudah. Nilai-nilai akhlak sudah ditanamkan oleh Allah s.w.t. ke dalam jiwa manusia sejak kita lahir lagi. Oleh itu, sebelum kita melangkah jauh kehadapan, marilah sama-sama kita perbaiki akhlak dan peribadi kita sebaik mungkin. Jangan sampai akhlak dan peribadi buruk kita mempengaruhi masa depan kita.

Jommmm...Sama-sama kita pertingkatkan peribadi, supaya  dikasihi Allah s.w.t. InsyaAllah...Aamiin..

3 Hari Dalam Hidup

بسم الله الرحمن الرحيم


Kata Imam Hasan Al Bashri dunia terbahagia kepada 3:

Pertama: Hari kelmarin yang sudah kita lalui dan segala apa yang terjadi tidak boleh terulang kembali...

kedua: Esok hari yang mungkin tidak akan kita temui

ketiga: Hari ini, milik kita. kerjalah sesuatu yang kita mampu dan jalani dengan sebaik mungkin...


Pelajarilah sesuatu dari hidup kita. Sesuatu yang mampu mengubah hidup kita ke arah yang benar...Setiap hari kita dalam pengawasan Allah SWT dan pastikan kita sentiasa berada di atas jalan kebaikan. Ini sangat penting agar kita tidak meniti di jalan yang salah sehingga terperosok jauh ke jurang kesalahan. 

Ya Allah....
Kurniakanlah anugerah cahayaMu..
Agar ku pecahkan buih-buih kehidupan..
Yang sering membadai jiwa..
Dengan penuh rasa syukur dan rehda..
Menjadi selendang kasihku
Agar aku terus mencintaiMu

Antara Wanita Dunia VS Bidadari Syurga

بسم الله الرحمن الرحيم

KY nak cerita sedikit tentang WANITA. Wanita?????Asyik-asyik wanitakan..nak buat macam mana, admin blog pun wanita yeeee..tentang Wanita Dunia vs Bidadari Syurga. Kalian tahu...

U alls tahu wanita dunia ketika memasuki syurga mereka mampu mengalahkan kejelitaan para bidadari syurga..u alls nak tahu siapakah wanita dunia itu? Mereka adalah Wanita Solehah..

Aisyah r.a berkata :
"Wanita-wanita solehah akan berkata kepada bidadari syurga..kami melakukan solat sedangkan kamu tidak, kami berpuasa sedangkan kamu tidak..kami bersedekah sedangkan kamu tidak, kami wanita solehah di dunia mengalahkan bidadari syurga.."

Inilah yang menyebabkan para bidadari di syurga cemburu. Tentu u alls selalu mendengar ungkapan ini..dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..di dunia lagi para bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat kelak bidadari sudi menjadi khadamnya....Eeemmm...hebatkan wanita dunia.


Wanita solehah adalah Wanita Terbilang,
Hatinya sentiasa Tabah dan Cekal, 
Sifat-sifat Mahmudah sentiasa menghiasi dirinya..
Nur muslimah terpancar pada Raut Wajahnya, 
Allah dan Rasulullah sentiasa Ditaati..

Ibu Bapa sentiasa di hormati, 
Sentiasa Beristiqamah dalam hati..
AL-Quran dan AS Sunnah menjadi pedoman dan ikutan..
Bidadari syurga amat mencemburui mereka, 
Bidadari Tunduk kepada mereka..
Indahnya menjadi wanita solehah.

Kecantikan Bermula Dari Hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu, eeemmm....memang tak boleh dipisahkan. Mungkin KY pun begitu...hehehe mungkinnnnn....dan ada juga sesetengah orang berfikir, kecantikkan itu secara luaran sahaja. Salahkan? Kita harus ingat, kecantikkan bukan terletak pada paras rupa atau kosmetik yang digunakan. Kecantikkan begitu adalah bersifat sementara saja. Kecantikkan yang abadi sebenarnya datangnya dari HATI. Hati yan baik dan murni mampu menjadikan kita kelihatan cantik. U alls nak tahu bagaimana caranya? Jom KY beritahu...


Amalan Mencantikkan Hati:

1) Solat = Solat adalah tian agama dan kunci segala kebaikkan. Ia wajib dilakukan dan dipelajari. Dengan melakukan solat, kita akan lebih terasa dekat dengan Allah. InsyaAllah...

2) Membaca Al-Quran = Al-Quran adalah kita yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw untuk menjadi panduan dan ikutan seluruh umat Islam. Klau kita rajin membacanya dan menjadikan ia sebagai teman sejati, InsyaAllah...kita dapat menghindarkan kita dari perasaan gelisah, sakir malah dari pelbagai masalah.

3) Berdoa = Selalulah berdoa kepada Allah swt. Mohon kepada Allah supaya kita dikurniakan sifat-sifat yang baik dan menjauhkan kita dari segala kemungkaran yang mampu merosakkan dan mengotorkan hati.

4) Taat Kepada Ibu Bapa =  Kita juga harus sentiasa mendengar dan taat kepada ibu bapa, selagi ianya tidak bertentangan dengan agama kita wajib menurutinya. Jangan sesekali menderhaka kepada mereka kerana ia amat dimurkai Allah swt.

5) Ikhlas = Ini lagi satu, untuk mendapat hati yang cantik, kita harus bersikap ikhlas dalam setiap perbuatan. Jangan melakukan semata-mata kerana ganjaran atau pujian. Klau tidak semua itu hanyalah sia-sia belaka dan tidak mendapat ganjaran dan pahala dari Allah swt.

6) Tidak Berdendam =  Sifat ini yang patut kita jauhi. Dendam ini akan membuatkan hati kita gelap dan mudah dihasut syaitan. Apa yang kita perlu lakukan bersabar dengan apa yan terjadi dan terima dengan hari yang terbuka. Dengan itu kita akan kelihatan lebih tenang, cantik dan dihormati. Boleh kita lakukan? InsyaAllah..

7) Elakkan Mengumpat = Orang cakap, kerana mulut badan binasakan? Berhati-hatilah bila bercakap, keran tersilap cakap ia akan menjadi fitnah. Ianya juga boleh mengeruhkan hubungan kita antara sesama. Klau kita nak tegur seseorang , gunalah cara berhemah, seperti lemah lembut agar tidak menyinggung hati orang itu..

8) Pemaaf = Walaupun sukar, kita harus belajar menjadi pemaaf. Sesungguhnya kemaafan yan diberi mampu mencuci hati, membersihkan wajah dan diberi kemuliaan oleh Allah swt.

Oklah itu je lah yang KY dapat kongsikan. U alls tahu, dari perbuatan diatas, kesannya sangat positif di hati kita , antaranya kita akan...

<3 lebih dekat dengan Allah
<3 disenangi dan disukai orang
<3 mendapat lebih ketenangan
<3 dimurahkan rezeki
<3 mempunyai ramai kawan
<3 sentiasa ceria dan gembira

"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta kamu tetapi DIA melihat hati dan amalan kamu" (HR Muslim)

Surat Untuk Cikgu Tersayang

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekolah dah hampit kepenghujungnyakan? sempena itu KY nak tanya U alls pernah tak tulis surat untuk cikgu. Secara jujurnya KY tak pernah tulis...untuk apalah nak tulis surat...buat malu je..bahasa malaysia pun tunggang langgang...hehehee...tapi KY nak ajak u alls baca surat ni..hati-hati tau kalau baca...dan kalau ada cikgu yang terbaca surat ni...minta maaf banyak-banyak ye cikguuu...hhiihiii


Cikgu....

Kami....

Ponteng sekolah bukan apa....Cuma nak meringankan beban cikgu.

Mewarnakan rambut pun....Saja je nak test cikgu ada tak yang buta warna.

Merayau kat sekolah cuma...Nak tengok je ada tak kes pergaduhan berlaku di sekeliling.

Conteng meja hanya untuk....Memupuk bakat kesenian yang tersembunyi.

Gaduh sebab nak....Menegakkan keadilan.

Tak siap kerja sekolah sebab.....saja nak menguji kesabaran cikgu.

Merokok itu sebab....nak membunuh nyamuk-nyamuk kat sekolah.

Maafkan kami cikgu...kami buat semua ini bukan saja-saja tapi bermakna dan kami lakukan ini juga kerana kami saaayang cikgu hehehe.... Peaceeee...

Apa-apa pun kami menghormati guru, kerana kalian kami mampu berjaya di dunia yang penuh dengan pancaroba...

Adab Bercakap Mengikut Sunnah

بسم الله الرحمن الرحيم

Ualls tahu tak adab bercakap? Kita ni hari-hari bercakap..kadang -kadang ada juga yang tak berfaedah, biasalahkan, kita manusia ni, ada kalanya nak bergurau senda..tak salah tu..asalkan tidak melampaui batas..kan? Ok..kali ni KY nak kongsi tentang ADAB BERCAKAP..

Petua Rasulullah Mengenai Adab Bercakap,

Rasulullah S.A.W bersabda, “Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah“.


Jom kita belajar sama-sama tentang adab bercakap..

1. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.

2. Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

3. Jika seoarang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

4. Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

5. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

6. Jangan sesekali meniru gaya percakapan  orang yang jahil dalam agama

7. Jangan bercakap secara berkumam mulut.

8. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang.

9. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.

10. Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.

11. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.

“Jika engkau berada di rumah orang, hendaklah jaga matamu, jika engkau berada di antara orang ramai hendaklah jaga LIDAHMU dan jika engkau berada di dalam sesuatu majlis, hendaklah jaga perangaimu.” (Daripada: Ali bin Abi Talib R.A)

Betulkah Tidak Boleh?

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa yang tidak boleh tuu...eeemmmm....sebenarnya KY nak cakap tentang TAKBUR. Kita tidak seharusnya memiliki sifat ini, sifat yang tidak disukai oleh manusia apa lagi Allah.

Sedikit definisi tentang takbur. Takbur merupakan sifat sombong atau megah diri dengan apa yang dia miliki. Orang yang takbur ini, selalunya mudah lupa diri, apa lagi nak bersyukur kepada Allah dan mereka juga suka meninggi diri. Konon-kononnya mereka itu manusia yang hebat. Apa mereka lupa, ada lagi yang lebih hebat?


U alls tahu, mereka ini juga suka memandang rendah orang lain. Mereka tak pandang ke bawah....sentiasa mendongak ke atas. Eeee...kerana inilah mereka tidak disukai oleh sesetengah masyarakat. Jika mereka berada dalam kesusahan, sakit ke, pasti orang ramai atau jiran-jiran, sukar untuk membantukan?

Sebenarnya KY pun tak suka orang macam ni, apa lagi nak berkawan dengan mereka...tapi, kita tidak boleh pulaukan merekakan? Sebagai masyarakt dan seorang sahabat yang baik dan prihatin, secara perlahan-lahan, kita boleh ubah mereka ini..ye kan? InsyaAllah...

Ingatlah, kehebatan yang kita miliki hari ini tidak akan kekal, ia hanya pinjaman Allah semata.

Dengan itu, wahai sahabat-sahabatku yang disayangi, bersyukur dan bertawaduklah, Ingatlah....hanya Allah yang layak takbur, kerana Allah Maha Sempurna. Wallahualam..

"Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya sebesar debu daripada (sifat) takbur" (Riwayat Muslim)