Keadaan Banjir Di Rumah KU

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum sahabat-sahabat KY. Maaf banyak-banyak tak dapat nak singgah di blog u alls. KY masih sibuk menguruskan banjir..apa???menguruskan banjir??? hehehe..bukan.. menguruskan rumah KY yang dilanda banjir. Ingat lagikan post KY sebelum ni, Banjir-banjir di Kemaman

Seingat KY kan. KY postkan entri tu dalam pukul 1 lebih, dan dalam pukul 3 petang KY melawat rumah teman-teman yang terkena banjir..tup-tup petang yang sama kawasan perumahan KY pula yang kena...aduuhhh..panik betul jadinya. Padahal kawasan tu tak pernah dilanda banjir. Itulahkan, yang dikatakan dugaan dan ujian Allah...Apa-apa pun terima dengan redha.

U alls nak lihat keadaan rumah KY? tengoklah, kut-kut nanti ada yang terbuka hati nak membantu menghulurkan bantuan padaku yang tak berdaya ini hihihi...tak kisahlah nak membantu dari segi apa, nak beri almari baru ke, mesin basuh baru ke, televisyen baru ke...KY terima je hahahahaaa....Oklah..layan gambar lagi bagus dari dengar KY merepek kat sini..jommmmm..

lebih kurang waktu yang tertera disitu hihih..air dah mula masuk dalam pagar rumah...ramailah budak-budak main air....

ini tengah rumah yang hampir-hampir menengelamkan kerusi santai KY heehe....habis semua barang diangkat, tengok kipas tu macam nak menjejah bumbungkan? tapi jauh lagi huhu

ini kerusi ruang tamu, tempat KY santai-santai sambil tengok tv. Alhamdulillah...dapat di selamatkan. bolehlah nanti KY bermanja semula dengannya. 

dan ini keadaan terakhir yang KY dapat lihat sebelum berangkat meninggalkan rumah kesayangan. air dah cejah paras lutut. nampak tak, sarang kucing sebelah kiri tu...ada 2 ekor, kesian jojo dengan baby terpaksa kesejukan sebelum bantuan sampai. sekarang 2 ekor tu masih dieksport di rumah abang KY...

Apa-apa pun semuanya selamat apa lagi KY dan keluarga...sekarang tengah mengemas dan membasuh rumah..rasa macam nak masuk rumah barulah pulak..kena basuh sebuah rumah hahahhaa...Oklah..tu je yang KY nak kongsikan kali ini.

Pada u alls jangan lupakan KY ok..dan pada teman-teman yang follow tu, nanti KY singgah rindu pulak nak blogwaking..tapi apakan daya keadaan tak mengizinkan, setelah semuanya selesai KY akan singgah dan berblog seperti biasa. Doakan KY dan keluarga semoga tabah menghadapi dan menerima ujian Allah ini..dan Salam rindu buat semua...muah...mmuuaahhhh...

Banjir-Banjir Di Kemaman

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..Alhamdulillah...hari ini hujan dah mula reda kat kawasan KY Kemaman. Tak boleh nak merungutkan? Apa yang berlaku semuanya diluar kemampuan kita. Pasti ada hikmah disebalik semua. Apa lagi ini memang musim hujan dan banjir. 

Kali ini KY nak tunjuk tempat-tempat yang terkena banjir di Kemaman, Terengganu. Ok..layan gambar je lah...

Felda Seberang Tayor

Jalan Bukit Mentok

Perumahan Bukit Mentok

Kawasan Bank Islam, Depan Nirwana

Jalan Air Puteh

Jalan Nak ke Binjai

Ok..tu je yang KY ada..Bagaimana dengan kawasan u alls ada yang terkena banjir atau lebih teruk dari kawasan KY ni? Apa-apa pun hati-hati di musim banjir ini, yang ada anak-anak kena waspada selalu, jangan lalai dalam memerhatikan mereka. Wassalam...

P/S: sumber gambar KY ciplak dari fb group kemaman 

Nak tahu Apa yang Wanita Tidak Suka Tentang Lelaki?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..entri kali ini KY tujukan kepada kaum lelaki. mereka perlu tahu dan ambil tahu. U alls ada kekasih? untuk mendapat kasih sayang wanita yang maksimum, lelaki perlu berani berubah. maksudnya buang sifat-sifat yang kurang disenangi oleh wanita (tapi kalau yang elok tak perlulah). Perempuan ni suka lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk mereka ( mcm dalam filem pulak)

Disayangi wanita adalah kemuncak keselesaan hidup lelaki sebenarnya.(pandai2 pulak KY kan), biar pun poket kosong, perut lapar, tetapi dengan kasih sayang yang penuh ikhlas dari seorang wanita, segala masalah terasa mudah untuk dihadapi. (mungkinlah kan?)

Ok, mari KY beritahu beberapa sikap yang wanita tidak suka..mungkin boleh diberi perhatian sikit oleh u alls yang bernama lelaki ni...ok

lelaki-lelaki pilihan

Pertama, terlebih berlagak. kebanyakkan lelaki ada sikap ini. kadang-kadang lelaki merasa sikap berlagak ni, boleh menarik perhatian wanita. Iya..mungkin boleh tapi kalau yang dah berlebih-lebih, aaa....itu silap. contohnya macam, lelaki ni punya motosikal besar (padahal pinjam je)....nak suruhlah wanita ni memuji-muji, berlagak yang dia mampu beli motor tu, tetapi dia silap, wanita makin akan menyampah tahu...

Kedua, terlebih merayu. Sikap ini memang tak elok bagi lelaki, kenapa??? sebab ini akan membuatkan wanita akan hilang rasa hormat pada lelaki, ditambah dengan menangis (ada ke). jangan tak tahu, sesetengah wanita akan lari dari lelaki seperti ini. Nak tahu kenapa? kerana sifat merayu dan menangis adalah sifat wanita. Wanita mendampingi lelaki untuk lari daripada sifat ini, tetapi jika lelaki tempat dia bergantung harapan turut lemah, sudah tentu kepercayaannya hilang. Wanita lebih menghormati lelaki yang tegas.

Ketiga, terlebih menyayangi. ini pun salah satu sikap yang tidak digemari wanita. ye lah, baru je berkenalan dah lebih-lebih pulak. Biasanya terlebih dari segi layanan, misalnya, pergi makan, wah!!! siap tarik kerusi lagi, tolong lapkan sudu ke (wah,romantiknya), sikap macam ni kan, terlalu prihatin sebenarnya, iya...mungkin ada bagusnya, tapi ia akan merimaskan wanita dan kadang-kadang mungkin juga wanita akan terfikir, betul ke tidak dia ni? parah kalau macam tu, haha...

Ok..secara jujurnya, lebih baik memiliki sifat kelelakian sebenar atau lebih sinonim dengan sebutan control macho. Apabila menyayangi seseorang tidak perlulah berlebih-lebihan kerana itu juga akan memberi masalah dalam hubungan....oklah, itu saja, sedikit panduan buat u alls yang tengah bercinta...sekali-sekala beri tips ok jugakan? eeehhhmmm...Apa-apa pun jadilah diri sendiri.

Mereka Yang Ku Sayang


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum....Hari ni..KY nak kongsi satu rahsia dengan u alls. KY nak bagitahu siapa yang sentiasa ada dihati KY. Jangan jealous tau heehee...

Orang yang pertama....

Dengarlah sebuah kisahku ini, Dia yang tabah kasihnya abadi, Demi aku berkorban diri, Kasihnya membawa ke mati.

Dia mithali dia teladan, Mendidik aku memberi pelajaran, Memerah keringat rela berpayahan, Demi aku di dalam belaan.

Dia memberi didikan sempurna, Agar menjadi orang berguna, Supaya ilmu tertanam didada, Kerana itulah tuntutan agama.

Diajar aku hormati guru, Supaya berkat mendapat ilmu, Orang tua juga hormatilah selalu, Disayang orang akan diriku.

Kerana dirimu banyak berjasa, Kukenang dirimu setiap masa, Walau dimana aku berada, Jasamu tidak akan kulupa.

Dia adalah IBUKU


Orang kedua...

Setiap saat aku menghitung kerinduan terhadapnya, Hingga sekarang..baru ku sedar, Ia sudah melimpah ruah, Rindu sangat padamu.

Ku tahu kerana kamu aku disini, Kerana kamu aku gembira dan kerana kamu aku merasa bahagia...oh..Rinduku semakin membara.

Semenjak kecil aku dibesarkan, Bagai menatang minyak yang penuh. Semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah. Dan semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang puteri.

Ketika aku mengalah, Engkau semangatkanku. Ketika aku sakit, Engkau penawarku. Ketika aku bersedih, Kau airmataku. Dan ketika aku ketawa, Engkau riangku.

Dan ketika engkau berduka???
Aku berharap akulah penawar duka laramu.

Dan dia adalah AYAHKU

Hanya gambar ini yang KY ada. Bila rindu KY akan tenung wajah mereka. Mereka telah lama dijemput Ilahi. KY tak sempat nak berbakti pada mereka di atas dunia ini. Semoga..mereka bahagia di sana...Al-Fatihah...

Lelaki Bermulut Herot

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum....kali ini KY nak cerita kisah sejarah Islam....biasalah kita kadang-kadang terlupa, belajar masa sekolah dulu..kan? Kisah tentang seorang lelaki yang bermulut herot. kenapa beliau boleh jadi begitu..jom KY cerita..tapi cerita ni sedikit panjang..tapi harus baca sampai habis...hehehehe

Orang-orang kafir Quraisy Makkah akan buat apa saja untuk menyakiti dan menyusahkan Rasulullah saw. Tak cukup dilakukan seorang, malah mengajar yang lain ikut serta. Rasulullah tidak pernah mengambil hati, malah sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia. Baginda selalu berpesan supaya kita berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kitakan?

Antara orang Quraisy itu adalah Hakam bin Abi Asy. Beliau ada cara sendiri untuk mengenakan Rasulullah. Dia tidak memukul Rasulullah..tetapi dia suka mempamerkan mimik muka yang hodoh dihadapan Baginda. Pada suatu hari Hakam terserempak dengan Rasulullah lalu mengejek-ngejek dari belakang. Dia menjuih-juihkan bibirnya, mencabikkan mulutnya, menjelir-jelirkan lidahnya dan mengerut-ngerutkan hidung. 

Rasulullah tidak endahkannya malah merasa simpati pada Hakam. Sampai begitu sekali dilakukan hanya untuk melepaskan marah dan sakit hatinya pada Baginda. 

Lama-kelamaan, melihat musuh Allah tidak berhenti-henti berkelakuan buruk, Rasulullah saw pun menegur. Baginda bukan mendoakan sesuatu yang buruk tetapi sekadar mengingatkan. Kata Rasulullah, "nanti hidung dan mulutmu menjadi seperti yang engkau buat itu. Tidak dapat diperbaiki lagi."


Terbahak-bahak Hakam ketawa. Dia merasakan kata-kata Rasulullah itu melucukan. Dia mengira Rasulullah hanya menakut-nakutknya. Tetapi tiba-tiba muka Hakam menjadi hodoh dan cacat. Hidungnya berkerut manakala mulutnya terjuih. Hakam cuba mengembalikan mukanya seperti sedia kala tetapi tidak boleh. Otot-otot mukanya sudah menjadi kejang dan mati. Hakam tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

Apa yang kita dapat dari cerita diatas. banyak ikhtibar yang kita dapat. Sekalip mata saja Allah memberikan balasan-NYA kepada orang yang menghina Rasulullah saw. Allah berkuasa melakukan apa saja yang dikehendakiNYA walaupun pada fikiran kita tidak masuk akal. Kadang-kadang balasan Allah ini terjadi di dunia..orang cakap balasan yang dibayar cash. Jadi ingatlah..kalau kita berbuat baik pasti kita akan mendapat balasan yang baik begitu juga sebaliknya..Wallahualam

Heret Dan Ugut Pukul Ibu Sendiri


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...salam ceria buat semua teman KY di sini. U alls sayang ibu tak? pastilahkan? susah nak cari anak-anak yang tak sayang dengan ibu. Pengorbanannya tidak mungkin kita balas dengan harta..melainkan kita menjadi anak yang soleh dan solehah..adakah itu mencukupi? eeemmmm...fikir sendiri.

Nak tahu kenapa KY bicara begini? Jom baca ini dulu...MESTI BACA

Heret, ugut pukul ibu

Ada juga anak yang begitukan? Allah hu akbar....dengan susah payah ibu besarkan, beri makan, pelajaran..tapi akhirnya begitu yang dibalasnya.

Banyak juga kes-kes begini berlaku di sekeliling malah dunia. Tapi kita jarang sekali mendengar kes begini dilakukan oleh orang bukan Islam..betul tak? kebanyakkan kes begini termasuk buang bayi..membabitkan orang Islam...

KY ada tengok cerita dalam tv kisah Islam KTP....Maksudnya Islam cuma dalam I/C sahaja. Ada logik juga ceritanya kan?

Ibu adalah segalanya....tanpa kasih sayangnya, tanpa pengorbanannya, tanpa didikannya..siapalah kita hari ini. 

Twitter Dan Page Blog

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...eeemmm...menyepi lagi KY kan? nak buat macam mana, masa tak mengizinkan. tapi walaupun dalam kesibukan, dapat juga menjenguk blog teman-teman, tapi tak banyaklah..maaf ye, nanti KY pasti terjah semua...wahhhh..semua tu, heeeee

Kali ni, KY nak stop dulu buat entri, KY cuma nak ajak u alls ikut KY. u alls nak? bukan ikut ke rumah KY tau..tapi ikut KY di twitter dan page blog hahaaaa...suspen tak? KY baru create twitter dan page..dulu pernah ada twitter tapi terpaksa close. Jadi KY buat yang baru..dan harap ada yang sudi ikut.

KY dah letak kat tepi tu....Mungkin boleh bersembang lebih mesra sedikit? tak salahkan? sebagai sahabat. Apa-apa pun thank semua...jumpa lagi dalam entri berikutnya...







Bilakah Hari Yang Paling Indah Dalam Hidup Kita?

بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang lelaki yang benar-benar dapat menikmati hidupnya berkata: "sebenarnya hari yang paling indah ialah hari ketika kita mampu menguasai dan mengawal dunia, bukan sebaliknya. Hari yang paling indah adalah hari ketika kita sanggup mengawal nafsu dan selera kita dan kita tidak tunduk hingga menjadi rendah dan hina tidak berdaya."

You alls nak tahu tak? Bilakah hari yang paling indah dalam hidup kita? Meh KY bagi tahu..

HARI YANG PALING INDAH DAN MENGESANKAN IALAH:

@ Ketika kita dapat menguasai diri sendiri dan keluar dari keraguan sama ada boleh atau tidak.

@ Ketika kita ragu antara amalan yang mendapat pujian orang dan amalan yang tidak mendapat sebarang pujian, bahkan tidak diketahui orang lain. Lalu kita lupakan pujian itu dan memilih amalan yang tidak diketahui orang.

@ Ketika kita mempunyai banyak wang, sedangkan hati kita tidak merasa kedamaian. Kemudian kita memilih tidak punya apa-apa daripada mempunyai hati yang resah berterusan.

@ ketika kita menerima sesuatu yang sedikit tanpa menyedari apa yang telah kita lakukan tetapi jika kita terima banyak... puji dan syukur kepada Allah.


Hari paling indah ialah
hari ketika kita mampu
mengawal diri kita.

Janganlah menyangka bahawa selepas
kebaikkan tidak ada lagi keburukan,
sebenarnya keburukkan itu sentiasa ada.

Redhalah dengan apa yang kita perolehi,
Terimalah pemberian Allah apa adanya,
Lupakanlah angan-angan,
yang tidak sesuai dengan,
Yang kita usahakan dan di luar kemampuan.

Wallahualam..

Memori Buat Mu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan Alhamdulillah...akhirnya dapat juga KY bersua dan berbicara lagi di blog kesayangan ini. Setelah 2 minggu tak dapat online...Tuhan saja yang tahu perasaan KY ini...suka dan suka sangat hehehe..Dan KY nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada sahabat KY yang tak jemu-jemu singgah ke sini...tanpa u alls pasti sepi blog KY kan?

Eeemmm...oleh sebab itu KY ada sesuatu yang special buat u alls...terimalah heeee..

missed ya hope busy 24-7 check leave luv ya terr

MEMORI

Persahabatan,
Bermula dengan secebis senyuman,
Berputik dengan sebuah persahabatan,
Disulami dengan pergaduhan,
Berbunga dengan sekelumit cinta.

Percintaan,
Pada mulanya tidak diduga,
Pada hakikatnya melahirkan perasaan kasih sayang,
Namun kita merancang Tuhan menentukan,
Lalu terciptanya perpisahan.

Perpisahan,
Mengajar erti keihklasan,
Mengajar erti perinsip diri,
Mengajar erti menghargai,
Mengajar erti kelemahan diri.

Kini dan selamanya,
Persahabatan lebih bermakna untuk dikenangkan,
Lebih berkekalan untuk selamanya...
Buat u alls sahabatku tersayang....

I Miss U Alls

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum teman-teman KY, maaf ye lama tak online..rindunya KY kat u alls, u alls rindu KY tak..KY nak minta maaf sebab tak sempat lagi nak blogwaking..dah 2 minggu line internet tak ada di kawasan KY. Ini pun online di libary..bolehlah online sekejap...

 

Pasti banyak cerita yang KY tertinggalkan? KY pun tak nak tulis lagi entri terbaru, nantilah setelah line kat rumah ok, baru KY menulis lagi ok..sebenarnya banyak yang KY nak kongsi..jadi.... entri kali ini tak ada apa-apalah, cuma KY nak beritahu itu saja..supaya teman-teman blogger KY tak lupakan KY..jangan anggap KY dah tak nak berblog ok..InsyaAllah..KY akan sentiasa berblog dan menulis selagi ada yang sudi membaca penulisan KY..

Eeeemmm...komen-komen yang belum KY balas, sabar eekkk..nanti KY balas dan pasti balas...Sekali lagi KY minta maaf sebab tak dapat singgah di blog u alls lagi..Salam sayang buat semua...I MISS U ALLS.....Muaahhhhh....

Kisah Perbualan Antara Allah Dan Jibril A.S

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam buat semua. Kali ini KY ada lagi satu cerita nak dikongsi dengan u alls, dan KY rasa masih ada di luar sana yang masih tidak tahu tentang kisah ini...KY pun macam tu juga, KY terbaca kisah ini dalam buku, apatah tajuknya, KY dah lupalah...heeee...tapi KY adalah catat sikit tentangnya...jadi apa kata teruskan membaca ok....


Allah SWT selesai menciptakan Jibril as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibril as memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”

 Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibril as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibril as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,

Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari sholatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.“

Kemudian Jibril as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?“

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…“

Kemudian Jibril as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibril as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibril as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibril as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?“

 Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .”

MasyaAllah....kerana solat dua rakaat, imbalannya cukup besar..adakah kita mahu melepaskan peluang itu?Begitu kasih dan besar rahmat Allah pada hamba-hambaNya..beruntung bagi mereka yang menyucikan diri dan rugilah bagi mereka yg mengotorinya....Sayangnya Allah pada kita umat Nabi Muhammad...Nabi Akhir Zaman....Nabi kesayangan kita..... wallahualam...