Alahaiii....Malasnya Nak Ke Sekolah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, eeemmm....lama juga KY tak update blog kan? apa nak di kata, kesibukan melanda, nak melawat blog u alls pun ada yang sempat dan ada yang tidak, maaf lah ye, kalau KY ada masa pasti KY kunjungi u alls...hari ini dah masuk 2 Sha'ban, tak lama lagi 1 Ramadhan kan? tak sabar pulak rasanya nak menunggu....

Eeemmmm....sekolah dah bermula masih ada yang malas-malas bangun pagi ke kat rumah? maklumlah dah lama cuti dan bangun lewat..ok..sempena sekolah bermula KY nak kongsi satu cerita dengan u alls, cerita ini KY dapat dari teman fb, jom santai dengan KY...


Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Ke...




Salim kan... (PENGETUA SEKOLAH) ….!!!
(hitamkan tempat kosong di atas hihi)