Apabila Kita Bersuara...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt dan satu ciuman untuk u alls, siapa kat sini yang suka sangat bercakap, KY pun suka, kalau tak bercakap macam mana hidup kita ni, pasti sunyi dan sepi kan? tapi kalau terlebih cakap susah juga, takut-takut percakapan kita tu menyakitkan hati orang, malah yang paling takut, nanti bolah jadi fitnah..nauzubillah..mintak di jauhkan...

Kenapa KY bertanya seperti itu, u alls tak rasa penasaran ke? heeeee..macam bagus sangat, sampai orang nak penasaran kan? kata ustaz, kita kena jaga kata-kata bila bercakap, tak kisahlah bercakap dengan siapa pun, manalah tahu kerana cakap kita nanti boleh bergaduh pulak orang lain kan? kitakan masa sekolah pernah belajar adab-abad bercakap dengan orang, apa lagi dengan orang yang lebih tua. Tapi sekarang orang dah jarang gosip-gosip secara live, maklumlah dah canggih, masing-masing ada fb, twitter, G+ dan macam-macamlah...tempat-tempat itu semua boleh jadi ladang fitnah menfitnah...hati-hatilah u alls kalau tulis ye...penulisan kita juga melambangkan keperibadian kita kan?

Berkaitan percakapan atau berbicara, KY ada nak kongsikan pada u alls pesan dari Imam al-Ghazali dimana Beliau mencatatkan 5 perkara untuk mengikis sikap takbur dalam diri seseorang..dan pesannya begini...

Apabila kita bersuara dengan anak-anak kecil,
..maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum mempunyai dosa-dosa berbanding dari kita yang telah dewasa.

Apabila kita bersuara dengan orang tua pula,
..maka kita anggaplah yang sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah dari kita.

Apabila kita bersuara dengan orang alim pula,
..maka kita anggaplah yang sebenarnya beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

Apabila kita bersuara dengan orang jahil pula,
..maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan sengaja kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk dan baik.

Apabila kita bersuara dengan orang kafir pula,
..katakanlah dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk islam. Maka semua dosa yang dilakukan sebelum dia masuk Islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t. Sedangkan kita pula sebagai umat islam sejak lahir terus -menerus melakukan dosa tanpa mengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak.

Dari itu segeralah kita kembali kepadaNYA semoga amalan kebaikan kita didunia ini akan dibalas kegembiraan diakhirat kelak. Renung-renungkanlah wahai sahabatku, Waallahualam..

57 ulasan:

  1. kdg2 bila kt bckp mgkin tnpa sedar dh mnyktkan haiti org pdhal niat kt takde cmtu ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebanyakkan begitulah yui, selepas cakap baru sedar, sikap itulah yg harus berhati2

      Padam
  2. kita harus berhati-hati dalam berbicara. jangan sampai menyakiti orang lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sentiasa kena jaga, bagaimana kita rasa begitu juga mereka

      Padam
  3. org kata klu nak ckp mesti pikir apa yh kita nak ckp tu.jgn apa kita ckp org terasa hti sudah ar..berdosa dah satu hal huu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah, kekadang kita ni bercakap tanpa fikir paanjang, konon2 bergurau, tak tahu pulak gurauan itu di mabil serius kan? itu lagi payah

      Padam
  4. Macam pernah baca .... betul tu sentiasalah menganggap diri kita ni lagi rendah dari merekan KY... barulah rasa kerdil

    BalasPadam
    Balasan
    1. merendah diri juga biar berpada, jangan pulak kita di tindas

      Padam
  5. harus berhati2 bila bercakap...

    BalasPadam
  6. :)

    Betul tu akak, di dalam blog pun kena tapis betul2 , naim tak amil port pasal gossip, lagha semata-mata . Hahah

    http://pemudattbc.blogspot.com/2013/06/syria-pemuda-pemudi-malaysia-vs-pemuda.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. akk, ni jenis suka bergurau, kadang2 tajut juga org terasa..

      Padam
  7. kadang2 apa yg kita katakan ni.. tanpa sedar kt menguris hati org...

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm...susah nak kata tentang perkara itu, bercakap tanpa fikir susha kan? situasi yg bakal berlaku itu yg susah

      Padam
  8. mmg kena berhati2....hrp xde yg terasa nga kata2 kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...menjaga hati org lain sama juga seperti menjaga hati kita sendiri kan?

      Padam
  9. Ulasan yg sangat lengkap khususnya utk kaum hawa dalam hal berbicara. terima kasih ilmunya

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya kan, kalau bercakap ini tertumpu pada kaum hawa, maklumlah kaum hawa ni suka sangat bercakap, silap2 dah jadi gosip heee

      Padam
  10. memang perlu hati2 bila berkata2....jangan sampai kerana mulut badan binasa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeemmm...betul tu tu, sebab mulut habis sakit badan, sebab apa, kena pukul heeee

      Padam
  11. betul tu kak, dengan semua orang kita kena ada adab ketika berbicara.. terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. adab bercakap memang banyak, adab bercakap dengan org tua, dengan guru, dengan kawan dan mcm2 lah

      Padam
  12. Mas Nazar menyimak saja KY .. :D

    BalasPadam
  13. setuju. terima kasih dengan info yang dikongsikan ini. dan dapat dijadikan panduan bersama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih fyna, semoga selepas ini kita akan lebih berhati2 bila bercakap

      Padam
  14. yang menjadi masalah ialah bila dah cakap baru perasan yg kita dah guris hati org . Jadi berfikir dulu sebelum bercakap . kita kena anggap kita nih byk kekurangan , jadi kita boleh respect org lain tanpa kira bangsa , agama , usia dan sikap ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah masalah yg kita sentiasa hadapi, rasa macam ok je, tapi rupanya menyakitkan kati yg mendengar...

      Padam
  15. susahnya kalau kita yang jenis cakap sepontan lepastu nak belajar cara-cara tapis ayat yang keluar dari mulut kita.. huhu tapi mudah untuk kita berdiam daripada bercakap

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm...itu memang susah, kadang2 kita bergurau, di ambil serius pulak...

      Padam
  16. Jadi kita hendaklah sentiasa merendah diri ketika bercakap dgn sesiapa sekalipun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. merendah diri juga biar berpada, jangan sampai kita di tindas cukuplah...kadang2 mempertahankan kata2 yg kita yakin benar perlu

      Padam
  17. sebelum betutur kita kena tapis dulu kata-kata kita agar tiada hati yang terguris kan kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm...betul tu puteri, guna akal sebelum buat sesuatu

      Padam
  18. terima kasih kak telah mengingatkan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama WS, jangan sampai bicara kita menguris hati org lain ya

      Padam
  19. hormatilah sesama sesiapa dia. kasih berkasih jadi nomor wahid

    BalasPadam
  20. tapi sebagai manusia,lidah tak bertulang...hehe...kdg boleh kawal kdg terlepas ikutkan nafsu.
    zaman IT ni jari lebih berkuasa, dgn jari saja dah boleh memedihkan hati seseorang, kan?
    terima ksih KY mengingatkan kita semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah yg harus kita ingat, lidah tak bertulang, ustaz selalu mengingatkan kita, guna kemudah dengan betul, jangan jadikan tempat tu ladang fitnah memfitnah..apa yg yg kita dapat? dosa yg bertimbun2

      Padam
  21. Menarik info nih...Thx KY
    Bercakap bila perlu dan berfikir sebelum bercakap...jika tidak, baik diam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama BM, lebih baik diam dr bercakap sesuatu yg boleh membuatkan orang terasa

      Padam
  22. I could not refrain from commenting. Perfectly written!


    my site :: seo software top 10

    BalasPadam
  23. Terimakasih Kak sudah diingatkan....

    sebelum bercakap harus dipikirkan dulu ya

    BalasPadam
  24. semua kena jaga kalau tak payah juga nanti orang terasa huhu.

    admin blog ini sht tak? selamat hari jumaat ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeemmm...apa lagu yg suka bercakap, kena ingat2 selalu sebelum mengeluarkan kata2 kan? heeee

      Alhamdulillah..KY sihat, terima kasih suri

      Padam
  25. Incredible! This blog looks exactly like my old one!
    It's on a completely different subject but it has pretty much the same page layout and design. Superb choice of colors!

    Also visit my web-site - See Here [http://weightloss-and-diet-tips.com]

    BalasPadam
  26. terima kasih tau awak. banyak yang saya dapat belajar kat sini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama Boni, semoga kita sama2 menjadi yg terbaik InsyaAllah...aamiin

      Padam
  27. Hello! I know this is kind of off topic but I was wondering if
    you knew where I could locate a captcha plugin for my
    comment form? I'm using the same blog platform as yours and I'm having trouble
    finding one? Thanks a lot!

    Feel free to visit my weblog ... wallpaper backgrounds
    for macbook pro *http://mysocial.site11.com/index.php?do=/blog/3983/computer-wallpapers*

    BalasPadam
  28. Much towards the annoyance from the government, UK banks demonstrate a total
    disinterest in targeting poor communities or designing savings products to fit their needs super real
    whether you will need an intermediary loan or perhaps a long-term one,
    it is important that you just know what the financial institution wants to view and spend the time as well as passing it on for many years.

    BalasPadam