Mencari Makna Sebenar Dalam Kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, u alls tentu selalu dengar ayat ini..

Hidup penuh pengorbanan
Pengorbanan perlukan perjuangan
Perjuangan perlukan ketabahan
Ketabahan perlukan keyakinan
Keyakinan pula menentukan kejayaan
Dan kejayaan pula menentukan kebahagiaan.

Hidup dan kehidupan mempunyai tafsiran atau makna yang berbeza-beza bagi setiap orangkan? begitu juga dengan kita, apa makna kehidupan bagi kita? Bagi sesetengah orang hidup diibaratkan suatu pengembaraan yang perlu melalui pelbagai kesulitan, kepahitan, kesusahan dan cabaran di samping menikmati pelbagai keindahan dan kemanisan.

Namun yang pasti, bagi semua orang, hidup ni mestilah bermakna kan? dalam apa bentuk atau apa cara sekali pun. mencari makna sebenar dalam kehidupan, memerlukan kematangan diri dan keperibadian yan tinggi. Eeemmm....semua orang mahukan kebahagian, kesenangan, termasuk kita yang sedang membaca ini kan? Masa kita masih kanak-kanak, kita langsung tak tahu apa makna kehidupan, dan bila kita meningkat remaja, banyak juga yang kita fahami, tapi masih banyak yang kita harus cari.

Haaaa....bila tiba peringkat dewasa, kita dah mula ingin mencuba banyak perkara. Ada yang gagal dan ada yang berjaya. Gagal atau berjaya yang pasti kita jangan berhenti di situ, kita harus terus mencuba. Dan akhirnya kita sampai pada usia emas, adakah diusia ini kita sudah memaknakan kehidupan kita dengan warna-warna bahagia???? atau kita masih tercari-cari??? seperti biasa tepuk dada tanya hati dan iman...

Imam Ghazali pernah menyatakan perjalanan Insan melalui dunia ini bolehlah di-bahagi-bahagikan kepada empat peringkat : Peringkat Nafsu, Peringkat Percubaan, Peringkat Naluri dan Peringkat Berakal. Maka apabila kita mampu melepasi peringkat keempat iaitu peringkat berakal manusia bisa melampaui batas haiwan dan boleh sedikit sebanyak melihat ke hari depan dan mempersiapkan untuk hari yang akan datang.

Kita mungkin tidak merasa bahagia, kecewa, kesunyian dan kegagalan. Semua ni, adalah lumrah kehidupan dan kita perlu menerimanya dengan lapang dada. InsyaAllah...dengan sentiasa mengingati-Nya dan mengikuti jalan-Nya, kita akan berjaya dalam kehidupan. Tapi....Matlamat hidup yang harus kita cari adalah mencari mardhatillah melalui tuntutan yang telah di gariskan olehNya..Wallahualam...


17 ulasan:

  1. Sebagai hambanya apa kemampuan kita selain melakukan yg diperintah dan tinggalkan segala larangan. Mencari yg terbaik semampu boleh sebagai bekalan di dunia kekal kelak..

    BalasPadam
  2. manusiawi :) ..
    semoga selalu di dekatkan dengan yg baik-baik , dan di jauhkan dari murka.

    BalasPadam
  3. Ye,,hidup diibaratkan suatu pengembaraan.. banyak pengalaman yang berjaya mematangkan fikiran..

    BalasPadam
  4. Setuju dengan Kakzakie di atas...

    BalasPadam
  5. Hidup ini tidak pernah lengkap dan sempurna. Selagi bernyawa, terus mencari ilmu dan mengutip bekalan untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  6. Salam ridu KY

    In sya Allah...tiada resah selagi bergantung hanya padaNYA...

    BalasPadam
  7. hati menjadi tentram setelah membaca ini ...mudah2an saya bisa mengambil hikmahnya

    BalasPadam
  8. selamat malam kak KY :)
    ikut nyimaka yaaa

    BalasPadam
  9. Hidup memang penuh pengorbanan mbak ... kalau malas-malas ya gak gak dapet apa-apa. apalagi hidup di masa sekarang ... :D

    BalasPadam
  10. semuanya telah tertulis.. harus tabah dan redha menghadapinya..

    BalasPadam
  11. assalamualaikum..KY :)

    mencari dan mendapat redha Allah..itulah kemuncak kehidupan insan yg memahami hakikat kehidupan..kn KY :)

    BalasPadam
  12. salam, terima kasih KY untuk selalu mengingatkan khususnya saya.
    kunjungan rutin saya.

    BalasPadam
  13. hi KY
    Gagal atau berjaya yang pasti kita jangan berhenti di situ, kita harus terus mencuba...THAT RIGHT !...

    BalasPadam
  14. Betul tu KY...hidup ni adalah untuk berjuang dan terus berjuang hingga ke akhirnya

    BalasPadam
  15. sentiasa berada dilandasan nya... ingat diri dan muhasabah selalu......

    BalasPadam
  16. sentiasa muhasabah diri sendiri kan !

    BalasPadam
  17. Thank you, I have just been searching for information about this topic for a long
    time and yours is the best I've came upon till now. However, what in regards to the bottom line? Are you certain concerning the source?

    my website - videos sexe en streaming, vonline.vrozetke.com,

    BalasPadam