Mencari Makna Sebenar Dalam Kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, u alls tentu selalu dengar ayat ini..

Hidup penuh pengorbanan
Pengorbanan perlukan perjuangan
Perjuangan perlukan ketabahan
Ketabahan perlukan keyakinan
Keyakinan pula menentukan kejayaan
Dan kejayaan pula menentukan kebahagiaan.

Hidup dan kehidupan mempunyai tafsiran atau makna yang berbeza-beza bagi setiap orangkan? begitu juga dengan kita, apa makna kehidupan bagi kita? Bagi sesetengah orang hidup diibaratkan suatu pengembaraan yang perlu melalui pelbagai kesulitan, kepahitan, kesusahan dan cabaran di samping menikmati pelbagai keindahan dan kemanisan.

Namun yang pasti, bagi semua orang, hidup ni mestilah bermakna kan? dalam apa bentuk atau apa cara sekali pun. mencari makna sebenar dalam kehidupan, memerlukan kematangan diri dan keperibadian yan tinggi. Eeemmm....semua orang mahukan kebahagian, kesenangan, termasuk kita yang sedang membaca ini kan? Masa kita masih kanak-kanak, kita langsung tak tahu apa makna kehidupan, dan bila kita meningkat remaja, banyak juga yang kita fahami, tapi masih banyak yang kita harus cari.

Haaaa....bila tiba peringkat dewasa, kita dah mula ingin mencuba banyak perkara. Ada yang gagal dan ada yang berjaya. Gagal atau berjaya yang pasti kita jangan berhenti di situ, kita harus terus mencuba. Dan akhirnya kita sampai pada usia emas, adakah diusia ini kita sudah memaknakan kehidupan kita dengan warna-warna bahagia???? atau kita masih tercari-cari??? seperti biasa tepuk dada tanya hati dan iman...

Imam Ghazali pernah menyatakan perjalanan Insan melalui dunia ini bolehlah di-bahagi-bahagikan kepada empat peringkat : Peringkat Nafsu, Peringkat Percubaan, Peringkat Naluri dan Peringkat Berakal. Maka apabila kita mampu melepasi peringkat keempat iaitu peringkat berakal manusia bisa melampaui batas haiwan dan boleh sedikit sebanyak melihat ke hari depan dan mempersiapkan untuk hari yang akan datang.

Kita mungkin tidak merasa bahagia, kecewa, kesunyian dan kegagalan. Semua ni, adalah lumrah kehidupan dan kita perlu menerimanya dengan lapang dada. InsyaAllah...dengan sentiasa mengingati-Nya dan mengikuti jalan-Nya, kita akan berjaya dalam kehidupan. Tapi....Matlamat hidup yang harus kita cari adalah mencari mardhatillah melalui tuntutan yang telah di gariskan olehNya..Wallahualam...


Wanita Sosial Dan Lelaki Soleh

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, apa khabar semua, KY harap semuanya sihat, maklumlah keadaan jerebu sekarang ni, agak membimbangkan di sesetengah kawasan, apa lagi kat KY ni, Kemaman, masih tinggi..siap kena pakai mask lagi, tapi bila pakai rasa macam sesak pulak nafas heee...ala..tak biasa kihhh...tapi harap-harap blog KY ni tak di landa jerebu juga, maklumlah dah jarang dapat on blog hahaaa...cukup intronya...hiih

Dalam hidup kita ni.....macam-macam ragam manusia yang kita jumpa, betulkan...ada yang baik...ada yang sebaliknya....Tapi jangan sesekali kita mempermainkan perasaan orang....Lelaki atau wanita bagaimana pun sikap dan sifatnya pasti mahu yang baik sebagai pasangan hidup kan?


Wanita sosial menjadi rebutan untuk dipermainkan, 

wanita solehah menjadi rebutan untuk di peristerikan. 

Lelaki sosial pula banyak mempermainkan wanita. 

Lelaki soleh pula banyak rasa tanggungjawab terhadap wanita.


Kalau tentang mencari pasangan hidup ini, kita memang harus berhati-hati, nak hidup bersama bukan sehari dua, tetapi selamanya...tapi untuk mendapat yang baik dan soleh, kita juga harus menjadi yang baik dan soleh juga, Allah kan dah janji, wanita / lelaki yang baik akan mendapat wanita / lelaki yang baik juga kan?

Biarlah kita menjadi rebutan kerana agama kita, kerana akhlak kita, kerana budi pekerti kita dan kerana kecantikan dalaman kita, bukan hanya cantik di luar tapi dalamnya????..eeemmmm...tepuk dada tanya hati dan iman...wallahualam..

Ini Je Yang Mampu Di Buat 3

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, buat apa hujung-hujung minggu ni, ada paln bagus ke heeee, KY biasalah plan sentiasa bagus, duk kat rumah sambil blogwaking haaaa...dah masak semua? atau masih ada yang leka dengan fb dan blog, ibu-ibu jangan macam tu tau, siapkan kerja penting dulu nanti baru kita main-main di alam maya ni....

U alls suka tak makan ni...
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v


In je yang mampu KY buat hari ni, hari-hari masak nasi boring juga, lagi pun nanti petang ada jemputan makan, jiran sebelah nak buat makan, nak masuk rumah barunya, nanti hilang pulak seorang lagi jiran...sedih tau..

u alls hari ni masak apa? tentu masak sedap-sedap ni...tengok je mi rebus KY, tak ada yang aneh-aneh di dalam sebab yang kat rumah ni, tak suka banyak bahan di dalam, jadi KY masak simple je...janji sedap kan? hahaaa..perasannnn..ok lah jemput semua makan ye....


Apabila Kita Bersuara...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt dan satu ciuman untuk u alls, siapa kat sini yang suka sangat bercakap, KY pun suka, kalau tak bercakap macam mana hidup kita ni, pasti sunyi dan sepi kan? tapi kalau terlebih cakap susah juga, takut-takut percakapan kita tu menyakitkan hati orang, malah yang paling takut, nanti bolah jadi fitnah..nauzubillah..mintak di jauhkan...

Kenapa KY bertanya seperti itu, u alls tak rasa penasaran ke? heeeee..macam bagus sangat, sampai orang nak penasaran kan? kata ustaz, kita kena jaga kata-kata bila bercakap, tak kisahlah bercakap dengan siapa pun, manalah tahu kerana cakap kita nanti boleh bergaduh pulak orang lain kan? kitakan masa sekolah pernah belajar adab-abad bercakap dengan orang, apa lagi dengan orang yang lebih tua. Tapi sekarang orang dah jarang gosip-gosip secara live, maklumlah dah canggih, masing-masing ada fb, twitter, G+ dan macam-macamlah...tempat-tempat itu semua boleh jadi ladang fitnah menfitnah...hati-hatilah u alls kalau tulis ye...penulisan kita juga melambangkan keperibadian kita kan?

Berkaitan percakapan atau berbicara, KY ada nak kongsikan pada u alls pesan dari Imam al-Ghazali dimana Beliau mencatatkan 5 perkara untuk mengikis sikap takbur dalam diri seseorang..dan pesannya begini...

Apabila kita bersuara dengan anak-anak kecil,
..maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum mempunyai dosa-dosa berbanding dari kita yang telah dewasa.

Apabila kita bersuara dengan orang tua pula,
..maka kita anggaplah yang sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah dari kita.

Apabila kita bersuara dengan orang alim pula,
..maka kita anggaplah yang sebenarnya beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

Apabila kita bersuara dengan orang jahil pula,
..maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan sengaja kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk dan baik.

Apabila kita bersuara dengan orang kafir pula,
..katakanlah dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk islam. Maka semua dosa yang dilakukan sebelum dia masuk Islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t. Sedangkan kita pula sebagai umat islam sejak lahir terus -menerus melakukan dosa tanpa mengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak.

Dari itu segeralah kita kembali kepadaNYA semoga amalan kebaikan kita didunia ini akan dibalas kegembiraan diakhirat kelak. Renung-renungkanlah wahai sahabatku, Waallahualam..

Gaya Memikat Kekasih Dan Tips Mengayakan Cinta Suami Isteri

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, Alhamdulillah dapat lagi kita bersua dengan izin dariNYA...kali ni KY nak cakap pasal cinta boleh? senyum je masing-masing kalau cakap pasal cinta ekk...hahaa, tajuk kat atas tu gempaq tak? kalau nak tahu gempaq ke tidak, kena baca artikel ni sampai habis..

Ok..Ilmu pikat memikat tentu menjadi satu kemestian bagi kita yang mahukan kelangsungan percintaan berjalan mulus atau lancar. Gaya bercinta setiap induvidu ada bermacam-macam. Bentuk dan gaya menentukan matlamat sebenar mereka. Apakah yang kita cari dalam percintaan????

Adakah kita mencari......

Cinta romantis >>> cinta seperti ini adalah percampuran emosi, keasyikan dan seksual yang kuat

Cinta suka-suka >>> cinta ni pula cinta yang tiada komitmen, kurang mesra dan tida perancangan jangka panjang

Cinta gila >>> cinta ni cinta yang diketegerikan melampau, cemburu buta dan suka menggongkong pasangan

Cinta terkorban >>> mereka berhati mulia, mesra dan tidak mengharapkan balasan daripada orang yang dicintainya serta sedia memaafkan kesilapan pasangan. Mereka lebih mementingkan kebahagian pasangan daripada diri sendiri. Biasanya mereka inilah yang sering ditindas dan dimanipulasikan oleh pasangan.

Begitulah gaya cinta orang sekarang yang boleh mendatangkan kebahagian atau kesengsaraan. Itu semua adalah pilihan masing-masing. Adakah kita-kita ini yang belum berkahwin (tidak termasuk KY ye hihii) inginkan cinta begini??? tepuk dada tanyalah hati  alls...

Bagi mereka yang dah berumahtangga, KY pun ada beberapa tips nak di kongsikan, tentang gaya cinta suami isteri, jom kita lihat dan amalkan semoga rumahtangga kita kekal bahagia InsyaAllah....

Gaya ikhlas >>> Cinta hanya milik kita berdua. Tiada siapa yang boleh mempengaruhi kasih sayang kita melainkan Allah s.w.t. Tali kasih sayang ini hak milik kitaberdua. Jangan biarkan orang lain cuba menjejaskan hubungan itu. Mengapa mesti percayai orang lain daripada isteri atau suami sendiri? Hanya pasangan  kita yang kekal menemani kita dalam susah dan senang.

Gaya impian >>> Cinta ini menyeronokkan bagi membuktikan kita berdua berada dalam landasan yang sama, arah tuju dan impian yang satu. Setiap hari mesti ada cita-cita yang akan kita berdua kejar hingga dapat. Ada perancangan yang rapi untuk rumahtangga. Merancang untuk memiliki anak, rumah, kereta dan apa sajalah untuk kepentingan bersama dan yang paling penting menambah ilmu, iman dan ibadah agar ketenangan hati suami dan isteri sentiasa terpelihara.

Gaya ibadah >>> Perkahwinan itu ibadah yang boleh merangsang iman kita menjadi lebih bertenaga, kalau dulu setiap ujian dihadapi sendirian tetapi kini ada teman di sisi yang mahu berbahagi kesusahan. Kalau dulu sembahyang hanya dapat satu pahala, tapi kini 27 darjat bagi sepasang hamba Allah yang sujud bersama-sama. Dulu rezeki yang diperolehi hanya dimakan sendiri, tapi kini apa yang kita nafkahkan untuk keluarga adalah sedekah yang paling utama di sisi Allah s.w.t.

Tapi tahukah kita dimanakah cinta sejati yang menjanjikan kebahagiaan berpanjangan hingga keakhir ayat? Selagi kita di sebut sebagai insan yang jauh dari kesempurnaan, maka kita tidak akan pernah memiliki yang terbaik, melainkan di syurga Allah dimana kekasih-kekasih yang diciptakan untuk ahli syurga adalah pilihan yang paling sempurna. Waahualam...


Resepi Kek Lapis

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, sekejap je nak masuk hari minggu pulak kan? dan untuk hari minggu kali ini, KY nak ajak u alls memasak lagi, ala biasalah buat kek, kali ini kek special sikit, kita buat Kek Lapis, bukan kek lapis sarawak tau, kek lapis biasa, mudah dan simple, cuma membakarnya sedikit rumit heeee, tak apalah buat dengan sabar ok..sebelum kita ke resepi kita tengok dulu kek yang KY buat..

Tadaaa...inilah dia kek lapis yang KY buat, maaf ye kek ini kekurangan padat, sebab KY bakar, u alls kena kukus tau baru cantik.. u alls kalau nak buat kena buat nipis-nipis tau baru cantik, KY buat lapis tebal, sebab time tu KY ada kedatangan buah MALAS heeee... tapi kalau u alls memang malas, u alls boleh buat cara yang paling senang, nak tahu caranya? macam ni....

Aaaaa....nampak? ini yang belum masak tau, yang ini KY kukus memang cantik lepas masak, tapi lupa nak ambil gambar, sebab dah tak sabar nak makan...u alls campur warna dan tuang satu-satu warna, lagi senang, rasanya tetap sama...mudah kan? tapi biasalah kek KY ni selalunya tak cukup perasa heee...ok lah dah lihat puas-puas, ada yang terliur tak? kalau terliur... jom kita lihat resepinya dan buat sama-sama..tapi jangan lupa kirim sikit untuk KY rasa ok? heeee

Bahan-Bahan
459g  mentega
11/2 gelas gula halus (ky guna segelas je)
10 biji telur
11/2 gelas tepung gandung
1/2 tin susu pekat manis (ky guna tak sampai setengah)
1 sudu teh vanila
jem
horlicks
milo
sekaya

Cara Membuatnya
1) Mentega dipukul dengan telur sehingga sedikit kembang
2) Setelah itu masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati.
3) Kemudian masukkan tepung, susu dan vanila, gaul lagi.
4) Kemudian bahagi adunan kepada 4 bahagian, dan setiap bahagia di campur dengan 4 bahan yang tertulis di atas.
5) Bila dah siap, kukuslah..selapis selapis sampai habis...ok?

Macam mana? senang?  u alls pasti cakap alaaaaa....susah ni hhaaaaa...tak kisahlah susah ke senang ke kalau ada kemahuan pasti kek lapis ini akan jadi kan? rajin-rajinkan diri, ala..buat pun untuk siapa, untuk keluargakan? ok lah...kelas kita habis di sini untuk kali ini, selamat mencuba...

Kebaikan-Kebaikkan Yang Tersembunyi

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, Alhamdulillah, dapat lagi kita bersua, semoga ukhwah ini berkekalan, aamiin...u alls tahu kan, dalam hidup yang kita lalui sehari-hari ini penuh dengan kebaikkan, ye kan? cuba kita lihat kembali, perkara yang terkadang menyusahkan kita, tapi disebaliknya juga terselit kebaikkan, cuma kita saja yang tidak perasan..

Namun bagi mereka yang yakin pada Allah, mereka ini tidak merasakan semua itu adalah kesusahan atau sesuatu yang tidak menyenangkan, yang mereka nampak adalah kebaikkan. walaupun mereka di duga dan di uji dengan berat dan berbagai rintangan. Alangkah bahagianya jika kita juga salah seorang dari golongan itu.



Kenapa mereka merasa begitu? kerana mereka sentiasa percaya Allah tidak akan pernah mengecewakan mereka. Pernah kita mengeluh? eeemmm....pastikan? walaupun cuba mengelak, datang juga..saja nak mengetest keimanan yang kita ada, maklumlah iman yang ciput ni cepat sangat tergugat..

Sebab itu kita jangan sesekali bersangka buruk terhadap apa yang telah diberikan Allah pada kita, sebab kebaikkan ini akan kita sedari apabila kita berfikir, macam mana nak lihat kebaikkan itu kalau kita asyik marah-marah dan merungut saja...Astagfurullah al'azim...

Bukan semua perkara yang kita suka itu akan mendatangkan kebaikkan kan? kalau u alls tak percaya cuba baca ayat 216 surah al-Baqarah dan fahami maksud yang tertulis...

Biarlah Allah menyusun segala-galanya, kita hanya perlu berusaha bersungguh-sungguh, merancang kehidupan kita sebaik mungkin dan melaksanakannya mengikut kehendak Allah swt. dan yang paling penting jika Allah memberikan ujian, dugaan, kegagalan dan sebagainya, jangan cepat melatah dan menyalahkan Allah, fikir dan muhasabah diri sentiasa...wallahualam..

Alahaiii....Malasnya Nak Ke Sekolah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, eeemmm....lama juga KY tak update blog kan? apa nak di kata, kesibukan melanda, nak melawat blog u alls pun ada yang sempat dan ada yang tidak, maaf lah ye, kalau KY ada masa pasti KY kunjungi u alls...hari ini dah masuk 2 Sha'ban, tak lama lagi 1 Ramadhan kan? tak sabar pulak rasanya nak menunggu....

Eeemmmm....sekolah dah bermula masih ada yang malas-malas bangun pagi ke kat rumah? maklumlah dah lama cuti dan bangun lewat..ok..sempena sekolah bermula KY nak kongsi satu cerita dengan u alls, cerita ini KY dapat dari teman fb, jom santai dengan KY...


Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Ke...




Salim kan... (PENGETUA SEKOLAH) ….!!!
(hitamkan tempat kosong di atas hihi)

Inilah Nasihat Rasulullah SAW Kepada Kaum Hawa

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, nak cerita tentan kaum hawa lagi boleh? heeeee, bolehlah...semalam sambil membaca, KY cubalah selak balik nota-nota yang lama tersimpan, selak punya selak, terjumpa artikel yang bakal KY kongsikan, kita ini kalau tak selalu membaca susah juga nak ingat sesuatu, kerna  itulah kita kena selalu membaca walaupun kisah yang sama berulang-ulang agar ianya melekat dalam minda kan?

Okk...kali ni KY nak kongsi nasihat, nasihat dari siapa? nasihat dari Rasulullah saw untuk kaum hawa...nasihat Beliau begini...


Aku menjenguk ke surga dan aku melihat kebanyakan penghuninya orang-orang fakir (miskin). Lalu aku menjenguk ke neraka dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. (HR. Bukhari dan Muslim)
Surga dan neraka, adalah tempat yang Allah janjikan bagi setiap manusia…sebaik-baiknya tempat kembali adalah surga, dan seburuk-buruknya tempat kembali adalah neraka

Wahai kaum wanita…,
Bukankah Allah telah memuliakan kalian…?  Bukankah Allah telah memberikan dan mengangkat darjat kaum wanita …?  menurunkan surat yang isinya adalah kebanyakan adalah urusan yang membela kaum wanita.. petunjuk khusus bagi kaum wanita ..? melindungi hak kaum wanita, memberikan berbagai kemudahan bagi kaum wanita..

Wahai kaum wanita…
Bukankah seharusnya kebanyakan dari kaum wanita yang telah Allah muliakan berada di surga..? bukankah seharusnya kaum wanita yang diangkat darjatnya, berada di surga..? bukankah seharusnya surat yang khusus Allah turunkan untuk kaum wanita mengantarkan dirinya untuk menikmati istana di surga…?

Wahai kaum wanita….renungkanlah sejenak....
Apakah kalian tidak menyedari bahwa seringkali kalian membalas nikmat yang Allah berikan dengan perbuatan dosa dan kemaksiatan..?  Pernahkah, kalian merenung sejenak,…merenungkan dosa dan kemaksiatan yang kalian lakukan, atau bahkan kalian tidak tahu bahwa apa kalian lakukan itu adalah perbuatan dosa…? Sudahkah kalian mempersiapkan jawaban ketika dihadapkan pada persidangan Allah….?

Wahai kaum wanita...,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian, … agar kalian menjaga komitmen syahadat kalian kepada Allah, menjalankan sunnah-sunnah Rasul, menjaga shalat kalian, berpuasa di bulan romadhon, berzakat, bersedekah dengan harta yang Allah titipkan kepada kalian, dan berhaji jika kalian mampu…

Wahai kaum wanita....,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian, …agar kalian menjaga diri kalian, menutup aurat kalian, tidak memperlihatkan rambut kalian kepada kaum lelaki yang bukan muhrim.. tidak membiarkan diri kalian disentuh oleh lelaki yang bukan muhrim…menjaga pandangan kalian, tidak mengundang dan memberikan kesempatan pada kaum lelaki untuk maksiat kepada kalian…?

Wahai kaum wanita....,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian,… agar kalian menjaga lisan kalian dari perkataan yang tidak bermanfaat, dari perkataan dusta, dan perkataan yang mengandung kekufuran atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kalian…

Wahai kaum wanita.....,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian,… tetap taat kepada suami yang kalian pilih, senantiasa bersikap sabar, pengertian, lemah lembut dan penuh pengertian.. janganlah kalian meminta dari suami kalian dari sesuatu yang berada di luar kemampuannya,…jangan pula kalian tidak mensyukuri atas apa yang telah diberikan oleh suami kalian.. walaupun itu hanya sedikit… Ingatkanlah suami kalian untuk beribadah kepada Allah jika lupa, sertakanlah mereka dalam do’a kalian…

Wahai kaum wanita....,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian,… bahawa kalian adalah wakil dan wali Allah..?, yang akan memberikan curahan kasih sayang pada anak yang Allah amanahkan kepada kalian…? Bimbinglah mereka untuk mengenal Allah dan Rasul-Nya, berikan kepada mereka suri tauladan yang baik melalui akhlaq seroang Ibu, kuatkanlah keimanan mereka, berikanlah mereka makanan yang halal walaupun itu sederhana, berkatalah yang lemah lembut kepada mereka.. bersabarlah dalam menghadapi mereka…jadilah sahabat bagi mereka, do’akan mereka agar Allah selalu memudahkan urusan mereka…

Wahai kaum wanita....,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian, … bahawa hidup di dunia hanyalah sementara…bahwa kehidupan sesungguhnya adalah surga yang abadi… dan balasan terbaik adalah balasan dari Allah.. maka jagalah diri kalian dari perbuatan dosa dan maksiat, penuhilah janji kalian, jagalah kehormatan kalian, berpegang teguhlah pada agama Allah… lalui setiap cobaan dalam hidup ini dengan bersabar dan bersyukur, berikhtiar dan bertawakal kepada Allah… perbaikilah urusan agama kalian dengan mencari ilmu, bergaullah dengan orang-orang yang dapat mengantarkan kalian takut kepada Allah…

Wahai kaum wanita....,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian…bahawa sebaik-baiknya perhiasan dunia adalah wanita solehah.. maka, berniatlah untuk menjadi wanita solehah dengan segenap kemampuan…agar mencapai kehidupan dengan penuh kebaikan..dan mengakhirinya dengan penuh kebaikan…

Kisah Wanita Tua Dengan Seekor Kucing Di Tanah Suci

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, apa khabar, harap semuanya sihat sentiasa, ada pencinta kucing disini? pasti ada kan? terutama Yui, tu heeee...KY pun suka, memang tak boleh tengok kucing apa lagi anak kucing, suka gelagat mereka, tapi semalam, balik dari majlis pertunangan, ada seekor anak kucing, entah siapa yang buang, kesian KY tengok, kecik lagi..orang tu pulak, macam tahu-tahu je KY suka kucing, dia pi buang depan rumah KY...jadi sementara tu, KY belalah sampai dia benar-benar boleh bawa diri...nak tengok kucing tu, comelll....

comelkan?, aktif pulak tu...

Kita semuakan tahu kucing ni kan binatang kesayangan Nabi kita, apa salahnya kita jadi pencinta kucing dari menjadi pencinta wanita dan lelaki kan? heeeee...bila bercakap tentang kucing ni, teringat pula KY tentang kisah seorang wanita tua dengan seekor kucing di tanah suci, ini kisah benar yang terjadi...u alls pernah dengar, kalau belum pernah meh baca...kisahnya begini...

Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. iaitu mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda yang sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaib daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi s.a.w. kita, mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

Lihatlah betapa besarnya ganjaran perbuatan baik itu, janganlah menganiaya binatang, mereka juga makhluk Allah yang mahukan kasih sayang...

Kisah Alqamah Yang Malang

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, Alhamdulillah, kesihatan KY sudah kembali dan rasa ceria ingin berblog sudah kembali heeee, u alls pula macam mana, sihat? Alhamdulillah, tapi bila sihat ni, banyak pulak aktivitinya, biasalah cuti-cuti ni, apa lagi kalau bukan majlis perkahwinan, sana-sini jemputan, esok cousin pulak bertunang...tapi tak apalah sekarang time mereka, time KY dah lepas heeeee...

Semalamkan, KY tengok al-kuliyyah di tv3, isu yang dibincangkan tentang anak derhaka, lebih kurang, KY lupa tajuk sebenar, ustaz kata, betapa hebat pun pun amalan yang kita lakukan tapi kalau menderhaka kepada ibu, semuanya tiada guna, contohnya seperti apa bila kita menunaikan solat sunat, kalau ibu memanggil, kita boleh tinggalkan solat itu dan menyahut panggilan ibu.


Bila KY dengar perbincangan itu, teringat KY satu kisah tentang seorang lelaki yang bernama Alqamah. beliau adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw. beliau juga seorang yang kuat beramal tetapi disaat kematiaanya, dia begitu susah untuk menghembuskan nafasnya dan sukat mengucapkan dua kalimah syahadah.

Keadaan Alqamah waktu itu sangat menyedihkan, dengan wajah yang pucat, mulut terkatup rapat serta tangan dan kakinya kaku tidak dapat bergerak. itulah yang merisaukan hati para sahabatnya. tapi Rasulullah tahu itu semua bukan kerana beliau kekurangan amal ibadah tetapi kerana menderhaka kepada ibunya.

Lalu Rasulullah memanggil ibunya dan bersabda, "Wahai ibu Alqamah, ampunkanlah dosa anakmu"
namun ibunya enggan, kerana Alqamah telah mengecilkan hatinya. menurut ibunya, sebelum berkahwin, Alqamah seorang anak yang patuh, hormat dan begitu mengambil berat hal ehwal ibunya. Tetapi apabila telah berkahwin dia banyak melebihkan isterinya dan sering mengasari ibunya sehingga ibunya berkecil hati.

Melihat keengganan ibunya, Rasulullah saw. mengancam untuk membakar Alqamah. Menangis ibu Alqamah apabila diancam sebegitu, kerana kasih sayang pada anaknya itu terlalu mendalam. Lalu dia pun memaafkan anaknya. Sebaik sahaja ibunya memaafkannya, dengan mudah Alqamah mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Subhanallah...tak terbayang betapa besarnya kasih sayang ibu. kerna itu, sayangilah ibu kita dan hargailah mereka, apa lagi kalau mereka masih ada...jagalah mereka semampu kita, bukan harta yang mereka mahukan tapi perhatian dan kasih sayang dari anak-anaknya....

Rindu Ibu...Al-fatihah buat IBU DAN AYAH TERSAYANG....Semoga Allah menempatkanmu dikalangan orang-orang yang beriman..Aamiin