Srikandi Islam: Maryam, Namanya Tercatat Di Dalam Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa khabar semua...Alhamdulillah. Ok..kali ini KY nak cerita serba sedikit tentang serikandi Islam. Dari pengetahuan kita ramai kan serikandi Islam ni..dan untuk kali ini KY nak cerita tentang Maryam. Siapa Maryam? Beliau adalah ibu kepada Nabi Isa a.s.


Istimewanya Maryam.
Antara seluruh wanita yan diciptakan oleh Allah di dunia ini, hanya Maryam saja yang diletakkan namanya sebagai salah satu surah dalam al-Quran. ye kan? U alls tahu, ini maknanya Maryam bukanlah calang-calang wanita. Maryam adalah hamba Allah yang solehah.

Keistimewaan Maryam bermula sejak beliau berada dalam perut ibunya lagi. Ketika mengandungkan Maryam, ibunya bernazar kepada Allah bahawa dia mahu anak yang bakal dilahirkan itu menjadi ahli ibadah.  Setelah lahir Maryam dijaga oleh bapa saudaranya, Nabi Zakaria a.s. Maryam membesar dengan mengabdikan diri sepenuhnya di rumah Allah dan ketika Maryam beribadah beliau menerima hidangan istimewa dari syurga. MasyaAllah...bertuahnya Maryam kan?

Dikurniakan Anak.
Suatu ketika, sedang Maryam beribadah, Malaikat Jibril datang kepadanya. Jibril menyampaikan kepada Maryam bahawa Allah swt ingin mengurniakan seorang anak kepada beliau. Maryam terkejut dan hairan.    "Bagaimana aku boleh melahirkan seorang anak sedangkan aku tidak berkahwin?" Tanya Maryam.
Jibril menjelaskan perkara itu mudah bagi Allah. Sebagaimana Allah menciptakan Nabi Adam a.s tanpa proses ibu bapa begitu juga Allah ingin menciptakan Nabi Isa a.s iaitu Putera Maryam. 

Maryam akur dengan perancangan Allah swt walaupun beliau bakal menerima cercaan dari masyarakat. Apabila anak kecil itu keluar, dia berkata kepada ibunya, Nabi Isa kan boleh bercakap waktu dia masih kecilkan? masa sekolah pun belajar ni..dah lupa yeee...kalau u alls nak tahu apa yang Nabi Isa a.s pesan kat ibunya..tengok surah Maryam ayat 24 hingga 26...

Isa Seorang Nabi.
Apabila Maryam pulang bersama anak kecilnya, beliau menerima cacian daripada masyarakat. Mereka mengatakan Maryam wanita yang tidak suci. Namun memikirkan pesanan bayinya, Maryam mendiamkan diri. Dengan kuasa Allah, bayi Maryam menjelaskan kedudukan ibunya kepada masyarakat Bani Israel seperti yang tercatat dalam surah Maryam... u alls kena cek balik surah Maryam ayat 27 hingga 33...

Itulah serba sedikit tentan Maryam, Ibu kepada Nabi Isa a.s dan apa yang berlaku dalam  hidup Maryam adalah bukti kebesaran Allah swt. Dan beliau adalah salah seorang wanita yang telah dijanjikan syurga oleh Allah swt. Ok..setakat itu saja yang mampu KY catatkan..kalau ada penambahan..u alls tambahlah...mungkin ada yang tertinggal ni..ok? wallahualam...

Maksud ayat 24 hingga 26
" Tidak, janganlah kamu bersedih, sesungguhnya pemelihara kamu mengadakan dibawah kamu sebuah anak sungai. Goyangkanlah kepada kamu batang kurma, ia akanmenjatuhkan kapada kamu kurma yang segar dan masak. Maka makan dan minumlah dan bergembiralah. Dan jika kamu lihat seseorang manusia, katakanlah, "aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa dan pada hari ini aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun."

Maksud ayat 27 hingga 33
"Sesungguhnya aku hamba Allah, Dia memberi aku al-kitab dan menjadikan aku seorang Nabi."
" Dia membuat aku diberkati dimana sahaja aku berada, dan Dia mewasiatkan aku supaya bersolat dan berzakat selama aku hidup."
"Dan taat kepada ibuku, dan Dia tidak membuat aku sombong, sengsara. Kesejahteraan ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati dan hari aku dibangkitkan hidup"

45 ulasan:

  1. subehanallah.. sungguh pelajaran hidup dan sikap mulia yang di tunjukkan maryam.

    KY mau kah seperti maryam? bukan masalah "melahirkan anak tanpa bpk" tapi ke solehah-annya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. masnady, siapa yg tak tahu jadi sesolehah begitu, cuma sekarang sukar mendapat wanita seperti maryam

      Padam
  2. Semoga dapat menambah ketaquaan kepada kita semuah tentang kisah maryam ini ya..

    BalasPadam
  3. Salam KY...bagusnya catatan tentang MARYAM....semoga menjadi ikutan semua wanita2 gadis diluar sana....

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam hafizah,

      InsyaAllah...walaupun sukar untuk kita menjadi sepertinya, tapi kita mampu lakukan yg terbaik untuk diri sendirikan?

      Padam
  4. memerlukan ketabahan dan keimanan tinggi untuk menjadi seperti Maryam......

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang susah nak cari wanita seperti ini lagi yan, kerana peruntukkan untuk dunia banyak, cuma berharap kita mampu membahagi dengan betul dan sama

      Padam
  5. Bertuah maryam.....tp bukan calang2 org yg mampu bertahan mcm maryam kan

    BalasPadam
  6. terima kasih dengan info nie...bertuahnya hamba Allah tersebut...sama macam kita juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...semoga kita jua sentiasa menerima apa yg telah ditentukan untuk kita dengan redha dan tabah InsyaAllah

      Padam
  7. bagus KY, membantu menambah pengetahuan saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih..sama2 mengingati siapa srikandi islam kita, kan?

      Padam
  8. walaikumsalam KY.. :)
    sehat selalu ya, saya membaca kutipan yang Dikurniakan Anak jadi menambah pengetahuan :) .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...menjadikan maryam sebagai idola dan menjadi insan terbaik InsyaAllah

      Padam
  9. memang mariam seorang yg solehah..dan dia satu2 nya wanita di dunia ini yg mengandung tanpa suami dgn izin allah..kuasa allah sgt besar..subhanallah..:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. srikandi kita lambang kemegahan wanita..

      Padam
  10. Surah maryam itu favourite aku ukh.. (>,<)/

    Semoga kita bisa sedikit menjadi seistimewa beliau salah satunya dengan menjaga iffah kita sebagai muslimah

    Salam ukhuwah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya surah ini menjadi pilihan ibu2 waktu hamil..

      Padam
  11. balasan syurga buatnya atas segala dugaan yang dihadapi.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. masyaAllah...itulah yg telah Allah janjikan

      Padam
  12. benar benar keajaiban terakhir ya..?
    karena tidak bakal ada lagi yang bisa melahirkan tanpa bapak

    BalasPadam
  13. Maryam memang Istimewa :)

    BalasPadam
  14. bagus nih postingan, jadi makin kenal siapa itu maryam :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga kita sentiasa menjadikan srikandi islam sebagai idola dalam menjalani kehidupan kita

      Padam
  15. Kakak semasa mengandung suroh Maryam adalah suroh pilihan yg kakak sentiasa jadi amalan. Lihat betapa Maryam gigih dan tawaddhuk kan.. Ilmu yg baik dari N3 ini sebagai tazkirah buat kita semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. surah maryam ni memang menjadi pilihan ibu2 yg mengandungkan kak...

      Padam
  16. selamat pagi, terima kasih sudi singgah disini

    BalasPadam
  17. met siang mbk. pencerahan yang sangat bermanfaat sekali mbk Ky pas di siang2 gini mas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya...buat membuka sedikit minda kita tentang srikandi islam

      Padam
  18. tq share info2 sebegini ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 KA..supaya kita menjadikan idola dlm kehidupan kita kan?

      Padam
  19. Bukti kekuasaan Tuhan,Apabila DIA berkehendak akan sesuatu cukup mengatakan JADI maka JADILAH..Wanita suci dan dicintai Tuhan,mengandung seorang Nabi tanpa suami ? suatu cobaan yang sangat berat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cobaan yg amat sukar untuk dilalui, tapi Maryam tabah dan redha..kerna dia adalah insan terpilih

      Padam
  20. Maryam memang wanita istimewa, makanya namanya ada disebut dalam alqur'an.
    suatu pelajarn juga bagi wanita lainnya agar bisa mencontoh seperti maryam untuk menjadi wanita soliha yang baik, bijak dan penuh hormat kepada siapa saja.
    terima kasih sudah share

    BalasPadam
    Balasan
    1. yap...maryam adalah idola dan lambang keagungan wanita islam

      Padam
  21. 3 surah yg selalu okje baca masa mengandung...Maryam, Yusuf dan Lokman...

    BalasPadam
    Balasan
    1. surah popular tu..apa lg dikalangan ibu2 mengandung

      Padam
  22. ramai lag..i, nanti KY keluarkan satu2.

    BalasPadam