Kalau Dah Berani, Sanggup Buat Apa Saja

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...sebelum KY meneruskan cerita, terima kasih buat semua sahabat yang sudi doakan kebahagiaan KY, dalam entri ini, terima kasih banyak-banyak. Ok..ada tak kat sini yang tak pandai drive? bukan drive yang kat atas tu tapi pacuan 4 roda je..KY rasa sekarang semua orang dah boleh drive, adalah yang masih takut-takut, tapi yang pasti ramai yang pandai kan?

Teringat pula KY masa mula-mula belajar memandu..kelakar pulak kalau ingatkan, apa taknya, dah lah tak ada kereta, apa lagi nak belajar, bila daftar, cikgu datang ambil kat rumah terus suruh pandu, tak ke gila macam tu, terketar-ketar kaki di buatnya haaaa...tapi Alhamdulillah..sekali ambil saja. tapi u alls nak tahu yang lebih hebatnya lagi, lepas je dapat lesen, KY dan hubby pergi KL ambil kereta, dah sampai sana, nak bawa keluar kereta tak ada orang pulak nak pandu, plan awal abang KY yang sulung akan temankan, KY pergi dulu, dia susul kemudian, tapi bila sampai KL, dia telefon tak dapat datang, tak boleh cuti...

Eeeemmmm...apa lagi panik jadinya, nak tak nak KY juga yang kena bawa, u alls pasti tertanya-tanya, kenapa hubby tak bawa, yang itu lain kali kita cerita ok? heee, ada cerita menarik di situ sebenarnya..ok, berbalik kepada cerita asal..dengan sokongan hubby dan tekad diri, KY drive kereta dari KL hingga Kemaman, jauh tu..dalam perjalanan, Tuhan saja yang tahu, apa yang bermain dalam hati dan minda, tapi Alhamdulillah...selamat semua, Allah permudahkan perjalanan KY dan keluarga.

Sampai je kat rumah, adalah jiran-jiran yang terdekat datang nak tengok kereta, padahal bukan beli kereta baru pun..dia orang tanyalah, sapa yang drive, hubby cakap, siapa lagi..tuu laaahhh...ternganga mulut dia orang, tak percaya, apa yang mampu mereka katakan, "biar betul" hhaaaa...memang betullah...ingat apa? KY ni penakut sangat...tapi sememangnya takut heeee...

KY pandu pun bukan laju, baru dapat lesen kan, tapi sekarang jangan pandang sebelah mata tau, kena pandang sebanyak mana ada mata, siap boleh berlumba dengan pemandu F1 hihiihi...tapi orang perempuan kena lah sopan sikit di jalan raya kan? eemm...itulah pengalaman KY, kalau dingat balik, berani juga KY, tak sangka haaaa....oklah u alls byeee...

Kalau Dah Jodoh

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, eemmm...tajuk dah macam rancangan Ustaz Kazim pulak heee, semakin hampir kita dengan bulan Ramdhan, semakin teruja hati ini, semoga Allah panjangkan usia agar dapat menjalani Ramadhan Tahun ini..aamiin. Kali ini KY ada satu cerita nak kongsi dengan u alls, kisah benar tentang seorang wanita dalam menghadapi liku-liku kehidupan, berbagai ujian dan dugaan dilalui untuk mengecapi kebahagiaan..

Biasalah kan semua itu, siapa yang mahu hidup susah dan sengsara, ceritanya begini, ada seorang gadis, yang kehidupannya biasa-biasa saja, dan dia juga seorang yang simple dan mudah didekati dan dia juga memang ramah dengan semua orang, namun dia seorang yang sukar di jangka. di alam remaja kehidupannya cukup sukar, tapi dia bukan seorang yang cepat putus asa. apa yang dia inginkan itu akan dia capai dengan usahanya sendiri.

Dalam kehidupan tak kan lari dari cinta, tapi gadis ini cukup teliti dalam memilih pasangan, sekali dia tak suka pada seseorang, jangan di paksa, takkan jalannnya heeee..dia seorang yang cukup jual mahal...maklumlah wanita, mana boleh merendah diri sangat kan? tapi akhirnya datang seorang lelaki entah bagaimana boleh menundukkan hatinya. dalam waktu yang singkat mereka bertunang dan merencanakan perkahwinan. namun kehendak Ilahi bukan begitu, di hari perkahwinan, sang lelaki tidak hadir, tanpa sebab dan musabab yang jelas, cukup kecewa sekali hati gadis itu, namun majlis tetap berlangsung kerana kad sudah di edarkan...

Tapi kalian harus tahu, walaupun gadis ini cukup kecewa, tapi dia tetap jalani kehidupannya seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku, semua rakan-rakan di tempat kerjanya hairan, tak kan begitu tegar sekali hatinya, namun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu, lagi pun dia punya keluarga yang sentiasa bersama, terutama abangnya yang sulung,  tidak biarkan dia sendirian...

Setelah beberapa bulan berlalu, gadis itu di risik oleh seseorang atas pilihan keluarga, lelaki ini ada ikatan keluarga dengan kak iparnya. setelah diselidik sedikit tentang siapa lelaki itu, akhirnya gadis itu membuat keputusan untuk menerimanya. (masih ada ke zaman sekarang yang mahu pilihan keluarga?). akhirnya mereka bertunang dan selepas dua bulan mereka menikah...waktu itu baru dapat kenal dan mengenali satu sama lain...(kalau di kira perkenalan mereka hanya memakan masa 4 bulan)

Bila di alam perkahwinan, kehidupan mereka sama seperti orang lain, mereka berdua menerima apa adanya, apa lagi suaminya yang memang seorang yang penyayang, dan gadis itu, yang u alls tahu, memang mudah mesra dan ramah, jadi tak ada masalah dalam komunikasi. Ada diantara rakan kerja yang bertanya, bagaimana boleh menerima pilihan keluarga dan kenapa secepat itu. U alls tak perlu tahu jawapannya, yang harus u alls tahu, gadis itu tidak suka hidup dalam kekecewaan, dan dia tak suka merosakkan hidupnya hanya kerana cinta, kerana dia tahu, Allah selalu ada untuknya, dan apa yang Allah diberikan untuknya adalah yang terbaik.

Dengan kasih sayang dan cinta kehidupan mereka dibina dan sekarang, gadis itu telah menjadi seorang isteri dan ibu kepada 2 orang cahaya mata yang telah Allah kurniakan padanya, yang menambahkan kebahagiaan dalam rumahtangga...dan KY mohon doa dari u alls agar kebahagaian dan jodoh mereka berkekalan hingga ke syurga,



HAPPY ANNIVERSARY YANG KE 14 ( 1 / 7 / 2013 ) buat pemilik ILHAMKU DISINI...

Orang selalu bertanya, best ke bercinta selepas kawin? KY sudah merasakannya...pesan KY buat u alls, kebahagian dalam rumahtangga bukan terletaknya pada cinta semata-mata, yang penting kita menerima pasangan kita seadanya, sentiasa jujur, dan sebagai isteri sentiasa menjaga batas pergaulan serta tahu menjaga maruah suami..