Dua tiga hari lepas, baca paper, dalam blog, di facebook cerita pasal buang bayi dan dan hari ini tentang ayah dera anak pulak kan? Biasanya ayah sayang sangat dengan anaknya, maklumlah beliaukan bekerja seharian, bila tengok anak sejuk hati...eemm..ini tak, macam tu dia buat kat anaknya..cuba kita buat dia balik macam tu, apa rasanya heeeee...
Yang ini pulak, tak tahulah nak kata apa. Dah buat satu dosa, tambah lagi satu dosa. Astagfirullah al-azim...apa nak jadi pada sesetengah gadis-gadis sekarang. Nak kata tak pandai? pandai...belajar tinggi, nak kata tak pandai berfikir, rasanya terlebih pandai fikir ni...Tak kesian ke tengok wajah suci bayi yang tak tahu apa-apa, yang mahu juga diberi peluang hidup di bumi Allah ini...
Kesimpulannya...Kehadiran mereka bukanlah satu bebanan tetapi anugerah terindah dalam kehidupan, bakal pewaris kita dan sebagai orang tua sudah menjadi tanggungjawab kita membesar dan mendidik mereka.