Teman, Beritahulah...Lelaki Dan Perempuan Itu..

Assalamualaikum

Teman....
Beritahu pada LELAKI itu...
Dirinya ibarat batu... 
Disentuh terasa kasar, Dibaling memantul, Dipukul pecah. 
Beritahu pada lelaki itu... 
Jaga “IMAN”, jaga "TAQWA" 
Kerana harga diri terletaknya di situ. 
Jangan meluru ikut “TELUNJUK NAFSU”, 
Sesekali TERSILAP LANGKAH, 
Rosaklah insan yang sepatutnya dipimpin itu. 
Beritahu pada lelaki itu simpan “SECEBIS MALU” 
Kerana lelaki itu adalah IMAM iaitu pemimpin kepada ••
► Diri, Keluarga, Masyarakat, Negara malah Keturunannya.


Teman...
Beritahu pada PEREMPUAN itu..
Dirinya ibarat kaca... 
Disentuh Terguris, Dihantuk serpih, Dihempap berkecai. 
Beritahu pada perempuan itu... 
jaga "TINGKAH LAKU", jaga "PAKAIAN". 
Kerana HARGA DIRI letaknya di situ. 
Jangan meluru ikut "TELUNJUK NAFSU", 
Sesekali "TERSILAP LANGKAH", 
Akan di hukum selamanya, keturunan dicerca payah. 
Dimana dan dalam keadaan macam mana pun, biar orang kenal ••
► Dia orang ISLAM 

Semakin Banyak Bersyukur, Semakin Banyak Menerima

Assalamualaikum


Bersyukurlah kita dengan apa yang ada,
Bersyukurlah kita, dengan pemberianNYA,
Bersyukurlah kita dengan nikmat-nikmat dariNYA,
Bersyukurlah kita, kerana masih diberi nyawa untuk hari ini,
Bersyukurlah kita dengan kehidupan kita kini,
Bersyukurlah kita dengan sahabat-sahabat yang selalu mengingatkan ke arah kebaikkan
DAN...
Kami bersyukur dilahirkan sebagai umatMU YA ALLAH..

 ‎" Ingatlah kamu semua kepadaKU supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu kufur." ( QS Al-Baqarah : 152 )