Mencari Makna Sebenar Dalam Kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, u alls tentu selalu dengar ayat ini..

Hidup penuh pengorbanan
Pengorbanan perlukan perjuangan
Perjuangan perlukan ketabahan
Ketabahan perlukan keyakinan
Keyakinan pula menentukan kejayaan
Dan kejayaan pula menentukan kebahagiaan.

Hidup dan kehidupan mempunyai tafsiran atau makna yang berbeza-beza bagi setiap orangkan? begitu juga dengan kita, apa makna kehidupan bagi kita? Bagi sesetengah orang hidup diibaratkan suatu pengembaraan yang perlu melalui pelbagai kesulitan, kepahitan, kesusahan dan cabaran di samping menikmati pelbagai keindahan dan kemanisan.

Namun yang pasti, bagi semua orang, hidup ni mestilah bermakna kan? dalam apa bentuk atau apa cara sekali pun. mencari makna sebenar dalam kehidupan, memerlukan kematangan diri dan keperibadian yan tinggi. Eeemmm....semua orang mahukan kebahagian, kesenangan, termasuk kita yang sedang membaca ini kan? Masa kita masih kanak-kanak, kita langsung tak tahu apa makna kehidupan, dan bila kita meningkat remaja, banyak juga yang kita fahami, tapi masih banyak yang kita harus cari.

Haaaa....bila tiba peringkat dewasa, kita dah mula ingin mencuba banyak perkara. Ada yang gagal dan ada yang berjaya. Gagal atau berjaya yang pasti kita jangan berhenti di situ, kita harus terus mencuba. Dan akhirnya kita sampai pada usia emas, adakah diusia ini kita sudah memaknakan kehidupan kita dengan warna-warna bahagia???? atau kita masih tercari-cari??? seperti biasa tepuk dada tanya hati dan iman...

Imam Ghazali pernah menyatakan perjalanan Insan melalui dunia ini bolehlah di-bahagi-bahagikan kepada empat peringkat : Peringkat Nafsu, Peringkat Percubaan, Peringkat Naluri dan Peringkat Berakal. Maka apabila kita mampu melepasi peringkat keempat iaitu peringkat berakal manusia bisa melampaui batas haiwan dan boleh sedikit sebanyak melihat ke hari depan dan mempersiapkan untuk hari yang akan datang.

Kita mungkin tidak merasa bahagia, kecewa, kesunyian dan kegagalan. Semua ni, adalah lumrah kehidupan dan kita perlu menerimanya dengan lapang dada. InsyaAllah...dengan sentiasa mengingati-Nya dan mengikuti jalan-Nya, kita akan berjaya dalam kehidupan. Tapi....Matlamat hidup yang harus kita cari adalah mencari mardhatillah melalui tuntutan yang telah di gariskan olehNya..Wallahualam...


Wanita Sosial Dan Lelaki Soleh

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, apa khabar semua, KY harap semuanya sihat, maklumlah keadaan jerebu sekarang ni, agak membimbangkan di sesetengah kawasan, apa lagi kat KY ni, Kemaman, masih tinggi..siap kena pakai mask lagi, tapi bila pakai rasa macam sesak pulak nafas heee...ala..tak biasa kihhh...tapi harap-harap blog KY ni tak di landa jerebu juga, maklumlah dah jarang dapat on blog hahaaa...cukup intronya...hiih

Dalam hidup kita ni.....macam-macam ragam manusia yang kita jumpa, betulkan...ada yang baik...ada yang sebaliknya....Tapi jangan sesekali kita mempermainkan perasaan orang....Lelaki atau wanita bagaimana pun sikap dan sifatnya pasti mahu yang baik sebagai pasangan hidup kan?


Wanita sosial menjadi rebutan untuk dipermainkan, 

wanita solehah menjadi rebutan untuk di peristerikan. 

Lelaki sosial pula banyak mempermainkan wanita. 

Lelaki soleh pula banyak rasa tanggungjawab terhadap wanita.


Kalau tentang mencari pasangan hidup ini, kita memang harus berhati-hati, nak hidup bersama bukan sehari dua, tetapi selamanya...tapi untuk mendapat yang baik dan soleh, kita juga harus menjadi yang baik dan soleh juga, Allah kan dah janji, wanita / lelaki yang baik akan mendapat wanita / lelaki yang baik juga kan?

Biarlah kita menjadi rebutan kerana agama kita, kerana akhlak kita, kerana budi pekerti kita dan kerana kecantikan dalaman kita, bukan hanya cantik di luar tapi dalamnya????..eeemmmm...tepuk dada tanya hati dan iman...wallahualam..