بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, apa khabar, harap semuanya sihat sentiasa, ada pencinta kucing disini? pasti ada kan? terutama Yui, tu heeee...KY pun suka, memang tak boleh tengok kucing apa lagi anak kucing, suka gelagat mereka, tapi semalam, balik dari majlis pertunangan, ada seekor anak kucing, entah siapa yang buang, kesian KY tengok, kecik lagi..orang tu pulak, macam tahu-tahu je KY suka kucing, dia pi buang depan rumah KY...jadi sementara tu, KY belalah sampai dia benar-benar boleh bawa diri...nak tengok kucing tu, comelll....
comelkan?, aktif pulak tu...
Kita semuakan tahu kucing ni kan binatang kesayangan Nabi kita, apa salahnya kita jadi pencinta kucing dari menjadi pencinta wanita dan lelaki kan? heeeee...bila bercakap tentang kucing ni, teringat pula KY tentang kisah seorang wanita tua dengan seekor kucing di tanah suci, ini kisah benar yang terjadi...u alls pernah dengar, kalau belum pernah meh baca...kisahnya begini...
Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.
Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. iaitu mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.
Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.
Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.
Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.
Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.
Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.
Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda yang sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.
Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.
Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.
Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.
Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.
Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..
Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.
Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.
Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaib daripada pandangannya.
Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi s.a.w. kita, mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin
Lihatlah betapa besarnya ganjaran perbuatan baik itu, janganlah menganiaya binatang, mereka juga makhluk Allah yang mahukan kasih sayang...
Kenapa kisah ni sedih sangat ni? Tak pepasal mengalir air mata..uwwaa
BalasPadamhehehee...maknanya mieza mendalami kisah tu...hati wanita kan? heee
Padamwah begitu ya ky ..
Padamterima kasih herman, seharusnya begitulah
Padamfirst time bace kisah ini ,alhamdulilah tak salah kalau tolong haiwankan
BalasPadamsetiap perbuatan baik atau buruk pasti ada balasan kan?
Padamlucu banget kucingnya...
BalasPadamWS juga suka kucing, punya banyak kucing di rumah...
terima kasih ceritanya kak KY, banyak hikmah dan pelajaran yang bisa diambil dari cerita kak KY diatas
wahhhh...pasti kucingnya cantik2 dan aktifkan?
Padamsama2 WS, menyayangi haiwan tak salahkan, apa lagi binatang kesayangan nabi
Wah...comel kucing KY tu. Kisah ni sungguh menyentuh hati. Besar sekali ganjaran menolong kucing yg sakit, membela dan menyayanginya.
BalasPadamkucingkan haiwan yg lemah, apa lagi waktu umurnya baru lepasan susu, kesian KY tengok, apa manusia tah buang sesuka hatinya saja
PadamAllah boleh buat apa saja yg dikehendakiNya.. jadi iktibar buat kita.
BalasPadamKakak bukan tak suka tapi kakak geli. Belakang rumah kakak tu ada org buang kucing kakak tak bagi masuk rumah tapi setiap hari kakak bagi makan. Jauh-jauh KY sebab kalau dia dekat kakak jerit dulu takut/geli.
betul tu akk,
Padamtak apa lah, akk dah bagi dia makan pun dah kita baik, tak adalah mereka berlapar kan?
Wow, marvelous blog format! How long have you been blogging for?
BalasPadamyou made blogging look easy. The full look of your
site is fantastic, let alone the content!
Take a look at my homepage: male erectile dysfunction herbal treatments
thank you, this blog is almost 1 year
Padamand thank you willing to come ashore
kcing nya lcu skli hiii
BalasPadamhihiih...iya, memang lucu, lagi pun masih kecil, pasti gelagaknya boleh membuat kita senang
Padamsuka hee tahun lepas ada bela tapi bukan milik kami abg kata kucinga da org letak umh kami.kmi dpt jaga 2 hari. pastu anak2 kucing tu mati..agakanya dia haus nak susu ibunya
BalasPadameemmm...anak kucing ni memang susah sikit nak jaga, apa lagi yg masih menyusu, biasanya kalau yg begitu KY bagi susu tepung biasa dan suapkan dengan sudu atau picagari
Padamcerita ni iktibar untuk kita, perancangan Allah sentisa yang terbaik untuk hanbanya.
BalasPadambetul tu, Allah telah mengaturkan sesuatu buat hambanya
PadamYa ALLAH terharu sgt bc ni..sedih plak..
BalasPadamInsyaALLAH pasti ada balasan jika kt buat kebaikan. InsyaALLAH.
akk bela oyen tu baik2 ya..nampak sgt aktif tu..comel..
InsyaAllah...baik buruk pasti ada balasan..yui
PadamInsyaAllah...nampak semakin segar dan aktif
subhanallah, bagus nian nie cerita nya, awaq jadi nagis nie,..
BalasPadameemmmm...menangis kerana kita tahu siapa diri kita kan?, terima kasih singgah ke sini
Padamsalam, bagus sekali cerita pengalaman ini. terima kasih sudah berbagi untuk saling mengingatkan.
BalasPadamwaalaikumussalam TCC, Alhamdulillah...kita ambil sebagai pengajaran hidup
PadamAlhamdulillah.. murni sungguh peribadi hajah itu..
BalasPadameeemmmm....seseorang yg baik hati dan berakhlak kan>
Padamkisah yang sangat bagus mbk ky trmksih dah berbagi mbk
BalasPadamsatu kisah yg harus direnungi dan kita selami...
Padammemang comey tapi KA takut kucing sikit hehehe
BalasPadamtak pe dia tak gigit, kalau dia gigit biarkan heeee
Padamjika kita berbuat baik sesama makhluk tentu ada balasannya.
BalasPadambetul tu, Allah akan memberi ganjaran yg padan
PadamKalau tak salah, kucing Rasulullah, Mueeza namanya.. :)
BalasPadambetul tu pri...
Padambila berada di mekah , segala yg berlaku pada kita adalah ujian dr Allah . sama ada kita perasan ker tak , itu bergantung pada keimanan masing - masing ...
BalasPadamdimana saja kita berada ujian tetap ada
Padamkucing juga makhluk Allah...
BalasPadameemmm.....makshluk kesayangan nabi lagi kan?
PadamSalam rindu KY...
BalasPadamSy suka kucing tp alah dgn bulunya..timang kucing dr jauh je...bila terhidu bau najis kucing mesti termuntah..x taulah kenapa....pernah bela seekor kucing yg educated..buang air masuk toilet..setiap subuh bgnkan saya dgn mengetuk pintu bilik...setiap kali berjalan bawa dia wpun ke pasar....bila kucing tu mati...memang sedih giler..sejak tu x mau bela kucing lagi...
buatmu juga wirda,
Padamkucing ini makhluk yg cerdik sebenarnya kan? kalau kita ajar, pasti di ikut,
Sedih lah pulak bila membacanya. Saya pon suka kucing. Tapi tak der lah sampai membela. Lagi pon anak dara saya takut kucing. Tapi kucing dlm gambar tu comel sangat KY ☺☺
BalasPadameemmm..ada jugakan kana2 yg takut dengan kucing, dia rasa cam kucing tu nak makan dia heee
Padamsatu cerita yg sangat best.. kalau buat drama pun best gak ni kan
BalasPadamhhheee...nantikan dr MD heee
PadamAlhamdulillah..kita pun suka and sayang kucing tapi tak rajin nak uruskan dia..so camne tu..
BalasPadamheehehe...tak bolehlah, kena sentiasa uruskan dia, kalau tak macam baunya hihi
Padamassalamua'alaikum KY :)
BalasPadamhehe nice post kak,,
cerita yang sangt menarik KY,,, saya juga sangat suka kucing kak,, tapi yang bersih :)
waalaikumussalam sam,
Padamterima kasih, kalau suka kucing yg bersih kena rajin menjaga dan mandikannya hihih
Howdy this is kinda of off topic but I was wondering if blogs use WYSIWYG editors or if you have to manually code with HTML.
BalasPadamI'm starting a blog soon but have no coding skills so I wanted to get guidance from someone with experience. Any help would be greatly appreciated!
Feel free to surf to my weblog :: adult submitted photos amateur
thank you stopped at this blog, sorry in coding, I'm not well versed
Padamassalamualaikum KY... best cite ni.. moga dpt djadikan pedoman utk terus menyayangi haiwan kesayangan RASULULLAH ni :)
BalasPadamwaalaikumussalam aizu,
PadamInsyaAllah...terima masih
apa bener kucing perlu di kasihi??? saya masih belum percaya kalo ada binatang peliharaan rasul, hehehe
BalasPadam#ALERGI
kalau alergi, kena lihat dan sayang dari jauh saja hihi
Padamcerita yang sangat menarik ni kak. Moga kita jadikannya teladan.
BalasPadamp/s comel anak kucing tu kak, rasanya sebaya dengan baby kecik puteri yang ada kat rumah ni. Namanya junior :)
InsyaAllah...agar kita lebih menghargai makhluk bernyawa
Padamooo...mungkin kut, yg ini akk panggil kecik, sbb memang kecik kelakar tengok
I was recommended this web site by my cousin.
BalasPadamI'm now not certain whether or not this put up is written via him as nobody else know such specified about my difficulty. You are incredible! Thanks!
my web page :: female pattern hair loss temples
thank you stopped at this blog, I hope you're happy here
Padambagusnya..hehehe
BalasPadamsubhanallah.. kak KY , saya cinta banget loh sama kucing.. :')
BalasPadamternyata banyak manfaatnya kucing itu.. tapi sbenernya bukan cuma kucing saja, baiknya menyayani hewan-hewan lagi pula.. hewan lemah harusnya di tolong, tapi biasanya kita malu, kita takut melakukan kebaikan.. entahlah..
saya sayang sama kucing :) .
betul tu miztia, menyayangi makhluk2 Allah itu yg seharusnya
Padamsalam israk &mikraj KY.....
BalasPadamyan suka dan sayang pd haiwan kecil dan comel nie....
terima kasih Yan,
Padameemmm...ia juga dapat menghibukan hati kita yg tengah berduka dengan gelagatnya
ada ramai orang suka kucing sebagai haiwan peliharaan kesayanagan tp tak ramai yg tau kisah dan tuladan dari kasih rasulullah kpd hawan tersebut..
BalasPadamsemoga jd iktibar kpd semua.
betul tu pcl, KY juga ada simpan kisah Rasulullah dan kucing kesayangan Baginda Mueeza
Padamwaalaikumussalam ayie,
BalasPadamsegala perbuatan pasti ada balasan dan ganjarannya
Tiada yg mustahil kalau Allah menghendakikan KY.... Berkat ikhlas menyayangi kucing!
BalasPadambetul tu okje, dengan ikhlas dan jujur
Padam