Sri Kandi Islam: Halimatul Saadiah..Wanita Pilihan Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, Alhamdulillah, masih bersua lagi kita disini, terima kasih ya Allah... ingat nak kongsi resepi lagi hari ini, tapi teringat pula dah lama rasanya MYatiey tak kongsi cerita tentang Srikandi Islam. U alls dah baca kisah-kisah srikandi yang sebelumnya? kalau belum boleh klik lebal srikandi ok? Dengan rasa senang hati MYatiey teruskan menaip kisah tentang Halimatus Saadiah. U alls pasti tahu siapa wanita ini, yaa betull...wanita pilihan Allah swt menjadi ibu susuan Nabi Muhammad saw.



Menjadi kebiasaan masyarakat Arab Makkah dizaman sebelum kedatangan Islam untuk menghantar bayi mereka kepada ibu susuan. Peristiwa ini turut berlaku dalam kehidupan Nabi Muhammad saw. Sewaktu dilahirkan di dunia, Baginda sudah kehilangan ayah dan menjadi anak yatim. berita itu sudah tersebar luas dikalangan wanita-wanita yang mahu mengambil anak susuan. dan ramai diantara mereka cuba mengelak dari mengambil Muhammad kerana mereka menganggap Aminah tidak mampu memberikan upah yang mahal.

Pada waktu yang sama, seorang wanita dari pendalaman Bani Saad baru tiba di Kota Makkah. Dia dan suaminya terlewat kerana mengalami masalah binatang tunggangan. Bayi-bayi para pembesar sudah diambil wanita-wanita lain. Berjalanlah si wanita ini mencari bayi hinggalah kakinya melangkah di depan rumah Aminah.

Kala melihat wajah indah bayi itu, hatinya diselimuti rasa cinta yang luar biasa. segera dia menyatakan kesudiannya untuk menyusukan bayi itu. Dia tidak mengira berapa upah yan mampu diberikan kepadanya oleh Aminah, kerana dia menganggap bayi itu adalah anaknya sendiri dan akan membawa rezeki dia dan keluarganya.

Wanita yang bernama Halimatus Saadiah itu membawa pulang anak kecil itu.Dikala dia menyusukan Muhammad, air susunya melimpah ruah sehinga dapat diberikan juga kepada anaknya sendiri.Beliau merasa pelik, bahkan menurut suaminya unta mereka yan sebelumnya kekeringan  susu juga sudah padat susunya dan dapat diperah.

Di kampung Halimatus Saadiah menjadi kemarau, binatang-binatang peliharaan menjadi kurus dan kekeringan susu. Berkat anak susuan beliau, haiwan peliharaan mereka sihat dan gemuk, malah rumput untuk makanan haiwan juga subur.

Nabi Muhammad saw di jaga oleh Halimatus Saadiah sehingga umur Baginda 4 tahun. Baginda saw membesar di dalam suasana perkampungan Bani Saad yang tenteram dan damai. Begitulah Allah swt merencanakan kehidupan terbaik kepada kekasihnya yang dimulakan oleh seorang wanita kampung yang bernama Halimatus Saadiah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan