بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
gagal dalam kematian jauh lebih teruk daripada gagal dalam peperiksaan. kita boleh gagal dalam hidup, tetapi jangan sampai gagal dalam kematian. maksudnya jangan sampai kita mati dan tercatat sebagai orang yang gagal di sisi Tuhan.
maka belajarlah daripada kematian. banyak banyaklah mengingati kematian. buat persedian yang matang untuk menghadapi kematian.
jangan lupa kematian, kerana kematian tidak pernah lupakan kita. jangan lupa untuk mengambil pelajaran daripadanya, kerana kelupaan itu akan menjadi penyesalan yang besar pada hari kemudian. jangan tak bersedia dalam menghadapinya, kerana kematianitu sentiasa mengintai dan bersedia untuk mencabut nyawa kita.
jangan tunggu lagi, ambillah pelajaran sekarang juga. buat persediaan secepatnya. agar pada akhirnya kita mampu menjadi seorang pemenang yang sejati. seorang pemenang yang mendapat iktiraf daripada khalik, bukan sekadar iktiraf daripada makhluk.
"Si pintar mungkin berjaya dalam hidup tetapi hanya si bijaksana akan berjaya di hujung kehidupan"
sumber asal: Mencari Husnul Khatimah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan