بسم الله الرحمن الرحيم
Kali ini ada sesuatu yang istimewa yang KY nak kongsi dengan u alls, tentang minda. Setuju tak jika KY katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda kita? Tak percaya?? Ok...jom selami bersama KY...
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila kitasentiasa memikirkan tentang kenyang, kita tidak akan lapar. Buktinya apabila kita menjalani ibadah puasa, kita tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi kita tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi kita sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila kita tidak lansung memikirkan tentang penat, kita akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila kita mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, kita akan benar-benar malas dan boring. Maka jika kita ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan kita apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”
2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila kita mengingat seseorang, dan jika ingatan kita itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, kita sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Kita mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan kita terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang kita. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu kita terkenangkan seseorang yang telah lama kita tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang kita dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada kita.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.
3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah kita apabila kita membenci seseorang, kita sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap kita. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang kita benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.
4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan kita marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika kita mahu mengawalnya. Jika kita memang tidak mahu marah kita tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.
5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Kita mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.
6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yang erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-NYA. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.
Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”.
bagus banget artikelnya KY,aku suka
BalasPadambisa belajar disini
mksh KY sudah berbagi
terima kasih kembali, itulahkan, sebenarnya banyak lagi yg kita tidak ketahui, ayoh..sama2 kita mengejar ilmu
Padamkunjungan siang mbk. trmkasih mbk dah berbagit aq dapet lgi,ni dri blog ini heheh.
BalasPadamuuu...sudah tukar nama ni..eehhhmmmm
Padamsama2, kita belajar barang2
Betullah Ky..... OKje setuju sesangat..... secara tak langsung fizikal kita pun jadi mcm apa yg minda kita fikirkan....kannnn!!! Kadang2 bila OKje teringat nk call hubby, tiba2 hubby tu dh call dulu...itulah magisnya gelombang minda kita!
BalasPadambetulkannnn..KY pun pernah juga merasa begitu..bila teringatkan seseorang, eh ehhhh...org tu pun sama
Padamnice info..tq
BalasPadammekasih...
Padamalhamdulillah lukman bertambah lagi pengetahuannya disini tentang minda..
BalasPadamterima kasih KY yang baik hati yang suka memberikan manfaat bagi sang pembaca... :)
sama2 lukman...tak salahkan berkongsi, sebenarnyakan kita kena banyak membaca..baru luas pengetahuan kita kan?
Padambetul tu ky :)
BalasPadambetul ek mee..mekasih, KY pun kalau tak selidik pun tak tahu..
PadamTerase tambah terang hati awak ni kalau dah baca entry macam ni..
BalasPadamsemoga hati kita sentiasa terang untuk menerima ilmu InsyaAllah
PadamAmin.. Betul sangat dan itulah yang senantiase kite harapkan tentunye.
Padamha'ah lah..memang selalu je terjadi macam ni..
BalasPadamdah baca ni baru lah tau...
eeemmm...begitu hebat minda kitakan?
Padamالسلم عليكم ورحمة الله
BalasPadamKetika kita telah mampu mengendalikan fikiran-fikiran yang berkecamuk dalam akal, maka kita berhasil menapakkan kaki kita di atas tanah.
Jika kita telah sanggup mengendalikan apa yang ada di atas kita dan membawanya ke bawah kaki kita, barulah kita dapat mulai belajar
waalaikumussalam ustaz,
Padameeemmm..betul tu ustaz..mekasih atas takzirahnya
semoga minda kita selalu berjaya ya KY..
BalasPadamagar semuanya menjadi terkendali dan sempurna
InsyaAllah...zach,
PadamAlhamdulillah..sempurna sekali ciptaan Allah kan?
BalasPadamterima kasih, sudi singgah ke sini
BalasPadamAlhamdulillah..sangat sempurna..:)
BalasPadamAlhamdulillah...ciptaan Allah tiada celanya kan?
Padambanyak sangat lagi benda yg kita tak tau pasal minda.. even pasal seluruh sistem tubuh kita pun masih ada yang jadi misteri..
BalasPadambetul tu, KY ada juga mencari info tentang sistem tubuh, belum bertemu..InsyaAllah...nanti kalau dah jumpa KY kongsi kat sini ek
Padamsalam KY.....
BalasPadamtq untuk info nie dapat pelajari sesuatu....
sama2 yan, gembira kalau dapat sama2 belajar..
Padammemang sangat sempurna ciptaan Allah ni.. :)
BalasPadamAlhamdulillha...tiada siapa yg dapat menandinginya
Padamtq gd sharing dear
BalasPadamwelcome KA
Padamsungguh Allah maha besar dengan segala ciptaan-Nya
BalasPadammasya-allah...segalanya sempurna kan?
Padamselama ky jadi follower nick ni rasanya ky blogger yang peramah..huhu..camni la kita nak warga blogger ni saling tegur menegur :)
BalasPadamterima kasih..nick juga peramah..cikgu katakan...heeee
Padamwah ternyata pikiran juga mempengaruhi ya. ehm... terutama yang komunikasi, ternyata bisa ya. seomga saya juga bisa melakukan yang nomer dua, coba coba dan coba ah.. terimakasih.
BalasPadamInsyaAllah...kita akan terus cuba dan mencuba..sama2
Padamkawal minda kawal nafsu.
BalasPadamkena kawal segalanya
Padamtq berkngsi kak..
BalasPadamsama-sama yui..
PadamBetul apa kata Mas Zach, bila minda kita baik, maka bisa mengontrol semua dengan baik pula.
BalasPadambetul tu...segala sesuatu bermula dr minda
Padam.. minda itu apa ya?!? ..
BalasPadamuuu...Dhifa, minda itu fikiran kita, yg ada di otak
Padamdari minda yg sehat tercipta badan yg sehat
BalasPadamsemoga dari uraian Perkara Ajaib Yang Tersembunyi Di Minda diatas kita semua dapat belajar untuk mengawal minda kita....agar selalu positive thinking
InsyaAllah...Reo, kita harus sentiasa menjaga minda dr fikiran yg negetifkan?
Padammekasih sudi berkunjung..
BalasPadamterima kasih ayie
BalasPadamsilalah..tak jadi masalah
Itulah kehebatan ciptaan ALLAH...otak kita lebih hebat dari sebiji laptop!!
BalasPadameeemmm...tiada siapa yg boleh pertikaikan kan?
Padamsubhanallah :D
BalasPadamsubhanallah...walhamdulillah...
Padamsubhanallah bisa nambah ilmu nih, salam kenal KY :D
BalasPadamAlhamdulillah...berkongsi sesama...salam kenal kembali
Padamooo..cam tak caya jew..ermmm
BalasPadameeemmm....kena percaya..
Padam