6 Golongan Wanita Menurut Islam Yang Tidak Layak Dijadikan Isteri


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, apa abaq semua, alaa...rindu pulak, padahal baru 2 3 hari tak update, untuk kali ni, KY nak kongsi sesuatu bersama u alls terutama kaum hawa dan kaum adam kena ambil perhatian sebab ini juga melibatkan anda dan anda heeee

Wanita ini, sebenarnya banyak sangat sikap dan kerenah, ada yang baik dan tidak, wanita manusia biasa jugakan? tapi ada 6 sifat ini yang harus dibuang jauh-jauh dari diri seorang wanita...


1. Al -Anaanah:
banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. diberi rumah tak cukup, diberi kenderaan tak cukup, dan sebagainya. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yg tak cukup.

2. Al-Manaanah:
suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. sangat senang membicarakan suami: tak ingat budi, tak bertanggungjawab, tak sayang, dan macam-macamlah. Padahal suami sudah memberi perlindungan  padanya.

3. Al -Hunaana:
berkenan kpd lelaki  lain. sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami atau lelaki lain. Tak redha dengan suami yang sedia ada.
  
4. Al- Hudaaqah:
suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang, malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya sampai sanggup mengancam: nak lari, nak bunuh diri, ingin membuat malu suami, Suami dibuat seperti budak-budak, bukan sebagai pemimpinnya. Yang penting adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al -Hulaaqa:
sibuk bersolek atau tidur atau bersantai sehingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak dan suami..

6. As-Salaaqah:
banyak berbicara, menggosip. Siang malam, pagi petang asik menggosip terus. Apa saja yg suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dalam telefon, SMS, internet,  dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Itulah 6 golongan wanita yang menurut Islam tidak layak dijadikan isteri, renung dan tenunglah...kita semua tidak ada yang sempurna namun kita harus sentiasa muhasabah diri dan menjadi wanita dan isteri yang baik buat suami..kita mahu bahagia dunia dan akhirat, jadi kita jalani hidup kita dengan seadanya...wallahualam

37 ulasan:

  1. Semoga kita tidak tergolong dari yg 6 golongan itu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...kena selalu muhasabah diri dan perbaiknya kan kak

      Padam
  2. insyaallah yan bukan golongan wanita seperti tajuk n3 nie.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...selalulah berdoa menjadi wanita yg baik hati dan perilaku aamiin

      Padam
  3. Wanita mudah utk ke syurga...tp wanita juga mudah ke neraka. Beriman dgn Allah, Taati suami dan hindari 6 yg diatas...Insyaallah, syurga tempatmu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu BM, dan kerana wanita jugalah punca lelaki di tarik ke neraka..nauzubillah...

      in shaa allah..sentiasa mencuba menjadi yg terbaik buat diri dan keluarga

      Padam
  4. nauzubillah..semoga kita tidak tergolong dalam golongan2 itu ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...senoga Allah perkenankan doa kita

      Padam
  5. nauzubillah kalau boleh elakkan diri jadi macam tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa allah...selalu muhasabah diri dan elakkan dr sikap2 mazmumah ini..

      Padam
  6. Nauzubillah...semoga kita tidak tergolong dlm golongan2 tu...

    BalasPadam
  7. awak kalau jadi isteri seseorang nanti, elakkan tergolong dalam golongan ni ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa allah...tapi awak ni, tertinggal kisah sebelumnya...hihihi

      Padam
  8. tq share, moga kita x tergolong dalam golongan wanita2 itu yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...kita kan buat yg terbaikkan KA...

      Padam
  9. Mintak dijauhkan dgn perangai mcm tu...Berdoalah agar hati kita dilindungi & tidak pula berbolak-balik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa allah...doa adalah senjata kita//

      Padam
  10. Balasan
    1. aamiin...in shaa allah yui, menjadi wanita dan isteri solehah adalah impian setiap wanita

      Padam
  11. tukang gosip sama suka dandan itu orang kaya ya kak kayak di sinetron :D .
    semoga kita golongan yang selalu mendapat ridho ALLAH #aamiin aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tukang gosip ni alaa...yang suka cerita hal orang, entah betul entah tidak cerita tu...

      aamiin

      Padam
  12. Mak ada kta tpi kena ambil berat gak ni.silap2 kita leka dah termasuk kt dlm salah satu list ni risau gak..

    moga2 kita akan jdi lbh baik dri smlm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu suri, menda2 mcm ni kena selalu diingatkan, biasalahkan, manusia..cepat beno lupa

      Padam
  13. yang bergosip tu penat jugak tu pagi petang siang malam bergosip je haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. heee...betul tu, bukan je kat depan pintu rumah, sambung lagi dlm telefon, apa lg sekarang masing2 dah ada FB heee

      Padam
  14. yup ... indahnye islam dah terangkan semua pekara... bersangka baik saje.. insyaALLAH jumpe tak ada sifat nie.. kalau ada tugas lelaki mengajarnye

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul juga tu acik, tapi kalau golongan pertama agak susah sikit nak kawal dan berubah...sb wanita mcm ni..susah nak cakap, dia memang nak suruh org dengar cakap dia je

      Padam
  15. terima kasih Herman..hati2 dalam mencari calon ye hihi

    BalasPadam
  16. Bis tu macamna ni KY...kalau dah terjadi isteri? hehe.... redho ajelah suami...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihiih...tapi mana blh tahan kalau terus mcm tu..nak2 yg golongan pertama tu...pokailah suami hiih

      Padam
  17. semoga calon isteriku kelak tidak termasuk golongan seperti demikian Aamiin ...
    Syukran KY kongsinya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin..semoga Allah memakbulkan keinginan mu

      Padam
  18. Semoga sy dan anak2 kelak tak tergolong dalam 6 golongan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaaAlla...sentiasa muhasabah diri dan berdoa menjadi yg terbaik Aamiin

      Padam
  19. aduuuhaiiii..moga2 jauhla kita semua dr mana2 golongan tukan?

    BalasPadam