Menangis dan Terus Menangis


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...


Ketika kanak-kanak, Aku menangis....
Kerana haus dan lapar,
Kerana inginkan belaian hangat ibu ditubuhku,
Kerana inginkan barang permaianan,
Dan...
Kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu sepanjang masa...

Ketika usiaku menjangkau remaja, Aku menangis...
Kerana rakan -rakanku,
Kerana rasa sayang terhadap seseorang yang berlainan jantina denganku,
Kerana aku gagal bercinta,
Kerana aku gagal dan tidak cemerlang dalam peperiksaan,
Dan...
Kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaan-Nya...

Ketika usia dewasa,Aku menangis...
Kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,
Kerana anak-anakku,
Kerana isteri atau suamiku,
Dan...
Kerana tidak mempunyai kereta atau rumah besar...

Ketika usia dipenghujung, Aku menangis...
Kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
Kerana kesihatanku yang sudah mula merosok,
Kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku,
Kerana aku bakal meninggalkan dunia,
Sedangkan aku masih belum...
Menangis kerana aku lalai pada perintah-Nya!!!!
(Ilham asal rakan FB)

Mungkinkah kita tergolong dalam salah satu rentetan usia itu? Kita selalu menangis untuk hal-hal yang remeh temeh, terutama hal-hal duniawikan? Tetapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal Yang Maha Esa. Pernah tak kita menangis kerana kehilangan Iman serta kasih sayang Allah kepada kita??? atau menangis tanda bersyukur atas nikmat yang telah diberikan????

Renung-renungkanlah sebagai panduan kita bersama...Ini semua....KY mengingatkan diri KY sendiri yang selalu alpa untuk menangis keranaNYA.Ya Allah...betapa kerdilnya dan lemahnya diri ini...

"Ya Allah...Ampunkan diriku. Bukanlah pintu hati ini untuk menangis keranaMu dan apa yang mendekatkan kami kepadaMu..."
Wallahualam...

41 ulasan:

  1. Menangis itu adalah luahan dari emosi yg sedih ataupun terlalu gembira. Air mata itu mahal harganya utk di tumpahkan maka menangislah tatkala anda bersama Allah dikala anda susah atau senang kerana tumpahnya ia atas rasa keikhlasan, kejujuran dan kesungguhan anda memohon dariNya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi bila dilihat sekarang ramai yg menangis atas perkara yg sia2..apa lagi tentang cinta

      Padam
  2. Tq kak... untuk mengingatkan diri saya juga nie...

    BalasPadam
  3. Ya ALLAH,moga perjalanan kt baik2..amiinn.

    BalasPadam
  4. jangan nangis mbk ku yang cantik heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. ngak,...mana ada..sedang senyum ni..hhihih

      Padam
  5. KY tq singgah blog azie...hehehe
    pasal nages nie kan kekadang benda yg remeh2 pun terpaksa nages...sebab tak tahan sangat...tapi lepas tetiba okey...mcm dapat semangat baru...tapi benda tu still x settle pun...cuma doa dan air mata banyak membantu...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu sesuatu perkara memang ssukar nak hilang dr ingatan dan hati...banyakkan sabar dan berdoa

      Padam
  6. .. tenkz ya untuk renungannya yg udah mengingatkan aq ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 dhifa...mengenang kembali apa yg telah kita lakukan, benar atau salah..dan cuba memperbaiki

      Padam
  7. Ada juga tangisan kerana berjaya atau memperolehi sesuatu hajat kerana itu juga merupakan tangisan kesyukuran atas nikmatNya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kita menangis kerana bersyukur atas nikmat dan pemberian Allah..itu tak apa kak, tapi yg harus kita ingatkan menangis untuk perkara yg sia2..itu yg kita nak elakkan kan?

      Padam
  8. amin2 suka N3 ni !

    BalasPadam
  9. airmata itu ibarat ubat kelukaan dan kedukaan. Ubat yang menjadikan kita lebih kuat untuk menghadapi dugaan yang seterusnya. Namun tulah...kita selalu menangis untuk benda-benda yang sementara saja kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm...betul tu puteri, untuk perkara yg sia2...menangis jua bukan tanda kita lemah tapi itulah cara terbaik kita lakukan apa lagi kalau menangis kerana Allah...dan mengenang dosa2 yg telah kita lakukan..

      Padam
  10. menagis kerana merintih dan memohon keampunan kepada ALLAH itu adalah yang terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah....usah bazirkan airmata kita dengan menangisi perkara yg sia2 kan?

      Padam
  11. dan ramai jugak yg menangis bila potong bawang kat dapur :)

    BalasPadam
  12. puisinya sedih banget .....btw sangat memberikan renungan yg bagus

    BalasPadam
  13. kena muhasabah diri lagi ni..terima kasih KY mendalam sekali maksudnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sentiasa muhasabah diri..agar kita tidak lalai...sama2 kak

      Padam
  14. Wa'alaikum salam. Benar-benar indah dan dalam maknanya

    BalasPadam
  15. ada dua jenis tangisan...tangis dalam duka dan tangisan gembira..

    BalasPadam
  16. sama2 kita muhasabah diri...

    BalasPadam
  17. menangis boleh menghilangkan streess.. walaupun ada yg kata bende remeh pun nak menangis huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...itulah, kita kadang2 menangis atas perkara yg remeh temeh..tapi kekadan perkara yg remeh temeh itu..berguna, jadi tak salahkan kalau kita menangis

      Padam
  18. menagis tu kadang2 menjadi pengubat perasaan. bila menangis rasa tenang

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang...dengan menangis kita dapat tenangkan hati dan jiwa

      Padam
  19. kadang2 dgn menangis rsa lega sgtkn..tp klau menangis kt sejadah..lain mcm leganya tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeemmm...itulah sebenarnya ketenangan...

      Padam