Assalamualaikum
Hari ni, KY ada satu cerita nak di kongsi bersama. Sebelum KY teruskan baca dulu kisahnya ini....
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah s.w.t. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Subhanallah....Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Lihatlah teman-teman, seandainya kita sentiasa mencintai dan melakukan suruhan Allah, Allah takkan pernah mengecewakan kita. Semoga kita mendapat ikhtibar dari cerita ini...InsyaAllah
Dengan kalimah Allah. semua adalah baik sekali
BalasPadamsubhanallah...jangan sesekali kita lupa, ucaplah sentiasa, pasti kita akan mendapat perlindungan dariNYA...InsyaAllah
Padam"Dialah Allah Tuhanmu, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Pencipta segala sesuatu, kerana itu hendaklah kamu menyembah Dia." - al-An'am (102)
BalasPadamAlamdulillah...hanya DIA pemilik segalanya
Padamthank for the story.. amalkan baca bismillah sblum buat sesuatu prkara
BalasPadamAlhamdulillah...menjadi amalan setiap kali melakukan sesuatu, itulah yg terbaik
Padamwelcome
Hebatnya ucapan Bismillah.. kat utube sy tgk sorang laki menundukkan kambing biri2 hanya dgn ucapan bismillah..
BalasPadamsubhanallah....Allah maha besar, dan DIA adalah pemilik semua
Padamkuasa Allah.. dengan bismillah juga, nabi sulaiman menghantar surat kepada permaisuri balqis yg akhirnya memeluk islam..
BalasPadam"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
(An-Naml, 27 : 30)
Bismillahirrahmanirrahiim......Allahhu akbar...
Padamcerita ini sepertinya pernah aku dengarkan sejak kecil dahulu
BalasPadamcerita teladan buat umat Rasulullah saw...
Padamkalo setiap perkara yg baik dimulakan dengan kalimah allah, insha allah, allah akan tolong..lebih-lebih lagi masa nak masuk exam..
BalasPadamInsyaAllah...segala yang baik semuanya daripada Allah swt
PadamSubhanallah.
BalasPadamitulah kekuasaan n kebesaran Allah..
kisah di atas kan di jadikan panduan tuk kehidupan kita supaya kita lebih dekat padaNya..Amin.
Aamiin...dan titik untuk kita terus mengucapkan kalimah Allah
PadamWalaikumsalam...
BalasPadamSubhanallah....hanya dengan Bismillah ya KY
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Padam” Setiap perkara-perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim maka terputuslah berkatNya “. wallahualam
Wow, bener2 sgt bermanfaat bagi sye kak dengan cerita diatas..
BalasPadamnice sharingnya kak :)
bukan untuk UN je, untuk akak sekali, semoga kita sentiasa menyebut kalimah Allah sebelum melakukan sesuatu, InsyaAllah
Padamsgt mengharukan KY dg artikel ne la.
BalasPadamallah maha besar lagi maha pengasih.
sungguh allah maha esa.
Allahhu akbar...semoga kita menjadi hambaNYA yg taat aamiin
Padam. . aq pernah baca ini kawan,, emank bener^ kuasa Allah tiada tandingan nya?!? . .
BalasPadamkisah di bangku sekolah, dan yg harus menjadi pedoman buat kita
PadamAllah segalanya, pemilik alam semesta
. . hu um kawan. he..86x . .
PadamSesungguhnya Allah akan menunjukan mukjizat untuk umat yang berada dijalan-Nya. Yakinlah!!!
BalasPadamkalau kita mengamalkan kalimah Allah, kita akan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah swt....InsyaAllah
PadamSubhanallah sungguh keajaiban dari Allah yang membuat makhluknya ta'at kepada perintah-Ny..
BalasPadamsemoga kita demikian..Insya Allah.. aamiin..
InsyaAllah....aamiin
PadamTuhan pemilik semesta alam, dan kita wajib taat kepadaNYA
setiap kali kita menyebut ayat2 suci itu, hati kita pasti akan terasa tenang, semoga Allah sentiasa melindungi kita, InsyaAllah
BalasPadambetapa hebatnya..
BalasPadamtiada yang sehebatNYA...
Padamالسلم عليكم ورحمة الله
BalasPadamTiada apa pun yang boleh mendatangkan mudarat kepada sesiapa pun melainkan atas izin Yang Maha Berkuasa dan Pencipta...
waalaikumussalam ustaz,
Padamsubhanallah....
info menarik
BalasPadamterima kasih kancil...renyngan untuk kita bersama
Padam