Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Kalau dilihat perkembangan dunia kita sekarang sememangnya membanggakan kan? KY pun bersyukur kerana dilahirkan di bumi Allah yang aman damai ini. Namun ada segelintir manusia yang terlalu taksub akan keduniaan. Semoga kita tidak tergolong dalam manusia itu..InsyaAllah..
Semalam KY terjumpa beberapa berita di akbar, tentang wanita. Terkejut sekejap KY. Rupanya masih ada lagi wanita-wanita yang mudah ditipu? Ditipu teman lalaki. Salah siapa??? Boleh ke kita salahkan mereka (lelaki)100%? tidakkan? kerana itu juga kekhilafan dan kesempatan yang kita relakan.
Cuba u alls baca kes ini dulu Dibelasah teman lelaki Nigeria
Dan satu lagi Mangsa rogol teman lelaki.
Kita bangga ye punya teman lelaki? Dengan mudahnya kita mengikut kemahuan mereka, kesana kemari, tapi bila berlaku sesuatu yang tidak diingini, ibu bapa dan masyarakat juga yang kita cari, tapi sewaktu diambang keasyikan, lupa mereka...tapi itu tak apa lagi, yang paling mengerunkan, lupa pada Allah dan Rasulullah....Allahhu akbar....
KY takut lihat remaja sekarang, dengan pergaulan bebasnya. KY juga pernah mengalami alam keremajaan, tapi rasanya, masih mampu berfikir, mana baik dan buruk, kita diajar, dididik dari hari pertama kita lahir. kitakan diberi akal..gunakanlah..Kita inikan orang melayu, beragama Islam lagi, kemana kita tinggalkan ajaran-ajaran Rasulullah saw? bila ada yang menghina Islam kita marah, padahal, kita sendiri yang menjatuhkan nilai-nilai Islam...Nauzubillah...
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Surah Al-Israk: ayat 32)
Sabda Rasulullah s.a.w
"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
betul tu KA ada 2 anak yag menigkat remaja, aduhai kecut perut bila baca berita2 macam ni!
BalasPadambukan senang mendidik anak2 kan KA, ibarat kain putih yg hendak dicorakkan
Padamiman goyang mcm2 hal bleh jadi kak..
BalasPadamkerna itulah iman dan taqwa sangat penting dalam setiap diri manusia
Padamentah lah apa nak jadi dunia skrg
BalasPadamsemua pokok pangkal kepada pemimpin kita
sama juga kalau dlm rumah siapa dan bagaimana pemimpin kita ..
di titikberatkan agama atau tidak
begitu juga pemimpin .. kalau kita dpt pemimpin yg menitikberatkan keagamaan .. insyallah semua nie x akan berlaku huhuh
tapikan kak, pada pengalaman yg ada disekeliling KY, ada jua yg sesetengah dari keluarga yg kuat agama, tapi mereka lebih mudah terpengaruh dengan kawan2...
Padamsubhanallah,,
BalasPadamtakut sangat dg azab allah,
smoga terjauhi dari perbuatan macam tu.
Aamiin...semoga Allah sentiasa melindungi kita
Padammerinding shiva bacanya,
BalasPadamUmatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."
#semoga kita semua dijauhi dari perbuatan zina, amiin.
InsyaAllah...sama2 kita muhasabah diri dan menjauhi perkara yang dilarang aamiin
Padamdunia akhir zaman~ nauzubillah.. terkadang mereka ini seorang yg berpelajaran, tapi mungkin kurang didikan agamanya..
BalasPadamkemungkinan juga itu, kalau kita amati, ramai dikalangan mereka yg masih belajar di menara gading, tapi mereka tak dapat nak erfikir dengan matang soal nafsu
Padamtakut jua azab allah,
BalasPadamsubhanallah.. smoga dijauhkan dari zina kita semua.
aamiin...minta dijauhkan
Padamish..ish..semoga tak ada keluarga terdekat yg kena kes2 macam ni..takut sungguh laa..
BalasPadamInsyaAllah...sama2 kita muhasabah diri
PadamBetul tu KY....zina adalah dosa besar
BalasPadamIslam mengenalkan istilah "khitbah" (melamar/meminang)
Ketika seorang laki-laki menyukai seorang perempuan, maka ia harus mengkhitbahnya dengan
maksud untuk menikahinya pada waktu yang ditentukan.
Selama masa khitbah, keduanya harus menjaga agar tidak melanggar aturan-aturan
yang telah ditetapkan oleh Islam, seperti berduaan, memperbincangkan
aurat, menyentuh, mencium, memandang dengan nafsu, dan melakukan
selayaknya suami istri.
Islam banyak larangannya, dan itu yang perlu kita patuhi..
Padamterima kasih reo, atas penjelasan itu
eemmm...sukar dibendungkan? semoga Allah memberi hidayah pada mereka2 yg khilaf dan semoga kita juga akan sentiasa berhati2 menempuhi kehidupan yg ada..InsyaAllah
BalasPadamالسلم عليكم ورحمة الله
BalasPadamMemang menakutkan, namun kita tidak boleh berdiam diri. Semua pihak mesti memainkan peranan masing-masing agar agama kita tidak tercemar. Ibubapa memainkan peranan penting. Anak-anak pula perlu patuh dengan arahan ibubapa. Ilmu Agama perlu ditekankan. Semua pihak perlu menegur dan menyampaikan kebaikan di samping menegah kemungkaran...Insya Allah
waalaikumussalam ustaz,
Padambetul tu ustaz, sama2 ada tanggungjawab, apa lagi ibu bapa, semoga kita dapat memendung masalah ini..InsyaAllah
betul la ky cakap.
BalasPadamfollower sikit je tapi jumlah pembaca dan pengomen lebih dari jumlah follower..huhu
eehmmm...Alhamdulillah, ada yg sudi singah kat blog KY yg tak seberapa ini..
PadamSungguh benar KY, takut akan melihat pergaulan anak remaja sekarang, kalau di ingatkan, malah jawab nya kita ketinggalan jaman.
BalasPadamitulahkan?, mereka fikir org tua ni kolot, ibu bapa bukan marah mengikut zaman, tapi bila dah keterlaluan dan meninggalkan landasan2 Islam..itu yg membangkitkan kemarahan
Padamseram bila baca berita macam tu..hurmm..
BalasPadameemmm...takutkan, semoga kita sentiasa berhati2
PadamMinta dijauhkan anak cucu kita daripada perkara buruk macam ni.
BalasPadamInsyaAllah....aamiin, perlu meningkatkan didikan lagi kan?
PadamBegitulah RENCAH dunia.Semakin ramai dah TAK AMBIL kisah soal HARI PEMBALASAN.
BalasPadamtakut lihat isi2 dunia yg ada sekarang, semoga kita sama2 muhasabah diri dan saling membantu
Padam. . semoga aja para remaja sekarang dikuatkan tembok iman nya, agar tetap kokoh dan terhindar dari godaan iblis yg berniat untuk menjerumuskan manusia. tapi kayaknya jaman sekarang lebih mementingkan kata gaul daripada menjaga imannya . .
BalasPadambetul tu, lebih suka menurut kata nafsu,
Padaminilah dikatakan dunia akhir zaman....lemah imannya dan ikut hawa nafsu....
BalasPadamiman perlu betul2 kukuh dan kuat kan?
Padamremaja sekarang ni dah jauh sangat terpesong....
BalasPadamtakde bangga nyer kalau ada boyfriend...
haaaa...itulah, tapi kalau kat bandar, sakit mata tengok mereka, over lebih pada yg dah kawin ni,
Padaminilah akhir zaman ...ckckck
BalasPadammungkin ini salah satu petandanyakan?..sama2lah kita muhasabah diri
Padamnauzubillah...
BalasPadameemm...remaja sekarang terlalu beranikan?..betul2 takut lihat perkembangan remaja..
Padamdisebabkan masalah nie...Kementerian Pelajaran sedang membuat program yang berfaedah untuk anak2 remaja terutamanya perempuan...Kancil pun lihat memang membimbangkan
BalasPadambaguskan, jadi tak adalah anak2 itu membuang masa...
Padam