Lima Beradik Kongsi Satu Isteri


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, u alls dah baca akhbar hari ini, pasti ada jumpa banyak cerita dan berita terkini yang menarik. dan diantara semua itu ada satu kisah dari New Delhi yang tertarik KY nak kongsikan pada u alls. Jom baca...

Lima beradik kongsi satu isteri

Foto
RAJO memasak, mengemas rumah dan menjaga anak ketika kelima-lima suaminya pergi bekerja.

New Delhi: Seorang ibu muda semalam mendedahkan dia mempunyai lima suami.

Lebih menarik lagi, kelima-limanya adalah adik-beradik.

Rajo Verma, 21, tinggal dalam sebuah rumah satu bilik dengan kelima-lima suaminya dan tidur bersama suami berbeza setiap malam mengikut giliran.

Suri rumah itu juga tidak tahu siapa bapa bayi lelakinya.

Rajo berkata: “Pada awalnya, ia rasa agak pelik. Dan saya tidak mempunyai suami kegemaran.” Suami pertamanya, Guddu, 21, menegaskan: “Kami semua melakukan seks dengannya tetapi saya tidak cemburu. Kami sebuah keluarga besar yang bahagia.” Pasangan itu berkahwin mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka empat tahun lalu dan dia menjadi satu-satunya suami Rajo yang sah. Tetapi adat di kampung mereka mewajibkan Rajo turut mengambil adik-beradik suaminya sebagai suami. Mereka ialah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh — yang dikahwininya tahun lalu ketika pemuda itu mencecah usia 18 tahun.

Abang sulung Bajju berkata: “Saya menganggap Rajo sebagai isteri saya dan tidur bersamanya sebagaimana adik saya yang lain.” Rajo memasak, mengemas dan menjaga bayinya, Jay yang berusia 18 bulan ketika semua suaminya pergi bekerja di Dehradun, utara India.

Rajo berkata mengenai tradisi purba bergelar poliyandri: “Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Bila saya berkahwin saya tahu saya terpaksa menerima semua lelaki itu sebagai suami.” “Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut. “Yang menariknya, saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada kebanyakan isteri lain.” - Agensi

Foto
RAJO Verma mendukung bayinya Jay bersama lima suaminya (dari kiri) Sant Ram, Bajju, Gopal, Guddu dan Dinesh di depan rumah mereka.

Macam-macam adat yang dilakukan oleh manusia ini kan? Alhamdulillah...KY dilahirkan dalam Islam dan menjalani kehidupan berlandaskan sunnah Rasulullah saw...kita di ajar tentang dosa dan pahala dan semoga kita selalu ingat bahawa hidup ini cuma sekali...


42 ulasan:

  1. Islam itu indah...Sah Nikah, Sah Nasab itu penting...

    Kalau dah macam ni...nama je ada suami 5...tapi hidup pun miskin..

    Syukur kita atas nikmat Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulahkan..susah juga kalau mcm ni, adat pula pelik2...

      Padam
  2. Islam itu jugalah sgt indah. so kita boleh tau nasab & keturunan!

    BalasPadam
  3. apa ke pelik la adat diorang ni..haihh

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm...itulah, terkejut juga, ada adat mcm ni,

      Padam
  4. Islam itu indah...sbb tu ada batas2 pergaulan dlm Islam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu fiza...bersyukur padaNYA..kita dipilih menjadi umat islam

      Padam
  5. Macam².

    Mersyukur dilahirkan sebagai seorang islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu fiza, bukan semua orang terpilih menjadi umat Rasulullah saw

      Padam
  6. Hiii...aneh banget yah? alhadulillah sy terlahir sebagai muslim

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang aneh...adat yang tak masuk akal kan?

      Alhamdulillah...

      Padam
  7. Balasan
    1. terkejut ya? KY juga waktu melihatnya terkejut amat...gimana hidup dengan 5 suami

      Padam
  8. adoii..macam2 la orang ni.
    jgn masyarakat kita buat camni sudah la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pelek kan adat mereka ini...mcm tak ada perempuan lain..

      semoa kita di malaysia tak ada yg buat begitu, apa lgi yg beragama islam

      Padam
  9. Assalamualaikum KY...xtau nak cakap apa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam kak nah, itulah...terkedukan?

      Padam
  10. Yang namanya adat istiadat seperti itulah kejadiannya.Justru dengan datangnya agama untuk mengatur dan memperbaiki adat yang tidak benar.Kalu suami banyak tidak tahu itu anak dari siapa? tapi kalau istri banyak suami satu akan ketahuan siapa keturunannya.
    Bagaimana KY ,Apakah setuju suaminya punya istri banyak ? :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. susahkan kalau tak punya agama..itulah jadinya, buat adat yg aneh2 saja..

      AB, wanita mana yang mahu suaminya punya ramai isteri..ngak mahulah heeee

      Padam
  11. met mlm mbk ky trmksh bnyk,ni infonya sngat bermanfaat skali

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga ini membuat kita sedar akan kesilapan2 yg lalu, jangan dilakuin

      Padam
  12. .. widichhhhh,, banyak amat suami nya?!? ntar kira^ kalo punya anak n anaknya mau nikah, ntar bin sapa ya?!? cz suami nya banyak gitu. he..86x ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu KY ngan tahu...dia sendiri pun tak tahu siapa punya anak..heee

      Padam
  13. assalamualaikum ... saya ada tgk program di tv 3 nov/dec thn lepas ttg kisah ni . bezanya suami cuma 2 beradik jer . masing 2 kerja luar n ganti2 jaga isteri ... sesungguhnya islam adalah agama sempurna ... boleh kena hiv tuh ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam...

      adat mereka pelik2 kan?

      Padam
  14. Balasan
    1. entahlah kancil, hidup tanpa agama dan pegangan, memang mudah terpesong, apa lagi dengan adat2 yg pelik

      Padam
  15. sedih bile tgk kejahilan mereka.. ISLAM itu lengkap, indah.. smoga pintu hidayah terbuka utk mereka :)

    BalasPadam
  16. Allahu akbar... gelinya...syukur kita dilahirkan islamkan Ky

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeemmm..entah apa nak di kata..

      alhamdulillah..kita terpilih

      Padam
  17. bila tengok macam gini ..barulah kita bersyyukur erana lahir dalam islam

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan semua orang terpilih menjadi umat Rasulullah saw kan?

      Padam
  18. Islam memang sangat indah, bersyukur juga saya masuk islam dari keturunannya..hehe
    terima kasih infonya KY

    BalasPadam
  19. ikut adat kan.. asalkan bahagian

    BalasPadam