بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum, sebelumnya KY minta maaf, sebab tak sempat nak singgah blog u alls, ala biasalah time cuti ni, banyak pulak kenduri kawin sana sini, orang tengah sibuk nak mengundi, ada sesetengah sibuk uruskan majlis perkahwinan, nasiblah yang bertembung tarikh dengan PRU...InsyaAllah...nanti petang boleh jalan-jalan kat blog u alls dan sebelum KY tulis panjang-panjang KY nak mengucapkan pada warga Malaysia, SELAMAT MENGUNDI, buatlah pilihan yang tepat untuk kita, keluarga dan negara.
Berkenaan tajuk Dulu Aku Lemah, bukan saja KY tapi kamu, kamu dan kamu serta kita, kita dilahirkan dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa. Tiada pakaian, tiada wang, tiada kekuatan untuk menjaga diri sendiri, tidak mampu berjalan, hanya menangis, itulah bahasa yang kita tahu.
Orang pula terpaksa meneka mengapa kita menangis, adakah kita sakit atau lapar. Begitulah lemahnya kita. Pun begitu, lama-kelamaan kita mempunyai kekuatan sendiri. Mampu berjalan, bercakap, ketawa, berdikari dan berbagailah. Kita membesar dan kita mempunyai pelajaran, kewangan, kuasa, pangkat dan sebagainya.
Namun, masih ada di sana orang yang semakin lupa asal usul diri mereka. Dari asalnya yang lemah mereka berani melawan peraturan yang menciptanya, Tuhan Yang Maha Perkasa. Mereka tidak solat, tidak menunaikan zakat, menjadi anak derhaka, terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial yang negetif dan sebagainya.
Nampaknya sesetengah antara kita begitu mudah lupa asal usul kita,
Mengapa Harus Begitu??

Sis KY,betul tu.peringatan untuk saya juga.jgn sesekali lupa dari mana saya di jadikan.nice sharing sis
BalasPadamAlhamdulillah...kalau kita sentiasa muhasabah diri, InsyaAllah..kita tak akan mudah lupa
PadamSetuju dengan KY
Padamterima kasih Herman
PadamBenar KY,sudah selayaknya kita saling menasehatkan agar semua sadar dan bersyukur dari mana berasal dan akan kemana kembali.
BalasPadamSehingga diharapkan jangan berani melawan peraturan yang menciptanya.
dengan keimanan dan berakhlak InsyaAllah...sama2 kita pertingkatkan
Padammantap, terima kasih @KYA sudah mengingatkan. Salam.
BalasPadamsama-sama, buat renungan bersama agar kita menjadi manusia yg bersyukur aamiin
Padammungkin karena iman KY salah satunya,,
BalasPadamcuba saja seandainya kemana ia pergi slalu di bawanya Si MAN ( IMAN ) pasti tdak bkalan dmikian KY.. iya kan kak :)
betul tu iman adalah segalanya dan akhlak yg akan menentukan kemana kita
PadamItulah sebabnya kena baja iman yg tidak seberapa ini kalau tidak mahu mudah lupa diri yg sebenarnya bukanlah kuat manapun kalau tanpa ada izin dariNya..
BalasPadambetul tu kak, iman kena sentiasa disiram, dibaja bukan setiap hari tapi setiap saat yg kita ada
Padambenar Kak KY. memang kendali iman yang akan menjawabnya. agar kita tidak lupa pada asalnya. bukan kacang yang lupa kulitnya
BalasPadamkalau kita menjadi seperti kacang, itulah tandanya kita tidak bersyukur kan? bajai iman dan akhlak agar ia sentiasa bersinar
Padamassalamualaikum ... sebab itu saya berusaha muhasabah diri sentiasa .
BalasPadamwaalaikumussalam vee,
Padameemmm...cara yang paling baik muhasabah diri dan renungkan dari mana asal kita
sepertinya semua kembali pada keimanan dan ketaqwaan.
BalasPadamtepat sekali dan berakhlak mulia
Padamsatu perkongsian yg sangat bermanfaat slmt mengundi KY :)
BalasPadamterima kasih MD
Padamkita perlu sentiasa mengingati asal usul kita kan kak..agak kita tidak lupa diri kelak.
BalasPadamp/s Selamat mengundi kak :)
eemmm...mengenang dari mana asal kejadian, dari setitis air yg hina (air mani) kita tiada apa2
PadamSalam KY...pegang pada yg satu iaitu iman dan amal...insyaAllah selamat dunia akhirat...selamat mengundi yer kak...pilih yg terbaik...=)
BalasPadamwaalaikumussalam fiza, jangan lupa akhlak, ia juga satu peranan penting dlm kehidupan
Padamselamat mengundi KY =)
BalasPadamsama juga buat akk, pilih yang terbaik ye kak heee
Padambetul mk ky
BalasPadambetul apa itu BL heee
Padamwaalaikumussalam Ayie,
BalasPadambetul tu, dunia inikan pinjaman, kita menjadi khalifah untuk menjaga ciptaan Tuhan, tiada apa2 yg menjadi hak kita, termasuk nyawa
tak pelah itulah kisah hidup kita :) yang penting kita ingat asal usul kita .. selamat mengundi
BalasPadameeemmm...jangan mudah lupa diri kan?
Padamsaat di atas...kebanyakan orang enggan melihat ke bawah bahkan untuk turun....
BalasPadambetul tu, lupa melihat kebawah akan menjadikan kita lebih jauh dr Allah
Padamingatan yang sangat bagus KY... thanks KY ...
BalasPadamAlhamdulillah...sama2 kita merenung dari mana asal kita
PadamBagus sekali. Suka dengan hal itu. namun kadang kita kurang sadar, siapa yang mebantu kita mejadi kuat
BalasPadameemmm...siapa? kalau bukan DIA, menghargai kehidupan, itu yg akan membuatkan kita hidup lebih bahagia dan tenang
PadamAssalam, itulah kehidupan...
BalasPadamSELAMAT MENGUNDI..
waalaikumussalam, perjalanan untuk menghadapi kehidupan yg panjang
PadamThank's KY ... sangat memotivasi ... :)
BalasPadamsama2 nazar, semoa ianya dapat menguatkan lagi pegangan kita
Padamperingatan yang baik, mudahan kita tak lupa asal usul kita.
BalasPadamAlhamdulillah...mensyukuri kehidupan yg diberi
PadamBetul tu Ky.....hamba jenis apakah kita ni!
BalasPadamselalulah kita menginsafi dan muhasabah diri
Padamnice sis =)
BalasPadamthanks yui
PadamMudah mudahan kita akan selalu ingat akan asal usul kita
BalasPadampada dasarnya kita memang lemah tapi Tuhan yang memberi kekuatan, pengetahuan, rejeki dan pengetahuan yg banyak. Namun kita tetap harus sadar dan bersyukur agar selalu dalam keridloan Tuhan
terima kasih KY ata spencerahannya
InsyaAllah...kita jangan sesekali menjadi manusia yg mudah lupa diri
PadamTerima kasih KY nengingatkan saya kepada asal usul sblm ni..terkenang zaman kecik2..∩__∩
BalasPadamsama2 mieza, kita kena selalu muhasabah diri agar kita sentiasa bersyukur
PadamAsal usul sgt penting dlm kehidupan. thanks juga ya sbab ingat kan saya..
BalasPadamsama-sama, merenung kembali dari mana kita bermula
Padam