Adakah Kita Makhluk Yang Suka Mengeluh?

بسم الله الرحمن الرحيم


Pernah tak kita menilai diri sendiri? Berapa kali kita mengeluh dalam sehari? Mengapa dan kenapa ini terjadi ? dan apakah puncanya? Percaya atau tidak, kita sentiasa mengeluh atas perkara kecil atau besar. Kalau panas, kita nak suruh hujan, bila dah diturunkan hujan, eeeemmmm...masih mengeluh...

Orang selalu juga kata, hidup ini TERLALU sukar, betullah KY pun percaya, tetapi..itu kalau kita yang menyukarkannya, kan??? Biasalah kalau ujian dan dugaan datang, itu semua untuk memperkuatkan lagi diri kita, supaya kita tidak menganggap hidup ini tidak TERLALU mudah.


Walaupun kita hidup di dunia ini, sudah cukup semuanya, tapi masih saja mengeluh, kalau macam tu, bagaimana hati kita nak merasa tenang dan puas kan? Cuba u alls amati firman Allah ini..

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut.Apabila dia di timpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikkan dia amat kedekut? (al-Ma'arij)

Disaat hidup kita tidak seperti kita impikan, adakah kita akan menyalahkanNYA? adakah kita akan mengadu pada manusia tentang hal ini? kerana kita fikir kita lebih bijak dan adil? Adakah kita nak menghakimi Allah? Astagfirullah al'azim....Ingatlah sebaik-baik hakim, dia adalah Allah swt.

"Bukankah Allah adalah hakim yang sebaik-baiknya (paling adil)? (at-Tiin)

Sahabat dan teman.....Sekiranya dengan sindiranNYA, kita masih tidak merasa malu, maka pada sindiran siapa lagi kita patut malu? Bagaimanakah kita akan menyedari kekurangan dan segera memperbaiki diri? Sebenarnya keadaan kita yang suka mengeluh itu, tidak akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Sama-samalah kita muhasabah diri...Wallahualam

41 ulasan:

  1. astagfirullah .. insyaAllah len kali berusaha untok tidak mengeluh dan bersyukur .. trime kaseh atas informasinya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2...memang kita tidak lari dr perbuatan itu, tapi kita kena sentiasa mencuba menghindarinya

      Padam
  2. Semoga kita dijauhkan dari sifat Mengeluh seperti ini KY. Amin.

    BalasPadam
  3. Ya Allah,aku hamba yg suka mengeluh...:(

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya Allah...jauhilah kami dari sifat yg Engkau tidak sukai..aamiin

      Padam
  4. Balasan
    1. kedekut itu, maksudnya apa ya bahasa indonesianya...susah juga KY nak expline

      Padam
  5. kdg2 ada gak sifat mngeluh tu walau tau tak baik sbnrnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah dengan akk, kadang2 tanpa sedar ia datang...nauzubillah...

      Padam
  6. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga KY sihat hendaknya...

    Sesungguhnya kebanyakan bencana yang menimpa anak Adam itu adalah akibat keluhan dan ketidak ridhaan terhadap Allah. Bersabarlah di dalam menghadapi kesusahan, biarpun merasa lesu letih untuk bersabar itu. Bersabarlah, di samping bertawakal dan berserah diri kepada Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam , Alhandulillah dan terima kasih ustaz,

      InsyaAllah...ustaz, semoga kita sentiasa diberi sifat2 baik itu

      Padam
  7. yee . kadang2 . err .. mmg pedas ayat tuu .. mengeluh bila tak ada dan kedekut bila ada .. humm

    BalasPadam
    Balasan
    1. manusiakan? tak pernah puas dengan apa yg ada

      Padam
  8. Sebenarnya keadaan kita yang suka mengeluh itu, tidak akan menjadikan kehidupan kita lebih baik <= Memanglah betul, seharusnya kita selalu mensyukuri atas apa yang kita miliki, subhanallah.. alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...perbaiki diri semoa kita menjadi manusia yg tahu bersyukur InsyaAllah..aamiin

      Padam
  9. itulah yg paling ditakuti, bila berkeadaan begitu, kita pasti akan jauh dr bersyukur kan?

    sebenarnya KY akui, hal ini tak akan lari dr setiap manusia, tapi kita seharusnya sentiasa berusaha menjahui..InsyaAllah...

    BalasPadam
  10. rasa nyer hari2 kite duk mengeluh kan..
    semua nyer macam serba tak kena...

    bersyukur lah dengan apa yg ada...






    *done adidas kat sini..
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memanglah ieta, walaupun kita tahu itu salah dan berdosa, kitakan manusia biasa..mulai hr ini, kita perbaiki diri ok..InsyaAllah

      Padam
  11. mmg selalu kena ingatkan diri pasal syukur... sbnarnya apa yg Allah kurniakan pada kita adalah lebih baik dr apa yg kita pinta dan harapkan... Aturan Allah itulah yg terbaik... insyaAllah. Semoga kita sentiasa tabah menerima segala ujian dan sentiasa syukur dgn apa yg dikurniakan... :)insyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. sentiasa, harus ada sifat bersyukur..kerana Allah tahu segalanya

      Padam
  12. Semoga kita termssuk hamba2 nya...yang selalu pandai bersyukur dan selalu mengingat nya dalam situasi susah dan senang ya KY....

    salam dari jakarta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...aamiin selalulah berdoa padaNYA

      Padam
  13. ya allah semoga kita dapt jauhkan sifat nie amin

    BalasPadam
  14. salam pakjoe bawa cerita gembira nie untuk tuan blog anda ditag dlm segmen nie http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2012/11/ayuinsyirah-mencari-rakan-blogger.html amboiii gembira nampak hahah

    BalasPadam
  15. syukur memang harus menjadi kunci diri agar engga gampang mengeluh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..itu tandanya manusia yg beriman

      Padam
  16. mengeluh banyak buat dosa, allah ampunkan ke tak? :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah itukan maha pengasih, maha penyayang dan maha pengampun..kalau kita benar2 menyesal dengan kesilapan kita dan bertaubat..InsyaAllah, Allah pasti memberi ke ampunan wallahualam

      Padam
  17. Ya ALLAH, artikel ini bisa jadi nasihat bagi diriku sendiri, terutama.... makasih ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 teman, meningta diri sendiri juga yg kadang2 terlalai..

      Padam
  18. Janganlah asyik mengeluh kerana setiap yamg berlaku itu ada hikmahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...banyak mengeluh pun, merugikan kita..org dah ke bulan, kita?...tetap di situ

      Padam
  19. gak punya cewe jadi ngeluh terus..

    BalasPadam
  20. Mengutip: "Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut.Apabila dia di timpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikkan dia amat kedekut?" (al-Ma'arij)


    Apakah berarti sifat keluh kesah itu sudah ditakdirkan?

    BalasPadam
  21. Untuk itulah ada doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad yang diantaranya mohon diajarkan cara bersyukur,"Wahai Tuhan Ajarilah kami berdzikir,dan bersyukur dan khusyu dalam beribadah." terima kasih KY sudah berkongsi ilmunya

    BalasPadam
  22. You really make it seem so easy with your presentation
    but I find this topic to be really something that I think I would never understand.
    It seems too complex and extremely broad for me.
    I am looking forward for your next post, I will try to get the hang
    of it!

    Here is my web page: neighborlyabett632476.pen.io ()

    BalasPadam