Kaabah Enggan Bergerak Ke Syurga

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman dah Mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang surga tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi  neraka menuju ke syurga  bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, ia pasti akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang khafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah  yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah itu tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya. Lalu malaikai mengumpulkan semua yang pernah tawaf mengelilingi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tidak mahu bergerak. Kaabah menajawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak perduli orang itu berdosa atau tidak, yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diringi oleh semua orang yang pernah tawaf disekelilingnya. Malaikat mengadu  kepada Allah tentang hal yang berlaku... Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju syurga..

Subhanallah....KY harap perkongsian ini memberi sedikit manfaat buat kita semua..InsyaAllah..wallahualam

Sumber : Risalah Jumaat Rakan Masjid Al-Sollehin edisi ke10

54 ulasan:

  1. subhanallah..trima kasih sudi berkngsi kak.

    BalasPadam
  2. subhanallah suatu renungan yang membuat diri ini sadar akan kekuasaan Allah..


    terima kasih sharenya KY.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah hu akbar...selalu berdoa supaya kita menjadi insan yg terpilih untuk ke rumah Allah...InsyaAllah

      sama2 lukman

      Padam
  3. tq for the sharing, semoga ku ketemu dirimu Kaabah

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...aamiin, itu juga keinginan KY, sama2lah kita berdoa

      Padam
  4. السلم عليكم ورحمة الله

    Amatlah rugi bagi mereka yang berkemampuan dalam semua perkara tapi enggan menunaikan ibadah haji atau umrah dan digunakan pula kemampuan itu untuk pergi bercuti di tempat lain. Kesempatan itu akan terus tertutup jika ajal menjemput...Allahu Rabbi

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam ustaz,

      InsyaAllah ustaz, ada peluang KY memang ingin ke sana dan bermohon Allah panjangkan umur dan diberi rezeki, terima kasih ustaz

      Padam
  5. mudah2n Allah subhanahu wa ta'alaa memberikan kita semua kesempatan untuk mengunjungi ka'bah dan thawaf,, aamiin,,

    BalasPadam
  6. subhanallah....

    akak, doakan mak abah saya dimurahkan rezeki untuk sampai ke sana..insyallah mak abah planning bulan 3 tahun depan buat umrah...mintak dapat haji tahun depan juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...aamiin, semoga semuanya berjalan dengan lancar

      Padam
  7. subhanallah.....moga kita semua akan menjadi orang2 yang mengiringi kaabah amin.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin, terima kasih yan, kita akan selalu berdoa

      Padam
  8. tq gd sharing ni!

    BalasPadam
  9. jangan buat kaabah tertunggu tunggu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...selalu berusaha, thanks rai

      Padam
  10. Walaikumsalam...
    Bila ya KY...boleh menjalankan ibadah haji
    berharap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...sampai waktunya, mohon kepada Allah, panjangkan umur, murahkan rezeki, InsyaAllah...kita akan berkesempatan

      Padam
  11. moga kita tergolong dalam golongan orang2 yang mengiringi kaabah amin......

    BalasPadam
  12. wah setelah baca semua,, sebegitu besarnya kaabah ingin menunggu semua org yang pernah tawaf disekelilingnya.. Masya allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. subhanallah...begitulah kebesaraan Allah swt

      Padam
  13. mengambil kesimpulan bahwa sanya kaabah tak mau ke syurga klo blm dikelilingi oleh org byk disekitarnya yg pernah tawaf disekelilingnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...secara halusnya, kaabah memohon pada Tuhan mengampunkan dosa2 manusia itu

      Padam
  14. subhanallah, sungguh mulianya si kaabah.
    ia tidak perduli orang itu berdosa atau tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita sentiasa diberi peluang untuk bertaubat di atas dunia ini, semoga semuanya tidak terlambat

      Padam
  15. subhana allah..meremang tengkuk baca ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. muhasabah diri untuk menjadi yg terbaik..

      Padam
  16. Ya Allah, Semoga saja kami termasuk umat mendapat jembatan yang lebar serta pendek, Amiin.

    BalasPadam
  17. ya Allah .. harap2 diakhirat nnti kita dapat iringi kaabah ke syurga .. amin .. insyaallah ...

    BalasPadam
  18. eeemmm...KY pun mula2 baca terkejut juga, rupanya masih banyak perkara yg tidak kita ketahui...InsyaAllah, kita akan menjadi salah seorang mereka yg dapat tawaf di kaabah..aamiin

    BalasPadam
  19. semoga ada rezeki untuk menghadap kaabah....

    p/s : cuci gambar online tu, postage rm5..tapi kalau order lebih dari r,35, free postage..:)

    BalasPadam
  20. kagum dengan cerita nie...terima kasih dengan perkongsian cerita nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama kancil, semoga kita lebih mengerti yg sebenarnya..kerana masih banyak yg kita tidak tahu kan?

      Padam
  21. Subhanallah... Semua bukti rahmat dan kasih sayang serta izinnya buat sesiapa yang Dia kehendaki... Subhanallah. Thanks for sharing~! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...sama2..semoga Allah memberi kita peluang untuk ke sana aamiin

      Padam
  22. bila la nk merasa tawaf kaabah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...KY pun nak sangat pergi, cuma waktu belum mengizinkan

      Padam
  23. terima kasih utk ingatan kita bersma.. moga diberi kekiatan untk menumpuh dunia & berjaya dalam perjuangan ke akhirat

    BalasPadam
  24. harap ada rezeki pergi ke sana masa muda ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah....aamiin, semoga Allah panjangkan usia kita

      Padam
  25. betul2 baru tahu ilmu ni...akak, boleh share link lain @ buku2 yg berkait dgn cerita ni..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin akk boleh cari, lagipun akk tak banyak buku ini..susah juga nak cari..InsyaAllah

      Padam
  26. Subhanallah sekali keutaman tawaf begitu nyata sekali terlihat jadi merinding, lebih jelas lagi setelah KY sampaikan dari keterangan atas jawaban ka'bah tsb. Mudah-mudahan kita semua diberi Umur Panjang untuk dapat menunaikan Rukun Islam yakni naik Haji agar bisa melakukan tawaf disana Insya Allah aamiin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah..aamiin, semoga kita diberi umur yg panjang

      Padam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  28. Dear ukhti <3 Ari mohon copy ye :)

    BalasPadam