Aku Akan Terus Belajar

Bismillahirrahmanirrahim

Sebelum KY mulakan, KY nak ucapakan terima kasih pada sahabat KY dari seberang, Reo Adam, nak tahu kenapa, sebab sudi beri anugerah untuk KY. Anugerah Best Friends lagi...terima kasih ye Reo, KY dah letak kat tepi tu...Oklah...kita ke tajuk utama....(mcm baca beritalah pulak hehehe)


Aku Akan Terus Belajar

Aku sarungkan  tudungku hingga terasa damai hati ini,
Aku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku,
Aku lakukan semua ini demi cintaku padaMU Ya Allah,
Dan ku bisikkan kedalam hatiku,
Semoga ENGKAU Redha melihat perubahanku.

Seandainya semua orang memahami,
Yang cantik luaran bukanlah ukuran,
Tetapi cantik hati itulah yang memikat semua orang,
Dan yang utama berbudi pekerti seperti yang Rasulullah saw contohkan.

Aku seorang muslimah yang masih harus belajar, 
Belajar tentang agama yang disampaikan Rasulullah saw,
Belajar tentang tata cara kehidupan,
Sehingga kudapati keindahan dalam Hablu MinaAllah dan Hablu Minannas.

Dan Aku akan masih terus belajar,
Belajar untuk menjadi orang yang sabar,
Belajar menjadi orang yang ikhlas,
Dan belajar untuk selalu bersyukur..
Sebagai bekal untuk kebahagiaan di masa depan,..

" Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah" (HR. MUSLIM)

51 ulasan:

  1. Subhanallah...
    ketikamu KY....sangat bermanfaat khususnya bagi kaum hawa.
    best la KY...tak salah kan saye bagi hadiah :)
    maaf tapi tu je yg bleh aq buat (gambar award nyer kurang bagus)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..KY harap sama2 kita manfaatkannya

      mekasih sekali lagi atas awardnya..

      Padam
  2. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga Allah bimbing atas setiap langkahmu dalam mencari ilmu...aamiin

    Apabila Allah menghendaki seorang hambanya dengan kebaikan maka Allah membukakan kepadanya pintu amal dan menutupi pintu kelemahan dan kemalasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam ustaz,

      aamiin..semoga Allah sentiasa membuka pintu hati kami kaum hawa

      Padam
  3. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah" (HR. MUSLIM) <= sangat setuju sekali

    BalasPadam
  4. tetap semangat dan semoga berlimpah idea untuk menulis..


    by the way, puisi nya bagus :D

    BalasPadam
  5. sangat menyentuh hati..like it..^_^

    BalasPadam
  6. salam kenal..ternyata dari seberang ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal Isti, KY dr malaysia, terima kasih sudi singgah

      Padam
  7. tahniah dpt award n suka ngan N3 ni !

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. eemmm...selagi nyawa bersama, kita akan terus belajarkan yui

      Padam
  9. Yang cantik luaran bukanlah ukuran.betul cakap KY.sama2 kita belajar..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...kita akan cari kecantikan yg jauh dr dalam nana..

      Padam
  10. Selalu belajar menuju sesuatu yang baik itu sangat diharapkan KY.

    BalasPadam
  11. Wach selamat ya kak KY dapat award neh,,

    sepatutnya harus begitu, dan apa yang disampaikan oleh Rasulullah saw dalam agama islam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. mekasih..

      beruntungkan kita terpilih menjadi umat Rasulullah saw

      Padam
  12. artikel yang patut kita hargai,,
    dan bagus sangat kata2nya dan judulnya juga aku akan terus belajar xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih teman...meningatkan untuk diri sendiri juga

      Padam
  13. Intinya adalah wanita solehah yang terus belajar tentang kehidupan agar selamat dunia akhirat. Benarkah begitu?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeemm...betul tu, tapi tidak tertumpu pada wanita sahaja, lelaki juga harus terus belajar, kerana mereka adalah pemimpin yg akan memimpin keluarga

      Padam
  14. " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"

    bener bgt tuch sobat..? jadilah wanita solehah amin..

    BalasPadam
  15. saya juga akan selalu belajar untuk menjadi orang yang baik dan penyabar
    info yang bagus, sangat bermanfaat
    terima kasih,sudah berbagi kawan

    BalasPadam
  16. wouuu ada blog bru x bg tau pun hahahah pakjoe ingt la

    BalasPadam
  17. dpt Award jg nih KY dr Bang Reo...:D
    selamat ya kawan...

    BalasPadam
  18. . . puisinya bagus,, itu bikin sendiri kah?!? . .

    BalasPadam
  19. puisi yang indah, seindah wanita yang solehah

    BalasPadam
    Balasan
    1. wanita solehah...wanita yg hebat dan sempurna..InsyaAllah

      Padam
  20. Kancil suka ayat2 di atas tu...kancil pun akan terus belajar...terima kasih....peringatan untuk kami semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. mekasih kancil, ingatan buat diri sendiri, perjalanan masih samar di hadapan

      Padam
  21. tapi utnuk mencapai ke tahap itu, berliku rintangan dan halangan, namun sebagai wanita islam akan terus mencuba yg terbaik InsyaAllah..

    BalasPadam
  22. terima kasih pakjoe, nanti KY terjah ek

    BalasPadam
  23. aku sangat suka sekali.. :)

    BalasPadam
  24. lawwah.. nukilan sendiri ke..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeehhhmmm...ada sedikit dr pandangan teman2 fb

      Padam