Ketahuilah!!!! Inilah Impian Seorang Isteri

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, para isteri, para suami, para kekasih hati dan para sahabat ku disini. setiap hari ada yang bercinta, ada yang bertunang dan ada yang berkawin, mendirikan masjid, Alhamdulillah...dan setiap yang berlaku pasti datang bersama impian kan? bila berkasih, bertunang dan berkawin hanya satu impian yang pasti, iaitu untuk kekal terus bersama...kan???



IMPIAN? Setiap orang mempunyai impian masing-masing, dan buat sekian kalinya MY nak tulis tentang impian seorang isteri. impian yang diharapkan agar dapat disempurnakan oleh seorang lelaki bergelar suami, wahai sahabat-sahabatku yang bergelar suami atau yang bakal bergelar suami, dengarlah dan tunaikanlah permintaan kami para isteri....heeee

Wahai Suamiku,
Yang di mana, melalui redha mu akan hadirnya redha ALLAH..
Yang di mana dengan mencintaimu , akan ku berasa rindu dengan cinta ALLAH..
 Yang di mana dengan menyentuhmu, akan ku merasai ‘sentuhan’ kedamaian hati dari ALLAH..
Yang di mana dengan memandang wajahmu, akan ku merasai pandangan belas dari ALLAH..
Yang dimana dengan senyum kepada mu, akan ku merasai ketenangan hati dari ALLAH..

Wahai Suamiku,
Isterimu ini mengharap kau akan mengimami solatku pada setiap waktu..
Akan ku aminkan bacaaan doamu..
Isterimu ini seringkali memasang impian untuk bertahajud bersamamu..

Di malam hari yang akan lebih indah dengan kehadiranmu..
Isterimu ini berharap agar kau kenalkan aku pada majlis-majlis agama..
Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami Al-Quran..
Kau khabarkan kepadaku tentang fardu-fardu yang aku patut tahu..
Kau tunjukkan perkara sebenar yang patut aku tahu wahai suamiku..

Wahai suamiku,
Melalui redhamu, tertentulah samada syurga atau neraka ku nanti..
Maka, tolonglah ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah..
Didiklah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu..

Tolonglah aku wahai suamiku..
Agar aku tidak beku..
Bantulah aku agar otakku tidak buntu..
Selamatkanlah aku dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa yang tegar menanggungnya...