Kisah Rama-Rama Dan Bunga


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, KY harap semuanya sihat-sihat saja, maklumlah cuaca tak menentu sekarang, Kali ini ada satu cerita yang sangat menarik pada KY untuk di kongsikan bersama u alls. Dalam hidup kita ini, kita selalu berdoakan? dan KY berharap kita tidak akan pernah putus asa dan kecewa dengan apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita, kerana itu semua sudah tentu yang terbaik buat kita.

Cerita yang KY bakal kongsikan di sini berkaitan dengan doa dan semoga cerita ini juga bisa memberi kita semangat...jom baca dan hayati kisah ini...


Kisah Rama-rama Dan Bunga

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama.
Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat beluncas. Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.

Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk
diuruskan dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula pemohonan doanya
yang telah lama dilupakannya.

Lelaki ini terperanjat apabila melihat dari
pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu, tumbuh pula bunga yang cantik dan
daripada ulat beluncas yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul !

Cara Allah sentiasanya cara terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah.....
Ingatlah..Jika kita memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah,
percayalah! Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.

Ketahuilah!! Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlukan.
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan kita,
teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.

Duri hari ini adalah bunga hari esok. Allah mengurniakan pilihan terbaik 
kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada NYA.
Wallahualam!!