Keadaan Banjir Di Rumah KU

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum sahabat-sahabat KY. Maaf banyak-banyak tak dapat nak singgah di blog u alls. KY masih sibuk menguruskan banjir..apa???menguruskan banjir??? hehehe..bukan.. menguruskan rumah KY yang dilanda banjir. Ingat lagikan post KY sebelum ni, Banjir-banjir di Kemaman

Seingat KY kan. KY postkan entri tu dalam pukul 1 lebih, dan dalam pukul 3 petang KY melawat rumah teman-teman yang terkena banjir..tup-tup petang yang sama kawasan perumahan KY pula yang kena...aduuhhh..panik betul jadinya. Padahal kawasan tu tak pernah dilanda banjir. Itulahkan, yang dikatakan dugaan dan ujian Allah...Apa-apa pun terima dengan redha.

U alls nak lihat keadaan rumah KY? tengoklah, kut-kut nanti ada yang terbuka hati nak membantu menghulurkan bantuan padaku yang tak berdaya ini hihihi...tak kisahlah nak membantu dari segi apa, nak beri almari baru ke, mesin basuh baru ke, televisyen baru ke...KY terima je hahahahaaa....Oklah..layan gambar lagi bagus dari dengar KY merepek kat sini..jommmmm..

lebih kurang waktu yang tertera disitu hihih..air dah mula masuk dalam pagar rumah...ramailah budak-budak main air....

ini tengah rumah yang hampir-hampir menengelamkan kerusi santai KY heehe....habis semua barang diangkat, tengok kipas tu macam nak menjejah bumbungkan? tapi jauh lagi huhu

ini kerusi ruang tamu, tempat KY santai-santai sambil tengok tv. Alhamdulillah...dapat di selamatkan. bolehlah nanti KY bermanja semula dengannya. 

dan ini keadaan terakhir yang KY dapat lihat sebelum berangkat meninggalkan rumah kesayangan. air dah cejah paras lutut. nampak tak, sarang kucing sebelah kiri tu...ada 2 ekor, kesian jojo dengan baby terpaksa kesejukan sebelum bantuan sampai. sekarang 2 ekor tu masih dieksport di rumah abang KY...

Apa-apa pun semuanya selamat apa lagi KY dan keluarga...sekarang tengah mengemas dan membasuh rumah..rasa macam nak masuk rumah barulah pulak..kena basuh sebuah rumah hahahhaa...Oklah..tu je yang KY nak kongsikan kali ini.

Pada u alls jangan lupakan KY ok..dan pada teman-teman yang follow tu, nanti KY singgah rindu pulak nak blogwaking..tapi apakan daya keadaan tak mengizinkan, setelah semuanya selesai KY akan singgah dan berblog seperti biasa. Doakan KY dan keluarga semoga tabah menghadapi dan menerima ujian Allah ini..dan Salam rindu buat semua...muah...mmuuaahhhh...

Banjir-Banjir Di Kemaman

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..Alhamdulillah...hari ini hujan dah mula reda kat kawasan KY Kemaman. Tak boleh nak merungutkan? Apa yang berlaku semuanya diluar kemampuan kita. Pasti ada hikmah disebalik semua. Apa lagi ini memang musim hujan dan banjir. 

Kali ini KY nak tunjuk tempat-tempat yang terkena banjir di Kemaman, Terengganu. Ok..layan gambar je lah...

Felda Seberang Tayor

Jalan Bukit Mentok

Perumahan Bukit Mentok

Kawasan Bank Islam, Depan Nirwana

Jalan Air Puteh

Jalan Nak ke Binjai

Ok..tu je yang KY ada..Bagaimana dengan kawasan u alls ada yang terkena banjir atau lebih teruk dari kawasan KY ni? Apa-apa pun hati-hati di musim banjir ini, yang ada anak-anak kena waspada selalu, jangan lalai dalam memerhatikan mereka. Wassalam...

P/S: sumber gambar KY ciplak dari fb group kemaman 

Nak tahu Apa yang Wanita Tidak Suka Tentang Lelaki?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..entri kali ini KY tujukan kepada kaum lelaki. mereka perlu tahu dan ambil tahu. U alls ada kekasih? untuk mendapat kasih sayang wanita yang maksimum, lelaki perlu berani berubah. maksudnya buang sifat-sifat yang kurang disenangi oleh wanita (tapi kalau yang elok tak perlulah). Perempuan ni suka lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk mereka ( mcm dalam filem pulak)

Disayangi wanita adalah kemuncak keselesaan hidup lelaki sebenarnya.(pandai2 pulak KY kan), biar pun poket kosong, perut lapar, tetapi dengan kasih sayang yang penuh ikhlas dari seorang wanita, segala masalah terasa mudah untuk dihadapi. (mungkinlah kan?)

Ok, mari KY beritahu beberapa sikap yang wanita tidak suka..mungkin boleh diberi perhatian sikit oleh u alls yang bernama lelaki ni...ok

lelaki-lelaki pilihan

Pertama, terlebih berlagak. kebanyakkan lelaki ada sikap ini. kadang-kadang lelaki merasa sikap berlagak ni, boleh menarik perhatian wanita. Iya..mungkin boleh tapi kalau yang dah berlebih-lebih, aaa....itu silap. contohnya macam, lelaki ni punya motosikal besar (padahal pinjam je)....nak suruhlah wanita ni memuji-muji, berlagak yang dia mampu beli motor tu, tetapi dia silap, wanita makin akan menyampah tahu...

Kedua, terlebih merayu. Sikap ini memang tak elok bagi lelaki, kenapa??? sebab ini akan membuatkan wanita akan hilang rasa hormat pada lelaki, ditambah dengan menangis (ada ke). jangan tak tahu, sesetengah wanita akan lari dari lelaki seperti ini. Nak tahu kenapa? kerana sifat merayu dan menangis adalah sifat wanita. Wanita mendampingi lelaki untuk lari daripada sifat ini, tetapi jika lelaki tempat dia bergantung harapan turut lemah, sudah tentu kepercayaannya hilang. Wanita lebih menghormati lelaki yang tegas.

Ketiga, terlebih menyayangi. ini pun salah satu sikap yang tidak digemari wanita. ye lah, baru je berkenalan dah lebih-lebih pulak. Biasanya terlebih dari segi layanan, misalnya, pergi makan, wah!!! siap tarik kerusi lagi, tolong lapkan sudu ke (wah,romantiknya), sikap macam ni kan, terlalu prihatin sebenarnya, iya...mungkin ada bagusnya, tapi ia akan merimaskan wanita dan kadang-kadang mungkin juga wanita akan terfikir, betul ke tidak dia ni? parah kalau macam tu, haha...

Ok..secara jujurnya, lebih baik memiliki sifat kelelakian sebenar atau lebih sinonim dengan sebutan control macho. Apabila menyayangi seseorang tidak perlulah berlebih-lebihan kerana itu juga akan memberi masalah dalam hubungan....oklah, itu saja, sedikit panduan buat u alls yang tengah bercinta...sekali-sekala beri tips ok jugakan? eeehhhmmm...Apa-apa pun jadilah diri sendiri.

Mereka Yang Ku Sayang


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum....Hari ni..KY nak kongsi satu rahsia dengan u alls. KY nak bagitahu siapa yang sentiasa ada dihati KY. Jangan jealous tau heehee...

Orang yang pertama....

Dengarlah sebuah kisahku ini, Dia yang tabah kasihnya abadi, Demi aku berkorban diri, Kasihnya membawa ke mati.

Dia mithali dia teladan, Mendidik aku memberi pelajaran, Memerah keringat rela berpayahan, Demi aku di dalam belaan.

Dia memberi didikan sempurna, Agar menjadi orang berguna, Supaya ilmu tertanam didada, Kerana itulah tuntutan agama.

Diajar aku hormati guru, Supaya berkat mendapat ilmu, Orang tua juga hormatilah selalu, Disayang orang akan diriku.

Kerana dirimu banyak berjasa, Kukenang dirimu setiap masa, Walau dimana aku berada, Jasamu tidak akan kulupa.

Dia adalah IBUKU


Orang kedua...

Setiap saat aku menghitung kerinduan terhadapnya, Hingga sekarang..baru ku sedar, Ia sudah melimpah ruah, Rindu sangat padamu.

Ku tahu kerana kamu aku disini, Kerana kamu aku gembira dan kerana kamu aku merasa bahagia...oh..Rinduku semakin membara.

Semenjak kecil aku dibesarkan, Bagai menatang minyak yang penuh. Semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah. Dan semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang puteri.

Ketika aku mengalah, Engkau semangatkanku. Ketika aku sakit, Engkau penawarku. Ketika aku bersedih, Kau airmataku. Dan ketika aku ketawa, Engkau riangku.

Dan ketika engkau berduka???
Aku berharap akulah penawar duka laramu.

Dan dia adalah AYAHKU

Hanya gambar ini yang KY ada. Bila rindu KY akan tenung wajah mereka. Mereka telah lama dijemput Ilahi. KY tak sempat nak berbakti pada mereka di atas dunia ini. Semoga..mereka bahagia di sana...Al-Fatihah...

Lelaki Bermulut Herot

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum....kali ini KY nak cerita kisah sejarah Islam....biasalah kita kadang-kadang terlupa, belajar masa sekolah dulu..kan? Kisah tentang seorang lelaki yang bermulut herot. kenapa beliau boleh jadi begitu..jom KY cerita..tapi cerita ni sedikit panjang..tapi harus baca sampai habis...hehehehe

Orang-orang kafir Quraisy Makkah akan buat apa saja untuk menyakiti dan menyusahkan Rasulullah saw. Tak cukup dilakukan seorang, malah mengajar yang lain ikut serta. Rasulullah tidak pernah mengambil hati, malah sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia. Baginda selalu berpesan supaya kita berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kitakan?

Antara orang Quraisy itu adalah Hakam bin Abi Asy. Beliau ada cara sendiri untuk mengenakan Rasulullah. Dia tidak memukul Rasulullah..tetapi dia suka mempamerkan mimik muka yang hodoh dihadapan Baginda. Pada suatu hari Hakam terserempak dengan Rasulullah lalu mengejek-ngejek dari belakang. Dia menjuih-juihkan bibirnya, mencabikkan mulutnya, menjelir-jelirkan lidahnya dan mengerut-ngerutkan hidung. 

Rasulullah tidak endahkannya malah merasa simpati pada Hakam. Sampai begitu sekali dilakukan hanya untuk melepaskan marah dan sakit hatinya pada Baginda. 

Lama-kelamaan, melihat musuh Allah tidak berhenti-henti berkelakuan buruk, Rasulullah saw pun menegur. Baginda bukan mendoakan sesuatu yang buruk tetapi sekadar mengingatkan. Kata Rasulullah, "nanti hidung dan mulutmu menjadi seperti yang engkau buat itu. Tidak dapat diperbaiki lagi."


Terbahak-bahak Hakam ketawa. Dia merasakan kata-kata Rasulullah itu melucukan. Dia mengira Rasulullah hanya menakut-nakutknya. Tetapi tiba-tiba muka Hakam menjadi hodoh dan cacat. Hidungnya berkerut manakala mulutnya terjuih. Hakam cuba mengembalikan mukanya seperti sedia kala tetapi tidak boleh. Otot-otot mukanya sudah menjadi kejang dan mati. Hakam tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

Apa yang kita dapat dari cerita diatas. banyak ikhtibar yang kita dapat. Sekalip mata saja Allah memberikan balasan-NYA kepada orang yang menghina Rasulullah saw. Allah berkuasa melakukan apa saja yang dikehendakiNYA walaupun pada fikiran kita tidak masuk akal. Kadang-kadang balasan Allah ini terjadi di dunia..orang cakap balasan yang dibayar cash. Jadi ingatlah..kalau kita berbuat baik pasti kita akan mendapat balasan yang baik begitu juga sebaliknya..Wallahualam

Heret Dan Ugut Pukul Ibu Sendiri


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...salam ceria buat semua teman KY di sini. U alls sayang ibu tak? pastilahkan? susah nak cari anak-anak yang tak sayang dengan ibu. Pengorbanannya tidak mungkin kita balas dengan harta..melainkan kita menjadi anak yang soleh dan solehah..adakah itu mencukupi? eeemmmm...fikir sendiri.

Nak tahu kenapa KY bicara begini? Jom baca ini dulu...MESTI BACA

Heret, ugut pukul ibu

Ada juga anak yang begitukan? Allah hu akbar....dengan susah payah ibu besarkan, beri makan, pelajaran..tapi akhirnya begitu yang dibalasnya.

Banyak juga kes-kes begini berlaku di sekeliling malah dunia. Tapi kita jarang sekali mendengar kes begini dilakukan oleh orang bukan Islam..betul tak? kebanyakkan kes begini termasuk buang bayi..membabitkan orang Islam...

KY ada tengok cerita dalam tv kisah Islam KTP....Maksudnya Islam cuma dalam I/C sahaja. Ada logik juga ceritanya kan?

Ibu adalah segalanya....tanpa kasih sayangnya, tanpa pengorbanannya, tanpa didikannya..siapalah kita hari ini. 

Twitter Dan Page Blog

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...eeemmm...menyepi lagi KY kan? nak buat macam mana, masa tak mengizinkan. tapi walaupun dalam kesibukan, dapat juga menjenguk blog teman-teman, tapi tak banyaklah..maaf ye, nanti KY pasti terjah semua...wahhhh..semua tu, heeeee

Kali ni, KY nak stop dulu buat entri, KY cuma nak ajak u alls ikut KY. u alls nak? bukan ikut ke rumah KY tau..tapi ikut KY di twitter dan page blog hahaaaa...suspen tak? KY baru create twitter dan page..dulu pernah ada twitter tapi terpaksa close. Jadi KY buat yang baru..dan harap ada yang sudi ikut.

KY dah letak kat tepi tu....Mungkin boleh bersembang lebih mesra sedikit? tak salahkan? sebagai sahabat. Apa-apa pun thank semua...jumpa lagi dalam entri berikutnya...







Bilakah Hari Yang Paling Indah Dalam Hidup Kita?

بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang lelaki yang benar-benar dapat menikmati hidupnya berkata: "sebenarnya hari yang paling indah ialah hari ketika kita mampu menguasai dan mengawal dunia, bukan sebaliknya. Hari yang paling indah adalah hari ketika kita sanggup mengawal nafsu dan selera kita dan kita tidak tunduk hingga menjadi rendah dan hina tidak berdaya."

You alls nak tahu tak? Bilakah hari yang paling indah dalam hidup kita? Meh KY bagi tahu..

HARI YANG PALING INDAH DAN MENGESANKAN IALAH:

@ Ketika kita dapat menguasai diri sendiri dan keluar dari keraguan sama ada boleh atau tidak.

@ Ketika kita ragu antara amalan yang mendapat pujian orang dan amalan yang tidak mendapat sebarang pujian, bahkan tidak diketahui orang lain. Lalu kita lupakan pujian itu dan memilih amalan yang tidak diketahui orang.

@ Ketika kita mempunyai banyak wang, sedangkan hati kita tidak merasa kedamaian. Kemudian kita memilih tidak punya apa-apa daripada mempunyai hati yang resah berterusan.

@ ketika kita menerima sesuatu yang sedikit tanpa menyedari apa yang telah kita lakukan tetapi jika kita terima banyak... puji dan syukur kepada Allah.


Hari paling indah ialah
hari ketika kita mampu
mengawal diri kita.

Janganlah menyangka bahawa selepas
kebaikkan tidak ada lagi keburukan,
sebenarnya keburukkan itu sentiasa ada.

Redhalah dengan apa yang kita perolehi,
Terimalah pemberian Allah apa adanya,
Lupakanlah angan-angan,
yang tidak sesuai dengan,
Yang kita usahakan dan di luar kemampuan.

Wallahualam..

Memori Buat Mu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan Alhamdulillah...akhirnya dapat juga KY bersua dan berbicara lagi di blog kesayangan ini. Setelah 2 minggu tak dapat online...Tuhan saja yang tahu perasaan KY ini...suka dan suka sangat hehehe..Dan KY nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada sahabat KY yang tak jemu-jemu singgah ke sini...tanpa u alls pasti sepi blog KY kan?

Eeemmm...oleh sebab itu KY ada sesuatu yang special buat u alls...terimalah heeee..

missed ya hope busy 24-7 check leave luv ya terr

MEMORI

Persahabatan,
Bermula dengan secebis senyuman,
Berputik dengan sebuah persahabatan,
Disulami dengan pergaduhan,
Berbunga dengan sekelumit cinta.

Percintaan,
Pada mulanya tidak diduga,
Pada hakikatnya melahirkan perasaan kasih sayang,
Namun kita merancang Tuhan menentukan,
Lalu terciptanya perpisahan.

Perpisahan,
Mengajar erti keihklasan,
Mengajar erti perinsip diri,
Mengajar erti menghargai,
Mengajar erti kelemahan diri.

Kini dan selamanya,
Persahabatan lebih bermakna untuk dikenangkan,
Lebih berkekalan untuk selamanya...
Buat u alls sahabatku tersayang....

I Miss U Alls

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum teman-teman KY, maaf ye lama tak online..rindunya KY kat u alls, u alls rindu KY tak..KY nak minta maaf sebab tak sempat lagi nak blogwaking..dah 2 minggu line internet tak ada di kawasan KY. Ini pun online di libary..bolehlah online sekejap...

 

Pasti banyak cerita yang KY tertinggalkan? KY pun tak nak tulis lagi entri terbaru, nantilah setelah line kat rumah ok, baru KY menulis lagi ok..sebenarnya banyak yang KY nak kongsi..jadi.... entri kali ini tak ada apa-apalah, cuma KY nak beritahu itu saja..supaya teman-teman blogger KY tak lupakan KY..jangan anggap KY dah tak nak berblog ok..InsyaAllah..KY akan sentiasa berblog dan menulis selagi ada yang sudi membaca penulisan KY..

Eeeemmm...komen-komen yang belum KY balas, sabar eekkk..nanti KY balas dan pasti balas...Sekali lagi KY minta maaf sebab tak dapat singgah di blog u alls lagi..Salam sayang buat semua...I MISS U ALLS.....Muaahhhhh....

Kisah Perbualan Antara Allah Dan Jibril A.S

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam buat semua. Kali ini KY ada lagi satu cerita nak dikongsi dengan u alls, dan KY rasa masih ada di luar sana yang masih tidak tahu tentang kisah ini...KY pun macam tu juga, KY terbaca kisah ini dalam buku, apatah tajuknya, KY dah lupalah...heeee...tapi KY adalah catat sikit tentangnya...jadi apa kata teruskan membaca ok....


Allah SWT selesai menciptakan Jibril as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibril as memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”

 Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibril as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibril as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,

Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari sholatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.“

Kemudian Jibril as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?“

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…“

Kemudian Jibril as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibril as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibril as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibril as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?“

 Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .”

MasyaAllah....kerana solat dua rakaat, imbalannya cukup besar..adakah kita mahu melepaskan peluang itu?Begitu kasih dan besar rahmat Allah pada hamba-hambaNya..beruntung bagi mereka yang menyucikan diri dan rugilah bagi mereka yg mengotorinya....Sayangnya Allah pada kita umat Nabi Muhammad...Nabi Akhir Zaman....Nabi kesayangan kita..... wallahualam...

5 Syarat Buat Maksiat Yang Ok!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam buat semua sahabat KY. U alls terkejut tak tengok tajuk diatas? Jangan panik ok..heehehe.. Ok KY nak cerita satu kesah pada u alls, Kisahnya begini...


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham dan berkata, "Wahai Abu Ishaq, selama ini aku gemar bermaksiat, tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima 5 perkara dan mampu melakukannya, nescaya kemaksiatan tidak akan mengalahkanmu."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Katakanlah wahai Abu Ishaq apakah itu?"


1) Ibrahim berkata, "Pertama, jika kamu hendak melakukan maksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNYA."

Lelaki itu berkata, "Dari mana aku mahu makan sedangkan semua yang ada di bumi ini rezekiNYA?"

"Ya!!" tegas Ibrahim, "Wahai saudara, apakah patut kamu memakan rezekiNYA, pada masa yang sama kamu berbuat maksiat kepadaNYA?

Lelaki itu menjawab, "Tidak!!!!"

2) "Kalau kamu melakukan maksiat, jangan tinggal di bumiNYA." Syarat kedua ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim berkata kepadanya lagi, Wahai saudara, apakah patut kamu memakan rezekiNYA dan tinggal di bumi NYA?, sedangkan kamu melakukan maksiat kepadaNYA?

"Ya!!, engkau benar" kata lelaki itu.

3) "Kalau kamu masih hendak melakukan maksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat melihat olehNYA!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan lalu berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Tidak mungkin...DIA Maha Mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi."

Kata Ibrahim, "Ya!!! kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?
Lelaki itu berkata, "Ya!!!, engkau benar."

4) "Kalau malaikat maut datanghendak mencabut nyawamu, katakanlah kepadanya, 'Tangguhkan dulu ajalku, aku masih mahu bertaubat dan belakukan amal soleh'"

Kemudia lelaki itu mengelengkan kepala dan berkata, "Dia tidak akan menerimanya"

"Wahai saudara, jika kamu tidak berkuasa menolak malaikat maut supaya kamu boleh bertaubat dan tidak boleh menangguh ajalmu, lalu bagaimana kamu boleh selamat?"

5) Dan yang terakhir, kata Ibrahim, "Jika malaikat Zabaniyah a.s datang hendak mengiringimu ke neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Abu Ishaq, sudah pasti malaikat itu tidak akan membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran, "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." Katanya sambil teresak-esak..

U alls dah tahukan, 5 maksiat yang ok. Dari pandangan u alls, macam mana? ok tak? Cuba bagi pendapat u alls, dan KY harap dari cerita ini kita kena banyak memperbaiki diri, ingatlah tiada apa pun yang dapat di sembunyikan dari Allah...

Suburkan Hati Dengan Rasa Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم


Hamka menulis "Akal itu diisi dengan ilmu, manakala hati diisi dengan agama". Jadi bekas bagi mengisi agama ke dalam hati adalah 'cinta'.

Cinta juga dikatakan makanan bagi hati, santapan bagi jiwa dan ubat penenang hati. Cinta juga boleh diibaratkan  jiwa bagi kehidupan. Bagaimana caranya kita hendak menguruskan hati dengan baik. Hati perlu disuburkan dengan cinta. Cinta yang subur membuahkan rindu. Rindu itulah yang menjadi magnet yang kuat bagi mempertemukan sang pencinta dengan cintanya.


Tapi harus diingat, hati-hati dengan cinta. Cinta itu boleh jadi madu dan racun pada kita. Cinta dapat mendorong kita kepada kebaikkan serta keindahan dan juga dapat menjerumuskan kita kearah kehinaan. Setiap orang pasti akan merasai kewujudan cinta dalam hatinya kecuali orang yang mati hatinya. Ramai orang cinta kepada kekasih, kuasa, wang, nama dan sebagainya.

Namun orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial menyalurkan rasa cinta kepada saluran yang baik, iaitu CINTA KEPADA TUHAN, cinta utama yang tiada duanya. CINTA KEPADA RASUL, adalah contoh cinta terbaik. CINTA KEPADA IBUBAPA, orang yang melahirkan, membesarkan dan mendidik kita dan CINTA KEPADA UMMAH, cinta teragung kepada masyarakat.

Induvidu yang mempunyai kebijaksanaan emosi, kemahiran berbual, kemahiran bersosial dan kecantikan dalaman lebih mudah didampingi dan diterima masyarakat, berbanding mereka yang sekadar cantik dan tampan pada fizikal sahaja. Itulah yang dimaksudkan dengan Kecantikan dan ketampanan sosial. Sama-samalah kita suburkan hati dengan cinta yang tulus ikhlas.

Kenapa Kita Diuji?

بسم الله الرحمن الرحيم

Wahhh...lamanya rasa tak mengup-date blog, padahal baru beberapa hari, gitulah kalau dah mula terjerumus dalam dunia blog, rasa tak lengkap sehari tanpa online heeee, bukan apa kalau lama tak on blog, banyaklah cerita-cerita menarik yang tertinggal, eeemmm...dah berkurang ilmu kan? Itulah yang dinamakan ujian hidup kan? Bercakap tentang ujian, KY nak tanya kat u alls , Kenapa Kita Diuji?


Bila kita diuji apa yang biasa kita lakukan? Bersabar...bersabar atas apa yang Allah timpakan ke atas kita, kerana disebalik perihnya rasa ujian dan musibah itu, terdapat banyak hikmah yang penuh dengan kebaikkan. Dan kita juga perlu yakin, yang apa yang Allah timpakan ke atas kita adalah sesuatu yang telah ditetapkan dan tertulis di Luh Mahfuz.

Kita tidak perlu mempertikaikan dan jauh sekali menyalahkan Allah...Seperti kata baginda Rasulullah saw, "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikkan keatasnya, Allah akan menimpakan musibah kepadanya." Riwayat Bukhari)

Hidup ini bagaikan roda berputar dan berputar, ujian itu akan menguatkan lagi iman dan takwa. Sentiasa bermuhasabah diri dan percaya Allah, kerana DIA sentiasa sayang pada kita. Hadapilah hari-hari dalam kehidupan kita dengan sabar, tabah dan senyuman yang manis...kerana kebahagian itu pasti akan datang seperti datangnya pelangi setelah hujan..

Perkara Ajaib Yang Tersembunyi Di Minda

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini ada sesuatu yang istimewa yang KY nak kongsi dengan u alls, tentang minda. Setuju tak jika KY katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda kita? Tak percaya?? Ok...jom selami bersama KY...



1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila kitasentiasa memikirkan tentang kenyang, kita tidak akan lapar. Buktinya apabila kita menjalani ibadah puasa, kita tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi kita tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi kita sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila kita tidak lansung memikirkan tentang penat, kita akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila kita mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, kita akan benar-benar malas dan boring. Maka jika kita ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan kita apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila kita mengingat seseorang, dan jika ingatan kita itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, kita sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Kita mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan kita terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang kita. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu kita terkenangkan seseorang yang telah lama kita tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang kita dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada kita.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah kita apabila kita membenci seseorang, kita sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap kita. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang kita benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan kita marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika kita mahu mengawalnya. Jika kita memang tidak mahu marah kita tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Kita mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yang erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-NYA. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”.

Jom..Perbaiki Akhlak Dan Peribadi

بسم الله الرحمن الرحيم

Masih belum terlewat untuk KY ucapkan Salam Maal Hijrah 1434 H buat semua teman-teman blogger KY, semoga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati Allah swt. aamiin..Sempena tahun baru penghijrahan kita, apa kata kita sama-sama memperbaiki akhlak dan peribadi kita? Bolehkan??? Okkk...u alls tahu...

Ketinggian darjat seseorang dinilai daripada kualiti akhlaknya, bahkan tahap keimanan juga diukur daripada sudut akhlak. Walau sedalam manapun ilmu agama seseorang, sehebat apapun ibadahnya ataupun sehebat mana pengakuannya mengenai kekuatan iman yang dimiliki, semua itu tidak mampu memberi jaminan.


Sabda Rasulullah saw, "Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling baik akhlaknya" (Riwayat At-Tabrani)

Sebaliknya kayu ukur yang paling sempurna bagi menilai kemuliaan seseorang adalah berdasarkan kualiti akhlak mahmudah. Nilai-nilai akhlak sudah ditanamkan oleh Allah s.w.t. ke dalam jiwa manusia sejak kita lahir lagi. Oleh itu, sebelum kita melangkah jauh kehadapan, marilah sama-sama kita perbaiki akhlak dan peribadi kita sebaik mungkin. Jangan sampai akhlak dan peribadi buruk kita mempengaruhi masa depan kita.

Jommmm...Sama-sama kita pertingkatkan peribadi, supaya  dikasihi Allah s.w.t. InsyaAllah...Aamiin..

3 Hari Dalam Hidup

بسم الله الرحمن الرحيم


Kata Imam Hasan Al Bashri dunia terbahagia kepada 3:

Pertama: Hari kelmarin yang sudah kita lalui dan segala apa yang terjadi tidak boleh terulang kembali...

kedua: Esok hari yang mungkin tidak akan kita temui

ketiga: Hari ini, milik kita. kerjalah sesuatu yang kita mampu dan jalani dengan sebaik mungkin...


Pelajarilah sesuatu dari hidup kita. Sesuatu yang mampu mengubah hidup kita ke arah yang benar...Setiap hari kita dalam pengawasan Allah SWT dan pastikan kita sentiasa berada di atas jalan kebaikan. Ini sangat penting agar kita tidak meniti di jalan yang salah sehingga terperosok jauh ke jurang kesalahan. 

Ya Allah....
Kurniakanlah anugerah cahayaMu..
Agar ku pecahkan buih-buih kehidupan..
Yang sering membadai jiwa..
Dengan penuh rasa syukur dan rehda..
Menjadi selendang kasihku
Agar aku terus mencintaiMu

Antara Wanita Dunia VS Bidadari Syurga

بسم الله الرحمن الرحيم

KY nak cerita sedikit tentang WANITA. Wanita?????Asyik-asyik wanitakan..nak buat macam mana, admin blog pun wanita yeeee..tentang Wanita Dunia vs Bidadari Syurga. Kalian tahu...

U alls tahu wanita dunia ketika memasuki syurga mereka mampu mengalahkan kejelitaan para bidadari syurga..u alls nak tahu siapakah wanita dunia itu? Mereka adalah Wanita Solehah..

Aisyah r.a berkata :
"Wanita-wanita solehah akan berkata kepada bidadari syurga..kami melakukan solat sedangkan kamu tidak, kami berpuasa sedangkan kamu tidak..kami bersedekah sedangkan kamu tidak, kami wanita solehah di dunia mengalahkan bidadari syurga.."

Inilah yang menyebabkan para bidadari di syurga cemburu. Tentu u alls selalu mendengar ungkapan ini..dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..di dunia lagi para bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat kelak bidadari sudi menjadi khadamnya....Eeemmm...hebatkan wanita dunia.


Wanita solehah adalah Wanita Terbilang,
Hatinya sentiasa Tabah dan Cekal, 
Sifat-sifat Mahmudah sentiasa menghiasi dirinya..
Nur muslimah terpancar pada Raut Wajahnya, 
Allah dan Rasulullah sentiasa Ditaati..

Ibu Bapa sentiasa di hormati, 
Sentiasa Beristiqamah dalam hati..
AL-Quran dan AS Sunnah menjadi pedoman dan ikutan..
Bidadari syurga amat mencemburui mereka, 
Bidadari Tunduk kepada mereka..
Indahnya menjadi wanita solehah.

Kecantikan Bermula Dari Hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu, eeemmm....memang tak boleh dipisahkan. Mungkin KY pun begitu...hehehe mungkinnnnn....dan ada juga sesetengah orang berfikir, kecantikkan itu secara luaran sahaja. Salahkan? Kita harus ingat, kecantikkan bukan terletak pada paras rupa atau kosmetik yang digunakan. Kecantikkan begitu adalah bersifat sementara saja. Kecantikkan yang abadi sebenarnya datangnya dari HATI. Hati yan baik dan murni mampu menjadikan kita kelihatan cantik. U alls nak tahu bagaimana caranya? Jom KY beritahu...


Amalan Mencantikkan Hati:

1) Solat = Solat adalah tian agama dan kunci segala kebaikkan. Ia wajib dilakukan dan dipelajari. Dengan melakukan solat, kita akan lebih terasa dekat dengan Allah. InsyaAllah...

2) Membaca Al-Quran = Al-Quran adalah kita yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw untuk menjadi panduan dan ikutan seluruh umat Islam. Klau kita rajin membacanya dan menjadikan ia sebagai teman sejati, InsyaAllah...kita dapat menghindarkan kita dari perasaan gelisah, sakir malah dari pelbagai masalah.

3) Berdoa = Selalulah berdoa kepada Allah swt. Mohon kepada Allah supaya kita dikurniakan sifat-sifat yang baik dan menjauhkan kita dari segala kemungkaran yang mampu merosakkan dan mengotorkan hati.

4) Taat Kepada Ibu Bapa =  Kita juga harus sentiasa mendengar dan taat kepada ibu bapa, selagi ianya tidak bertentangan dengan agama kita wajib menurutinya. Jangan sesekali menderhaka kepada mereka kerana ia amat dimurkai Allah swt.

5) Ikhlas = Ini lagi satu, untuk mendapat hati yang cantik, kita harus bersikap ikhlas dalam setiap perbuatan. Jangan melakukan semata-mata kerana ganjaran atau pujian. Klau tidak semua itu hanyalah sia-sia belaka dan tidak mendapat ganjaran dan pahala dari Allah swt.

6) Tidak Berdendam =  Sifat ini yang patut kita jauhi. Dendam ini akan membuatkan hati kita gelap dan mudah dihasut syaitan. Apa yang kita perlu lakukan bersabar dengan apa yan terjadi dan terima dengan hari yang terbuka. Dengan itu kita akan kelihatan lebih tenang, cantik dan dihormati. Boleh kita lakukan? InsyaAllah..

7) Elakkan Mengumpat = Orang cakap, kerana mulut badan binasakan? Berhati-hatilah bila bercakap, keran tersilap cakap ia akan menjadi fitnah. Ianya juga boleh mengeruhkan hubungan kita antara sesama. Klau kita nak tegur seseorang , gunalah cara berhemah, seperti lemah lembut agar tidak menyinggung hati orang itu..

8) Pemaaf = Walaupun sukar, kita harus belajar menjadi pemaaf. Sesungguhnya kemaafan yan diberi mampu mencuci hati, membersihkan wajah dan diberi kemuliaan oleh Allah swt.

Oklah itu je lah yang KY dapat kongsikan. U alls tahu, dari perbuatan diatas, kesannya sangat positif di hati kita , antaranya kita akan...

<3 lebih dekat dengan Allah
<3 disenangi dan disukai orang
<3 mendapat lebih ketenangan
<3 dimurahkan rezeki
<3 mempunyai ramai kawan
<3 sentiasa ceria dan gembira

"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta kamu tetapi DIA melihat hati dan amalan kamu" (HR Muslim)

Surat Untuk Cikgu Tersayang

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekolah dah hampit kepenghujungnyakan? sempena itu KY nak tanya U alls pernah tak tulis surat untuk cikgu. Secara jujurnya KY tak pernah tulis...untuk apalah nak tulis surat...buat malu je..bahasa malaysia pun tunggang langgang...hehehee...tapi KY nak ajak u alls baca surat ni..hati-hati tau kalau baca...dan kalau ada cikgu yang terbaca surat ni...minta maaf banyak-banyak ye cikguuu...hhiihiii


Cikgu....

Kami....

Ponteng sekolah bukan apa....Cuma nak meringankan beban cikgu.

Mewarnakan rambut pun....Saja je nak test cikgu ada tak yang buta warna.

Merayau kat sekolah cuma...Nak tengok je ada tak kes pergaduhan berlaku di sekeliling.

Conteng meja hanya untuk....Memupuk bakat kesenian yang tersembunyi.

Gaduh sebab nak....Menegakkan keadilan.

Tak siap kerja sekolah sebab.....saja nak menguji kesabaran cikgu.

Merokok itu sebab....nak membunuh nyamuk-nyamuk kat sekolah.

Maafkan kami cikgu...kami buat semua ini bukan saja-saja tapi bermakna dan kami lakukan ini juga kerana kami saaayang cikgu hehehe.... Peaceeee...

Apa-apa pun kami menghormati guru, kerana kalian kami mampu berjaya di dunia yang penuh dengan pancaroba...

Adab Bercakap Mengikut Sunnah

بسم الله الرحمن الرحيم

Ualls tahu tak adab bercakap? Kita ni hari-hari bercakap..kadang -kadang ada juga yang tak berfaedah, biasalahkan, kita manusia ni, ada kalanya nak bergurau senda..tak salah tu..asalkan tidak melampaui batas..kan? Ok..kali ni KY nak kongsi tentang ADAB BERCAKAP..

Petua Rasulullah Mengenai Adab Bercakap,

Rasulullah S.A.W bersabda, “Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah“.


Jom kita belajar sama-sama tentang adab bercakap..

1. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.

2. Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

3. Jika seoarang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

4. Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

5. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

6. Jangan sesekali meniru gaya percakapan  orang yang jahil dalam agama

7. Jangan bercakap secara berkumam mulut.

8. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang.

9. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.

10. Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.

11. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.

“Jika engkau berada di rumah orang, hendaklah jaga matamu, jika engkau berada di antara orang ramai hendaklah jaga LIDAHMU dan jika engkau berada di dalam sesuatu majlis, hendaklah jaga perangaimu.” (Daripada: Ali bin Abi Talib R.A)

Betulkah Tidak Boleh?

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa yang tidak boleh tuu...eeemmmm....sebenarnya KY nak cakap tentang TAKBUR. Kita tidak seharusnya memiliki sifat ini, sifat yang tidak disukai oleh manusia apa lagi Allah.

Sedikit definisi tentang takbur. Takbur merupakan sifat sombong atau megah diri dengan apa yang dia miliki. Orang yang takbur ini, selalunya mudah lupa diri, apa lagi nak bersyukur kepada Allah dan mereka juga suka meninggi diri. Konon-kononnya mereka itu manusia yang hebat. Apa mereka lupa, ada lagi yang lebih hebat?


U alls tahu, mereka ini juga suka memandang rendah orang lain. Mereka tak pandang ke bawah....sentiasa mendongak ke atas. Eeee...kerana inilah mereka tidak disukai oleh sesetengah masyarakat. Jika mereka berada dalam kesusahan, sakit ke, pasti orang ramai atau jiran-jiran, sukar untuk membantukan?

Sebenarnya KY pun tak suka orang macam ni, apa lagi nak berkawan dengan mereka...tapi, kita tidak boleh pulaukan merekakan? Sebagai masyarakt dan seorang sahabat yang baik dan prihatin, secara perlahan-lahan, kita boleh ubah mereka ini..ye kan? InsyaAllah...

Ingatlah, kehebatan yang kita miliki hari ini tidak akan kekal, ia hanya pinjaman Allah semata.

Dengan itu, wahai sahabat-sahabatku yang disayangi, bersyukur dan bertawaduklah, Ingatlah....hanya Allah yang layak takbur, kerana Allah Maha Sempurna. Wallahualam..

"Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya sebesar debu daripada (sifat) takbur" (Riwayat Muslim)

Adakah Kita Makhluk Yang Suka Mengeluh?

بسم الله الرحمن الرحيم


Pernah tak kita menilai diri sendiri? Berapa kali kita mengeluh dalam sehari? Mengapa dan kenapa ini terjadi ? dan apakah puncanya? Percaya atau tidak, kita sentiasa mengeluh atas perkara kecil atau besar. Kalau panas, kita nak suruh hujan, bila dah diturunkan hujan, eeeemmmm...masih mengeluh...

Orang selalu juga kata, hidup ini TERLALU sukar, betullah KY pun percaya, tetapi..itu kalau kita yang menyukarkannya, kan??? Biasalah kalau ujian dan dugaan datang, itu semua untuk memperkuatkan lagi diri kita, supaya kita tidak menganggap hidup ini tidak TERLALU mudah.


Walaupun kita hidup di dunia ini, sudah cukup semuanya, tapi masih saja mengeluh, kalau macam tu, bagaimana hati kita nak merasa tenang dan puas kan? Cuba u alls amati firman Allah ini..

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut.Apabila dia di timpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikkan dia amat kedekut? (al-Ma'arij)

Disaat hidup kita tidak seperti kita impikan, adakah kita akan menyalahkanNYA? adakah kita akan mengadu pada manusia tentang hal ini? kerana kita fikir kita lebih bijak dan adil? Adakah kita nak menghakimi Allah? Astagfirullah al'azim....Ingatlah sebaik-baik hakim, dia adalah Allah swt.

"Bukankah Allah adalah hakim yang sebaik-baiknya (paling adil)? (at-Tiin)

Sahabat dan teman.....Sekiranya dengan sindiranNYA, kita masih tidak merasa malu, maka pada sindiran siapa lagi kita patut malu? Bagaimanakah kita akan menyedari kekurangan dan segera memperbaiki diri? Sebenarnya keadaan kita yang suka mengeluh itu, tidak akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Sama-samalah kita muhasabah diri...Wallahualam

Pesanan Ummi Untuk Anak Gadisnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Ibu...Ibu...Engkaulah Ratu Hatiku...Bila Ku Berduka Engkau Hiburkan Selalu....KY suka dengar lagu ni, apalagi di saat minum susu heeee....KY minum susu lagi tahu, susu untuk menguatkan tulang hahaaaa...

Ibu...ada yang panggi Mak, Mama, Mami, Bonda, Ummi dan banyak lagilah...yang pasti dia tetap orang yang banyak berjaya kepada kita. Syurga itukan dibawah telapak kaki ibu...terutama bagi anak lelaki, kemana pun dia pergi, ibu adalah insan yang paling atas...

KY tahu semua orang sayang Ibu...tapi ada juga yang sanggup buang ibu hanya kerana seorang wanita yang baru dikenali dan dicintai. Tapi harus diingat semua itu tak berbaloi kerana perbuatan itu pasti akan dibalas nanti...

Di sini KY nak sampaikan pesan Ummi, Ibu, Mak....buat anak gadisnya....

V

V

V

V

V

V

V

V


Tuhan mengasihi setiap titisan airmatamu.
Tuhan memberkati setiap keringat dari tubuhmu.
Tuhan merahmati setiap jejak tapak kakimu.
Tuhan mencatat kebaikan dalam setiap hembusan nafasmu

Siapakah yang mencintaiku dan akan mencintaiku selamanya? Dengan cinta yang tak mungkin lenyap oleh kesulitan, penderitaan dan kejahatan yang kuperbuat? Ketahuilah orang itu adalah engkau, IBU

Wahai teman-temanku kaum hawa, ingatlah pesanan itu, InsyaAllah....kita pasti akan menemui kebahagian di di Dunia dan di Akhirat....Aamiin

p/s: pada teman2 yg KY belum sempat terjah, sabar ye, InsyaAllah...KY pasti singgah

Suka Membaca? Jommmm....


Bismillahirrahmanirrahim

Masih belum terlewat untuk KY ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, kepada teman-teman KY di sini, dan terima kasih juga pada yang telah berikan ucapan pada KY...Alhamdulillah...kesihatan KY sudah beransur pulih dan bolehlah KY menulis kembali...biasalah musim-musim macam ni..kesihatan tak stabil heeeee....

Tapikan? ada juga kebaikkan di sebalik semua ini, nak tahu apa? KY lebih banyak masa untuk membaca. biasanya masa untuk membaca, tak terlalu banyak. U alls suka membaca? KY memang suka, tapikannnn...kalau KY membaca, baru masuk setengah muka surat pertama, aduuhh...mata dah mula layu..last-last, buku tu yang tengok KY bukan KY dah hehehhe...

Disini KY nak kongsikan buku yang terbaru KY beli, KY beli dengan rakan fb, secara onlinelah...nak tengok...jom


Buku ini dari penulis yang sama iaitu Syed Alwi Alatas. ketiga-tiga buku ini, berkisarkan tentang kehidupan harian kita, jadi tak salah kalau kita baca dan ambil ikhtibar...Apa-apa pun, hadapi hidup ini dengan SENYUMAN...jom baca sama-sama

Dan satu lagi, KY sempat khatam setengah artikel yang KY copy dari teman blogger, KY ini, kalau ada artikel yang menarik dan boleh di buat rujukan, KY pasti copy dan simpan..ada masa terluang KY akan geledah semua dan cuba menghayati dah fahami isi-isinya...nak tahu juga ke? Jom


Ini adalah antara artikel dari rakan blogger Ustaz Abd. Razak. Bukan dari ustaz saja, dari rakan blogger lain pun ada, tersimpan rapi dalam fail...tapi belum khatam lagi heheheee....Oklah, itu je yang KY nak kongsikan untuk kali ini....Siapa suka membaca angkat tangannnnn....

Benarlah pepatah melayu mengatakan, Membaca Jambatan Ilmu. Wahai teman-temanku, janganlah malas membaca, kita inikan kurang ilmu, katanya mahu maju, jadi jommm...semaikan sifat membaca dalam diri.

Thank You Friends

Bismillahirrahmanirrahim

Kata orang, bila kita bertemu dengan sahabat yang baik, jangan lepaskannya, teruskan bersahabat,
Kata orang lagi, sahabat sejati adalah bagaikan titisan embun sejuk yang jatuh membasahi kegersangan hati hingga mampu menyuburkan seluruh taman sanubari,
Dan kata mereka lagi, sahabat ada dikala suka duka..saling nasihat menasihati dan saling ingat mengingatkan.
Dan KY ingin katakan pada kalian semua.....


Teman yang bertahta dihatiku bukanlah yang aku khaskan ciri-cirinya agar sempurna segala-galanya dimata. Tetapi Teman yang kuhargai dan kusayangi yang bertahta dihatiku adalah yang dirinya berjiwa hamba kepada Ilahi, kerana sifat kehambaannya itu umpama takzirah bergerak yang selalu mengingatkanku padaNya. Sahabat..kamu membuat hatiku tak upaya melupakanmu.