Jangan Pernah Lupakan Aku

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum


gagal dalam kematian jauh lebih teruk daripada gagal dalam peperiksaan. kita boleh gagal dalam hidup, tetapi jangan sampai gagal dalam kematian. maksudnya jangan sampai kita mati dan tercatat sebagai orang yang gagal di sisi Tuhan.

maka belajarlah daripada kematian. banyak banyaklah mengingati kematian. buat persedian yang matang untuk menghadapi kematian.

jangan lupa kematian, kerana kematian tidak pernah lupakan kita. jangan lupa untuk mengambil pelajaran daripadanya, kerana kelupaan itu akan menjadi penyesalan yang besar pada hari kemudian. jangan tak bersedia dalam menghadapinya, kerana kematianitu sentiasa mengintai dan bersedia untuk mencabut nyawa kita.

jangan tunggu lagi, ambillah pelajaran sekarang juga. buat persediaan secepatnya. agar pada akhirnya kita mampu menjadi seorang pemenang yang sejati. seorang pemenang yang mendapat iktiraf daripada khalik, bukan sekadar iktiraf daripada makhluk.

"Si pintar mungkin berjaya dalam hidup tetapi hanya si bijaksana akan berjaya di hujung kehidupan"

sumber asal: Mencari Husnul Khatimah

Resepi Biskut Sarang Semut by Mizz Yatiey

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

hai u alls, eeemmm...hari ni tak sempat berblogging, kenapa? sebab dah start kerja, kalau kerja memang tak sempat nak buka blog, jangan kata blog, laptop pun tak sempat pegang haaaa...

walaupun letih, MY tetap nak berkongsi dengan u alls, resepi. biskut yg dah memang cukup popular..sarang semut, kalau hari raya tak ada biskut ni, macam tak lengkap pulak kan? sama juga macam biskut dahlia..

Resepi yg MY nak kongsi, cukup simple...so nanti senang senang buatlah..jangan lah malas..


bahan utama:

1 cawan gula (gula halus lagi cantik)
1 1/2 cawan marjerin
1 biji telur (kuning saja)
3 cawan gandum ( MY guna tepung cap rose)
1 sudu esen vanila
coklat urai
boleh campur tepung jagung atau kastad, tapi MY guna tepung hong kei je ( tepung harus ajak dulu ye..)

cara cara nya pula..

1.  macam biasa ambik gula dan marjerin, putar sampai sebati, jangan sampai kembang

2. masukkan kuning telur, putar lagi lepas tu masukkan esen vanila

3. masukkan tepung sikit demi sedikit, adun adunan sampai sebati dan menjadi doh yang lembut

4. bila siap adunan kena perap sekejap atau simpan dalam peti ais

5. lepat tu parut dangan acuannya..masukkan dalam mangkuk kertas serta taburkan coklat urai dan bakar. waktu bakar, ikut tahap oven u alls lah..MY guna oven murah je, biasa bakar dalam masa 20 minit.

aaa....macam mana? senangkan,, biskut ni memang cerewet sikit, tapi hasilnya..sedapppppp..selamat mencuba

Akhlak Mulia Jadi Pilihan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

satu dua entri terbaru dari MY banyak berkisarkan akhlak. akhlak yg baik memang digalakkan dalam islam. siapa yg tak nak berakhlak baik, bila kita baik semua orang sayang..kita kan ada idola, Rasulullah saw..idola seluruh ummat islam..tiada insan paling elok akhlaknya melainkan Nabi Muhammad saw...


tapi kita ni manusia biasa, memang terkadang terpesong juga, tapi kita boleh betulkan..sejuk perut ibu mengandung andai kata anak yang dikandung selama 9 bulan itu menjadi anak yang baik dan soleh solehah..

cuba kita ingat balik, zaman sekolah dulu, apa yg kita belajar tentang akhlak Rasulullah saw.banyak dan salah satunya,.baginda payah terpengaruh dengan cara hidup masyarakat sekelilingnya yang menyembah berhala, tapi cuba lihat sekeliling kita pulak,..u alls fikirlah sendiri, dengan adanya laman laman sosial, tv, video..tapi kita tak boleh salahkan semua itu...sebab semuanya pilihan kita.


sebenarnya akhlak mulia yg diamalkan Rasulullah saw banyak, yg MY bagi tu, cuma salah satu contoh..berakhlak mulia ni, impian semua orang, kita akan sentiasa disayangi...bukan saja oleh Allah tapi oleh semua manusia.

apa kata mulai sekarang kita semak diri kita setiap saat dan kita terapkan ke dalam diri anak anak kita pula...agar ianya sentiasa indah..

Alhamdulillah...Kekalkan Sentiasa

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

apa yang nak di kekalkan? ada ada je MY ni kan? manusia ni punya macam macam sikap dan sifat..ada yang baik ada yang buruk, dah nama manusia mana ada yang sempurna..itu di akui..
tapi kalau dah punya sikap yang baik, kekalkanlah..malah kita tambah ramuan lagi agar ia lebih indah

orang yang punya sikap macam ni, sentiasa di sayangi..u alls tak nak ke di sayangi..kalau MY lah, uuuuu...suka sangat..panjang pulak mukadimahnya..sebenarnya MY nak citer sikit tentang sikap menghargai..sikap ni sebenarnya senang je nak di pupuk...yang penting kita nekad, MY bagi contoh..

Mensyukuri  nikmat
orang yang tahu menghargai, akan sentiasa melafazkan syukur kepada Allah atas nikmat yang di kurniakan walaupun sedikit. yg ini kita kena amalkan..baru hidup kita akan bahagia


membantu ibu bapa
ini pun sikap menghargai..menghargai pengorbanan ibu bapa yang telah membesarkan, mendidik, menjaga kita , sabagai tanda penghargaan dan terima kasih, kita boleh membantu dalam melakukan kerja rumah tanpa di suruh..kan?

senyuman
senyuman pun sikap menghargai ke? eeemmm...dengan memberi senyuman juga tanda penghargaan. lagipun ia adalah satu cabang sedekah yang sangat mudah kita amalkan.

kita kan ummatnya Rasulullah saw...Rasulullah seorang yang sangat menghargai..tak percaya? baca kat sini

Sanggup Berkorban Demi Anak

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum


bila tah MY nak masuk kerja, tunggu panggil tak panggil2 lagi, abik peluang bermanja dengan blog MY lah, pagi2 buka akbar, terbaca berita yg agak sedih, tentang pengorbanan ibu.. kita selalu dengar banyak kisah tentang pengorbanan ibu, jarang sangat tentang pengorbanan anak, kenapa eerrkkkk...

betullah apa yg selalu di ucapkan orang, ibu boleh jaga 10 orang anak..namun , anak belum tentu boleh jaga ibu seorang..u alls dah baca ke kisah tu, kalau belum klik kat sini



kata syurga itu dibawah telapak kaki ibu, tapi kenapa ramai yg masih mengabaikan dia, bukan saja abaikan malah ada yg sanggup memaki hamun yg lebih parah yg sanggup pukul dan bunuh ibu sendiri..subhanallah...minta di jauhkan dari kita sikap kejam itu..


ini lagi satu sikap yg memang tak lari dari kita, merungut, baru je ibu suruh pergi ke kedai, dah bising, ini bukan je ada pada anak dewasa, yg kecik2 pun banyak, pantang suruh, ada je alasan, tapi kalau nak sesuatu untuk dia, laju je suruh ibu, ada ibu merungut...



hidup kita ni, kalau nak bahagia, senang dan tenang, redha ibu itu penting, kerana redha Allah datangnya bersama redha ibu....bagai di kata, "biarpun solatmu beribu ribu rakaat, sedekahmu berjuta juta ringgit, hajimu berkali kali, saat kau gores luka di hati ibumu, SYURGA ITU BUKAN MILIKMU"

Al Fatihah buat ayahanda dan bonda
Awang b. Hj Chik dan Munah bt. Jusuh

Oyen Yang Terpaksa Di Bius

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum, ada tak peminat kucing kat sini, pasti ramai, MY suka sangat dengan kucing, MY ada bela 3 ekor, semuanya jantan..senang nak jaga...tapi salah seekor kucing MY sakit, tak lah teruk sangat..tapi.......teruk juga lah...heeeee

kucing ni special sikit, sebab dia punya kaki tangan lebih....dan yg pasti dia comel sangat..dia lah peneman MY malam2, suka sangat dia tidur dengan ibunya yg cun ni hahahhaa...

namanya OYEN....memang comel..tapi oleh sebab jarinya banyak..salah satu kukunya terlebih panjang, sampai masuk ke dalam isi..macam jari kita kena cengkam..sakit tu..jadi..tadi bawalah oyen ke klinik,..apa lagi doktor bius lah..kesian pulak tengok..jom tengok bagaimana rupa oyen

ini lepas kena bius..tak sedar apa2 dah....

inilah tangan yg di opret tadi..kesian kan...

yang ni dah sedar sikit, tapi letih lagi..sambung tido..

inilah oyen ..yang sihat dan comel...

terkadang sedih tengok orang yg anianya kucing, ada yg bunuh, sepak, pukul..tak berhati perut langsung, Nabi kita pun sayang kan kucing, apa namanya???..eeemmmmmm...Mueeza, nama yang sangat cantik..

pada u alls, jangan dera kucing tau..kalau jumpa tu, bagilah makan..dia pun lapar juga hahaaa...byeeee

Maaf..Bukan Tak Menghargai Tapi..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, rasa cam rajin sangat nak menulis, nak kata banyak masa, tak juga, ikut mood kan? hari ni, tak ada apa yang MY nak cerita, cuma nakberterima kasih ada rakan blogger yang sudi singgah dan follow MY. blog ni sebenarnya dah lama juga, tapi setahun yang lalu, MY kurang aktif, dengan alasan yang sangat popular...bizy..

oleh sebab tak terjaga, macam2 dah berlaku pada blog ni, ada yang cakap susah nak follow, ada cakap susah nak tinggalkan komen..tapi itu lah, MY pun tak pandai nak servis, jadi terpaksalah biarkan begitu..inshaaallah...akan di servis hihih...


dan untuk pengetahuan u alls, blog ni memang tak ada bloglist, bukan tak menghargai rakan2 cuma..pun dalam servis hihihi...lagi pun MY suka blogwaking melalui sibider (betul ke ejaannya, lantaklah...) blog, dan yang paling utama, tempat ping artikel..seperti group blogger di FB dan G+..

rindu juga MY nak kongsi artikel yang bermanfaat, agar kita sama2 beroleh ilmu, tapi tu lah..ilmu ni tak boleh tulis sembarangan, kan salah informasi, susah kita...biasanya sebelum menulis artikel begitu, MY pasti akan fahami nya terlebih dahulu, tapi kalau dah tak ada masa nak membaca..macam mana..terpaksalah hold dulu..

pada rakan2 yang singgah kat sini, seboleh bolehnya, MY mohon tinggalkan link di tempat komen, senang MY nak singgah balik...

eeemmm...esok lusa, dah mula kerja, nanti susah sikitlah nak buka blog ni, inshaaallah...MY akan cuba hidupkan balik seri rumah MY ni, mungkin u alls tak kan nampak MY di siang hari, tapi MY akan merayap time malam...nak jadi macam kelawar..merayap di waktu malam.....

apa apa pun terima kasih sekali lagi,.. rakan2 blog sentiasa di ingatan, walaupun dah lama tak bertegur sapa, MY masih ingat u alls..so...jangan putuskan ukhwah yang terjalin..kita eratkan agar ianya semakin berseri dan berpanjangan...aamiin

Koleksi Bersama Artis

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, dah makan semua, dah tahu tajuknya kan? cam bangga pulak bunyi kan? haaaa...MY bukan apa saja nak kongsi dengan u alls, bukan senang tau nak jumpa ngan artis ni...MY kalau time2 cuti suka duk kat kedai kepok pak saudara, yg paling penting..artis2 malaysia ni, memang suka keropok kat situ..lain masa nanti MY akan kongsi pulak tentang makanan yg paling popolar di negeri Terengganu tu..ok

untuk hari ni, jom layan beberapa gambar koleksi yg MY ada..jangan jeles tauuuu....

u alls kenal tak? apa tak kenal...jangan bohong..hahhaa
ini memang otai rock kita..memang friendly orangnya..tabik spring sekali

one more otai..ini memang teruja bila jumpa dia, kat dlm tv lain kat luar..eeemmmm, memang hensem heeee..pun sama, no sombong2.. tabik spring juga kat Doto' kita ni...

ini otai ke? ini bakal otai Tomok...tengok jarinya..best nya keropok..katanya haaaaa

eh ehe hehhhhh...artis ke ni, no no noooooo...ini my lovely...muahhhh, nak interframe juga...jangan marah aaaaaa....ok byeeeeee


Please, Hormati Keluarga Mereka

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, dah seminggu kita beraya, tapi tak habis2 lagi, MY pun banyok rumoh lagi dok jalan, cuti pun belum habis, puas hati betullah cuti tahun ni...doh naik bosan duk rumah hihihi...

time cuti baru ni kan, banyok sungguh berita kemalangan, subhanallah....bila ajal datang menjemput, tak kira masa kan? saat kita sedih, saat kita sedang bergembira.. cuma kita ni je, masih tak sedar2 lagi, sampai waktu, time kita pulak...yang MY tak fahamnya, kenapa ada yg sanggup share gambar2 kemalangan tu, subhanallah...tak fikir ke tentang perasaan ahli keluarga mereka...


dan yg lagi hairan, ada yg sampai kutuk mangsa kemalangan, nauzubillahminzalik...kenapa sampai macam tu sekali, maut tu kan rahsia Allah...manalah kita tahu, time balik raya ni, ajal kita sampai, kalau kita berhati2 sekalipun, bila dah sampai waktu..pergi jua kita..

pada u alls, hati2 lah bila nak buat sesuatu ye, fikir masak2 dulu, bukan apa, telajak perahu boleh gok kita undur, kalau dah terlepas kata, padah pada kita...


Resepi Kek Coklat Kukus Gebus

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, sekian lama menghilang, sesekali muncul, kekok pulak rasa nak menulis. masih belum terlambat untuk MY mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat sahabat tersayang. kalian sentiasa berada di hati...

walaupun dah beraya, MY nak kongsi juga resepi, mana tahu takut masih ada yang nak buat kek lagi..hahaaaa...tapi u alls mesti buat, sebab kek ini memang sedap....tapi resepi asalnya disini...terima kasih ye cik matahari....resepi asal cup kek, MY bukan rajin sangat pun, jadi kukus sebiji terussss...

ada yang nak cuba? jom tengok resepinya..

 ini sebiji yg belum di potong

haaaa...yg ini baru cup kek, sikit je MY buat...

Bahan-Bahan :
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko (tak sampai 1 cawan pun boleh)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas
Cara-caranya..
  • Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang
  • Kemudian, masukkan susu pekat, kacau lagi hingga sebati
  • Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.Kacaulah sehingga betul-betul sebati.
  • Setelah sebati, masukkan minyak.
  • Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati, kukussss..
senang je kan?.. biasalah MY ni, tak suka yang susah susahhh...terima kasih u alls, luang masa bersama MY, setakat ini saja kelas masak memasak kita kali ini....muahhhhh...wassalam