Don't Be Sad!!! But I lIKE


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, alaaa...diam-diam dah sampai kepenghujung bulan April kita, esok masuk bulan baru 1 May, cutikan? bestnya cuti lagi, sukalah tu u alls kalau bab-bab cutikan? pada mereka yang bergelar pekerja, tak kiralah kerja sendiri ke, makan gaji ke, Selamat Hari Pekerja. walaupun kami yang tak bekerja, yang sentiasa ada cuti, tumpang gembira hehehee...

Cuti nanti, ada yang balik kampung, tapi cuti cuma sehari je kan? tak pelah kalau tak boleh balik time ni confrom 5 May nanti boleh balik huhuhu...tapi pada mereka yang balik kampung KY nak pesan hati-hati dijalan raya, jangan merempit-rempit huhhu...

Semalam pergi bandar beli buku lagi, KY dah lama sebenarnya nak buku tu...buku mana> buku ni lah...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
dan KY dapat percuma 2 buah buku lagi

berbaloikan?

Baru baca sedikit rasanya bersemangat nak habiskan, tapi itulah masa tak mengizinkan, buku yang lama pun belum habis dibaca lagi, tambah pulak yang baru heeee, KY ni tak bolehlah tengok buku...nak kata ulat buku tak juga..oklah..tu je buat kali ni, tak de idea nak tulis apa huhuhu..KY kongsikan selogan buku ini,

Semangat dan azam untuk hidup hari ini
Tanpa kesedihan,
Tanpa kersahan,
Tanpa kemarahan,
Tanpa kedengkian
Dan 
Tanpa kebencian.

Jom kita baca sama-sama, biar sama-sama dapat ilmunya..

Jika Hari Ini Hari Yang Paling Indah Buat Kita, Maka Allah Pinjamkan 4 kunci


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, terima kasih padamu Ya Allah..masih memberi peluang pada kami menghidup udara dibumiMU ini..aamiin, sebagai hambaNYA, pada siapa lagi untuk kita mengucapkan syukur dan terima kasihkan?

Bagaimana hari-hari yang dilalui dalam hidup kalian, bahagia? Alhamdulillah...bercerita tentang bahagia, semua orang mahu bahagia, tapi bahagia yang macam mana? susah nak cakapkan? kalau hari-hari semalam dan hari ini kita bahagia, sudah tentu ianya menjadi hari yang paling indah buat kitakan?

Tetapi harus diingat, bila hari ini menjadi hari yang paling indah untuk kita, maka Allah pinjamkan 4 kunci kepada kita iaitu

SENYUM
*
*
*
SYUKUR
*
*
*
KASIH
*
*
*
CINTA



Gunakan SENYUM untuk mereka yang terluka...

Gunakan SYUKUR untuk apapun yang ada padamu...

Gunakan KASIH untuk sesama kita...

Gunakan CINTA untuk menjalani hidup ini.. 

Bersyukurlah dengan setiap pemberian Allah, kerana bukan semua insan di dunia ini bertuah memiliki apa yang kita miliki.

Eh!! Jahatnya Mulut Dia


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa khabar u alls hari ini, KY harap semuanya sihat dan ceria, maklumlah di hujung-hujung minggu ni...eemm...kali ni ualls masuk blog KY terasa kelainan tak? tapi tak pe, u alls bukan salah tempat heee, lama-lama boring juga lihat warna pink tu..ubah selera sikit..Ok, cukup bahagian puji memuji heee.. 

Ok...untuk kali ini KY nak ceritakan satu situasi dan kita akan nilai sama-sama..situasinya begini,

"Aisyah berkawan baik dengan Aina. Mereka menjalani kehidupan sebagai sahabat baik tanpa sebarang masalah. Pada suatu hari, satu situasi yang pelik sudah berlaku. Kawan-kawan sekolah memerhatikan Aisyah dengan pandangan tajam dan berbisik diantara satu sama lain. Aisyah yang ternyata tidak selesa terus bertanyakan hal berkenanan kepada salah seorang daripada mereka. Rupa-rupanya kawan baik Aisyah iaitu Aina telah mereka reka cerita hal buruk mengenai dirinya. Aisyah sangat kecewa dengan sikap Aina"



Okkk...daripada situasi di atas kalaulah ianya berlaku kepada kita apa yang akan kita lakukan? ada di antara u alls, pernah mengalami situasi sebegitu? Alhamdulillah setakat ini KY belum pernah dikhianati sahabat..situasi itu boleh kita ibaratkan seperti "Harapkan pagar, pagar makan padi" kan?

Sebenarnyakan, sahabat adalah insan yang paling dekat dengan kita selain keluarga, sebab itu kita selalu diingatkan untuk memilih sahabat. sahabat sejati ada di kala susah, senang, sedih dan apa lagi disaat kita gembira. Bak kata pujangga, "Sahabat sejati umpama pohon rendang yang dapat menjadi tempat untuk berteduh"

Kalau kita mahu punya sehabat sejati, jujur, ikhlas dan setia mulakan itu semua dari diri kita, jadikan diri kita sahabat sejati kepada teman yang kita ada...InsyaAllah..ikatan ukhwah itu akan terus terjalin dengan murni..

Daftar Sekarang

Ku Takkan Pernah Lupakanmu


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, apa khabar semua, sekejap je, bertemu lagi kita dengan hari yang mulia ini hari Jumaat, terima kasih Ya Allah kerana masih memberi kami peluang untuk menghirup udara di bumi pinjamanMU ini...okk...tengah-tengah duk termenung, nak tulis apa hari ini, terlintas difikiran nak citer kenangan lalu, zaman tengah top...remaja katakan huuhu...kisah ini  adalah sebuah kisah yang tak mungkin KY lupakan....

Kisah ini berlaku sewaktu KY masih di tingkatan 2, kalau KY ceritakan pasti u alls akan terganga...sebab waktu KY ceritakan pada anak-anak KY mereka suka sampai guling-guling macam tengah menyanyi lagu hindustan pulak..ceritanya begini...

Di suatu hari di petang yang dingin KY di minta mak pergi ke kedai untuk membeli pisang goreng, tetapi time tu pisang goreng dah habis, jadi dengan kepintaran yang KY ada, KY beli pisang mentah saja, (bukan untuk mak, tapi untuk KY sendiri, sebab KY memang suka makan pisang), selepas membeli dengan jalan berlenggang lengguk, sekejap toleh kiri, sekejap toleh kanan, sekejap depan dan sekejap ke belakang. tetapi KY lebih banyak toleh kebelakang....sebab dibelakang KY ada sesuatu yang sedang mengekorI.

Setiap kali KY toleh, KY rasa ianya semakin dekat, semakin menghampiri dan diwaktu itu ada suara mengatakan "kakak lari, dah dekat dah", tanpa menoleh dan berfikir panjang KY terus lagi dengan lajunya mengalahkan atlit lumba lari dan diwaktu itu masih kedengaran suara "laju kak...laju lagiii"....u alls percaya tak dalam perlumbaa KY dengan makhluk itu, KY juara. KY lari dengan penuh bergaya sebab pisang still ditangan...u alls pasti nak tahu makhluk apakah itu, yang telah KY kalahkan...jom usha...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Aaaaa...amacam, tak percaya? seminggu KY tak ke sekolah tau...cikgu pun dapat tahu, cikgu tu memang suka sakat KY, apa lagi hari-hari kena perli..tapi nak buat macam mana, buat do no je..lagipun KY bukan budak yang suka buat kecoh...oklah cukup sampai disini saja...pengalaman ada yang harus dilupakan dan ada yang tetap akan dikenangkan?

Daftar Sekarang

Awakk!! Kenapa Awak Buat Saya Menangis Setiap Hari?


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...awakkkkkk...kenapa awak suka buat saya menangis setiap hari? awak tak suka saya? atau memang awak tak sayang saya? sampai hati awakk...


Awakk...kalau ikutkan hati saya dah lama saya tinggalkan awak, tapiiii....saya tak mampu, kerana awak adalah segalanya...awak sentiasa ada bila saya perlukan, cuma kekadang saja awak pergi dan tak nak balik-balik selagi saya tak pergi ambil awak di tempat awak tinggal.

Awakk...boleh tak awak berjanji tak akan buat saya menangis lagi? cubalah awak menghargai diri saya, saya dah buat macam-macam untuk awak, tapi awak tetap tak berubah. sampai bila awak harus begini, saya juga punya perasaan dan hati, kenapa awak tak nak jaga hati saya? awakkk....awakkkkk...

Saya pun dah tak tahu nak buat macam mana, dah macam-macam cara orang bagitahu, buat macam ini, buat macam itu, tapi awak tetap sama...tak pe lah awak kalau awak tak nak berubah, terserah pada awak, apa pun yang awak lakukan, ingatlah saya tak akan sesekali tinggalkan awak, keranaaaaa.....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

tanpa awak masakan saya tak mungkin sedapppppppp.......

jangan ketinggalan, daftar sekarang

Busuk Tapi Wangi


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, apa khabar semua, di hari yang cerah ini, dengan mentari bersinar memancarkan cahayanya dengan terang, semakin terang cahayanya semakin terasa bahang kepanasan...dan dikala kepanasan inilah KY teringin nak kongsikan satu cerita, bukan cerita misteri atau cerita hantu lagi tetapi cerita tentang BANTAL BUSUK, hhehehehe....


U alls ada tabiat macam tu tak? atau ada perangai pelik waktu kecik-kecik dulu, apa yang terdaya diingat, rasanya waktu kecik-kecik dulu KY tak adalah perangai pelik dan aneh ni, tapi sekarang, benda-benda ini semua dah jadi kebiasaankan? contohnyalah, anak KY yang kecik, ada bantal busuk, kalau nak tidur selain dari rumah sendiri mesti bawa, kalau tak... tak lena tidurnya, kalau wangi tu tak apa juga,( dah nama bantal busuk) KY nak basuh dia tak bagi..alih-alih KY spry je dengan fabries hahhaa..habis kuman-kuman mati hehehhe...

Kalau time tidur, ala...biasalah, dah tidur tak sedar dah, bantal kemana, selimut kemana budak-budak ni, tapi anak KY ni, boleh bangun cari bantal busuk tu...siap kejutkan orang lain lagi untuk cari sekali...kadang-kadang mengganggu betul orang tengah tidur, apa lagi yang tengah bermimpi indah..kacau daun pulak jadinya..macam anak KY yang sulung, kalau mimpi tak lainnya dia, asyik-asyik makan ayam goreng, tu dia marah tu kalau kejutkan dia sebab katanya tak pernah merasa ayam tu..hhehe

Tapi sekarang KY tengok, macam-macam perangai pelik ada, ada yang suka main rambut, kalau minum susu, putar-putar hujung rambut, ada yang suka hujung kain, yang ini ada yang letak kat lubang telinga malah ada yang letak kat lubang hidung hahaaa, apa lagi perangai pelik, banyakkan?

Kalau bolehlahkan, cuba elakkan dari berlaku pada anak-anak kita nanti, susah, malah ada yang lekat sampai ke besar..atauuu..u alls sebagai ibu bapa pun memang ada tabiat tuu...cuba cakap..

Kecoh Hantu Penanggal Di Kemaman


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, haaa...suspen tak tajuk tu, tapi betullah ada tau. sebenarnya citer tentang penaggal ni dah, nak kata lama tak juga, mungkin dalam 2 3 minggu lepas, cuma baru sekarang KY berkesempatan berkongsi. saja nak panaskan balik citer ni heheee...

U alls pastilah kenal dengan hantu penaggal ni, alaaa..yang terbang tanpa badan tu....apa?? tak kenal?? eeemmmm..meh KY tunjuk..

yang ini pinjam pakcik google

Ok..berbalik pada cerita penggal ni, ramai yang kata terserempak, entah betul entah tidak, sebab KY tak pernah jumpa lagi, cakap besar pulak KY ni kan? nauzubillah...tapi u alls, kecoh, sana sini orang dok cerita, kalau kat wall fb group kemaman, popular citer tu...dia orang cerita, sekejap ada kat kampung ini, sekejap ke kampung sana...merata, ada yang kata lagi, kepala cari badan..tak tahulah badannya duk kat mana..aduhhh...macam-macam...

Yang hairannya, penanggal ni kan? tak padan tak berkaki..berjalan ke sana kemari..tak penat kali hehehee...sekarang dah tak berapa dengar dah kisah penanggal mungkin sebab dah tak berapa popular kut sebab sekarang orang tengah sibuk promosi calon PRU masing-masing...mungkin dia nak berehat sekejap untuk beri laluan ke PRU hihihih....

U alls tahu KY pernah tau jumpa hantu, hantu kemas rumah..betul, malam tu malam raya, kat depan rumah lama KY ada rumah usang yang tidak berpenghuni, sebab rumah tu ditimpa pokok kelapa...pada malam raya tu, KY pergi kedai dengan kakak, tapi kakak dah ke depan dah..tiba-tiba sampai kat depan rumah tu, KY tengok terang dan KY nampak orang tengah pasang kain langsir...

Eeemmm...bila lihat macam tu, KY apa lagi, lari macam tak cukup tanahlah...bila citer kat mak, mak cakap, alaa...dia orang pun nak raya juga, biarlah...lama juga KY kalau lalu kat depan rumah tu..tak pandang lansung...takut...Ualls ada tak pengalaman bertemu dengan hantu, tak kiralah hantu apa...pernah? storylah sikit...

Perkara Yang Selalu Dilupakan Oleh Seorang Blogger


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, Alhamdulillah...dapat bertemu dan berblog lagi hari ini, terima kasih Ya Allah kerana masih memberi kami kesihatan yang baik aamiin. ok...semalamkan KY jalan-jalan biasalah blogwaking..itukan salah satu kerja blogger kan? heheheee

Pada 24/04/2013 genaplah 10 bulan usia blog KY..pejam jelik pejam jelek, dah nak masuk setahun rupanya...selama 10 bulan KY menjadi blogger banyak pengalaman yang KY dapat dan hari ini KY nak sentuh sikit tentang sikap sesetengah blogger. sikap yang kadang-kadang dilupakan, padahal KY rasa itu penting sebagai seorang blogger


Pertama membaca entri,
Kita sukakan kalau orang datang lepas tu tinggalkan komen..suka sangat kan? kita dapat rasakan orang itu baca dan menyukai apa yang kita share, namun ada juga yang datang tetapi tak baca malah tinggalkan komen..ala...kita pun tahu komen macam mana yang ditinggalkan tu..faham-faham sendirilah...hihihi

Kedua blogwaking,
Dalam dunia blogger yang boleh KY katakan blogwaking adalah sesuatu yang sangat penting, kenapa? sebab selain mengeratkan ukhwah dan tali silaturraim, kekadang kita ini kekeringan idea, walaupun kita ini manusia yang sentiasa berfikir, tetapi idea tu kadang-kadang tak ada..jadi dengan blogwaking kita boleh cari idea, kita boleh ambil idea dari mereka, isu-isu yang ditulis tapi kita tampilkan dengan sentuhan kita dan kreativiti, jadi bolehlah jadikan entri kita sendiri...

Ketiga Follow,
Kalau tentang follow mengfollow ni, pada KY tak lah penting sangat, memang kita mahu pengikut tapi kalau sekali je datang nak buat apa, KY lebih pentingkan pembaca, sebab ada sesetengah blogger ni dia lupa nak follow, salah seorang KY lah tu, hihihi...mereka sentiasa datang dan membaca cerita terbaru kita sedangkan dia tak follow pun, blog KY pun ramai macam tu, kadang mereka singgah dari g+, tetapi pada sesetengah bloggger follower itu penting.., jadi jangan berat hati dan tangan nak klik butan follow tauuu...tapi kalau follow bagus juga, setiap kali ada cerita terbaru pasti muncul di dashbord kan? jadi kalau difikir balik penting follow ni...hihi

Lupa pulak KY, biasanya nak tambah followers ni banyak melalui segmen kan? bagus juga tu, tapi kenapa ye? kalau segmen kena buat entri? kenapa tak tinggalkan saja link blog kat ruangan komen??? oooo..memang kena buat ekk, oklah kalau macam tu..dan selama berblog KY tak pernah join mana-mana segmen lagi, maaflah ye pada yang pernah tag KY..

Keempat like atau share,
Apa salahnya kita like atau share entri rakan-rakan kita, apa lagi kalau yang berinformasi, tentang dunia, keagamaan,isu semasa kan? Ok..KY nak beritahu kat blogger-blogger ni, letaklah butan like facebook ke, google plus ke twitter ke, kan bagus, sebab ada juga sesetengah blog tak letak semua tu, tapi KY paling suka share di google plus..lebih luas rasanya, lagipun KY jarang online twitter dan fb ni...

Oklah...itu je yang KY nak tulis, sebenarnya isu ini selalu dibincangkan oleh blogger-blogger kan? tapi masih ramai yang buat endah tak endah, kata nak jadi blogger berjaya..kenalah berkorban sikit kan? apa lagi blogger-blogger baru seperti KY ni..yang tengah nak mencari tapak yang sedikit kukuh diantara yang kukuh...byeeee...

p/s: kreadit for wahyu, curi idea wahyu sikit hihihi

Jom Join Program Affiliate JomNiaga, Menjana Pendapatan Melalui Blog


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum, eeemmm...malam ni nak buat entri promot sikit boleh? alaa...sesekali boleh..KY sebenarnya baru join satu program iaitu Program Affiliate JomNiaga.com. salah satu program untuk menambah pendapatan melalui blog. alaa...sambil-sambil berblog apa salahnya cari duit sampingan kan?Menerusi program ini, kita diberi pilihan produk untuk kita iklankan di blog kita, free je..


Cara nak join pun tak susah, pendaftaran percuma, u alls tengok tak iklan yang ada di sebelah kanan blog KY tu..cantik juga bila ada iklan macam tu kan? dah ramai blogger yang mengunakan khidmat JomNiaga ni..mereka semua memberi pandangan yang positif dan program ini adalah salah satu progran yang mana komisennya tinggi. 

Produk untuk kita iklankan banyak dan kita pilih sendiri, ikut suka kita produk macam mana yang sesuai dan rasa menarik untuk kita masukkan ke blog kita nanti, tapi yang penting iklan iklan juga kualiti penulisan kita harus dijaga ok?

Jom lah join, tak rugi mencuba lagipun tak keluarkan modal...apa di tunggu lagi KY dah daftar u alls bila lagiii......DAFTARLAH SEKARANG...klik  BANNER di bawah


Resepi Kek Cawan Berperisa


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan selamat malam...macam mana cuti hari ni, happy takkk????? eeemmmm....esok jangan buat malas sudah...mulakan hari isnin dengan senyuman yang paling ceria ok? heeeee...

Untuk kesekian kalinya KY nak kongsi satu lagi resepi kek. lagi-lagi kek, nak buat macam mana, KY memang suka buat kek lagi pun ini permintaan anak sulung KY. dia nak balik asrama semalam, jadi nak bawalah makanan untuk makan time-time malam dalam don...oklah..jom tengok kek apa pulak yang KY buat kali ini...



Kek Cawan Berperisa


Bahan-bahan
230gm tepung kek
sedikit serbuk penaik
(bahan diatas diayak bersama)
250gm mentega
180gm gula
30gm air susu
4 biji telur gred A
2 sudu teh emulco oren/pandan/coklat
(ikut sukalah perasa apa pun)
mangkuk kertas
coklat cip
(nak letak ke tidak ikut suka)

Cara Membuatnya
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan berkrim
2. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul hingga sebati.
3. Kemudian masukkan bahan yang diayak, kacau sebati dan diikuti air susu.
4. Akhir sekali masukkan emulco kesukaan u alls
5. Masukkan adunan dalam mangkuk kertas dan bakar, nak tabur coklat cip pun boleh


ini perisa coklat dan yang atas tu tak de perisa hihihi...

Eeemmm...macam mana, senangkan? alaa...kacang je..kalau KY yang bagi resepi tak susahnya, KY paling suka buat yang paling simple dan senang...Oklah...sampai disini saja kelas kita untuk kali ini...jangan lupa buat tau..byeee

Aktiviti Hujung Minggu


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. KY disini dah mula berkerja esok, maklumlah hari minggu disini hari Jumaat. u alls ada plan nak kemana-mana ke? bawa keluarga jalan-jalan..gi shoping best jugak hihihi...perabihkan duit hujung-hujung bulan...hahaha

Kalau u alls tak kemana-mana apa kata join KY..kita masuk pertandingan mewarna anjuran rumah KY eheee..tak de lah, saja je KY buat aktiviti kat rumah, anak KY yang sulung, minggu ni pulang dari asrama, jadi oleh sebab tak kemana-mana KY pun buatlah aktiviti sendiri..ajak mereka berdua mewarna hihihih...jomlah tengok hasilnya....




ini adik punya..tak siap-siap, dia yang sebenarnya bersungguh eemmm....


ini pulak kakak punya...sebenarnya ini kerja sekolah kakak ni..tak sempat buat kat asrama bawa balik rumah....


tadaaa...hahaaa..ini pulak ibu (KY) punya..cantik takkk..hihihi..KY ambil yang paling mudah, sekali pandangkan..macam lukisan budak darjah 3 hihihihi...



inilah diantara lukisan yang ada, KY print je...bab melukis KY tak pandai..

Pada mereka mereka yang tak tau nak buat apa cuti-cuti ni, apa kata cari aktiviti sendiri, tak de lah buang masa sangat kan? lagi pun aktiviti macam ni boleh mengeratkan lagi kasih sayang yang ada dalam keluarga...kan???? oklah...SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMUA

7 Perkara Yang Memberi Cahaya Kepada Hati


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum sahabat tersayang. semoga hari ini menjadi hari terindah dan terbaik buat kalian. Kali ini KY nak sampaikan pesan. pesan dari siapa pulak ni...pesan dari orang alim..tentang 7 perkara yang memberi cahaya kepada hati...


1. Ikhlas dalam ibadah, 

2. Berbakti kepad ibubapa, 

3. Menjalin silaturrahim, 

4. Elakkan diri daripa maksiat, 

5. Tidak menurut hawa nafsu, 

6. Bersungguh sungguh dalam berbuat taat,

7. Memperbanyakkan zikrullah. 

Mari kita doa mendoakan dan berusha agar kita semua dapat menerangkan hati kita dan mendapat redha Allah..wallahualam..

Kerana Dirimu Begitu Berharga


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..tak nak sedih-sedih dah memikirkan masalah dalam newspaper, kita balik ke realiti kehidupan heeee, sebagai manusia yang dilahirkan sebagai wanita dan apa lagi yang beragama Islam, kita di tuntut supaya menutup auratkan? cantikkan kalau wanita ini menutup aurat. nampak kemas dan bersih. sekarang fesyen tudung berbagai-bagai. nak nampak lagi alegan pun boleh asalkan pemakaian masih dilandasan tuntutan menutup dengan sempurna.

Tadi KY jalan-jalan kat laman pakcik google (suka benar ky jalan2) KY ternampak satu gambar yang menarik hati..nak tengok....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Apa kata mulai sekarang kita berubah menjadi lebih baik dan lebih sedikit sempurna dari sebelumnya. KY juga tahu dah ramai dikalangan wanita sekarang bertudung, cuma kita cuba menyempurnakan dengan lebih baik, bolehkan????

Tapi menutup aurat ni bukan saja tertumpu pada tudung tapi pada pakaian juga kan? bertudung dah cantik manis nampak tapi pakaian pulak tak kena, mana sesuai kan? 

Setitik air peluh wanita, yang kepanasan kerana bertudung, demi menutup auratnya, ia dikira sebagai pahala.
Wanita akan jauh lebih indah bila menutup aurat.
Kenapa Begitu???
KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA.

Bayi Dalam Lubang Tandas


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum, pagi-pagi buka laptop, boleh dikatakan kerja harianlah kan? lepas tu buka akbar nak tahu juga perkembangan dunia kita alih-alih mata tertumpu pada satu tajuk yang sangat merobek hati
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Foto
klik tajuk untuk ketahui lebih lanjut

Kenapalah masih ada manusia yang rendah moralnya. dahlah satu dosa zina dilakukan, lepas tu satu dosa lagi buang bayi pulak nasib baik bayi tu tak meninggal kalau tak tambah lagi satu dosa membunuh...tak perlu kita menunding jari mencari siapa yang salah, kita yang buat kita yang tanggung.

Wahai kaum adam dan kaum hawa sedarlah dari kejahilan kita..bertaubat dan berubalah ke arah kebaikkan, jangan mengharap bahagia dan nikmat di dunia saja..sedarlah HIDUP KITA HANYA SEKALI.

Ini Je Yang Mampu Di Buat


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, tengah buat petang-petang macam ni? dah solat zohor? Alhamdulillah...time-time macam ni kalau dapat rehatkan minda dan badan..alahaiii...bestnya...hari ni tak naklah buat entri berat, dah dua tiga hari dah berat berat saja entri, takut pulak nanti jadi gemuk susah pulakkan? hehehehhhe....

U alls kalau petang petang kan...u alls rajin tak buat kuih? tak best kalau tak boleh makan, KY ni memang suka makan, sentiasa nak mengunyah, nasib baiklah badan KY susah naik, kalau takkk...en abang pun tak sanggup nak tengok kih kihhhhh....

Mulut nak makan, tapi KY malas nak masak, sebab dah masak makanan tengahari tadi, tak kan nak makan nasi pulak petang-petang...tapi oleh sebab nak makan juga KY pun merajinkan diri buat apa sajalah yang ada kat dapur...dengan keadaan panasnya kat dapur, sampai berpeluh-peluh KY heeeheheee...u alls suka tak makan ni...?????
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v



Aaaaa...siapa suka makan Roti Goreng Bersalut Telur, angkat kening sikittt...tengok betapa malasnya KY, sampai ini je makanan yang mampu dibuat, tapi...ada tapinya..keluarga KY suka makan, jadi kalau KY buat... semua happy maka tak de lah nampak sangat kemalasan KY tu...heheeee...Tapi pada mereka yang dah ada keluarga tu, janganlah selalu amalkan sikap MALAS ni yee...tak baik untuk kesihatan eh salah tak baik untuk keluarga...ok??? Oklah..sampai sini je KY berceloteh buat kali ini..kita jumpa lagi dalam rancangan masak memasak di lain waktu ok...byeeee...

Bersama Mensyukuri Nikmat Allah SWT


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan Alhamdulillah, sehingga ke hari ini kita masih diberi peluang untuk hirup udara di bumi ciptaan Allah ini...dan ini jugalah peluang untuk kita perbaiki setiap kekurangan dan peluang kita untuk bertaubat...KY juga berharap u alls sihat walafiat dengan rahmat dan limpahan kasih sayang daripada Allah swt. U alls tahu....


Dalam kehidupan pasti ada banyak perkara,
yang kita suka dan tidak, padahal kita tidak ,
menyedari ada sesuatu disebaliknya,
terutama disebalik perkara yang dibenci.

Gunakanlah nikmat Allah dengan syukur,
berbuatlah sesuatu yang berguna,
janganlah kita berlengah lagi.
Alangkah banyaknya nikmat yang patut disyukuri,
tersembunyi disebalik perkara yang dibenci.

Beralih dari yang buruk, kepada yang baik,
merupakan satu perjuangan panjang dan sukar,
namun di dalamnya terdapat kelegaan dan kepuasan.

Dan..
Yang pasti janganlah kita berputus asa,
 dari rahmat dan kasih sayang Allah.
Wallahualam...

Jadilah Kita Wanita Yang Paling Bahagia


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan ceria sentiasa buat u alls. Bahagia??? siapalah yang tak mahu hidup bahagiakan? apa lagi dengan orang tercinta..Wahai sahabatku kaum hawa..jom "kita menjadi wanita yang paling bahagia"


Selamat bertemu wahai saudariku....muslimah yang memakai hijab kerana rasa malu dan untuk menjaga maruah serta prinsip mulia.

Selamat bertemu wahai saudariku....muslimah yang sentiasa belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan pemikiran yang bersih.

Selamat bertemu wahai saudariku....muslimah yang sentiasa menepati janji, dipercayai dan amanah.

Selamat bertemu wahai saudariku....muslimah yang sentiasa bersabar, berhati-hati dan memohon keampunan.

Selamat bertemu wahai saudariku....muslimah yang sentiasa berzikir, bersyukur dan bermunajat.

Selamat bertemu wahai saudariku....muslimah yang menjadikan Aisyah, Maryam dan khadijah sebagai teladan dan ikutan.

Selamat bertemu wahai saudariku...muslimah yang mendidik para pahlawan dan melahirkan lelaki yang menabur jasa.

Selamat bertemu wahai saudariku...muslimah yang sentiasa menjaga nilai-nilai dan menjaga diri serta iffah.

Selamat bertemu wahai saudariku...muslimah yang sentiasa takut kepada Allah dan menjauhi apa-apa yang dilarang dan dimurkai-NYA.

Jika kamu merasa telah mencapai apa yang kamu cita-citakan, janganlah terus berpuas hati sebelum kamu kamu benar-benar telah mencecah bintang, 
Bukankah purnama tersenyum simpul dan bintang-bintang bersorak riang? lantas mengapa kita biarkan kegelisahan menjadi racun yang akan membunuh diri kita?

Benarkah Laman Web Sosial Itu Haram?


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, tengah buat apa tu..tengah berfacebook ke heee, oooo...tengah berblog rupanya, samalah kita huhuuh...di waktu dan ketika ini siapalah yang tak tahu tentang ke wujudan laman-laman sosial seperti facebook, twitter, integram, blog dan banyak lagilah...dari mereka yang sekolah rendah hinggalah yang dah ada cucu..



Ok..berbalik pada tajuk Benarkah Laman Web Sosial Itu Haram? persoalan yang menarik untuk kita kupas..meh kita dengar jawapan dari Ustaz Wahab Bin Md. Ali

Tidak benar. Laman web sosial seperti facebook, twitter, blog (tambah sendiri) dan lain-lain itu tidak haram. kita boleh mengunakannya. Akan tetapi ia boleh menjadi haram dan berdosa apaila kita mengunakan laman web tersebut dengan cara yang haram.

Bagaimana cara yang dikatakan haram?

Contohnya kita melihat gambar yang tidak elok dan melalaikan. kita terlalu sibuk membuka laman web atau komputer sehingga meninggalkan atau terlewat menunaikan solat. Laman web ini juga boleh menjadi haram jika kita memasukkan gambar kita yang tidak menutup aurat atau kita mengunakannya untuk menfitnah, mengata dan mengumpat. 

Sebaliknya jika kita mengunakannya dengan betul, kita boleh mendapat banyak pahala dan kebaikkan. Contohnya kita niatkan menguna facebook untuk bertegur sapa, berkongsi kata-kata nasihat, ayat al-quran, hadis dan sebagainya.

Macam mana? dah faham semua anak murid heeee...tak salahkan kita mengunakan teknologi ni...tapi ingat jangan salah guna..ok

6 Golongan Wanita Menurut Islam Yang Tidak Layak Dijadikan Isteri


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, apa abaq semua, alaa...rindu pulak, padahal baru 2 3 hari tak update, untuk kali ni, KY nak kongsi sesuatu bersama u alls terutama kaum hawa dan kaum adam kena ambil perhatian sebab ini juga melibatkan anda dan anda heeee

Wanita ini, sebenarnya banyak sangat sikap dan kerenah, ada yang baik dan tidak, wanita manusia biasa jugakan? tapi ada 6 sifat ini yang harus dibuang jauh-jauh dari diri seorang wanita...


1. Al -Anaanah:
banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. diberi rumah tak cukup, diberi kenderaan tak cukup, dan sebagainya. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yg tak cukup.

2. Al-Manaanah:
suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. sangat senang membicarakan suami: tak ingat budi, tak bertanggungjawab, tak sayang, dan macam-macamlah. Padahal suami sudah memberi perlindungan  padanya.

3. Al -Hunaana:
berkenan kpd lelaki  lain. sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami atau lelaki lain. Tak redha dengan suami yang sedia ada.
  
4. Al- Hudaaqah:
suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang, malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya sampai sanggup mengancam: nak lari, nak bunuh diri, ingin membuat malu suami, Suami dibuat seperti budak-budak, bukan sebagai pemimpinnya. Yang penting adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al -Hulaaqa:
sibuk bersolek atau tidur atau bersantai sehingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak dan suami..

6. As-Salaaqah:
banyak berbicara, menggosip. Siang malam, pagi petang asik menggosip terus. Apa saja yg suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dalam telefon, SMS, internet,  dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Itulah 6 golongan wanita yang menurut Islam tidak layak dijadikan isteri, renung dan tenunglah...kita semua tidak ada yang sempurna namun kita harus sentiasa muhasabah diri dan menjadi wanita dan isteri yang baik buat suami..kita mahu bahagia dunia dan akhirat, jadi kita jalani hidup kita dengan seadanya...wallahualam

Jom Bersantai Di Gigi Pantai


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...cuti hari minggu nak kemana, KY jalan-jalan di pantai je...santai bersama keluarga...nak mandi ombak kuat sangat, gerun pulak tengok...jadi..berehat dan main di gigi air saja..jom layan gambar-gambar kat bawah...

bersama keluarga dan jiran, sesekali berkumpul..jemputlah makan semua...

bergambar bersama, u alls percaya atau tidak, ini puteri sulung KY...Nur Maisarah,
dah sama besar dengan ibunya...

gemuklah pulak nampak muka KY dalam posisi ini heeee...ini pula puteri kedua, Nur Erinna, memang suka senyummmm..budak ni

dan ini hero dan pembimbing dalam keluarga....heeee

Sesekali dapat berkumpul bersama ahli keluarga best juga..dah lama tak buat perjumpaan keluarga..ini pun bila pulak boleh bersantai lagi...oklah..cukup buat kali ini...cubalah berkenalan dengan keluarga KY...



Menangis dan Terus Menangis


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...


Ketika kanak-kanak, Aku menangis....
Kerana haus dan lapar,
Kerana inginkan belaian hangat ibu ditubuhku,
Kerana inginkan barang permaianan,
Dan...
Kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu sepanjang masa...

Ketika usiaku menjangkau remaja, Aku menangis...
Kerana rakan -rakanku,
Kerana rasa sayang terhadap seseorang yang berlainan jantina denganku,
Kerana aku gagal bercinta,
Kerana aku gagal dan tidak cemerlang dalam peperiksaan,
Dan...
Kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaan-Nya...

Ketika usia dewasa,Aku menangis...
Kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,
Kerana anak-anakku,
Kerana isteri atau suamiku,
Dan...
Kerana tidak mempunyai kereta atau rumah besar...

Ketika usia dipenghujung, Aku menangis...
Kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
Kerana kesihatanku yang sudah mula merosok,
Kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku,
Kerana aku bakal meninggalkan dunia,
Sedangkan aku masih belum...
Menangis kerana aku lalai pada perintah-Nya!!!!
(Ilham asal rakan FB)

Mungkinkah kita tergolong dalam salah satu rentetan usia itu? Kita selalu menangis untuk hal-hal yang remeh temeh, terutama hal-hal duniawikan? Tetapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal Yang Maha Esa. Pernah tak kita menangis kerana kehilangan Iman serta kasih sayang Allah kepada kita??? atau menangis tanda bersyukur atas nikmat yang telah diberikan????

Renung-renungkanlah sebagai panduan kita bersama...Ini semua....KY mengingatkan diri KY sendiri yang selalu alpa untuk menangis keranaNYA.Ya Allah...betapa kerdilnya dan lemahnya diri ini...

"Ya Allah...Ampunkan diriku. Bukanlah pintu hati ini untuk menangis keranaMu dan apa yang mendekatkan kami kepadaMu..."
Wallahualam...

Usah Dikenang Kisah Yang Lalu


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, eeemmm....usah dikenang kisah yang lalu, alahaiii...heeee, kadang-kadang..kalau bersendirian, teringat akan kenangan lepas-lepaskan? KY tak suka nak ingatkan kenangan yang sedih-sedih,   lagipun tak banyak kenangan sedih yang KY alami, Alhamdulillah...cuma kalau teringatkan arwah ibu dan ayah..itu pasti membuatkan KY rasa kepedihan...al-fatihah buat ayahda dan bonda..

Ualls tak tertanya ke... kenapa KY buat tajuk macam tu, macam beremosi sangat...heeee, kalau nak tahu..baca je lah...


Usah Dikenang Kisah Yang Lalu

Kadangkala,
kita menangisi sebuah kehilangan,
seolah-olah kita tidak lagi punyai apa-apa.
tapi benarkah kita telah hilang segalanya?

Seringkali,
kita meratapi sebuah kedukaan,
seakan-akan kita tidak pernah mengecap bahagia.
tapi benarkah hidup kita hanya ada derita?

Yang pergi, biarkan pergi.
Yang hilang, pastikan berganti.
Jangan berlebihan menangisi.
Usah terlalu meratapi.

Lihat pada dirimu,
pandang pada sekelilingmu,
masih ada banyak sebab untukmu tersenyum,
sedangkan mungkin hanya ada satu alasan untukmu menangis.

Lalu pilihlah untuk tersenyum pada hari ini.
Kerana semalam tidak dapat kembali lagi.
Namun hari ini ada harapan masih menyinari.

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki hari ini, kisah semalam biarlah berlalu, jadikan ia sebagai pengajaran untuk kita tempuhi hari ke depan...lagipun nikmat dari Allah tak pernah habis buat kita...

Al-Quran Sebagai Teladan


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...lama juga KY tak kongsi kisah teladan ni, dan untuk hari ini ada satu kisah yang berkaitan tentang Al-Quran. kita sentiasa di suruh mempelajari dan membaca ayat-ayat Al-Quran kan? tapi mesti di ingat belajar al_quran ini harus ada guru tau....ok lah...tak nak cakap banyak jom baca kisah ini...


Abu Umamah r.a berkata, Rasulullah saw telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran. Setelah itu, Rasulullah saw memberitahu tentang kelebihan Al-Quran. Rasulullah saw bersabda, "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akirat nanti ia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana dikala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?"

Maka orang yang pernah membaca al-quran akan menjawab, "Siapakah kamu?"
Lalu berkata al-quran,"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung. kamu juga bangun malam untukku dan pernah membacaku di waktu siang hari"

Kemuadia berkata pula orang yang pernah membacanya, "Adakah kamu al-quran?"
Lantas al-quran mengakuinya. selepas itu al-quran menuntun orang yang pernah membacanya untuk menghadap Allah swt.

Lalu orang itu diberi kerajaan ditangan kanannya dan kekal ditangan kirinya. Kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya, malah kepada kedua ibu bapanya yang muslim, diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda sekalipun, sehingga kedua ibu bapanya bertanya, "Dari manakah kami memperolehi semua ini, sedangkan amal kami tidak sampai sebegini?

Lalu dijawab, "kamu diberi semua ini kerana anak kamu telah mempelajari al-quran"

Nah itulah kisahnya..lihatlah..betapa besarnya hikmah yang bakal kita dapat hanya dengan mempelajari al-quran...bukan saja kita malah ibu bapa kita juga mendapat kebaikkan atas apa yang kita lakukan...dan kita juga tahu al-quran ini adalah kitab suci bagi umat Islam dan di dalamnya juga lengkap terkandung segala perkara dan selalulah ingat pesan Rasulullah saw...

"Bacalah al-quran kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya" (Riwayat Muslim)