Sri Kandi Islam: Halimatul Saadiah..Wanita Pilihan Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, Alhamdulillah, masih bersua lagi kita disini, terima kasih ya Allah... ingat nak kongsi resepi lagi hari ini, tapi teringat pula dah lama rasanya MYatiey tak kongsi cerita tentang Srikandi Islam. U alls dah baca kisah-kisah srikandi yang sebelumnya? kalau belum boleh klik lebal srikandi ok? Dengan rasa senang hati MYatiey teruskan menaip kisah tentang Halimatus Saadiah. U alls pasti tahu siapa wanita ini, yaa betull...wanita pilihan Allah swt menjadi ibu susuan Nabi Muhammad saw.



Menjadi kebiasaan masyarakat Arab Makkah dizaman sebelum kedatangan Islam untuk menghantar bayi mereka kepada ibu susuan. Peristiwa ini turut berlaku dalam kehidupan Nabi Muhammad saw. Sewaktu dilahirkan di dunia, Baginda sudah kehilangan ayah dan menjadi anak yatim. berita itu sudah tersebar luas dikalangan wanita-wanita yang mahu mengambil anak susuan. dan ramai diantara mereka cuba mengelak dari mengambil Muhammad kerana mereka menganggap Aminah tidak mampu memberikan upah yang mahal.

Pada waktu yang sama, seorang wanita dari pendalaman Bani Saad baru tiba di Kota Makkah. Dia dan suaminya terlewat kerana mengalami masalah binatang tunggangan. Bayi-bayi para pembesar sudah diambil wanita-wanita lain. Berjalanlah si wanita ini mencari bayi hinggalah kakinya melangkah di depan rumah Aminah.

Kala melihat wajah indah bayi itu, hatinya diselimuti rasa cinta yang luar biasa. segera dia menyatakan kesudiannya untuk menyusukan bayi itu. Dia tidak mengira berapa upah yan mampu diberikan kepadanya oleh Aminah, kerana dia menganggap bayi itu adalah anaknya sendiri dan akan membawa rezeki dia dan keluarganya.

Wanita yang bernama Halimatus Saadiah itu membawa pulang anak kecil itu.Dikala dia menyusukan Muhammad, air susunya melimpah ruah sehinga dapat diberikan juga kepada anaknya sendiri.Beliau merasa pelik, bahkan menurut suaminya unta mereka yan sebelumnya kekeringan  susu juga sudah padat susunya dan dapat diperah.

Di kampung Halimatus Saadiah menjadi kemarau, binatang-binatang peliharaan menjadi kurus dan kekeringan susu. Berkat anak susuan beliau, haiwan peliharaan mereka sihat dan gemuk, malah rumput untuk makanan haiwan juga subur.

Nabi Muhammad saw di jaga oleh Halimatus Saadiah sehingga umur Baginda 4 tahun. Baginda saw membesar di dalam suasana perkampungan Bani Saad yang tenteram dan damai. Begitulah Allah swt merencanakan kehidupan terbaik kepada kekasihnya yang dimulakan oleh seorang wanita kampung yang bernama Halimatus Saadiah.






Keadaan Banjir Di Kemaman 2014

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum, bertemu lagi kita, rasa macam rajin pulak nak menulis hahaa...u alls tahu kan sekarang musim hujan, mizz yatie fobia sangat sekarang, maklumlah tahun lepas kawasan Myatie di landa banjir besar.. mesti u alls ingat..banjir di kemaman, keluar tv u...

time ni pun tengah hujan lebat, dah banyak tempat yg di landa banjir, sempena itu Myatie nak kongsi beberapa gambar yang sempat di ambil...

seberang tayor, kalau tengok keadaan macam ni, bahaya betul, harap penghuninya selamat semua

Seberang tayor juga ni, jalan besar putus 2


ini jambatan yang Myatie lalu lalang..aduh..takut pulak tengok


ini pula kat padang kubu... dah jadi macam sungai, begini jugalah keadaan tempat Myatie tahun lepas

Myatie minta doa dari u alls.. semoga semuanya selamat dan tiada yang terkorban, tengok saja di kelantan.. subhanallah...semoga keluarga mangsa yang terlibat tabah menghadapi dugaan dan ujian dari yang Maha Esa...aamiin

p/s: sumber gambar dari fb page kemaman




Resepi Donut Gebus


بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum sahabat blogger, subhanallah...lamanya tak bersua. rindu dengan semua, rindu dengan blog dan rindu sangat nak menulis
apakan daya masa dan waktu tidak mengizinkan... ada yang masih ingat tak pada blog ni... atau pada tuan empunya blog yg cantik manis ni haaaa....
kerana lama sangat tak ambil peduli tentang blog, habuk jangan cakaplah..sampaikan pasword pun lupa...masya allah...tapi untuk pengetahuan semua, walaupun tak aktif di blog, mizz yatie masih aktif di page.. cubalah singgah..

ok..tak nak buang masa, setelah sekian lama tak berkongsi ilmu, hari ni mizz yatie nak kongsi resepi... aaaaa..pasti ramai yang ternanti2kan resepi dari mizz yatie kan? (eemmm..perasan pulakk)..
jom kita lihat apa resepinya...


Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu planta
2 sudu susu tepung
2 sudu gula
1 sudu yis
1/2 cawan air suam
sedikit garam (tapi MY tak suka letak)


Cara Membuatnya
1) Masukkan yis dan gula dalam air suam dan kacau sampai berbuih. biarkan ditepi 
2) Masukkan tepung gandum, susu dan planta. ratakan bahan-bahan tersebut.
3) Maukkan adunan yis tadi dan uli sampai sebati, kalau rasa keras lagi adunan tu tambah sedikit air, paling sesuai air sejuk dalam peti ais.
4) Perap adunan tu, tak kiralah lama mana pun suka hati u alls lah heee

Ok..macam mana senang tak? tengok senang, tapi cukup susah nak buat, yang tak biasa buat, cubalah..manalah tahu kut-kut nanti jadi pakar buat donut heeee..Selamat Mencuba

p/s: guna cawan yang sama ok? tak kiralah cawan besar mana

Ketahuilah!!!! Inilah Impian Seorang Isteri

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, para isteri, para suami, para kekasih hati dan para sahabat ku disini. setiap hari ada yang bercinta, ada yang bertunang dan ada yang berkawin, mendirikan masjid, Alhamdulillah...dan setiap yang berlaku pasti datang bersama impian kan? bila berkasih, bertunang dan berkawin hanya satu impian yang pasti, iaitu untuk kekal terus bersama...kan???



IMPIAN? Setiap orang mempunyai impian masing-masing, dan buat sekian kalinya MY nak tulis tentang impian seorang isteri. impian yang diharapkan agar dapat disempurnakan oleh seorang lelaki bergelar suami, wahai sahabat-sahabatku yang bergelar suami atau yang bakal bergelar suami, dengarlah dan tunaikanlah permintaan kami para isteri....heeee

Wahai Suamiku,
Yang di mana, melalui redha mu akan hadirnya redha ALLAH..
Yang di mana dengan mencintaimu , akan ku berasa rindu dengan cinta ALLAH..
 Yang di mana dengan menyentuhmu, akan ku merasai ‘sentuhan’ kedamaian hati dari ALLAH..
Yang di mana dengan memandang wajahmu, akan ku merasai pandangan belas dari ALLAH..
Yang dimana dengan senyum kepada mu, akan ku merasai ketenangan hati dari ALLAH..

Wahai Suamiku,
Isterimu ini mengharap kau akan mengimami solatku pada setiap waktu..
Akan ku aminkan bacaaan doamu..
Isterimu ini seringkali memasang impian untuk bertahajud bersamamu..

Di malam hari yang akan lebih indah dengan kehadiranmu..
Isterimu ini berharap agar kau kenalkan aku pada majlis-majlis agama..
Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami Al-Quran..
Kau khabarkan kepadaku tentang fardu-fardu yang aku patut tahu..
Kau tunjukkan perkara sebenar yang patut aku tahu wahai suamiku..

Wahai suamiku,
Melalui redhamu, tertentulah samada syurga atau neraka ku nanti..
Maka, tolonglah ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah..
Didiklah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu..

Tolonglah aku wahai suamiku..
Agar aku tidak beku..
Bantulah aku agar otakku tidak buntu..
Selamatkanlah aku dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa yang tegar menanggungnya...


Selamat Tinggal Sayang

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum para sahabat blogger, setelah sekian lama bersama di dunia maya, mengenal kalian walaupun tanpa wajah, namun hatiku senang...

Namun apakan daya, kita merancang Tuhan yang menentukan..



terima kasih pada semua sahabat yang sudi berteman dan singgah ke blog yang tak seberapa ini..kerana keadaan dan kesibukan di dunia nyata..KY terpaksa berundur  dari dunia blogging mungkin buat sementara atau selamaya...

walaupun berat hati ini untuk meninggalkan dunia yang banyak memberikan manfaat ini..namun aku terpaksa...

sebelum ku pergi, ku mohon maaf seandainya diri ini pernah menyakiti hati kamu semua, dalam penulisan atau di komen, kerna aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan dengan sedar atau tidak...

selamat tinggal sayang dariku pemilik blog Ilhamku Disini..panjang umur berjumpa lagi...kalian tetap di hati..

salam sayang buat semua, ku akan sentiasa merinduimu....


U Ada I Pun Ada

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum para blogger, apa yang ada dan apa yang tak ada ni, macam-macamlah KY ni kan?

Bukan penting mana pun..tapi pentinglah jugak...gini...





haaa...itu dia..
apa-apa pun jangan lupa follow yeee...piece
cari nama ini tauu... @mizz_yatiey di instagram

Kebahagian Itu Milik Siapa

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat blogger tersayang...berbicara tentang kebahagiaan. milik siapakah?

Apabila hati bersih,
wajah akan kelihatan jernih, iya kan?

Bukan kecantikkan yang menambat hati, tetapi kebaikkan itulah yang menambat jiwa, iya kan?

Kebahagiaan bukan milik manusia yang cantik,
walaupun sering digambarkan demikian, iya kan?

Kebahagiaan itu adalah milik manusia yang baik, iya kan?
Iya..kerana itulah kenyaaan...

Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam ceria, dua tiga hari ni, hati KY berdebar-debar, nak tahu kenapa? sebab hujanlah...KY sekarang ni, bila hujan tak henti, bimbang sesangat...tapi Alhamdulillah, hujan tak berterusan...

KY nak cerita sikit kat u alls, hari ni mangsa banjir di Kemaman, dapat berjumpa dengan Perdana Menteri kita...bukan senang tau nak tengok live..tapi sayang time tu KY lupa nak bawa telefon, nak ambil gambar..rugi rugi hahhaha

Kehadiran mereka ke sini, bermakna buat kami, mereka hadir menghulurkan bantuan yang tak kan kami lupakan..terima kasih buat mereka semua..u alls nak tahu apa yang mereka bagi? jom usha...






Eeemmmm...cam mana,  jangan jealous tauuuu...hihihi, wassalam

Gambar-Gambar Banjir Di Kemaman 2013

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum para blogger, sebelumnya KY nak ucapkan terima kasih sebab u alls sudi singggah ke sini, walaupun dah lama KY tak update hehehe...

Seperti yang KY janjikan pada entri sebelumnya, KY akan kongsikan beberapa gambar banjir yang telah melanda negeri Terengganu terutama di Kemaman. Tempat yang tak pernah banjir pun dah banjir tahun ni, ini adalah banjir paling besar yang KY hadapi.

Oklah.. jom sama-sama kita layan foto-foto ini, oh ye.. sebelum terlupa terima kasih pada u alls kerana prihatin tentang kami mangsa banjir.


My cousin, sempat lagi posing, ini kat rumah mak, tak pernah banjir pun sebelum ni

jambatan di bandar runtuh, sekarang jalan memang jem, sebab guna sebelah....

ini kat nirwana, bangunan y
ang tengah tu bank Islam, eemm..memang dalam air

bandar Kemaman dari pandangan atas, yang warna selut tu, air

ini adalah keadaan bandar kemaman

Itu je yang KY punya, KY berdoa cukuplah sekali di uji sebegini...namun seandainya datang lagi, KY terima dengan tabah...terima kasih semua..wassalam


Kini Muncul Kembali

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum dan sebelum terlambat KY ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 buat sahabat tersayang..macam cipsmore kan KY ni, kejap ada, kejap hilang..maaf ye, nak buat macam mana, keadaan memaksa...

Ualls tahu kan keadaan di Kemaman baru-baru ni, dilanda banjir besar...tahun lepas kawasan perumahan dekat KY air cuma paras lutut je, tapi tahun ni..paras dada, semua barang tak dapat di selamatkan, termasuk laptop kesayangan..

Tapi apa pun KY bersyukur kerana KY sekeluarga selamat...sempat keluar dari kawasan tu sebelum air tinggi. u alls sibuk tak? kalau tak...mai lah sini tolong KY kemas rumah...belum siap sepenuhnya ni hahahah....

Oklah...tak nak cakap banyak...cukuplah sampai di sini...InsyaAllah..nanti kita bersua lagi..oh ya, nanti KY kongsi gambar-gambar banjir di kawasan KY dengan u alls ye...sampai bersua lagi wassalam..