Kasih Sayang Ubat Yang Paling Mustajab


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, hidup ini kalau tiada kasih sayang apa akan jadi? pasti terumbang ambing jugakan? kasih sayang kepada keluarga, dan dalam keluarga ada ramai yang harus kita sayangi terutama ibu bapa, abang, kakak dan adik, kita ada sahabat, jiran dan yang paling penting sayang pada diri sendiri. U alls sayang KY tak??? hiihihi..soalan cepu mas ni...KY sayang u alls..semoga silaturrahim ini akan berkekalan....aamiin


Kasih sayang adalah ubat yang sangat mustajab. Tanpa kasih sayang, hati jadi keras, manusia fokus kepada diri dan tak kisah orang lain dan kehidupan jadi hambar. Hari ini, mari kita berdoa, cari jalan dan terus bertindak untuk pamerkan kasih sayang kepada semua orang, terutamanya kepada mereka yang mengambil berat terhadap diri kita.

Tanda-Tanda Mengidap Penyakit Rohani



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum, eeemmm...sekolah dah nak bermula, habislah masa lapang yang ada heee, akan kembali sibuklah seperti biasa kita semuakan? u alls tahu apa itu penyakit rohani? penyakit ini adalah penyakit dalamankan? yang berkait rapat dengan batin kita. contohnya seperti hati, mental, jiwa, fikiran dan seangkatan dengannya.


untuk kali ini KY nak kongsikan petanda-petanda penyakit rohani ini. kita harus lihat adakah diantara petanda-petanda itu ada pada diri kita...jom ..


Petanda-petanda Penyakit Rohani

1. Malas beribadah,

2. Malas bekerja

3. Tumpul daya fikiran

4. Kurang peka tentang kesusahan orang lain

5. Gelisah dan risau

6. Liar terhadap kebenaran

7. Sering bersangka buruk

8. Suka mengadu domba

9. Suka isteri atau tunang orang

10. Malas atau lupa berdoa

11. Tak rasa bersalah bila buat dosa

12. Sukar untuk buat kebaikan.

Itulah 12 tanda-tanda penyakit yang harus kita jauhi...oklah...nanti kita bincangkan tentang cara-cara menangani atau merawat penyakit rohani pulak ok? Semua masalah di dunia bermula dari penyakit rohani. apa kata hisab diri kita dan rawat rohani kita agar selamat di dunia dan akhirat. aamiin

Tahukah Dimana Cantiknya Seorang Wanita?


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, Pertanyaan buat kaum wanita atau mungkin lelaki juga boleh memberi jawapan...Dimanakah Cantiknya Seorang Wanita???


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan jerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tidak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Betul Ke Cinta Perlukan Modal? Jom Ambil Tahu


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, hari ini KY nak kupas sikit tentang CINTA. ala...cinta sesama manusia ni...ada yang tengah bercinta? kalau yang tengah putus cinta tu, sabar yee..dugaan dalam kehidupan, ada yang gembira ada yang berduka...Dah tengokkan tajuk diatas, tertumpu kepada MODAL CINTA, maksudnya apa? maksudnya dalam dunia ini tidak ada yang percuma. Melafazkan cinta mungkin hanya perlu bermodalkan air liur, tetapi untuk membinanya perlu lebih dari itu. Walaupun ia dikatakan cinta sejati dan cinta sehidup semati seseorang itu tetap perlukan modal. Jom kita tengok apa modal cinta...layannnn........


1. Bil telefon
          Setiap pasangan harus berhubung antara satu sama lain. Untuk itu telefon atau telefon bimbit amat diperlukan. Jika sebelumnya bil kita setakat dua tiga puluh ringgit, tetapi bila sudah dilamun cinta bilnya naik berganda-ganda. Mungkin kita boleh berjimat dengan mengunakan surat tetapi nampak kunolah pulakkan?

2. Kos makan minum
          Jika dulu kita makan sorang-sorang tapi sekarang dah jadi dua orang. Maknanya badget bertambahlahkan? haha...nak jimat??? Boleh...kita bayar asing-asing setiap kali makan bersama atau bawa bekal dari rumah setiap kali pergi dating....ahaksssss....

3. Masa
          Kalau dulu kita mungkin banyak masa terluang, boleh lepak sorang-sorang, boleh keluar dengan kawan-kawan, tetapi sekarang terpaksa sediakan masa untuk si dia pulak. Yang lelaki nak temankan si dia pergi shoping, tengok wayang, jalan-jalan dan sebagainyalah. Memang memenatkan. Kalau tak ikut nanti merajuk pulak ( dituju buat wanita hihi )

4. Tambang
          Bagi yang tak ada transpot sendiri, terpaksalah naik bas ke, teksi ke, komuter, LRT atau apa-apa sajalah ( janji tak jalan kaki...panas tu ) pasti akan bertambah. Bagi yang ada transpot sendiri pastinya duit minyak melambung naik ( minyakkan mahal sekarang hihi ). Maklumlah susah nak tolak permintaan si dia untuk kesana kemari. ( khas untuk lelaki ni )

5. Pakaian
          Kita terpaksa keluarkan lebih belanja untuk beli pakaian baru. Si dia tentu tidak suka kalau kita pakai selekeh atau ala kadar saja. ( biasanya orang perempuanlah..jangan marah akak pun perempuan tahu, secara totallah ok ).Tambah pening bila si dia mahu kita berpakaian mengikut citarasanya. ( kalau kearah kebaikan tak apalah ) Tambah-tambah memeningkan apabila si dia meminta kita belikan untuknya pula. ( kalau lelaki tak apalah beli untuk aweksss....ahaks )

6. Hadiah
          Setiap kali hari jadi si dia dan hari ulangtahun percintaan kita berdua sudah pastinya terpaksa sediakan hadiah untuknya. ( kat ibu bapa belum tentu beli kan? ) Kalau mahu beli hadiah yang murah-murah takut si dia akan kecewa, tapi kalau nak bagi hadiah mahal rasa macam tak mampu pulak, lepastu kena celebrite pulak, makan kat tempat istimewa, memang kena keluarkan belanja yang banyakkkkk....kan kan kan.....

Ok itu sajalah. Macam mana? betul tak? Dalam bercinta ni tak salah kalau kita melabur sedikit demi kebahagiaan, tapi jangan keterlaluan...Apa-apa pun u alls fikirlah sendiri ye, lakukan mengikut kemampuan kita. Yang penting jangan hanyut dalam arus cinta, takut kita yang kecewa...

Janganlah Pernah Berhenti Berharap


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, pejam jelik pejam jelik dah masuk hari isnin, kejap je waktu berlalu...pernah tak u alls mengharapkan sesuatu? pastilah kan? apa lagi mengharap pada yang SATU. Sebenarnya tak ada idea sangat nak menulis, tapi tak nak juga biarkan blog ni terbiar tanpa cerita...oleh sebab tak dapat tulis panjang-panjang, KY buat entri yang pendek jelah...tapi rasanya bermakna sangat...pada KY..


Sejauh mana pun hari-hari yang kita lalui,
Sederas mana pun godaan yang kita hadapi,
Sekuat apa pun cabaran yang harus kita jalani,
Sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai...

 »» Jangan pernah berhenti berharap dari pertolongan Ilahi ««

Kerana harapan adalah masa hadapan,
Kerana harapan adalah sumber kekuatan,
Kerana doa adalah pintu kebaikkan,
Dan...
Kerana doa adalah senjata orang beriman. 

Ada Allah Di Setiap Waktu


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, dah masuk cuti sekolah ni kan? u alls ada plan nak bercuti ke..KY rasanya setakat ini belum ada plan lagi...kalaulah boleh pergi melancong ke Bali bestnya...teringin sangat...hujung bulan mac nanti, jiran KY nak pergi umrah...lagilah best, dapat menjejak kaki ke sana...bilalah KY pula di jemput ke sana...semua pasti nak ke sanakan?..sama-samalah kita berdoa semoga Allah panjangkan usia dan memberi kita peluang...menjejak ke Tanah Suci..aamiin.

Berbalik pada tajuk di atas, kita percayakan dimana saja kita berada pasti ada Allah di situ, sebab itulah kalau kita mahu lakukan sesuatu kesalahan atau apa saja, kita kena ingat.. walaupun manusia tak nampak, tapi Allah swt sentiasa nampak, kita tak dapat nak sembunyikan apa-apa dari pandangan Allah...KY nak sampaikan satu pesanan buat diri KY sendiri dan u alls semua..dann...kita kena selalu ingat...


Sahabat....
Jika sendiri....jangan merasa sepi,
Ada Allah yang mengawasi,
Jika sedih....jangan pendam dalam hati,
Ada Allah tempat berbahagi,
Jika marah....jaga fikiran dan hati
Ada Allah tempat menenangkan diri.
Jika bahagia...jangan menjadi lupa,
Ada Allah tempat memuja,
Dan INGATLAH....
Ada Allah di setiap waktu kita.

Mudahnya Untuk Bahagia


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,


Orang yang bahagia sentiasa mudah... apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat. 
Kalau ingin bahagia perlu jaga empat perkara, Jaga Kehormatan, Redha, Berbuat baik dan Jaga Lidah, (Ustazah Siti Nur Bahyah Mohamood)

Jadi  apa kata mulakan hari bahagia kita mulai sekarang...

Resepi Kek Mable Berbelang


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, eeemmm...macam mana dengan sahabat semua, sihat?? KY doakan u alls semua sentiasa diberi kesihatan dan kegembiraan aamiin...untuk kali ini KY nak kongsi dengan u alls resepi pulak, pernah tengok ini???


Pernah tengok tak? flash back kat sini heee...seperti yang KY janjikan nak kongsi resepi, hari ni baru berkesempatan, bukan sebab kesibukan pun tapi sebab terlupa, asyik nak post cerita lain je, sampai lupa nak kongsi resepi ini. Pada u alls yang nak cuba nanti, jangan risau, kalau resepi dari KY ianya tak menyusahkan dan mudah dicari...sebab KY sendiri tak suka resepi yang aneh-aneh heeee

Kek Mable Berbelang

Bahan
250gm mentega
220m tepung kek/tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
(ketiga2 bahan diatas diayak sekali)
200gm gula
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
(susu tepung/susu segar)
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna 
(suka hatilah warna apa pun)

Cara Membuat
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul hingga sebati
3. masukkan bahan yang di ayak tadi sedikit-sedikit, diikuti air susu dan esen vanila. putar sampai adunan sebati
4. bahagiakan beberapa adunan dan warnakan
5. masukkan adunan di selang selikan warnanya
6. bakar

Macam mana? mudah kan? u alls mesti cuba, sebab kalau buat sendiri pasti puas hati...selamat mencuba

Entri yang berkaitan: Resepi Apam Kukus Pelangi

Lima Beradik Kongsi Satu Isteri


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, u alls dah baca akhbar hari ini, pasti ada jumpa banyak cerita dan berita terkini yang menarik. dan diantara semua itu ada satu kisah dari New Delhi yang tertarik KY nak kongsikan pada u alls. Jom baca...

Lima beradik kongsi satu isteri

Foto
RAJO memasak, mengemas rumah dan menjaga anak ketika kelima-lima suaminya pergi bekerja.

New Delhi: Seorang ibu muda semalam mendedahkan dia mempunyai lima suami.

Lebih menarik lagi, kelima-limanya adalah adik-beradik.

Rajo Verma, 21, tinggal dalam sebuah rumah satu bilik dengan kelima-lima suaminya dan tidur bersama suami berbeza setiap malam mengikut giliran.

Suri rumah itu juga tidak tahu siapa bapa bayi lelakinya.

Rajo berkata: “Pada awalnya, ia rasa agak pelik. Dan saya tidak mempunyai suami kegemaran.” Suami pertamanya, Guddu, 21, menegaskan: “Kami semua melakukan seks dengannya tetapi saya tidak cemburu. Kami sebuah keluarga besar yang bahagia.” Pasangan itu berkahwin mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka empat tahun lalu dan dia menjadi satu-satunya suami Rajo yang sah. Tetapi adat di kampung mereka mewajibkan Rajo turut mengambil adik-beradik suaminya sebagai suami. Mereka ialah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh — yang dikahwininya tahun lalu ketika pemuda itu mencecah usia 18 tahun.

Abang sulung Bajju berkata: “Saya menganggap Rajo sebagai isteri saya dan tidur bersamanya sebagaimana adik saya yang lain.” Rajo memasak, mengemas dan menjaga bayinya, Jay yang berusia 18 bulan ketika semua suaminya pergi bekerja di Dehradun, utara India.

Rajo berkata mengenai tradisi purba bergelar poliyandri: “Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Bila saya berkahwin saya tahu saya terpaksa menerima semua lelaki itu sebagai suami.” “Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut. “Yang menariknya, saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada kebanyakan isteri lain.” - Agensi

Foto
RAJO Verma mendukung bayinya Jay bersama lima suaminya (dari kiri) Sant Ram, Bajju, Gopal, Guddu dan Dinesh di depan rumah mereka.

Macam-macam adat yang dilakukan oleh manusia ini kan? Alhamdulillah...KY dilahirkan dalam Islam dan menjalani kehidupan berlandaskan sunnah Rasulullah saw...kita di ajar tentang dosa dan pahala dan semoga kita selalu ingat bahawa hidup ini cuma sekali...


Srikandi Islam: Asiah


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa khabar...Alhamdulillah. dah lama rasanya KY tak menulis tentang srikandi Islam kan? u alls dah baca ke kisah sebelumnya tu..kisah tentang Maryam, namanya tercatat di dalam Al-Quran.
kali ini KY nak cerita pula tentang seorang lagi srikandi kita iaitu Asiah. Siapa yang tak tahu kisah hebat wanita ini kan? dan semua tahu beliau adalah isteri kepada Firaun.


Memeluk Islam
Dalam sejarah Islam, nama Asiah menjadi sebutan sehingga kini. Bukan kerana kecantikkan atau kedudukannya sebagai isteri Firaun, tetapi kerana keimanan dan ketakwaannya kepada Allah swt.

Asiah memeluk Islam tatkala pembantunya Mashitah dan anaknya di hukum bunuh oleh Firaun. Asiah terdengar anak Mashitah memujuk ibunya agar bersabar kepada Allah sebelum mereka menjalani hukuman. Justeru itu, hati Asiah yakin akan kebenaran tauhid lalu beriman. Sejak itu, Asiah menjadi pengikut Nabi Musa a.s dan mengingkari suaminya yang mengaku sebagai Tuhan.

Isteri Firaun
Di istana, hanya Asiah yang beriman kepada Allah. Suatu ketika, dia melafazkan kalimah Allah, lalu di dengari oleh pengikut Firaun. Berita itu kemuadiannya tersebar kepada suaminya. Asiah dihadapkan kepada Firaun. "siapakah Allah?" tanya suaminya yang zalim itu. "Allah Tuhanku jugs Tuhan seluruh alam semesta", kata Asiah penuh yakin.

Firaun amat murka, lalu memberi pilihan kepada Asiah, "jika kau mahu hidup bersamaku dan kekayaanku, kau hendaklah mengatakan bahawa aku adalah Tuhan, tetapi jika kau memilih Allah sebagai Tuhanmu, aku akan membunuhmu!", ugut Firaun.

Tanpa berfikir lama, Asiah tetap dengan keputusannya sebagai hamba Allah. Tidak sesekali dia melafazkan kalimah syirik terhadap Allah walaupun di depannya menanti hukuman yang menyakitkan.

Penghuni Syurga Allah
Dengan keputusan itu, Firaun mengarahkan tenteranya mengikat kaki dan tangan Asiah. Lalu mereka meletakkan batu besar di atas badannya. Dalam kesakitan itu, Asiah terus berdoa kepada Allah swt.

Allah mendengar doa Asiah, lalu dinampakkan kepada wanita solehah itu rumahnya di dalam syurga. Saat itu Asiah senyum menerima hukuman. Melihatkan kegembiraan wajah Asiah, Firaun berkata kepada pengikutnya, "Lihatlah isteriku yang aneh". Hakikatnya roh Asiah ditarik oleh malaikat dan berbahagialah Asiah menghuni syurga Allah swt yang kekal.

Itulah serba sedikit tentang sejarah srikandi kita Asiah. Asiah telah mengajar kita untuk lebih mencintai Allah daripada kesenangan dunia. Ini kerana cinta Allah akan membawa kebahagian yang kekal di dunia dan akhirat....aamiin.

Doa Asiah
"Wahai Tuhan, bangunkan untukku disisimu sebuah rumah di dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya yang buruk dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim"

Jom dengar sama-sama lagu Ratu Syahadah, khas buat Srikandi Islam kita


Rebut Lima Perkara


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...


"Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara, muda sebelum engkau tua, sihat sebelum engkau sakit, kaya sebelum engkau miskin, kelapangan sebelum engkau sibuk dan hidup sebelum engkau mati." (Riwayat Al-Hakim)

Apa yang penting dalam hidup kita ini ialah rajin bermuhasabah...

Tips Macam mana Nak Ceria Dan Bersemangat Setiap Hari


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, sekejap je dah hari khamis rupanya...esok jumaat hari minggu di pantai timur, bestnyaa....u alls ada tak hari yang tak ceria apa lagi diawal pagi...hahaaaa...KY tahu pasti itu hari selepas hari minggu kan? dah cuti malaslah nak mulakan balik seperti biasa, kalau boleh nak cuti memanjang...

Macam mana ye kita nak ceriakan dan bersemangat setiap hari?? eeemm...kalau kita mahu hari kita sentiasa ceria ianya harus dimulakan diawal pagi...kalau awalnya kita gembira dan ceria, In shaa allah..sepanjang hari kita mampu ceria...

EEmmmm.......walaupun ini sudah nak masuk waktu petang, KY nak kongsikan tips dengan u alls, tips dari Dato'Dr.Fazilah...ayuh sama-sama kita amalkan...


Macam mana nak ceria & bersemangat tiap hari? 

1. Berdoa agar sentiasa ceria dan bersemangat, 

2. Maafkan semua orang agar hati bersih dan minda positif, 

3. Programkan minda tiap malam sebelum tidur: Ya Allah, jika aku masih panjang umur, kejutkan aku esok pagi dalam keadaan sihat, beriman, ceria dan seronok nak pergi kerja, tapi jika aku mati esok, matikan aku dalam husnul khatimah,

4. Bangun pagi terus senyum dan berdoa dan mohon agar hari ini lebih baik daripada semalam, 

5. Cari "butang hijau" ia perkara yang buat kita ceria-- peluk pasangan, cium anak, beri ikan dalam akuarium makan, geletek kucing, dengar lagu nasyid kegemaran, minum air kegemaran, tengok FB dan sebagainya, 

6. Bayangkan hari ni mungkin terakhir dan azam nak lakukan yang terbaik, 

7. Gembirakan hati oarag di sekitar, 

8. Amalkan sunnah-sunnah Nabi, 

9. Temui cinta sejati, 

10. Pakai warna kegemaran, 

11. Berjalan pantas, 

12. Masuk pejabat dangan Bismillah, beri salam dan masuk dengan langkah kanan, 

13. Sentiasa Tawakkal kepada Allah. 

Haaaaahaaaa...tips yang sangat bermanfaat, jangan lupa ye amalkan, supaya hari-hari kita ceria dan bersemangat...

bangun....bangunnnnn...malasnya niii..siram air baru tahu...

Please!!! Jangan Malukan Diri


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum... soalan biasa apa khabar semua, semoga kita dan kita masih diberi kesihatan yang baik..aamiin. kali ini KY nak tulis entri yang sedikit beremosi, bukan beremosi marah tapi emosi sedih. kenapa sedih? kerana ianya telah menguris hari kewanitaan KY ini.


Semalam KY jalan-jalan di dunia maya, singgah dari blog ke blog, maklumlah ada sedikit masa terlebih, setelah ke sana ke sini, akhirnya KY terjumpa satu blog, ownernya wanita, KY amati artikel-artikel di blognya satu persatu, maklumlah tak pernah masuk ke situ, trafiknya Alhamdulillah...bagus, sekali.

Tapi kan, artikelnya banyak menampilkan gambar dan video. cerita-cerita panas gitu..tapi sayang gambarnya banyak tertumpa pada kaum hawa. maklumlahkan, ownernya wanita. tapi sayang sekali lagi gambar-gambar yang ditampilkan membuatkan KY malu melihatnya.

Kenapa harus tampilkan gambar yang sedemikian rupa, kenapa harus mempamerkan gambar yang terdedah sana terdedah sini? lagi pun sebagai seorang wanita kenapa nak buat blog yang menampilkan cerita-cerita panas? tak sesuaikan? Astagfirullah....KY dah terikut emosi ni...

Walaupun ada sesetengahnya bukan gambar wanita Islam, tapi mereka tetap wanita...takkan kerana nak trafik, kita sanggup postkan apa saja. KY selalu dengar kata orang, penulis ini kalau kita mati suatu hari nanti apa yang tinggal hanyalah tulisan yang kita tuliskan. jadi biarlah apa yang bakal kita tinggalkan itu boleh membawa kebaikkan pada semua kan?

KY pun taklah ulas panjang-panjang, lagipun KY tak pandai nak mengulas, seandainya ada yang terasa, KY mohon beribu-ribu kemaafan....terima kasih pada kamu, kamu dan kamu yang sudi singgah ke sini dan KY berharap sesiapa yang datang ke blog KY akan sentiasa happy dan teringin datang lagi hehehhee...

Pertunjukkan Ular Di Pasar Malam Kemaman


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum sahabat-sahabat KY tersayang...hari minggu ni kemana, takkan duk kat rumah je..u alls pernah tengok ular secara dekat tak? KY belum pernah tapi...malam jumaat hari tu, kat pasar malam Kemaman, ada pertunjukkan ularrr...tak adalah pertunjukkan sangat cuma...boleh dikatakan begitu...heeee,

u alls nak tengok, ada ular besar...ada ular kecik..tapi tak banyaklah, KY malas nak tunggu lama..seriaulah pulak tengok, terbayang waktu tu, kalaulah terlepas apa akan jadi...eeeeee...tak sanggup nak bayangkan...jomlah tengok...







eeemmm....ada 3 jenis ular kat sini, tapi satupun KY tak tahu namanya...ini saja je dia pamer dulu, sebab ular ni tak aktif sangat mungkin sebab dah penat bekerja hehehhehe





yang ini KY kenal, sebab tuan dia yang bagi tahu hihihiih...ular tedung sela..katanya ini yang paling besar dalam spesis tedung sela..memang gerun tengok..panjang pulak tu...tengok je muka ia, eeee.....nak lihat aksi lebih menarik???? jom...







maaflah gambar ni cuma sempat ambil satu je, ular tu agresif sangat..melulu je tengok orang ramai..entah-entah nak ngurat KY tuuu...kihkihkihhhh...

Dan itulah persembahan terakhir, bukan persembahan terakhir dari ular tu tapi persembahan terakhir dari KY, dah tak sanggup tunggu...takut...dan yang sebenarnya itu bukanlah persembahan ular tapi pak cik tu jual ubat..ular tu mungkin sampingannya saja untuk menarik perhatian orang ramai....okkk...lah, cukup sampai disini sayang...hihihihihi

8 Perkara Yang Mematikan Hati


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa khabar semua, dah masuk hari ke 5 dalam bulan mac, baru berkesempatan nak update heee..selain kesibukan masalah laptop ni, tak tahu kenapa tiba-tiba je tak boleh buka, kita on dia off..tapi belum sempat nak repair dah ok pulak..haaaa..jimat duit hihihi..

Isu hangat sekarang tentang pencerobohan di Lahad Datu, Apa pun tindakan kerajaan pasti untuk kebaikkan negarakan? sama-samalah kita doakan mereka yang berada di sana dan pejuang-pejuang kita selamat. Aamiin..


Ok..apa yang KY nak kongsikan pada u alls kali ini adalah tentang perkara-perkara yang boleh mematikan hati kita. bahaya tahu kalau hati mati, hati kita ini sentiasa nak di jaga, bersihkan selalu, bersihkan dari apa? dari perkara-perkara yang dilarang, kalau kita dah tahu perkara itu tidak baik dan berdosa kenapa harus kita lakukan...

Ibrahim bin Adham menyatakan...ada 8 perkara yang akan mematikan hati adalah..

1) Mengetahui hak Allah tetapi tidak menegakkan hak itu

2) Membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan suruhan-suruhanNYA

3) Mencintai Nabi tetapi tidak mengamalkan sunnahnya

4) Takutkan mati tetapi tidak mempersiapkan diri

5) Mengetahui syaitan adalah musuh tetapi ghairah mengikut kehendaknya

6) Takutkan neraka tetapi melakukan maksiat

7) Mahukan syurga tetapi tidak beramal soleh

8) Kekurangan diri sendiri dilupakan tetapi kekurangan orang lain diketengahkan

Eeemmmm....itulah dia 8 perkara yang harus kita jaga, ingatlah ke lapan-lapan perkara itu agar hati kita tidak mudah mati...dan selalulah berzikir InsyaAllah 

"Ketahuilah dengan berzikir kepada Allah hati akan menjadi tenang"