Sri Kandi Islam: Halimatul Saadiah..Wanita Pilihan Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, Alhamdulillah, masih bersua lagi kita disini, terima kasih ya Allah... ingat nak kongsi resepi lagi hari ini, tapi teringat pula dah lama rasanya MYatiey tak kongsi cerita tentang Srikandi Islam. U alls dah baca kisah-kisah srikandi yang sebelumnya? kalau belum boleh klik lebal srikandi ok? Dengan rasa senang hati MYatiey teruskan menaip kisah tentang Halimatus Saadiah. U alls pasti tahu siapa wanita ini, yaa betull...wanita pilihan Allah swt menjadi ibu susuan Nabi Muhammad saw.



Menjadi kebiasaan masyarakat Arab Makkah dizaman sebelum kedatangan Islam untuk menghantar bayi mereka kepada ibu susuan. Peristiwa ini turut berlaku dalam kehidupan Nabi Muhammad saw. Sewaktu dilahirkan di dunia, Baginda sudah kehilangan ayah dan menjadi anak yatim. berita itu sudah tersebar luas dikalangan wanita-wanita yang mahu mengambil anak susuan. dan ramai diantara mereka cuba mengelak dari mengambil Muhammad kerana mereka menganggap Aminah tidak mampu memberikan upah yang mahal.

Pada waktu yang sama, seorang wanita dari pendalaman Bani Saad baru tiba di Kota Makkah. Dia dan suaminya terlewat kerana mengalami masalah binatang tunggangan. Bayi-bayi para pembesar sudah diambil wanita-wanita lain. Berjalanlah si wanita ini mencari bayi hinggalah kakinya melangkah di depan rumah Aminah.

Kala melihat wajah indah bayi itu, hatinya diselimuti rasa cinta yang luar biasa. segera dia menyatakan kesudiannya untuk menyusukan bayi itu. Dia tidak mengira berapa upah yan mampu diberikan kepadanya oleh Aminah, kerana dia menganggap bayi itu adalah anaknya sendiri dan akan membawa rezeki dia dan keluarganya.

Wanita yang bernama Halimatus Saadiah itu membawa pulang anak kecil itu.Dikala dia menyusukan Muhammad, air susunya melimpah ruah sehinga dapat diberikan juga kepada anaknya sendiri.Beliau merasa pelik, bahkan menurut suaminya unta mereka yan sebelumnya kekeringan  susu juga sudah padat susunya dan dapat diperah.

Di kampung Halimatus Saadiah menjadi kemarau, binatang-binatang peliharaan menjadi kurus dan kekeringan susu. Berkat anak susuan beliau, haiwan peliharaan mereka sihat dan gemuk, malah rumput untuk makanan haiwan juga subur.

Nabi Muhammad saw di jaga oleh Halimatus Saadiah sehingga umur Baginda 4 tahun. Baginda saw membesar di dalam suasana perkampungan Bani Saad yang tenteram dan damai. Begitulah Allah swt merencanakan kehidupan terbaik kepada kekasihnya yang dimulakan oleh seorang wanita kampung yang bernama Halimatus Saadiah.






Keadaan Banjir Di Kemaman 2014

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum, bertemu lagi kita, rasa macam rajin pulak nak menulis hahaa...u alls tahu kan sekarang musim hujan, mizz yatie fobia sangat sekarang, maklumlah tahun lepas kawasan Myatie di landa banjir besar.. mesti u alls ingat..banjir di kemaman, keluar tv u...

time ni pun tengah hujan lebat, dah banyak tempat yg di landa banjir, sempena itu Myatie nak kongsi beberapa gambar yang sempat di ambil...

seberang tayor, kalau tengok keadaan macam ni, bahaya betul, harap penghuninya selamat semua

Seberang tayor juga ni, jalan besar putus 2


ini jambatan yang Myatie lalu lalang..aduh..takut pulak tengok


ini pula kat padang kubu... dah jadi macam sungai, begini jugalah keadaan tempat Myatie tahun lepas

Myatie minta doa dari u alls.. semoga semuanya selamat dan tiada yang terkorban, tengok saja di kelantan.. subhanallah...semoga keluarga mangsa yang terlibat tabah menghadapi dugaan dan ujian dari yang Maha Esa...aamiin

p/s: sumber gambar dari fb page kemaman




Resepi Donut Gebus


بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum sahabat blogger, subhanallah...lamanya tak bersua. rindu dengan semua, rindu dengan blog dan rindu sangat nak menulis
apakan daya masa dan waktu tidak mengizinkan... ada yang masih ingat tak pada blog ni... atau pada tuan empunya blog yg cantik manis ni haaaa....
kerana lama sangat tak ambil peduli tentang blog, habuk jangan cakaplah..sampaikan pasword pun lupa...masya allah...tapi untuk pengetahuan semua, walaupun tak aktif di blog, mizz yatie masih aktif di page.. cubalah singgah..

ok..tak nak buang masa, setelah sekian lama tak berkongsi ilmu, hari ni mizz yatie nak kongsi resepi... aaaaa..pasti ramai yang ternanti2kan resepi dari mizz yatie kan? (eemmm..perasan pulakk)..
jom kita lihat apa resepinya...


Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu planta
2 sudu susu tepung
2 sudu gula
1 sudu yis
1/2 cawan air suam
sedikit garam (tapi MY tak suka letak)


Cara Membuatnya
1) Masukkan yis dan gula dalam air suam dan kacau sampai berbuih. biarkan ditepi 
2) Masukkan tepung gandum, susu dan planta. ratakan bahan-bahan tersebut.
3) Maukkan adunan yis tadi dan uli sampai sebati, kalau rasa keras lagi adunan tu tambah sedikit air, paling sesuai air sejuk dalam peti ais.
4) Perap adunan tu, tak kiralah lama mana pun suka hati u alls lah heee

Ok..macam mana senang tak? tengok senang, tapi cukup susah nak buat, yang tak biasa buat, cubalah..manalah tahu kut-kut nanti jadi pakar buat donut heeee..Selamat Mencuba

p/s: guna cawan yang sama ok? tak kiralah cawan besar mana