Percayalah Aku Masih Memerlukanmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

tika dan saat ini, hatiku merindui seseorang..seseorang yang telah banyak berkorban demi hidupku, di mana harus ku cari ganti..kerana ku tahu..itu tak mungkin, engkau hanya satu di dunia ini

bila teringat pengorbananmu, tangisanmu, lena dan jagamu, dan di setiap saat susah senangku, engkau sentiasa di sampingku, aku menangis sepuasnya..kenapa aku tidak diberi peluang untuk terus menjaga dan menjaga dirimu

namun terkadang aku terfikir, kenapa ramai insan insan di luar sana, mengabaikan mu, dan yang menghairankan ada yang sanggup memukul, memaki malah yang lebih teruk membunuhmu...nauzubillah

Allah sangat murka dengan orang orang sebegini, yang tak tahu menghargai, menyayangi dirimu, takkan mereka tak tahu, redha Allah itu datangnya bersama redhamu..

Ya Allah... kukirimkan doa untuk dia yang sangat ku sayangi..Engkau jagalah dia, sebagaimana dia menjagaiku, berikan tempat yang paling mulia untuknya disisiMU....aamiin ya rabbal a'lamiin





Kata Indah Untuk Ibu

Ucapan Hari Ibu Dalam Bahasa Melayu




Awak!!! Jangan Tinggalkan Saya

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

dah lama nak cerita tentang awak ni, awak macam mana sekarang..semoga semuanya berjalan lancar, sepatutnya saya tak perlu tanya begitu kerana saya tahu awak sentiasa lancar, cuma saya saja yang selalu alpa..

awak..saya sangat hargai awak, walaupun saya selalu abaikan awak, awak tetap datang dan mendampingi saya, begitu sayangnya awak pada saya, tapi kenapa ada saja masalah yang menyebabkan saya abaikan awak..

awak..maafkan saya ye, setiap kali berjanji, saya selalu mungkir, saya tahu saya seorang yang tak mengenang budi, tapi apakan daya, walau itu bukan kemahuan saya, saya tak dapat nak mengelak..walaupun telah saya cuba..begitu kejamnya saya terhadap awakkan?

tapi terkadang awak juga sangat kejam terhadap saya, saya sudah kata, tunggulah saya, tapi awak tetap pergi, pergi dengan membawa harapan yang masih saya inginkan, banyak yang saya belum capai, tapi awak tak menyokong saya, terkadang saya cukup benci dengan sikap awak, namun apabila difikir balik, itu semua salah awak atau kelalaian saya sendiri...

awak...awak tahu tak, sekarangkan saya rasa kehadiran awak terlalu singkat..singkattt sangat, saya rindu dengan awak yang dulu, tapi itu semua takkan saya dapat balik, saya menyesal sebab abaikan awak...

awak..awak tahu tak ada yang beritahu saya, antara awak dan emas permata, awak jauh lebih berharga, (walaupun ada yang samakan awak dengan emas) emas permata boleh dijual beli bila bila masa saja, tapi awak, tiada siapa yang mampu beli, lagipun awak tak makan rasuah kan?

awak.. awak kenal tak dengan Orisson Swett, saya tahu awak kenal dia, ada satu falsafah beliau yang mengingatkan saya pada awak, katanya, "setiap hari datang mengunjungi kita sebagai seorang sahabat setia yang membawa ole ole berharga. jika ole ole tersebut tidak diterima, maka ia akan pergi dan tidak akan kembali lagi. tiap-tiap pagi ia datang dengan membawa ole ole baru, tetapi jika kelmarin  ole ole itu tidak kita terima, lama kelamaan kita tidak akan menikmati lazatnya ole ole itu"

awakkkk...siapa yang tak nak hadiahkan? bila saya teringatkan  falsafah ini, ia membuatkan sayang makin sayang dengan awak...awak..maafkan saya sekali lagi ye..kali ini saya tak nak berjanji lagi, tapi saya akan cuba sedaya upaya menghargai pengorbanan awak, saya juga berharap semua orang yang membaca ini, dapat mendoakan saya..agar lebih menghargai awak...

oklah..sampai sini saja saya cerita tentang awak..kalau nak cerita, memang tak habis...u alls nak tahu siapa dia?
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Bersedialah Dengan 4 Soalan Ini

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum.....alhamdulillah, dapat menulis lagi kat sini, dalam kesibukan dunia nyata ni, dapat juga curi peluang kat dunia maya..kali ni apa pulak nak dikongsi ye? minggu ni, nak membaca tak sempat sangat...tapi ada topik menarik yg MY nak bincang..pasti u alls suka, kita main jawab2 soalan nak? ok sebelum kita teruskan, cuba baca ni dulu,



SOALAN PERTAMA
tentang umur, kemana dihabiskan
masa cepat berlalu, kadang2 kita tak sedar umur kita sedang meningkat, kalau boleh nak muda sentiasa kan? orang tua2 selalu kata, kalau umur muda ni, memang mudah terleka, betul ke? mungkin ada benarnya juga, sebab sekarang kalau diperhati dengan teliti, ramai yg lalai akibat dari kecanggihan..adanya laman2 sosial, games..tapi kenapa nak salahkan kemajuan, sebab itu semua terletak pada kita sendiri, kita yg pilih jalan kelalaian,

dan yg lebih hairan lagi, ada yg cakap, masa muda nilah nak enjoy..nanti sapa masa kita taubatlah..ye betul, enjoy2 juga, panggilan dari Ilahi tak mengira usia, muda ke tua, alhamdulillah, kalau kita diberi umur yg panjang, tapi kalau umur yg panjang itu kita habiskan dengan melakukan maksiat atau perkara yg melalaikan, rugilah kita, bukan je di dunia, malah di akhirat kelak, waktu tu menyesal pun dah tak berguna...

"jangan bertangguh untuk melakukan kebaikkan sementara umur masih ada"

SOALAN KEDUA
tentang ilmu, banyak mana diamalkan
soalan kedua, takut pulak MY, takut2 MY sendiri tak amalkan..nauzubillah..ustaz kata, orang yg berilmu mesti mengamalkan ilmunya, jika tidak dia akan menerima akibat yg buruk di akhirat kelak. (membuatkan MY makin takut ni..) 
kita semua tahu, ilmu yg baik akan memajukan hidup di dunia dan diakhirat, bagi orang yg kekurangan ilmu, mestilah sentiasa menuntut ilmu kerana menuntut ilmu adalah wajib dalam agama kita.

dan yang paling kita harus ingat, menuntut ilmu biar ada gurunya..guru yg bertauliah, yg diakui ilmunya, dengan uncle google pun boleh, tapi ianya sekadar rujukan..faham??? ok good

"berada dalam kejahilan dengan tidak menuntut ilmu sebenarnya adalah satu kesalahan dalam agama"

SOALAN KETIGA
tentang harta, dari mana dan kemana
u alls, faham tak dengan apa yg dikatakan harta haram. mentang2lah kita tak mencuri, merompak..kita bekerja dari pagi hingga ke petang, adakah itu boleh kita katakan harta halal? in shaa allah..selagi kita jujur dan amanah dalam melakukan kerja kita,
macam mana pula kalau kita melakukan kecurian tanpa pandangan kasar, kadang2 benda2 yg kecil pun boleh menjadikan kita pencuri, sebagai contoh, rasuah, makan harta pusaka yg bukan milik kita, tidak amanah sewaktu bekerja, seperti curi tulang atau buat bil palsu, nak clim lah konon..itu bahaya tu, kena hati2

tapi sekiranya kita banyak duit, adakah kita telah mengunakannya untuk kebaikkan, seperti membesarkan anak2, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, membantu orang susah dan segala kebaikkan? atau kita membazir dengan menghabiskan kepada perkara yg memang tidak patut kita amalkan..itu yang harus kita ambil penting ok?

"daging yang tumbuh hasil pendapatan secara haram adalah hak api neraka di akhirat kelak"

SOALAN KEEMPAT
tentang tubuh, untuk apa digunakan
tubuh badan yg sihat, jangan dipersia2kan, gunakanlah ia dengan betul dan dengan penuh kebaikkan, kalau secara khususnya, badan kita ini seharusnya digunakan untuk beribadah kepada Allah, sepeti, bersolat, berzikir, membaca al-quran atau ibadah umum seperti bekerja mencari nafkah yg halal.

jangan pula, kita menunggu bila tubuh tak sihat barulah nak melakukan pelbagai perkara yg baik, kita kena rebut peluang waktu kita sihat untuk melakukan ibadah dan kebaikkan..

"ingatlah dengan tubuh yang sihat kita boleh mambantu orang yang dalam kesusahan, berjuang untuk menegakkan agama, masyarakat, bangsa dan negara. janganlah ia di sia-siakan"

Alhamdulillah...habis juga catatan ni, macam mana u alls, adakah kita sudah mempunyai jawapan untuk ke empat2 soalan tu? jika tidak, adakah kita akan membuat perubahan yg sejajar dengan apa yg dikehendaki oleh agama kita? tepuk dada, tanyalah, diri kita..hanya kita yg mampu mengubahnya... aamiin


p/s: terima kasih buat semua, sudi membaca coretan yg tak seberapa, mohon maaf andai ada silap dan salah dalam penulisan ini, kalau ada yg perlu ditegur tegurlah..MY sedia menerima..dalam menambah lagi ilmu yg kurang..


Anda Cinta Dan Benci Kerana Apa

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wahai sahabatku sayang eemmmm...setelah seminggu di landa banjir, Alhamdulillah sekarang semuanya dah ok.. pada mangsa banjir di Terengganu, Kelantan n Pahang, semoga kita tabah menghadapi semua dugaan yang diberi..aamiin

tulisan pertama untuk tahun baru, hari ni kan, MY nak cerita tentang cinta dan benci, sebagai manusia kedua2 perasaan tu pasti ada dalam diri, jangan kata tidak ok? apalagi cinta... aaaa...senyum semua bila cakap pasal cinta, .mana taknya, itukan satu perasaan yang indah, apalagi kalau cinta itu sejati.tapi kata orang kalau bercinta jangan berlebihan..kenapa??? nanti kita kupas eemmm....

sekarang kita masuk bab benci pula, eeemmmm...perasaan ni lah paling ditakuti, kalau boleh kan, tak nak langsung perasaan ni timbul di hati, cuma kadang2 datang juga, nauzubillah..... tapi kalau kita fikirkan, tak salah juga dengan sifat ni, mungkin ada kebaikkan tersembunyi..apa kebaikkannya? u alls fikirlah sendiri, banyakkan membaca ok..u alls tahu, benci ni sama juga dengan cinta, tak boleh berlebihan..dan yang penting u alls harus tahu sifat cinta dan benci ni adalah fitrah yang selalu melekat pada manusia..

Ustaz kata, setiap perbuatan baik yang dibuat dan kejahatan yang ditinggalkan mestilah iklas kerana Allah, oleh kerana itu apa pun yang kita lakukan hendaklah kerana Allah termasuk cinta dan benci, seperti pepatah mengatakan..

"SETEGUH-TEGUH PEGANGAN IMAN IALAH CINTA DAN BENCI KERANA ALLAH SWT"

Semoga catatan ringkas ini bermanfaat buat semua..AAMIIN....wassalam