Adakah Anda Seorang Yang Menghargai

بسم الله الرحمن الرحيم

Eeeemmm...dengar tajuk, macam suspen je kan kan kan? bukan apa sebenarnya nak cerita pada u alls tentang satu kisah yang harus kita ketahui, macam ni ceritanya...



Pada suatu hari (dengar macam tu, mesti cerita lama) ketika Rasulullah saw sedang bersama beberapa orang sahabat, Baginda didatangi seorang wanita kafir Quraisy. wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah kepada Rasulullah. buah limau itu kelihatan sangat segar dan menyelerakan. sesiapa yang melihatnya pasti terliur (ehehhmmm) dan tidak sabar untuk memakannya.

Rasulullah saw menerima hadiah itu dengan senyuman. sebagai tanda terima kasih, Baginda mengupas kulit limau dan terus makan di hadapan sahabat sahabat dan wanita itu. seulas demi seulas limau itu di makan dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

Biasanya Rasulullah kalau makan pasti akan berkongsi dengan para sahabatnya, tetapi tidak untuk kali ini. seulas pun tidak di beri.  Rasulullah terus makan sambil tersenyum sehingga habis. Tidak lama kemudian wanita kafir Quraisy tersebut meminta diri untuk pulang..

Sahabat sahabat yang lain hairan melihat perlakuan Rasulullah saw itu, lantas bertanya, nak tahu apa Rasulullah jawab????

Sambil tersenyum Baginda memberitahu bahawa buah limau yang dimakan itu berasa sangat masam dan Baginda bimbang sekiranya para sahabat memakan, mereka akan memejamkan mata dan Baginda juga khuatir sekiranya ada sahabat yang akan memerahi wanita itu. Baginda tidak mahu wanita itu merasa tersinggung.

Wanita itu pulang dengan penuh rasa kecewa kerana niatnya untuk mempermaikan Rasulullah tidak berjaya. sebaliknya Baginda menghargai pemberiannya.

Lihatlah semua, .. begitulah keperibadian Rasulullah saw yang sungguh terpuji dan mulia, Baginda tidak pernah memperkecil-kecilkan pemberian seseorang walaupun ianya datang daripada seorang kafir.

Oleh itu, sifat menghargai sesuatu pemberian orang lain harus diterapkan dalam diri kita agar dapat menjadi seorang yang BERSYUKUR.... AAMIIN