Terima Kasih Awak, Sentiasa Bersama Saya

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls,

Awakkkk...
dah lama saya nak tulis kisah tentang kita, tapi asyik tertangguh je, bukan sebab apa, kekadang saya terlupa, padahal awak sentiasa bersama saya.

Awakkk...
masih ingat tak lagi pertemuan kita yang pertama, di saat itu saya memang tergila-gilakan awak, lagi pun, teman-teman saya semuanya dah ada, cuma saya je yang masih solo, kekadang tu malu juga saya, asyik orang bertanya saja...

Awakkk....
awakkan tahu, saya ini seperti apa, akhirnya saya nekad untuk memiliki awak...namun setelah bertahun-tahun bersama, sekarang saya merasa bosan, bosan kerana sikap awak, yang terlalu menganggu..

Awakkk...
saya tahu awak masih sayangkan saya, awak tak pernah jemu menghadap saya, menghantar SMS kepada saya, tapi saya sudah cakap saya sudah bosan dengan awak, sebab awak kadang-kadang menyakitkan hati saya...tapiiiiiiii....saya masih memerlukan awak...

Awakkk...
maafkan saya, sejak kebelangan ini saya jarang beri perhatian pada awak, namun awak tetap setia dengan saya, itu lah yang membuatkan saya tak dapat tinggalkan awak, walaupun hati ini meronta-ronta, tapi saya terfikir kalau tanpa awakkk...apa yang mampu saya lakukan...

Awakkk....
apa-apa pun Thanks sebab tak pernah lupakan saya , tak pernah henti text saya walaupun saya tak pernah balas . Thanks sangat-sangat.....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
"### Celcom ###"



Ketahui 7 Perkara Ganjil Yang Harus Direnungkan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, apa khabar, KY harap semuanya berada di dalam kesihatan yang baik, cuma KY je yang kurang sihat, rindu nak ke blog u alls, dah ada yang cuba buat kek gula hangus tu, jadi tak? mesti jadikan, u alls kan pandai heeee,

Ok..untuk kali ini KY nak kongsi sesuatu dengan u alls, artikel ini dah lama tersimpan dalam simpanan KY, seandainya KY merasa tak sedap hati KY akan baca berulang-ulang kali agar ianya memberi semangat dan keyakinan, dan untuk muhasabah diri ini, dengan kisah ini selalu membuatkan KY menyedari betapa kerdilnya kita, jom kita dengar sama-sama...



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah SWT sewaktu hidupnya. Lantaran Allah SWT menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah SWT sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah Salallahu Alaihi Wassallam pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah SWT baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya dari Allah SWT kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam.. Sama-samalah kita renungkan.


Resepi Kek Gula Hangus

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, bestnya cuti, walaupun bukan KY yang cuti heeee, apa khabar u alls, sihat? Alhamdulillah...ccuti sekolah ni kan, banyak pulak undangan perkahwinan, boleh kata hari-harilah makan gulai heeee.,

Ok, sempena cuti sekolah ni, KY nak kongsi satu lagi resepi kek, buat ibu-ibu tu, bolehlah buatkan nanti untuk anak-anak dan suami tercinta kan? sukalah nanti mereka...ok, resepi kali ini adalah Kek Gula Hangus, atau ada yang panggil kek span..taj perlu cakap banyak, jom kita mulakan sesi kelas memasak kita....



Bahan-bahan
(A)
250gm gula
225ml air
1 sudu besar mentega

Bahan-bahan
(B)
125gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
( diayak)
4 biji telur (gred A)
2 sudu besar susu pekat manis


Cara Membuatnya
1. Masak gula hingga cair (jangan terlalu hangus, nanti pahit) tuang air sedikit-sedikit dan teruskan kacau sampai menjadi betul-betul cair. padamkan api dan masukkan mentega, kacau biar sebati.

2. ( dalam bekas lain) pukul telur hingga pekat dan gebu, setelah itu, masukkan susu dan pukul lagi sehingga sebati.

3. Seterusnya masukkan bahan yang telah diayak dan kacau lagi.

4. Masukkan air gula tadi dan gaul hingga betul-betul sebati. dan akhir sekali apa lagi bakarlah hingga maskkkk....

AAaaaaaa....senangkan? senang saja KY ni hihihi..betul senang je, kalau u alls nak lagi cantik, kukus pun boleh, lagi lembut dan gebu....oklah..sampai sini saja kelas kita untuk kali ini, lain kali kita belajar lagi, yang penting cuba jangan tak cuba...


Wahai Hawa, Dengarlah Pesanan Untukmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman buat u alls, eemmm...hari ini hari terakhir sekolah di pantai timur, maka cuti panjanglah nanti, nampaknya waktu berblog KY pun akan sedikit tergendala, maklumlah..bila dah semua ada kat rumah, berebut laptoplah...bilalah dapat beli yang lain, tak payah nak rebut-rebut..

Ok...hari tu KY dah kongsi artikel tentang Saat dan Ketika Allah Menciptakan Wanita, dah bacakan? kalau yang belum baca, klik tajuk tu, jangan ketinggalan tau...dan setelah kita ketahui, betapa sempurnanya Allah menciptakan kaum hawa ini, maka dengan itu kita harus menghargai dan menjaganya dengan baik. InsyaAllah, dan untuk kali ini, KY nak sampaikan pesanan pula buat kaum hawa, agar kita akan lebih menghargai dan bersyukur....


Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

"Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki."


Mulakan Hari Dengan Senyuman

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, hari ini cuaca cerah dan ceria je nampak, u alls ceria? Alhamdulillah..tebarkan senyuman buat semua..walaupun hati kecil kita tak berapa nak gembira  heeee...tapi bahagia milik semuakan? jadi kenapa nak susah-susahkan diri, bertawakal dan berserah padaNYA...

U alls tahu, orang yang bahagia mungkin tak senyum, tapi orang yang senyum itu pasti bahagia, kata Dato' Fadzilah Kamsah dan menurut kajian, senyuman yang ikhlas datangnya dari hati, sekurang-kurangnya 10 saat. bila kita senyum lebih dari sepuluh saat 3 hormon akan dikelurkan oleh badan...eeemmm...u alls tak nak tahu ke? kalau nak tahu, teruskan membaca hihih..


Hormon pertama, Endorphin yang rangsang kita untuk tenang dan ceria.

Yang kedua, Enkephylin yang menguatkan sisitem imuniti dan jadikan kita lebih sihat 

dan yang ketiga, Dynophin yang memberi kita tenaga dan semangat. 

Haaa...itu dia, macam mana? suka kan? kalau hari-hari hidup kita ceria, bagai tiada masalah yang melanda alangkah bagusnya heeee, justeru itu, jom kita senyum dan kita sedekah kepada orang lain dan sedekah kepada diri sendiri. U alls juga harus tahu, bayi senyum sekitar 400 kali sehari. jadi apa kata kita keluarkan sifat baby yang ada dalam diri kita dan senyum 400 kali hari ini. pasti orang suka, kan senyuman baby...hihihi , jom nyayi sendiri lagu ni...pasti ceria, ( tak jumpa video yg ok di youtube)

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri


Senyum umpama titian

Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Ketahuilah Saat Dan Ketika Allah Menciptakan Wanita


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, pejam jelik, pejam jelik, dah nak cuti sekolah rupanya, sekejap je rasakan? cuti lagi heee, sebelum apa-apa pun, kemafaan di pinta sekali lagi, tak berkesempatan nak berkunjung ke sesetengah blog kawan-kawan ni, InsyaAllah...nanti KY pasti sampai...eeemmm..untuk kali ini KY nak bercerita lagi tentang WANITA, wanita lagi, biasalah, dah blog wanita kan?, jangan jeles tau lelaki....

Kali ini KY nak kongsikan dan nak bercerita tentang kewujudan wanita, lahirnya wanita, semua orang tahu wanita ini lahirnya dari tulang rusuk lelaki, namun adakah kita tahu sejarah awalnya? inilah yang KY nak kongsikan bersama u alls, bagaimana Allah swt menciptakannya, proses yang harus dilalui dan apa yang telah menyempurnakan wanita ini....yang pasti setelah u alls baca dan ketahuinya u alls akan merasa bangga kerana di CIPTAKAN DAN DILAHIRKAN SEBAGAI WANITA...


Ketika Allah menciptakan wanita, Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan? "Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya? "Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan dan berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati dan kesengsaraan...Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?" "Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus dan lembut" "Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat...Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya". Malaikat itu menyentuh dadanya, "Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah dan rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya". "Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga". "Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...Mampu tertawa saat hatinya menangis...Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...Dia boleh melawan ketidakadilan...Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...Dia tahu sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka...CINTANYA TANPA SYARAT" Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya? "Tuhan menjawab, "Hanya satu hal.....,  



"DIA TERKADANG LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA"


9 Wanita Yang Patut Kita Contohi

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman buat u alls, dua tiga hari tak berkesempatan nak jalan-jalan rumah u alls, apa lagi nak tulis artikel, rindu sangat, tapi bukan kat u alls tau kat blog heeee...tak adalah tentulah rindu kat u alls, pembaca setia di Ilhamku Disini, tanpa u alls sepilah teratak buruk KY ni...

Oklah...u alls ada idola? tak kisahlah, dari kalangan artis ke, ulama ke, pakar motivasi ke atau ustaz, ustazah. KY lah kalau ditanya tentang idola ramai, tapi yang paling KY minat adalah Dato Dr Fadzilah Kamsah dan Ustazah Norabaiyah. Dan Ustazah Norbaiyah cakap, sebagai seorang wanita yang beragama Islam, ada 9 orang wanita yang harus kita contohi dan dijadikan idola dan nama mereka di mulakan dengan SITI, aaaa...bukan Siti Nurhaliza tauuu...tapi SITI-SITI ini..


1) Siti Khadijah 
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah 
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah 
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar 
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam 
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah 
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah 
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah 
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah 
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Itulah 9 SITI yang seharusnya kita jadikan idola, Adakah kita tergolong antara Siti-siti ini? Tepuk dada tanya iman. Sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

Kamu Hensem, Tetapi Gara-Gara Seutas....Kamu Ditolak


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan ku taburkan senyuman untuk semua, Alhamdulillah..hari ini sudah 5 hari kita berada di bulan Rejab, ingatkan hari ni nak kongsi resepi lagi, tapi tak apalah, esok-esok pun ok..hari ini KY nak cerita pada u alls satu cerita yang menyayat hati, pasti setelah membaca u all nak membantu lelaki ini. jangan kerutkan kening? atau biarkan mulut ternganga atau seangkatannya..jom kita mula menyelusuri kisah pemuda malang ini...


Al-kisahnya....Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi... Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya.

Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?" Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan?Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja.

Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawab pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?"

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawab,tapi nanti kalau saya jawab, kita pasti akan bersoal jawab mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."

Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isetri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanyanya lagi."Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya.Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya." katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?"Sambil berdiri orang tua tersebut menjawab dengan lantang, "Masalahnya....




SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAK MAMPU BELIIII..."

Wahai Kaum Isteri, Hiasilah Dirimu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan harapan KY semuanya sihat-sihat belaka, jangan lupa tau kalau nak kemana-mana bawa senyuman tu, kerana senyuman u alls manis sekali, penyejuk hati bagi yang melihatnya. Macam mana dengan formula yang kita bincangkan semalam, boleh kita amalkan sama-sama? Alhamdulillah...InsyaAllah kita daki sama-sama....

Ok..untuk kali ini, KY nak cakap tentang perempuan lagi, tapi ini lebih tertumpu pada mereka yang bergelar isteri. yang belum jadi isteri pun harus belajar dan ambil ikhtibar. kali ini KY nak sentuh tentang penampilan..pentingkan, penampilan isteri ni, agar tak de lah suami gi cari yang lain heeeee...(minta dijauhkan)



U alls kaum lelaki harus tahu, Isteri adalah penghibur kepada suami. Isteri yang menghias diri dan sentiasa kelihatan cantik adalah daya asas yang menjernihkan fikiran dan perasaan suami. Menghias diri bukanlah bermaksud dari segi luaran sahaja seperti bersolek, berpakaian cantik, tetapi apa yang penting (macam wonder pet pulakkan?) adalah menghias diri dengan akhlak yang mulia dan kesopanan yang tinggi.

Walaupun begitu, kita tak boleh lupa kecantikkan fizikal. Kebanyakkan wanita yang telah berkahwin terutamanya yang mempunyai anak sering kali menghadapi masalah dalam memberikan perhatian yang lebih dalam kecantikan fizikal. Jika yang berkerja, bertambah lagi tanggungjawab di pejabat dan di rumah, serta anak-anak yang semakin lasak, sering kali dijadikan punca masalah dan alasan kebanyakkan isteri tidak menguruskan diri dengan baik.

Kerja-kerja di rumah memang tak pernah habis, namun itu bukan alasannya. Ada juga sesetengah isteri yang berhias sungguh cantik untuk ke tempat kerja, tetapi apabila berada di rumah Allah....keadaannya berubah. Wahai kaum hawa....u alls harus tahu, isteri atau ibu diibaratkan 'Bunga dan Cahaya' yang menghiasi sesebuah keluarga. Jangan biarkan bunga dan cahaya itu menjadi layu dan hambar. Oleh itu penting bagi isteri atau ibu memastikan dirinya sentiasa 'Indah dan Bermaya'.

Itulah dia, serba sedikit kenyataan yang harus kita ambil berat, abang-abang dan adik-adik lelaki diluar sana tu, yang dah berumahtangga, selalulah ingatkan isteri, puji isteri (tapi jangan lebih2 tau)..aaaaa...tapi si suami juga kenalah jaga juga penampilan, asyik isteri je, haaaa..tengok tu suami-suami, gi mana-mana asyik bawa perut je ke sana ke mari heheheeee....apa-apa pun lakukan yang terbaik untuk rumahtangga yang dibina ok? InsyaAllah..

Mahu Berjaya? Ikuti Formula-Formula Ini

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan kemaaf dipinta pada sahabat kerana tak berkesempatan berziarah ke rumah-rumah u alls..alaaa...alasan biasa sibuk haaaaa..InsyaAllah, nantikan kunjungan KY ok ?  setiap manusia yang ada di bumi ini, mahukan kejayaankan? kejayaan dunia dan akhirat. dan untuk mendapatkan kejayaan itu bukan mudah, ianya perlu usaha, keyakinan dan kepercayaan pada diri. dan disini KY ada formula untuk kita sama-sama mengapai kejayaan dalam hidup, dan KY berharap kita boleh mengikutinya satu persatu...jom lihat formula itu...


1) Formula untuk mendapat kemuliaan adalah taat kepada Allah dan RasulNYA.

2) Formula untuk mendapat rezeki adalah berusaha disertai istigfar dan ketakwaan.

3) Formula untuk mendapat syurga adalah tauhid.

4) Formula untuk mendapat iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan makhluk-makhlukNYA.

5) Formula untuk mendapat kebaikkan adalah kejujuran.

6) Formula untuk mendapat hati yang hidup adalah merenungkan Al-Quran, berdoa pada waktu malam dan      meninggalkan perbuatan dosa.

7) Formula untuk mendapat ilmu pengetahuan adalah bertanya dan menyemak dengan baik.

8) Formula untuk mendapat pertolongan dan keberhasilan adalah sabar.

9) Formula untuk mendapat kebahagiaan adalah takwa.

10) Formula utnuk mendapat bertambahnya (nikmat) adalah bersyukur.

11) Formula untuk mendapat perasaan rindu kepada akhirat adalah menjaga jarak (zuhud) dengan dunia.

12) Formula untuk mendapat kemakbulan harapan dan permintaan adalah berdoa.

Jika kita berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga, tetapi belajarlah mendaki tangga itu...
Ya Allah..berikanlah kami rahmat kasih sayang dari sisiMU..aamiin.

Dia Ibuku, Jasamu Tidak Ku Lupa

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan Alhamdulillah...dapat lagi kita bersua dan bermanja disini...terima kasih Ya Allah..esok  hari ibukan? (12 May), kebetullan pulak hari minggu, mesti banyak masa terluang, eemmm...bolehlah bawa ibu jalan-jalan, pergi makan-makan, shopping, mana lagi? mana-manalah, tentu ibu suka, ok...sempena hari ibu KY nak ucapkan SELAMAT HARI IBU pada semua ibu di seluruh dunia....dan dengarlah kisahku ini..


Dengarlah sebuah kisahku ini,
Ibu yang tabah kasihnya abadi,
Demi anaknya berkorban diri,
Kasihnya IBU membawa ke mati.

 DIA IBU...
Yang dihatinya penuh sejuta rindu…
Sentiasa kesunyian dalam kesamaran waktu,
Memikirkan permata hati yang sentiasa dalam pelukan kalbu .

DIA IBU...
Berpenat lelah malam dan siang,
Sanggup bersusah payah membanting tulang,
Hatinya terasa lapang andai si anak cemerlang.

DIA IBU...Yang,
Keseorangan dalam meniti usia,
Punyai anak yang jauh dari mata,
Namun tak henti berdoa buat kesejahteraan anak tercinta.

DIA IBU...Yang Setia,
Tidak pernah mengharap wang yang berjuta,
Bukan juga meminta balasan pengorbanannya,
Tapi biarlah si anak sudi menjaga dihari tuanya.

Wahai Ibuku...
Kerana dirimu banyak berjasa,
Kukenang dirimu setiap masa,
Walaupun dimana aku berada,
Jasamu IBU tidak ku lupa...
Al-Fatihah buat ibuku tersayang

Jom sambil membaca kita dengar lagu pilihan


Resepi Kuih Bunga Durian

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa habaq...harap semuanya sihat noo..heeee, hari ni dah masuk 9 May 2013 dan yang kita tahu dalam bulan ni ada dua perkara istimewa yang akan kita sambut iaitu Hari Ibu dan Hari Guru. U alls dah stand-by hadiah untuk Ibu, eeemmm...mesti specialkan? dan nanti 15 May, penuhlah kat kedai Rm2 heeee..

Eeemmmm...pagi semalam, KY cuba merajinkan diri kemas kat dapur, dan KY terjumpa acuan kuih bunga durian, ada yang panggil kuih goyang, goyangnya mungkin boleh mengalahkan goyang Inul hihihi...lalu hati KY terpanggil untuk membuat kuih itu, dan waktu petangnya bermulalah operasi pembikinan kuih....dan inilah hasilnya......
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Maaflah kalau tak cantik, tapi u alls jangan pandang luarannya saja tau, sebab rasanya eeeemmmm....muahhhh..heheee, perasannya, memanglah penat tau KY buat lenguh habis kaki tangan, malam siap kena mengurut lagi nak tidur, kuih ni, bahan nak buatnya sikit je tapi sangat rumit untuk menyiapkan. betul betul perlukan kecekalan dan semangat hahaaaa...oklah...banyak pulak membebel, ambillah resepinya...


Bahan-bahan
300gm tepung beras
400ml santan
170gm gula
sedikit air (jika diperlukan)
1 biji telur
sedikit garam

Cara Membuatnya
Campur semua bahan dan kacau hingga semuanya sebati dan setelah itu tapis adunan, agar tidak ada yang berketul. panaskan kuali dan masak...

Aaaaa...senangkan? seperti yang KY cakappp... senang je tapi nak menyiapkannya tu....uuuuu...semalam dah beri santapan rohani apa salahnya sesekali beri santapan jasmani pulakkan? jangan lupa buat tau dan jangan pulak ambil resepinya dan simpan sesimpan simpannya....huuhu..

Inilah Cinta Allah Kepada Kita


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wahai sahabat-sahabatku, Alhamdulillah, dapat bertemu dan bersantai lagi kita di sini. rasanya kali ini KY nak kongsi sesuatu yang menarik buat kita semua, tentang cinta. manusia mana boleh lari dari cintakan? tapi ini cinta yang berbeza, bukan tentang cinta kita tapi tentang cinta Allah kepada kita. KY terbaca artikel ini dalam satu majalah Islam dan membuatkan hati ini cukup terasa, dan berfikir layakkah aku menerima cinta Allah?


Tapi persoalannya, Kenapa Kita Perlu Cintakan Allah? jawapan yang paling mudah untuk kita fahami adalah kerana Allah yang paling mencintai kita. Allah mencintai kita lebih dari sesiapa pun yang pernah mencintai, atau sedang mencintai atau bakal mencintai kita. sesiapa pun yang mencintai kita itu hakikatnya Allah yang menjadikannya dan Allah jua yang menitipkan rasa cinta di dalam hatinya.

Setiap hari kita memerlukan Allah untuk hidup dan menikmati kehidupan, bersumberkan segala nikmat dan rahmat yang diberikanNYA. Kenapa kita cintakan seseorang? mungkin kerana cantik, baik atau banyak budinya terhadap kita. Tapi kalaulah cinta kita itu kerana budi dan jasanya, maka yang paling banyak berbudi dan berjasa kepada kita adalah Allah swt kan? begitu banyak nikmat dariNYA buat kita, sehingga tidak terhitung. Allah mengurniakan nikmatnya bukan sekali sekala, tetapi setiap masa dan sentiasa.

Dan jikalah cinta kita kepada seseorang kerana kecantikan dan keindahan, maka Allah jualah yang Maha Indah dan Maha Cantik. Allah indah pada sifat, nama dan perbuatannya, itu yang kita sentiasa pelajari dan diajarikan?

Kalau u alls nak tahu, sebenarnya hati setiap manusia, secara fitrahnyalah, mencintai dan merindui Allah (tepuk dada tanyalah hati kecil kalian). Ingatlah KY dan sahabat semua, Allah itulah kekasih sejati dan kecintaan yang wajar. Kenapa dikatakan begitu? dan benarkah begitu? Apa kata kita fikir dan renungkan bersama...

Satu Kisah Yang Terjadi Di Hari Mengundi

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, walaupun pilihanraya sudah berlalu dan keputusannya pun dah kita ketahui, namun masih ada suara-suara sumbang berbunyi, seperti biasalah kata orang "rumah dah siapa tapi pahat masih je berbunyi" KY pun nak cerita satu kita yang berlaku masa pilihanraya baru-baru ni. ceritanya begini..

Pada hari pilihanraya, jalan menjadi sesek dengan kenderaan, orang berjalan kaki dan tak kalah juga bunyi hon kenderaan. pun pon pun ponnnn...bingit telinga..tapi nak buat macam mana, hari kebebasan...dan di luar kawasan mengundi, pastilah ada post parti masing-masing..post pun tak banyak cuma ada dua hijau dan biru. dan dibawah bumbung berwarna tutt....bermulalah cerita ini...

Beberapa orang warga emas kelihatan berjalan di bawah mentari yang agak-agak terik, mungkin kerana kepenatan berjalan, sebelum memasuki kawasan pengundian, mereka berhenti rehat sambil mengecek nama mereka, nak tahu saluran mana yang mereka patut pergi....dan di situ terdapat beberapa orang ahli parti yang menjaga post, lalu salah seorang pembantu disitu bertanya warga emas, "pak cik pilih mana? biru ke hijau?


Dengan bangganya pakcik itu menjawab,

pakcik:  kami dari dulu hingga sekarang tak pernah pilih yang lain selain tuttt.....

gadis:  pakcik sempat tak waktu Malaysia dijajah dahulu?

pakcik:  sempat, waktu itu pakcik juga seorang pejuang, pakcik berjuang bersama orang-orang melayu yang lain, menentang British untuk mendapatkan kemerdekaan.

gadis:  pakcik bangga tak waktu menjadi pejuang hingga mampu mendapatkan kemerdekaan?

pakcik: bangga sangat-sangat

gadis: tapi kenapa sekarang pakcik menyokong orang-orang yang mahu merosakkan keamanan yang ada di negara kita?

pakcik: pakcik tak sokong mereka, yang sebenarnya pakcik tak suka warna tuttt.... sebab warna kegemaran pakcik tutt....sebab tulah pakcik X tutt..

gadis: oooo...macam tu pulak, tapi kerana X pakcik tu, membuatkan mereka menang,
macam ni lah, saya sarankan pakcik, dulu waktu kecik-kecik mak saya selalu pesan kalau kita tak suka sesuatu kita buang atau kita X dia..jadi kalau pakcik tak suka warna tutt... pakcik X je lah..tak susah pun..

pakcik: eeemmmm....betul jugak tu, ok..lah jom kawan-kawan kita X tuttt.....hahaaaa...

P/S: cerita ini hanya rekaan semata-mata, tak ada kene mengena dengan yang hidup atau yg telah tiada..just kiding..hehehee

Diam Menutup Satu Pintu Serangan Syaitan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, apa khabar rakan-rakan KY, Alhamdulillah..semoga kita sentiasa dibawah ke redhaanNYA. selesai sudah PRU13, dan harap-harap tak adalah suara sumbang lagi, bergaduh sesama sendirikan?


Kalian jenis yang banyak cakap?
Kalian pandai atau petah berbicara?
KY juga kadang-kadang memang suka bercakap, kadang-kadang susah juga nak diam, nauzubillah....kalian pernah terfikir tak tentang satu perkataan? DIAM?
KY pernah dengar orang bercakap, katanya kalau kita praktikkan diam ini dalam kehidupan kita ianya akan menjadikan hati kita tenang dan kehidupan lebih terasa lancar dan ringan, betul ke?

Eeeeemmmm....kalau kita fikir balik, manusia ini mesti berbicara setiap masakan? dan bicara manusia itu terbahagi  kepada dua, yang pertama, bicara yang baik yang akan membawa keselamatan dan kebaikkan kepada manusia, dan kedua, bicara yang tidak baik, iaitu bicara yang tidak mengikut adab dan tatasusila. Bicara beginilah yang akan dibenci oleh manusia lain dan tidak disenangi oleh masyarakat. betulkan?

Seperti kata pujangga yang sangat popular, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" dan satu lagi, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? kita yang binasa" kalau kita fahami maksud kata-kata diatas, itu memberi makna bicara ini memberi impak besar dalam kehidupan harian kita.

Sebab itulah, bagi mereka yang beriman, lidah tidak boleh digunakan untuk berbicara sesuautu yang sia-sia, tetapi digunakan untuk mengeluarkan kata-kata nasihat dan bermanfaat. Bukannya kita disuruh diam sepanjang masa, cakaplah kalau ada perkara penting. tapi sesekali nak berguarau senda pun tak salah, tapi jaga kata-kata agar tidak menyakitkan hati orang lain.

Dan satu lagi, kalau kita berdiam jangan pula sampai hati kita juga diam, diam di luar dan banyakkan berbicara di dalam dengan berzikir, menyebut kalimah Allah, itu akan memberikan ketenangan hati. Nah..yang penting dengan cara ini, kita mampu menutup salah satu pintu syaitan kepada kita dan dapat mengurangkan dosa-dosa kita. InsyaAllah...

Jadi apa lagi? jom kita peruntukkan masa kita berdiam diri, dan pastikan ada manfaat yang dapat kita raih untuk kehidupan yang lebih bahagian dan diberkati..waallhhualam..

Dulu Aku Lemah


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, sebelumnya KY minta maaf, sebab tak sempat nak singgah blog u alls, ala biasalah time cuti ni, banyak pulak kenduri kawin sana sini, orang tengah sibuk nak mengundi, ada sesetengah sibuk uruskan majlis perkahwinan, nasiblah yang bertembung tarikh dengan PRU...InsyaAllah...nanti petang boleh jalan-jalan kat blog u alls dan sebelum KY tulis panjang-panjang KY nak mengucapkan pada warga Malaysia, SELAMAT MENGUNDI, buatlah pilihan yang tepat untuk kita, keluarga dan negara.


Berkenaan tajuk Dulu Aku Lemah, bukan saja KY tapi kamu, kamu dan kamu serta kita, kita dilahirkan dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa. Tiada pakaian, tiada wang, tiada kekuatan untuk menjaga diri sendiri, tidak mampu berjalan, hanya menangis, itulah bahasa yang kita tahu.

Orang pula terpaksa meneka mengapa kita menangis, adakah kita sakit atau lapar. Begitulah lemahnya kita. Pun begitu, lama-kelamaan kita mempunyai kekuatan sendiri. Mampu berjalan, bercakap, ketawa, berdikari dan berbagailah. Kita membesar dan kita mempunyai pelajaran, kewangan, kuasa, pangkat dan sebagainya.

Namun, masih ada di sana orang yang semakin lupa asal usul diri mereka. Dari asalnya yang lemah mereka berani melawan peraturan yang menciptanya, Tuhan Yang Maha Perkasa. Mereka tidak solat, tidak menunaikan zakat, menjadi anak derhaka, terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial yang negetif dan sebagainya.

Nampaknya sesetengah antara kita begitu mudah lupa asal usul kita,
Mengapa Harus Begitu??

Dengarlah Nasihat Wanita Yang Bijaksana


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, Alhamdulillah..kita masih di pertemukan Allah di hari Jumaat yang kesekian kalinya. Nasihat ini khas buat kaum hawa yang bergelar isteri. Nasihat wanita yang bijak mana yang harus kita dengar? baca apa yang KY tulis seterusnya..


Seorang ibu memberi nasihat kepada anak perempuannya yang baru diijabkabulkan, dalam keadaan menangis tapi tersenyum, 

"Wahai anakku, engkau sedang menghadapi hidup baru, hidup yang di dalamnya tiada tempat untuk bapa dan ibumu, begitu juga untuk saudara-saudaramu. Di dunia ini engkau akan menjadi rakan kongsi bagi suamimu. Suamimu tidak akan rela ada orang lain yang ikut campur dalam urusan kamu berdua, termasuk orang yang hampir atau kerabatmu."

" Anakku, jadilah seorang isteri sekaligus seorang ibu bagi suamimu. Buatlah dia merasa bahawa engkau adalah segala-gala dalam hidupnya. Ingatlah bahawa seorang lelaki tidak ubah seperti kanak-kanak yang senang jika dimanjakan. Jangan engkau membuat dia merasa bahawa bernikah denganmu menjadikan kamu terpisah dari keluarga dan ibu bapamu. perasaan yang sama juga dirasainya. Dia telah meninggalkan rumah ibu bapa dan keluarganya demi kamu. Bagaimanapun, perbezaan antara kamu dan dia adalah perbezaan antara lelaki dan perempuan."

"Anakku, setiap perempuan akan merindui kepada keluarga dan rumah di mana dia di lahirkan, membesar dan belajar di dalamnya. Tetapi kamu perlu membuasakan diri hidup dalam suasana baru. Kamu perlu menyesuaikan diri dengan seorang lelaki yang telah menjadi suaminya yang sah, sebagai pelindung dan ayah pada anak-anaknya. Inilah duniamu yan baru anakku."

"Anakku, inilah masa kini dan masa depanmu. Inilah keluargamu yang kamu bina berdua. Aku tidak menyuruh kamu, melupakan ibu, bapa dan saudaramu, kerana mereka tidak akan melupakanmu. Lagi pula, mana mungkin seorang ibu melupakan buah hatinya? Bagaimanapun, aku minta padamu, cintailah suamimu, hidup dan bahagialah bersamanya."

Itulah nasihat yang sangat bermakna dari seorang wanita yang bijaksana yang bergelar IBU. itulah ibu, sentiasa memikirkan kebahagiaan anaknya walau dalam keadaan apa sekalipun, hargailah dia, hargailah pengorbanannya dan doakan keselamatannya sentiasa dan jadikan diri kita wanita yang paling bahagia. aamiin...

(dipetik dari buku motivasi)

Semaikan Dalam Diri Akhlak Mulia, Kerana Ia Jambatan Ke Syurga


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..masih ada yang bercuti? ehehhhh...jangan cuti banyak-banyak, rugi, simpan cuti untuk raya nanti huhuh....kalian berakhlak mulia? untung ke kita berakhlak mulia? persoalan yang kadang-kadang kita pandang ringan. KY ni bukalah baik sangat tapi seingat KY belum pernah menyakiti hati dan perasaan orang lain, atau mungkin ada tanpa KY sedari. kalau u alls nak tahu KY ni jenis periang, banyak cakap sikit dan kalaulah masuk raja lawak rasa boleh jadi juara heeee...

Ok..kat sini KY nak kupas sikit tentang Akhlak dan nak beritahu u alls betapa beruntungnya manusia yang berakhlak mulia ini. Dalam ajaran Islam kita, berakhlak mulia adalah asas terpenting untuk membina peribadi dan suri teladan buat umat Islam yang tiada tandingannya adalah Nabi Muhammad saw.


Kita bangga punya rupa paras yang cantik, beriman, itu sebenarnya belum mencukupi untuk menjamin kita ke syurga Allah kalau akhlak kita kurang kerana Nabi pernah berpesan,

"Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling sempurna akhlaknya"

Nah gitu, cuba fikit-fikir balik rugi tak kita berakhlak mulia? tidakkan? kerana berakhlak mulia adalah sumber kebahagiaan dunia dan akhirat. dan kalau u alls nak tahu akhlak ini adalah salah satu jambatan untuk kita ke syurga Allah dan harus diingat berakhlak mulia ini bukan hanya pada keimanan sahaja tapi melingkungi aspek kepimpinan, kemuliaan, perbuatan, sikap dan berbagai yang berkaitan. Jadiii....ayuh kita pupuk akhlak mulia dalam diri kita dan jadilah teladan buat orang lain apa lagi anak-anak yang bakal membesar. Waallahualam...


Join disini untuk dapatkan trafik ke blog anda

Ini Je Yang Mampu Di Buat(2)


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, macam mana dengan cuti kalian, happy? eeemmm...time time cuti ramailah kat rumahkan?  ibu-ibu kat rumah tu bercuti tak dari masak hari ni, alaa..ingatkan time cuti boleh juga cuti memasakkan, rupanya tak juga, makin suruh masak sedap-sedap adalahkan?, nak buat macam mana tanggungjawab, kenalah buat....tapi KY kat rumah tak ada orang, abang ke turun KL, tinggallah KY dengan si kecil ni..tapi teringin pula nak makan ni....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

maka jadilah Nasi Ayam, maaflah lupa nak letak sup kat situ heeee
v
v
v
v
v
v
v

dan pembasuh mulut Bubur Kacang


EEmmm....sedap tak?, mesti sedapkan, kalau tengok saja, heheee kalau rasa apalah rasanya huuhu...sorrylah hari ni tak ada entri yang best, ini je yang mampu dikongsikan. selamat bercitu dan jemputlah makan kalau mahu..

Entri berkaitan:
Ini Je Yang Mampu Di Buat