Apabila Kerajinan Melanda, Inilah Jadinya


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, hari-hari khamis macam ni u alls buat apa ni. yang tengah bekerja tu kerja rajin-rajin, jangan malas-malas, nanti report kat bos hihihi...tak ada apa yang penting sangat nak cerita hari ni, tapi nak jugak update blog. maklumlah banyak masa hihih...

Semalam oleh sebab banyak masa, KY rajinkan diri untuk ke dapur. dapur yang paling cantik yang KY punya  heee..maklumlah dapur sendiri mestilah cantikkan? KY ni tak lah pandai sangat bab-bab memasak tapi bolehlah dari tak pandai langsung kan? U alls nak tau tak apa yang KY masak


Tadaaa...Apam Pelangi Kukus, tapi sebab tak ada pewarna lain, jadi pelanginya satu saja haaaa...gebu tak? gebulah macam KY heeee...ok lah..melalut dah KY ni..jumpa lagi lah nanti, jemput makan semua yee...

Bicara Santai: Jom Ke Cameron Hinglands Bersama KY


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa khabar semua. Kali ini KY nak ajak u alls jalan-jalan makan angin dengan KY nak? kita pergi ke Cameron Highlands. Sebenarnya KY dah pergi minggu yang lepas tu, tapi tak sempat lagi nak kongsi dengan u alls. Hari ini baru ada masa nak update gambar....antara semua siapa yang dah pergi ke sana? bagitahu sikit. 

Sebelum ini KY selalu juga dengar orang selalu cakap, I pergi Cameron, terfikir juga KY apa yang ada kat sana, dan bila dah pergi, KY tengok tak ada apalah yang menarik juga, yang ada semuanya stawberry heee...tapi yang bestnya pergi sana, cuacanya sejuk sangat, rasa macam duduk kat overseas je...air kat situ, betul-betul ais batu...kalaulah tinggal kat situ 1 minggu, entah mandi entah tidak haaaaa..oklah..jom kita jalan-jalan...ke Taman Kuktus dulu...

ini yang kecik-kecik je, ada besar pun ada, sebesar kita..

Ini pulak pokok tomato. buahnya banyak sangat, tempat sejuk memang sesuai dengan tanaman. Buahnya berkilat segar gitu..

yang ini pokok srawberry, tapi kecik lagi, tak ada buah..

pokok bunga kat sini, cantik sangat, warnanya memang memukau..geram betul tengok, nak beli susah nak buat balik..jadi bawa balik gambar je lah

itu kuktus yang sederhana besar..eh eh ehhh...ada orang interframe lah...hihi

ini?? eemmm..semua kenal ni, KY rasa rabbit ni kepunyaan pemilik taman, besar sangat, KY belum pernah lihat lagi sebesar ini, yang paling comel lagi, pandai, masa KY nak ambil gambar, dia tengok je..hihii..kiutlah..

dan yang terakhir, jom shopping dengan KY, banyak baju cantik-cantik, kelabu mata pulak di buatnya..belang tak mau  tak mau, kena juga 2 3 helai...heeee

Ok lah...samapai sini saja jalan-jalan kita, sapa yang belum pergi tu, pergilah...siapa yang dah pergi, jangan pergi lagi lain kali heeee...

Nak tahu? Keajaiban Yang Berlaku Di Peperangan Gaza


بسم الله الرحمن الرحي

Kali ini KY nak kongsikan cerita yang berlaku di Gaza..Ada teman KY di fb, tagkan pada KY kisah ini, dan KY rasa ini patut dikongsi supaya menjadi ikhtibar pada kita dan mengetahui kebesaran Allah swt. Seribu kemaafan seandainya ini adalah kesilapan...

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza.


Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah BENAR yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

#ALLAH BERSAMA KITA...
DOA JGN PERNAH BERHENTII...SAYA BUKAN ORG MALAYSIA,SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG MEREKA...WALAUPUN DENGAN DOA.

Srikandi Islam: Maryam, Namanya Tercatat Di Dalam Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa khabar semua...Alhamdulillah. Ok..kali ini KY nak cerita serba sedikit tentang serikandi Islam. Dari pengetahuan kita ramai kan serikandi Islam ni..dan untuk kali ini KY nak cerita tentang Maryam. Siapa Maryam? Beliau adalah ibu kepada Nabi Isa a.s.


Istimewanya Maryam.
Antara seluruh wanita yan diciptakan oleh Allah di dunia ini, hanya Maryam saja yang diletakkan namanya sebagai salah satu surah dalam al-Quran. ye kan? U alls tahu, ini maknanya Maryam bukanlah calang-calang wanita. Maryam adalah hamba Allah yang solehah.

Keistimewaan Maryam bermula sejak beliau berada dalam perut ibunya lagi. Ketika mengandungkan Maryam, ibunya bernazar kepada Allah bahawa dia mahu anak yang bakal dilahirkan itu menjadi ahli ibadah.  Setelah lahir Maryam dijaga oleh bapa saudaranya, Nabi Zakaria a.s. Maryam membesar dengan mengabdikan diri sepenuhnya di rumah Allah dan ketika Maryam beribadah beliau menerima hidangan istimewa dari syurga. MasyaAllah...bertuahnya Maryam kan?

Dikurniakan Anak.
Suatu ketika, sedang Maryam beribadah, Malaikat Jibril datang kepadanya. Jibril menyampaikan kepada Maryam bahawa Allah swt ingin mengurniakan seorang anak kepada beliau. Maryam terkejut dan hairan.    "Bagaimana aku boleh melahirkan seorang anak sedangkan aku tidak berkahwin?" Tanya Maryam.
Jibril menjelaskan perkara itu mudah bagi Allah. Sebagaimana Allah menciptakan Nabi Adam a.s tanpa proses ibu bapa begitu juga Allah ingin menciptakan Nabi Isa a.s iaitu Putera Maryam. 

Maryam akur dengan perancangan Allah swt walaupun beliau bakal menerima cercaan dari masyarakat. Apabila anak kecil itu keluar, dia berkata kepada ibunya, Nabi Isa kan boleh bercakap waktu dia masih kecilkan? masa sekolah pun belajar ni..dah lupa yeee...kalau u alls nak tahu apa yang Nabi Isa a.s pesan kat ibunya..tengok surah Maryam ayat 24 hingga 26...

Isa Seorang Nabi.
Apabila Maryam pulang bersama anak kecilnya, beliau menerima cacian daripada masyarakat. Mereka mengatakan Maryam wanita yang tidak suci. Namun memikirkan pesanan bayinya, Maryam mendiamkan diri. Dengan kuasa Allah, bayi Maryam menjelaskan kedudukan ibunya kepada masyarakat Bani Israel seperti yang tercatat dalam surah Maryam... u alls kena cek balik surah Maryam ayat 27 hingga 33...

Itulah serba sedikit tentan Maryam, Ibu kepada Nabi Isa a.s dan apa yang berlaku dalam  hidup Maryam adalah bukti kebesaran Allah swt. Dan beliau adalah salah seorang wanita yang telah dijanjikan syurga oleh Allah swt. Ok..setakat itu saja yang mampu KY catatkan..kalau ada penambahan..u alls tambahlah...mungkin ada yang tertinggal ni..ok? wallahualam...

Maksud ayat 24 hingga 26
" Tidak, janganlah kamu bersedih, sesungguhnya pemelihara kamu mengadakan dibawah kamu sebuah anak sungai. Goyangkanlah kepada kamu batang kurma, ia akanmenjatuhkan kapada kamu kurma yang segar dan masak. Maka makan dan minumlah dan bergembiralah. Dan jika kamu lihat seseorang manusia, katakanlah, "aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa dan pada hari ini aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun."

Maksud ayat 27 hingga 33
"Sesungguhnya aku hamba Allah, Dia memberi aku al-kitab dan menjadikan aku seorang Nabi."
" Dia membuat aku diberkati dimana sahaja aku berada, dan Dia mewasiatkan aku supaya bersolat dan berzakat selama aku hidup."
"Dan taat kepada ibuku, dan Dia tidak membuat aku sombong, sengsara. Kesejahteraan ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati dan hari aku dibangkitkan hidup"

Bicara Santai: Soalan untuk anda, Mesti Jawab

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa khabar u alls. suspen tak tajuk tu, tapi jangan penik, jangan penik...soalan biasa-biasa je..u alls ni susah tak bangun pagi? ala..mengaku je lah..kalau susah. KY kan, dulu ada juga sikap susah bangun pagi, nak-nak time subuh...nauzubillah...tetapi Alhamdulillah...sudah lama tinggalkan sikap mazmumah tu...


Tapi u alls sabar dulu, itu baru soalan pertama...ok..u alls ni ada sikap malas tak? aaa...jangan kata u alls semua ni..rajin-rajin belaka...bohong tuuu...sikap ni pun KY ada jugak, sampai sekarang pun masih ada, dah cuba kikis, tapi dia tak nak pergi..sentiasa melekat dengan KY...nak buat macam mana ye?? nak tahu KY malas buat apa? Lipat baju (kemas baju). kalau boleh semua baju nak gantung kat hanger...u alls pun malas lipat baju??

Dalam hidup kitakan, pasti ada yang kita suka dan tidak? kalau cakap pasal suka ni, susah juga nak cakap, sebab banyak benda yang disukai..tapi..aahhh..tak apalah kita cakap pasal benda yang kita tidak suka. banyak juga..tapi satu benda ni memang KY tak suka dan tak suka..u alls nak tahu? tapi perempuan biasa suka benda ni..cuba teka cuba teka...salah..benda tu adalah barang kemas. pada KY benda ni merimaskan kalau dipakai...ada diantara sahabat KY disini yang tak suka barang kemas???

U alls ni hari-hari tengok tv, cerita apa yang u alls suka, cerita cinta? cerita sedih? cerita hantu? cerita aksi? Mistik? atau apa? KY kan, kalau cakap pasal cerita kesukaan, ooo...memang tak ada cerita lain. nak tahu tak... nak tahu takk..rasanya ramai yang suka tengok cerita ni...ceritanya adalahhh...jeng jengggg...Merlin dan Detective conan. tak kan miss cerita ni....U alls suka cerita apa?

Banyak pulak soalannya..ok..soalan terakhir dan tanpa sebarang huraian, soalan cepu emas ni..hihihh...soalannya adalah...BAGAIMANA CARA ANDA TIDUR? Pilih posisi anda di sini...hihihi
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Lagu Pilihan: Junjungan Mulia

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa khabar sahabat semua. Sempena Maulidur Rasul ini , KY nak kongsi sebuah lagu yang tak akan pernah luput dalam ingatan. Lagu ni, dah berzaman, tapi masih segar dan akan sentiasa segar. Tak puas dengarrrr....Sebelum ni kan.. KY dah kongsikan tentang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rabiulawal...siapa yang belum baca, baca disini...jadi apa kata kita santaikan minda dan dengar lagu pulak..


Bagi rakyat Malaysia lagu ini dah tak asing lagi, tapi bagi sahabat KY dari seberang, mungkin ini pertama kali dengar....jadi dengar betul-betul tauuu...oklah..tak perlu cakap banyak..jom kita nyanyi sama-sama...


Junjungan Mulia-Al Mizan

(korus)
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul’awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

(Ulang Korus)

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

(Ulang Korus)

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

(Ulang Korus)




Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434 H, dan mari sama-sama kita berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw.

Nak Tahu? Rabiulawal Bulan Kebesaran Nabi Muhammad SAW

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamulaikum dan apa khabar semua. Pada 13/1/2013 yang lepas kita telah masuk bulan baru iaitu bulan ke 3 dalam kelendar Islam, bulan apa tu? Bulan Rabiulawal. Bulan ini juga bulan yang istimewa kerana telah berlaku satu peristiwa besar yang akan diingati oleh kita terutama umat Islam. iaitu kelahiran Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Pada 24/1/2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434 bercutilah kita hehehe...cuti je ingat.

Untuk kali ini KY nak kongsi bersama sebagai ingatan pada diri KY juga tentang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada bulan Rabiulawal. Banyak sebenarnya..pertama kita perlu tahu pengertian Rabiulawal. Rabiulawal bermaksud bulan bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaan di tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal, pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah, kerana itulah nama bulan ini diambil sempena musim itu. Setelah kedatangan Islam Rasulullah saw mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Ok..sekarang kita selami sama-sama tentang peristiwa penting pulak..

1) Kelahiran Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw pada 12 Rabiulawal, tahun gajah bersamaan 23 April 571 Masihi.

2) Perlantikan Nabi Muhammad saw sebagai Rasul. Ketika itu Nabi saw berusia 40 tahun. Dan dengan itu bermulalah dakwah Baginda secara rasmi di Mekah al-Mukarramah.

3) Rasulullah saw sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dalam peristiwa hijrah. Baginda seterusnya tiba di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal. Pada hari itu buat pertama kalinya dalam sejarah Islam, Baginda dan para sahabat menunaikan solat jumaat.

4) Beberapa peperangan diantara tentera Islam dan tentera Kuffar, iaitu:
    @Peperangan Safwan iaitu peperengan Badar pertama
    @ Peperangan Bawat
    @ Peperangan Zi Amar(Ghatfan)

5) Nabi Muammad saw wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 7 Jun 632 Masihi. Baginda wafat di rumah isterinya Sayidatina Aisyah r.a dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6) Sayidina Abu Bakar as-Siddiq menjadi khalifah Islam yang pertama pada hari Rasulullah saw wafat.

7) Pembukaan Iraq. Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid r.a telah memasuki Iraq pada zaman Sayidina Abu Bakar r.a.

8) Pembukaan Baitul Muqaddis. Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 Hijrah.

Itu je peristiwa yang KY mampu catat, check balik ye seandainya ada yang salah tolong betulkan, takut-takut apa yang ada dalam simpanan KY tak lengkap.

Dan setiap tahun kita tidak pernah ketinggalan dalam menyambut hari istimewa ini iaitu Maulidur Rasul. Kenapa kita sambut hari ini setiap tahun? Sudah tentulah untuk mengingati Nabi Muhammad saw. Kita mahu mengenang, menghargai dan mengambil ikhtibar daripada kisah suka duka perjuangan Baginda saw. Dengan mengingati Baginda saw, mudah-mudahan bertambah subur kasih sayang kita terhadap Baginda saw.

Apabila kita bertambah kasih kepada Rasulullah saw, kita akan lebih bersungguh-sungguh mengamalkan sunnah Baginda. Marilah sama-sama kita perbanyakkan selawat. Dengan itu mudah-mudahan Allah akan kasih kepada kita kerana mengasihi manusia yang paling Allah kasihi...wallahualam..



SALAM MAULIDUR RASUL 1434

Nak Tahu? Al-Quran Terbesar Di Dunia

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa khabar semua. U alls pasti suka membaca kan? tak kisahlah baca apa pun, buku cerita ke, magazine ke, kalau remaja suka sangat baca novelkan? KY dulu pun macam tu juga..tapi yang satu ini boleh kita katakan sebuah buku, namun nilainya sangat berharga, peninggalan junjungan mulia kita untuk kita pelajari tentang Islam dan mengetahui tentang kehebat Allah swt, iaitu Al-Quran. KY tahu semua orang dah pernah melihat gambar dan mengetahui tentang kewujudan Al-Quran terbesar kan?

Ok..kali ini KY nak ajak u alls mengetahui serba sedikit tentang Al-quran terbesar ini, sedikit fakta yang KY cari, harap-harap masih ada yang sudi membaca dan mengetahui apa yang masih tidak di ketahui hehehe..jom..


1) Sebuah kitab suci Al-Quran yang dikatakan terbesar di dunia telah berjaya dihasilkan di ibu kota Afghanistan, Kabul. 

2) Penulis khat Mohammed Sabeer Khedri Hussani, 52 tahun dan 9 pelatihnya bertungkus lumus bekerja selama 18 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mencipta karya agung itu.

3) Kitab suci al-Quran ini seberat 1,102 paun.

4) Ia mempunyai 218 muka surat kain serta kertas yang terikat di dalam penutup kulit yang diperbuat daripada 21 ekor kambing.

5) Kitab suci yang berukuran lebih daripada 7 kaki panjang dan 5 kaki lebar ini telah diperakui sebagai al-Quran terbesar di dunia oleh Kementerian Haji dan Hal Ehwal Agama Afghanistan.

Ok..itulah sedikit fakta tentang al-Quran terbesar ini. Kalau kita punya banyak waktu untuk membaca magazine, novel, tak kan kita tak punya masa untuk membaca al-quran kan? cukuplah sekadar satu hari, cuma satu muka surat, tapi lebih baik kalau lebih dari itu. InsyaAllah...

Persoalan Basi-kah Ini?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, pejam jelik pejam jelik dah nak masuk setenggah bulan Januari kita lalui dalam tahun baru 2013 ini. Kerana masalah yang melanda KY tak sempat nak ucapkan Selamat Tahun Baru pada sahabat-sahabat. Jadi kali ini KY nak ambil kesempatan untuk berbicara dan bertanya pada u alls tentang "AZAM". Alaaa...azam tahun baru..tiap-tiap tahun ada azam, tapi KY hari-hari ada azam..hihi

KY tanya u alls ok..apakah persoalan tentang "azam" ini adalah satu persoalan yang basi?? fikir-fikir sikit. Mana ada basi kan? ini persoalan penting untuk kita sebab ianya akan mengingatkan kita pada impian. Impian siapa?? Impian kitalah..adakah ianya berjalan dengan lancar atau masih mencari-cari..impian yang lalu? Kalau azam yang pernah kita buat untuk tahun lalu belum tercapai macam mana pulak kita nak mulakan azam baru. 


Mungkin tidak semua azam kita itu menjadi kenyataan, bukan semua impian itu dapat kita raih..Kita mana boleh putus asa dalam mengejar cita-cita dan impian...tetapi dengan adanya usaha dan semangat untuk terus berjuang dan mendapatkan apa yang kita impikan....InsyaAllah..jalan untuk kita meraihnya selalu ada..

Namun dalam kesibukan itu jangan sesekali kita lupa akan perkara utama iaitu "IMAN". Dalam mengejar cita-cita di dunia ini, jangan kita lupa pada-Nya. Sesungguhnya, semua perkara yang datang itu adalah dari-Nya. Dan....ingat jangan sesekali lupa berdoa, kerana pada-Nya lah tempat kita meminta. 

"Jadilah orang cemerlang, kerana orang cemerlang sentiasa menjaga Ibadah dengan sempurna"

p/s: pada teman2 KY dari seberang untuk pengetahuan u alls "basi" itu adalah persoalan lama atau persoalan yang tidak penting..

Amboiii, Berlagaknya Dia

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...dalam juga KY menyepi dan rasa macam baru nak berblog pula, terkedu depan laptop, fikir apa nak ditulis. Apa-apa pun thanks pada u alls yang sentiasa sport KY. Ada tak dikalangan kita ini yan suka berlagak? atau ada kawan-kawan yang punya sikap itu? dan apa kita nak buat atau menangani orang seperti ini? KY ada beberapa tips untuk u alls, harap-harap bolehlah kita guna pakai hehehee...

KY bagi satu contoh ayat, tapi tolong baca dengan nada mengada ok hihihi..
"Sira, kau beli barang kat mana ni? buruknya! tengok aku, aku beli benda ni kat tempat berjenama tauuu...cantik tak??" huuuu...menyampahkan? Apa kita nak buat? jom...


Sentiasa bersabar
Kita jangan mudah melatah, biarlah dia nak kata apa pun, mulut dia kan? sebab orang macam ni, kalau kita melawan dia akan semakin tegang dan akan mengakibatkan pergaduhan...jadi banyakkan sabar, lagi pun dia kawan kita kan?

Tegur dengan cara yang berlapik
Oleh sebab dia kawan kita, kita layak menegur tapi biarlah kena caranya. Jangan sampai kata-kata kita itu menguris hatinya, kerana dia juga punya hati dan perasaan.

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
U alls ada telingakan? heheheh...janganlah kita fikirkan sangat apa yang dikatakan, dah macam tu perangainya..kalau kita ambil serius, kita pulak yang akan sakit hati nanti, saja-saja dapat dosa free kan? Jadi??? masuk kanan keluarkan belah kiri....

Iyakan saja
Kalau kita tak nak sakir hati, iyakan saja apa yan didengar. apa salahnya sekali sekala kita layan egonya, kita tak rugi apa-apa pun. Dan u alls tahu cara ini juga boleh mengajar kita erti rendah diri.

Sindirnya dengan cara yang ringan
Kalau dah tak tahan, u alls pun boleh sindir dia sikit-sikit. tapi gunalah sindiran yan lembut, seperti ketawa ke, atau katakan padanya, "u ni kelakarlah"...kita tengok macam mana air mukanya..pasti berubahkan? manalah kita tahu, kut-kut dia akan menyedari perbuatannya itu hanya membuatkan orang lain mentertawakannya.

Terus terang sahaja
Kalau kita dah lakukan semuanya dan dia masih begitu, lebih baik berterus terang sahaja, lagi bagus. Biar dia sedar sikapnya itu tidak disukai oleh teman-teman. takut...silap-silap akan kehilangan teman-teman tersayang.

U alls tahu, adakalanya sesetengah manusia ni, tak nampak dan tak tahu apa yang dia sudah lakukan. mungkin bila kita menegur dan memberitahu padanya dia akan tersedar dan mula berubah, tapi ada juga yang buat-buat tak faham..orang macam ni memang menyakitkan hati..ehhh..sorry, sabar...sabar..Oklah...u alls jangan jadi orang yang macam ni tau..kerna satu yang pasti, kawan-kawan tak menyukainya..dan jadilah teman yang baik dan disenangi...Wassalam

Luahan Hati Mangsa Banjir

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum....rindunya pada u alls. Alhamdulillah, sekarang KY bolehlah menarik lafaz lega sedikit, nak tahu kenapa? kerana masalah yang KY hadapi baru-baru ini dah hampir-hampir selesai. U alls dah baca apa masalah yang KY hadapi...tentang kebanjiran tu..dah tengok ke keadaan rumah KY? kalau belum tengok, lihat kat sini Keadaan Banjir Di Rumahku.


Betul kata orang kita harus sentiasa sabar dan redha dalam menghadapi dugaan dan ujian Allah. Alhamdulillah...KY punya ramai sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan membuatkan KY sentiasa ceria walaupun dalam masalah...termasuk u alls. terima kasih banyak-banyak..


KY bersyukur pada Tuhan kerana, apa yang KY hadapi ini tidaklah seteruk orang lain. Apa yang penting KY dan keluarga semuanya selamat. Alhamdulillah....

KY selalu ingat kata-kata ini, tetaplah selalu bersyukur atas apa yang diberikan olehNYA, kerana Allah akan selalu menguji kesabaran dan usaha umatNYA dan harta yang paling mengutungkan ialah SABAR. Hitunglah nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kita sebagai ganti kepada penderitaan yang kita hadapi sekarang. Walluhualam....

p/s: maaf KY belum sempat balas komen yg sebelum ni...nanti KY balas ok...sekali lagi terima kasih buat semua, nantikan kemunculan KY di blog2 kalian heheheh....