Kisah RM 0.30 Yang Menyentuh Hati

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum


Cikgu : Kenapa Ahmad tak rehat? 

Ahmad: Mak saya beri 30sen sehari Cikgu ... kat kantin 30sen ni dpt beli karipap je satu, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli karipap satu jaa . 
Jadi saya kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , dpt la saya mkn karipap ngan air sirap 30sen.
Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Ahmad tertunduk malu) 

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2015 ini masih juga ada pelajar yg membawa 30sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 30sen itu jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 30sen sgt besar ertinya .. 


Cikgu : Kalau hari jumaat awk x pergi kantin la ya ? 


Ahmad: Oh .. hari jumaat duit 30sen ni saya sdekah masa bacaan yasiin , cikgu." jwb Ahmad dgn bersahaja.
"Mak saya kata kalau kita sdekah, rezeki kita akan bertambah.." 


Mata saya dah berkaca... saya terkejut & bertambah sebak, dah la duit ada 30sen, siap boleh sedekah pulak lg.. 


Ya Allah, limpahkan lah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semuga mereka tidak lagi berada didlm kemiskinan.
Huh, mcm terpukul sungguh saya, bayangkn duit 30sen yg d beri utk makan, dia sedekahkan 30sen utk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasiin..


mungkin cerita nie nampak simple tapi ia memberi 1000 pengajaran agar kita semua lebihkan bersedekah ....aamiin..


terima kasih abah Wan Rashdi..sebab sudi berkongsi cerita ni, MY abik dan share dengan semua blogger...

Jangan Takut, Mulakan Biz Anda Dari Sini

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

apa khabar semua, MY ni kejap ada kejap tak ada, apa masalah pun tak tahu, kalau beri jawapan pun rasanya jawapan yg sama juga, bizy bizy bizy...bizy dengan apa? meh sini MY nak bagitahu..

u alls semua pasti ada FB, dalam fb, bukan je dapat kawan yg ramai tapi kita juga boleh ber-bisness, tapi ramai yg takut nak mula, kenapa? sebab perlu keluarkan modal, kena cari orang, kena jual barang dan macam2 lagi, tapi ada satu biz yg pasti menarik minat u alls, tak cuba rugi tahu,



AUTODOWNLINE?
Sistem hebat dan tengah panas sekarang ini.Hanya daftar percuma di link ini,peluang jana pendapatan tanpa menjual,
tanpa simpan stock, 
tanpa cari orang 
atau pun jumpa orang...
orang sendiri akan cari anda.. 
kerja anda hanya promosikan link anda sehaja...
Nak tahu lebih detail,daftar percuma di sini:
http://AutoDownLine123.com/?ref=37076 
Anda tidak akan rugi apa2,tapi rugi jika lepaskan peluang ini.

betul, u alls tak perlu langsung keluarkan modal, MY dah mulakan, takkan u alls nak lepaskan peluang yg hebat ini, sambil berblog pun kita boleh jana pendapatan yg lumayan..jangan lupa

SIGH UP = FREE
http://AutoDownLine123.com/?ref=37076

Belum Cuba Belum Tahu

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

gambar tak ada kena mengena dengan entri, saja nak letak, jangan marahhh....

"KITA TIDAK TAHU JIKA KITA TIDAK MULAKAN,"

apa yang kita tidak akan tahu? kalau kita inginkan sesuatu, mana boleh kita duduk diam saja kan? ungkapan di atas, nampak macam mudah je di ucapakan, tetapi kalau kita tak amalkan, macam mana kita nak hidup berjaya, betul tak?

kita ni, mana tahu kekuatan sebenar yang kita ada, cuba kita lihat, dah ramai kat luar sana yang mampu menawan puncak Everest yang tinggi dalam kesejukan, ada juga yang telah menerokai angkasa lepas untuk mendarat di bulan dan banyak lagi kalau kita selidiki.


semua itu akan kita ketahui hasilnya, setelah kita MULAKAN LANGKAH PERTAMA,

"IKAN DITUBA DARI PERAHU,
BELUM CUBA BELUM TAHU"

dengan ilmu, kemahiran dan usaha betul yang bersungguh sungguh dan tidak lupakan Allah, In shaa Allah kita akan berjaya..

Ingatlah, melengahkan tindakan bermakna kita melengahkan permulaan, Melengahkan permulaan bermakna kita melambatkan kejayaan kita

Tempahkan Bilik Untuk Ku Di Neraka

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum


kali ini MY nak kongsi satu cerita yg mambuatkan hati dan jantung kita bergegar..jagikan ia sebagai pengajaran dan panduan untuk kehidupan kita, agar kita sentiasa di landasan yg betul...

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.

Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu. 

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau Neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. 

Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. "Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku, " katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih
muda itu yang tidak menghormati hukum-hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.

Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillahminzalik, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.