Selagi Tak Ada Kesedaran, Masalah Ini Takkan Pernah Habis

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

kes apa yg dimaksudkan MY? baru baru ini pun berlaku lagi. tadi masa majlis pemyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar KAFA..pun di masalah ini di bentangkan..sampai ada yg sanggup bunuh diri..

tentu u alls tahu, apa lagi KES BULI lah..dimana kesedaran anak2 kita tentang kes ini, hari ini dia tengok kat tv, perkara ini berlaku kat sekolah orang lain, tup tup..berlaku di sekolahnya pulak dia pulak..yang sedihnya dia yg jadi pembuli...tak takut ke, pada undang2..dah lah bawah umur, kalau di dapati bersalah...masuk pemjara atau ke sekolah juvana...gelap masa depan..

kerana masalah buli ini juga, ada yg sanggup bunuh diri, ada yg tercedera, ada yg trauma dan macam2 lagi. kesian kat ibubapa mereka tapi kesian lagi ibubapa pembuli..dimana nak letak muka mereka, di atas kesalahan yg dilakukan oleh anak2.

mereka bersusah payah menghantar kita ke sekolah, supaya menjadi insan yg berguna dan berbakti kepada mereka bila dah dewasa, tapi apa yg kita balas diatas pengorbanan mereka..keaiban yg kita beri...

Ya Allah...kau berikanlah petunjuk dan hidayahmu buat anak2 ini, jangan biarkan mereka terus hanyut dalam dunia fantasi mereka, kau bimbinglah mereka agar menjadi insan yg berbakti pada negara, masyarakat dan yg paling penting menjadi anak anak yg soleh dan solehah buat kedua orang tuanya..Aamiin...

Kisah Benar Yang Akan Buat Anda Menangis

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

MY nak kongsi satu cerita yg MY dapat dari wassap...menangis saat membacanya...


Minggu lps saya dengar radio klasik dlm kereta, dlm perjalanan ke pejabat.
Satu kisah yg terharu yg diceritakan oleh juruhebah pempuan radio tersebut.. tidak lah saya tau nama juruhebah tu....
Kisahnya begini ...

Ada seorang anak lelaki bawak ayahnya yg kena stroke akibat  angin akhmar  ke kedai makan mamak yg terkenal..utk makan tengahari...ayahnya teringin benar nak makan nasi biriani kat kedei tu...masa tu orang ramai dan meja  makan pun rapat2...

Setelah diduduk ayahnya eluk eluk, anak lelaki tu pun pesan makanan terdiri dari lauk2 kari.
Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.

Maklumlah pesakit angin akhmar, dlm keadaan ter ketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju.. seluar.. malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot.... kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang..ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik...

namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. Setelah selesai  makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan.. disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan

seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,

"Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?" Jawab anak lelaki tu , "ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah,  towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal..."

Pakcik tu berkata lagi, " Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau...
Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu..

Kedua ..kamu  telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan  mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini.. .

Pakcik lihat, pekerja2 restoran  mamak pun turut terharu...malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali...

Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu.."

Sahut anak lelaki tu, " Ye ke pakcik.. alhamdulillah...saya sayang abah saya...abah kena stroke...moga2 abah cepat  sembuh....".

*** Kasih ibu bawa ke syuga,
      Sayang ayah selama2nya.***