Subhanallah..Tengok Sendirilah Apa Benda Ni

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum....Tadikan, KY jalan-jalan kat fb, nak cuci mata dan cuci hati, dengan nasihat-nasihat dari sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kesejukkan di jiwa...tetapi, terjumpa pulak gambar ni...Apa-apa pun u alls tengok je lah...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
u alls tahu tak apa tu? apa?? tak tahu? u alls ni, itu pun nak kena bagitahu hihihi...anak murid semua, kalau nak tahu...inilah yang dinamakan ULAT BULU...pernah tengok ulat bulu? kenalkan ulat bulu...apa? ada yang tak kenal...tak mungkin...tak mungkin...cantikkan? pelik dan aneh..subhanallah...kebesaran dan kehebatan Allah tiada tandingannya....

Kata orang ulat bulu ni berbisa, betul ke, KY belum pernah terkena lagi, tapi yang KY pasti kalau terkena pada kulit kita mesti gatalkan? alaaa..maklumlah ulat bulu jantan hehehe...yang wanita tu hati-hati..jangan sampai terjerat hahaha...ooppsssss..sorry..jangan marah aaa...



Rindu Sentiasa Bertandang Di Hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh...subhanallah....Allah masih memberi peluang untuk KY bersama dan menulis lagi di blog kesayangan yang dah lama berdebu dan bersawang hahhaa...apa khabar sahabat semua, lama kan KY menyepi..ada yang rindu kat KY tak..KY jujur dan iklas..rindu sangat dengan u alls, rindu nak baca artikel dari u alls...

Untuk kali ni, tak ada artikel penting lagi dari KY, untuk melepaskan rindu yang dah lama terpendam..KY tertanya-tanya sendiri, masih ada yang ingat dengan blog Ilhamku Disini kah? pengunjung pun dah berkurangan...sedihhh..

Apa-apa pun KY nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat semua sahabat blog dan pengunjung blog Ilhamku Disini. ada yang melakukan korban? kalau ada hulur-hulurlah sikit daging ke sini ye? nampaknya, dalam seminggu dua ni, makan daginglah hari-hari kita kan? aaa.....tapi hati-hati, jangan terlebih nanti masuk hospital susah...

Oklah..sampai sini saja dulu celoteh dari KY, InsyaAllah..selepas ini KY akan luangkan masa bersama u alls ye..beginilah kalau dah kerja, tak sempat nak buat hal yang sentiasa dalam ingatan hihiih...nanti kita kongsi ilmu yang lebih bermanfaat ok? InsyaAllah...

Salam sayang dari KY buat u alls..wassalam



Maaf, Cukup Sampai Disini

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, KY nak sambung tajuk di atas...maaf..cukup sampai disini buat seketika haaa...suspen tak? perasan pulak KY ni...Alhamdulillah...Allah masih memberi peluang kita bersama lagi di dunia maya kesayangan kita semua, medan memupuk ukhwah yang indah...

Sepuluh jari KY susun memohon maaf buat semua, kerana tak sempat nak singgah blog dan baca penulisan terbaru u alls, kesibukan yang ada tidak mengizinkan KY melayari, bertandang, bergosip dan bercanda di blog u alls..beginilah nasib seorang tailor heee..

Keletihan juga melanda, kekurangan masa rehat..balik dari masjid dah hampir pukul 10, lepas tu berehat sekejap..kalau kuat sambung balik menjahit... tidur sekejap ..pukul 4 pagi bangun masak untuk sahur.. sambung menjahit lagi... pukul 7 pagi hantar anak ke sekolah, dan sambung menjahit lagiii...pukul 5 petang pula masak untuk berbuka dan begitulah seterusnya....itulah tanggungjawab seorang ibu, besar tauuu...

Habis bilalah masa KY nak blogging? jadi dengan berat hati terpaksalah KY berehat seketika dari blogging, tapi....aaaa..ada tapinya, kalau ada masa yang terluang InsyaAllah..KY akan singgah dan baca artikel u alls cuma mungkin tak ada entri terbaru dari KY.

Kalau di izinkan Tuhan, kita akan bertemu lagi di penghujung Ramadhan atau di awal Syawal.. InsyaAllah...maaf sekali lagi kalau ada salah dan silap yang pernah KY lakukan tanpa sedar atau tidak, apa lagi time komen artikel u alls...manalah tahu kan? dannn....KY pasti akan kembali kalau di izin olehNYA...aamiin...

Jangan lupa KY tauu...Sayang... u alls..



NamaMU Di Hatiku

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan Alhamdulillah...bertemu lagi kita di hari Jumaat malah lebih indah ianya hari Jumaat pertama dalam bulan Ramadhan. NAMAMU DI HATIKU... nama siapa, kalau nak tahu, baca sampai habis..

U alls pasti tahu, nama dan kebesaran Allah swt ada di mana-mana, malah dalam diri kita juga. Dengan nama-NYA kita bernafaz, dan dengan nama-NYA juga kita pergi meninggalkan dunia.

Kerna dari tu, di kesempatan usia yang masih tersisa, apa kata kita hidup dengan kekuatan yang ada pada nama ASMAUL HUSNA. Dalam tercari-cari hadis tentang ini, KY terjumpa yang ini, diriwayatkan oleh Rasulullah dan Baginda bersabda,

"Allah swt mempunyai 99 nama. sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai bilangan yang ganjil" (HR Bukhari dan Muslim)

Bagaimana untuk membuatkan nama Allah swt terus segar dalam jiwa kita? tak ada cara lain iaitu dengan menghafaznya. KY ni kalau suruh baca tak berapa lancar, tapi kalau suruh menyanyi ala-ala Hijjaz InsyaAllah..boleh lancar heeee..cepat ingat kalau ada melodi... u alls pasti selalu dengarkan, kat tv Al-Hijrah selalu ada, di RTM pun ada, kalau nak lebih senang buka je youtube heee...

Mulai sekarang marilah kita beramal dengan kebaikkan yang terkandung dalam nama-nama mulia itu agar dapat membendung hati kita daripada menyukai kejahatan. Biarlah kekuatan yang ada dalam Asmaul Husna itu dapat membimbing hati dan akal kita mencintai kebenaran dan kebaikkan InsyaAllah...



Jangan lupa play ok..


Bertemu Juga Kita Akhirnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, Alhamdulillah..akhirnya bertemu juga kita dengan Ramadhan yang pertama dan semoga Allah akan panjangkan usia kita menunaikan ibadah puasa hingga hujungnya. aamiin...pasti ramai yang terujakan? jangan lupa kalau ada kelapangan nanti malam kita sama-sama solat tarawih tapi pastikan yang wajib diutamakan.

Bila dah masuk bulan puasa, tentu ramai bolgger-blogger yang akan menceritakan pengalaman berpuasa , apa lagi kenangan zaman kanak-kanak, KY pun ada juga, tapi belum masanya nak kongsi. Sempena Ramadhan ini, KY tukar background dan header. semoga yang singgah ke sini bersemangat sikit menjalani ibadah puasa.

Pada bulan puasa jugalah, tanggungjawab lebih besar apa lagi para ibu, pening kepala hari-hari dok pikir, "nak masak apa hari ni?" hehehe..habis-habis pikir, ke Bazar Ramadhanlah jawabnya kan? tapi beringat sedikit, jangan membazir ye, jangan buat kelabu mata dan ikutkan nafsu, tak baik tauu...

Oh ya, KY baru perasan, bila KY sebutnya je Bazar Ramadhan, ramai yang tersenyum,,,sukalah tu hihi...apa-apa pun tak kisahlah apa yang u alls nak beli dan masak, yang penting jangan membazir ok? oklah...cukup sampai disini celoteh KY untuk hari pertama puasa, tak ada tenaga nak taip panjang-panjang heheee..

Maaf ye, hari ini entri merapu sikit, nanti kita akan kembali menggapai ilmu bersama InsyaAllah...Jaga hati, jaga mulut, jaga pandangan dan jaga segalanya. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan Salam Ramadhan Ikhlas dari KY. Wassalam..

Buat Yang Teristimewa,

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...semakin hari semakin semakin terasa bahang Ramadhan. u alls dah bersedia? sedia atau tidak kita harus tempuhi dan jalani ibadah puasakan? apa lagi yang sihat tubuh badan, no alasan ok??? Hari ini, 8 haribulan kita tengok anak bulan kan? u alls pernah tengok? KY tak pernah pun, lagi pun, tempat tengok anak bulan tu jauh juga dari tempat KY..macam mana rupa anak bulan tu ye????

Puasa-puasa yang lepas dah ganti, terutama kaum hawa, kalau sudah, Alhamdulillah...tapi pada yang belum, cepat-cepat dah tak ada masa ni..nanti bulan puasa, makin sibuklah KY ni, u alls kan tahu, sejak dua menjak ni, KY kurang update blog kan? KY sibuk siapkan tempahan raya, KY ni kerja sambilan kat rumah, sebagai tailor, tapi tahun ni tak banyak ambil tempahan baju, sebab banyak yang upah jahit langsir...Alhamdulillah...ada juga rezeki tambahan....

Oh yee...sebelum lupa KY nak ucapkan terima kasih bebanyak buat u alls yang sudi follow blog buruk KY ni, tapi sayang ada sesetengah follower yang tak tinggalkan jejak, malah di profilnya juga tak ada link, habis macam mana KY nak jejak balik kan? dan pada 24 Jun yang lalu, sebenarnya genap 1 tahun blog ini wujud, tapi KY terpula nak buat entri penghargaan pada tuan punya blog apa lagi follower dan pembaca setia, pejam jelik pejam jelik, setahun dah, sekejap je rasa, tapi Alhamdulillah, masih ada pembaca yang setia, mengikuti dari awal kemunculan blog ini hingga sekarang.

Dan KY juga berharap, dapat jugalah u alls ilmu yang tak seberapa di sini, KY pun bukan pandai sangat, apa yang KY kongsikan itu dari pengetahuan dan pembacaan saja, kalau ada yang tersalah tersilap harap di tegur agar kita sama-sama dapat memperbaikinya ok..InsyaAllah..nanti KY akan buat priview untuk blog-blog terpilih dan pembaca setia, sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga dari KY, dan u alls harus tahu juga blog ini ramai juga pembaca dari negara jiran, Alhamdulillah...dapat juga rating luar negara haaaa...

U alls nak tahu...pada satu ketika blog ni, tak duduk dalam carta negara Malaysia, tapi Indonesia, mungkin waktu tu traffik lebih dari negara jiran, tapi Alhamdulillah...sekarang dah stabil dan telah kembali ke warganegaraan KY..hihiih...Ok lah, setakat ini pertemuan kita untuk kali ini, tak nak buat ucapan Ramadhan lagi hahaha...jangan lupa nanti kita sama-sama teropong anak bulan yee....Wassalam...

Khas Buat U alls

Ingatlah!!! Dua Kalimah Ini, Ringan Di Lisan, Berat Di Mizan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, Alhamdulillah, bersua lagi kita di hari Jumaat, penghulu segala hari, dah semakin hampir kita dengan bulan Ramdhan kan? u alls tak ada agenda ke hari ini, kalau tempat KY hari ni banyak kenduri kawin, maklumlah hari minggu, ok..untuk hari ini KY nak ajak u alls semua menyanyi. apa menyanyi? alaa..apa salahnya sekali sekala, tentu ada yang suanya merdukan?

Eeemmm..bukan suruh nyanyi lagu yang bukan-bukan, tapi ini....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

"Dua kalimah yang ringan di lisan, berat di mizan (berat di neraka timbangan), disukai oleh Al-Rahman:

Maha suci Allah dan segala puji-pujian untuk-NYA, (SubhanAllahi wa bihamdih,)

Maha suci Allah yang Maha Agung." (SubhanAllahil-`Azim)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Boleh?? suara sumbang pun tak apa, yang penting kita ikhlas mengalunkannya...Semoga kita selalu menyebut nama Allah, dan di harap dengan cara ini akan mengingatkan kita untuk melakukan amalan yang baik dan menjauhi larangan-NYA. InsyaAllah...Amin..

Kalau Dah Berani, Sanggup Buat Apa Saja

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...sebelum KY meneruskan cerita, terima kasih buat semua sahabat yang sudi doakan kebahagiaan KY, dalam entri ini, terima kasih banyak-banyak. Ok..ada tak kat sini yang tak pandai drive? bukan drive yang kat atas tu tapi pacuan 4 roda je..KY rasa sekarang semua orang dah boleh drive, adalah yang masih takut-takut, tapi yang pasti ramai yang pandai kan?

Teringat pula KY masa mula-mula belajar memandu..kelakar pulak kalau ingatkan, apa taknya, dah lah tak ada kereta, apa lagi nak belajar, bila daftar, cikgu datang ambil kat rumah terus suruh pandu, tak ke gila macam tu, terketar-ketar kaki di buatnya haaaa...tapi Alhamdulillah..sekali ambil saja. tapi u alls nak tahu yang lebih hebatnya lagi, lepas je dapat lesen, KY dan hubby pergi KL ambil kereta, dah sampai sana, nak bawa keluar kereta tak ada orang pulak nak pandu, plan awal abang KY yang sulung akan temankan, KY pergi dulu, dia susul kemudian, tapi bila sampai KL, dia telefon tak dapat datang, tak boleh cuti...

Eeeemmmm...apa lagi panik jadinya, nak tak nak KY juga yang kena bawa, u alls pasti tertanya-tanya, kenapa hubby tak bawa, yang itu lain kali kita cerita ok? heee, ada cerita menarik di situ sebenarnya..ok, berbalik kepada cerita asal..dengan sokongan hubby dan tekad diri, KY drive kereta dari KL hingga Kemaman, jauh tu..dalam perjalanan, Tuhan saja yang tahu, apa yang bermain dalam hati dan minda, tapi Alhamdulillah...selamat semua, Allah permudahkan perjalanan KY dan keluarga.

Sampai je kat rumah, adalah jiran-jiran yang terdekat datang nak tengok kereta, padahal bukan beli kereta baru pun..dia orang tanyalah, sapa yang drive, hubby cakap, siapa lagi..tuu laaahhh...ternganga mulut dia orang, tak percaya, apa yang mampu mereka katakan, "biar betul" hhaaaa...memang betullah...ingat apa? KY ni penakut sangat...tapi sememangnya takut heeee...

KY pandu pun bukan laju, baru dapat lesen kan, tapi sekarang jangan pandang sebelah mata tau, kena pandang sebanyak mana ada mata, siap boleh berlumba dengan pemandu F1 hihiihi...tapi orang perempuan kena lah sopan sikit di jalan raya kan? eemm...itulah pengalaman KY, kalau dingat balik, berani juga KY, tak sangka haaaa....oklah u alls byeee...

Kalau Dah Jodoh

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, eemmm...tajuk dah macam rancangan Ustaz Kazim pulak heee, semakin hampir kita dengan bulan Ramdhan, semakin teruja hati ini, semoga Allah panjangkan usia agar dapat menjalani Ramadhan Tahun ini..aamiin. Kali ini KY ada satu cerita nak kongsi dengan u alls, kisah benar tentang seorang wanita dalam menghadapi liku-liku kehidupan, berbagai ujian dan dugaan dilalui untuk mengecapi kebahagiaan..

Biasalah kan semua itu, siapa yang mahu hidup susah dan sengsara, ceritanya begini, ada seorang gadis, yang kehidupannya biasa-biasa saja, dan dia juga seorang yang simple dan mudah didekati dan dia juga memang ramah dengan semua orang, namun dia seorang yang sukar di jangka. di alam remaja kehidupannya cukup sukar, tapi dia bukan seorang yang cepat putus asa. apa yang dia inginkan itu akan dia capai dengan usahanya sendiri.

Dalam kehidupan tak kan lari dari cinta, tapi gadis ini cukup teliti dalam memilih pasangan, sekali dia tak suka pada seseorang, jangan di paksa, takkan jalannnya heeee..dia seorang yang cukup jual mahal...maklumlah wanita, mana boleh merendah diri sangat kan? tapi akhirnya datang seorang lelaki entah bagaimana boleh menundukkan hatinya. dalam waktu yang singkat mereka bertunang dan merencanakan perkahwinan. namun kehendak Ilahi bukan begitu, di hari perkahwinan, sang lelaki tidak hadir, tanpa sebab dan musabab yang jelas, cukup kecewa sekali hati gadis itu, namun majlis tetap berlangsung kerana kad sudah di edarkan...

Tapi kalian harus tahu, walaupun gadis ini cukup kecewa, tapi dia tetap jalani kehidupannya seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku, semua rakan-rakan di tempat kerjanya hairan, tak kan begitu tegar sekali hatinya, namun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu, lagi pun dia punya keluarga yang sentiasa bersama, terutama abangnya yang sulung,  tidak biarkan dia sendirian...

Setelah beberapa bulan berlalu, gadis itu di risik oleh seseorang atas pilihan keluarga, lelaki ini ada ikatan keluarga dengan kak iparnya. setelah diselidik sedikit tentang siapa lelaki itu, akhirnya gadis itu membuat keputusan untuk menerimanya. (masih ada ke zaman sekarang yang mahu pilihan keluarga?). akhirnya mereka bertunang dan selepas dua bulan mereka menikah...waktu itu baru dapat kenal dan mengenali satu sama lain...(kalau di kira perkenalan mereka hanya memakan masa 4 bulan)

Bila di alam perkahwinan, kehidupan mereka sama seperti orang lain, mereka berdua menerima apa adanya, apa lagi suaminya yang memang seorang yang penyayang, dan gadis itu, yang u alls tahu, memang mudah mesra dan ramah, jadi tak ada masalah dalam komunikasi. Ada diantara rakan kerja yang bertanya, bagaimana boleh menerima pilihan keluarga dan kenapa secepat itu. U alls tak perlu tahu jawapannya, yang harus u alls tahu, gadis itu tidak suka hidup dalam kekecewaan, dan dia tak suka merosakkan hidupnya hanya kerana cinta, kerana dia tahu, Allah selalu ada untuknya, dan apa yang Allah diberikan untuknya adalah yang terbaik.

Dengan kasih sayang dan cinta kehidupan mereka dibina dan sekarang, gadis itu telah menjadi seorang isteri dan ibu kepada 2 orang cahaya mata yang telah Allah kurniakan padanya, yang menambahkan kebahagiaan dalam rumahtangga...dan KY mohon doa dari u alls agar kebahagaian dan jodoh mereka berkekalan hingga ke syurga,



HAPPY ANNIVERSARY YANG KE 14 ( 1 / 7 / 2013 ) buat pemilik ILHAMKU DISINI...

Orang selalu bertanya, best ke bercinta selepas kawin? KY sudah merasakannya...pesan KY buat u alls, kebahagian dalam rumahtangga bukan terletaknya pada cinta semata-mata, yang penting kita menerima pasangan kita seadanya, sentiasa jujur, dan sebagai isteri sentiasa menjaga batas pergaulan serta tahu menjaga maruah suami..

Mencari Makna Sebenar Dalam Kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, u alls tentu selalu dengar ayat ini..

Hidup penuh pengorbanan
Pengorbanan perlukan perjuangan
Perjuangan perlukan ketabahan
Ketabahan perlukan keyakinan
Keyakinan pula menentukan kejayaan
Dan kejayaan pula menentukan kebahagiaan.

Hidup dan kehidupan mempunyai tafsiran atau makna yang berbeza-beza bagi setiap orangkan? begitu juga dengan kita, apa makna kehidupan bagi kita? Bagi sesetengah orang hidup diibaratkan suatu pengembaraan yang perlu melalui pelbagai kesulitan, kepahitan, kesusahan dan cabaran di samping menikmati pelbagai keindahan dan kemanisan.

Namun yang pasti, bagi semua orang, hidup ni mestilah bermakna kan? dalam apa bentuk atau apa cara sekali pun. mencari makna sebenar dalam kehidupan, memerlukan kematangan diri dan keperibadian yan tinggi. Eeemmm....semua orang mahukan kebahagian, kesenangan, termasuk kita yang sedang membaca ini kan? Masa kita masih kanak-kanak, kita langsung tak tahu apa makna kehidupan, dan bila kita meningkat remaja, banyak juga yang kita fahami, tapi masih banyak yang kita harus cari.

Haaaa....bila tiba peringkat dewasa, kita dah mula ingin mencuba banyak perkara. Ada yang gagal dan ada yang berjaya. Gagal atau berjaya yang pasti kita jangan berhenti di situ, kita harus terus mencuba. Dan akhirnya kita sampai pada usia emas, adakah diusia ini kita sudah memaknakan kehidupan kita dengan warna-warna bahagia???? atau kita masih tercari-cari??? seperti biasa tepuk dada tanya hati dan iman...

Imam Ghazali pernah menyatakan perjalanan Insan melalui dunia ini bolehlah di-bahagi-bahagikan kepada empat peringkat : Peringkat Nafsu, Peringkat Percubaan, Peringkat Naluri dan Peringkat Berakal. Maka apabila kita mampu melepasi peringkat keempat iaitu peringkat berakal manusia bisa melampaui batas haiwan dan boleh sedikit sebanyak melihat ke hari depan dan mempersiapkan untuk hari yang akan datang.

Kita mungkin tidak merasa bahagia, kecewa, kesunyian dan kegagalan. Semua ni, adalah lumrah kehidupan dan kita perlu menerimanya dengan lapang dada. InsyaAllah...dengan sentiasa mengingati-Nya dan mengikuti jalan-Nya, kita akan berjaya dalam kehidupan. Tapi....Matlamat hidup yang harus kita cari adalah mencari mardhatillah melalui tuntutan yang telah di gariskan olehNya..Wallahualam...


Wanita Sosial Dan Lelaki Soleh

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, apa khabar semua, KY harap semuanya sihat, maklumlah keadaan jerebu sekarang ni, agak membimbangkan di sesetengah kawasan, apa lagi kat KY ni, Kemaman, masih tinggi..siap kena pakai mask lagi, tapi bila pakai rasa macam sesak pulak nafas heee...ala..tak biasa kihhh...tapi harap-harap blog KY ni tak di landa jerebu juga, maklumlah dah jarang dapat on blog hahaaa...cukup intronya...hiih

Dalam hidup kita ni.....macam-macam ragam manusia yang kita jumpa, betulkan...ada yang baik...ada yang sebaliknya....Tapi jangan sesekali kita mempermainkan perasaan orang....Lelaki atau wanita bagaimana pun sikap dan sifatnya pasti mahu yang baik sebagai pasangan hidup kan?


Wanita sosial menjadi rebutan untuk dipermainkan, 

wanita solehah menjadi rebutan untuk di peristerikan. 

Lelaki sosial pula banyak mempermainkan wanita. 

Lelaki soleh pula banyak rasa tanggungjawab terhadap wanita.


Kalau tentang mencari pasangan hidup ini, kita memang harus berhati-hati, nak hidup bersama bukan sehari dua, tetapi selamanya...tapi untuk mendapat yang baik dan soleh, kita juga harus menjadi yang baik dan soleh juga, Allah kan dah janji, wanita / lelaki yang baik akan mendapat wanita / lelaki yang baik juga kan?

Biarlah kita menjadi rebutan kerana agama kita, kerana akhlak kita, kerana budi pekerti kita dan kerana kecantikan dalaman kita, bukan hanya cantik di luar tapi dalamnya????..eeemmmm...tepuk dada tanya hati dan iman...wallahualam..

Ini Je Yang Mampu Di Buat 3

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, buat apa hujung-hujung minggu ni, ada paln bagus ke heeee, KY biasalah plan sentiasa bagus, duk kat rumah sambil blogwaking haaaa...dah masak semua? atau masih ada yang leka dengan fb dan blog, ibu-ibu jangan macam tu tau, siapkan kerja penting dulu nanti baru kita main-main di alam maya ni....

U alls suka tak makan ni...
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v


In je yang mampu KY buat hari ni, hari-hari masak nasi boring juga, lagi pun nanti petang ada jemputan makan, jiran sebelah nak buat makan, nak masuk rumah barunya, nanti hilang pulak seorang lagi jiran...sedih tau..

u alls hari ni masak apa? tentu masak sedap-sedap ni...tengok je mi rebus KY, tak ada yang aneh-aneh di dalam sebab yang kat rumah ni, tak suka banyak bahan di dalam, jadi KY masak simple je...janji sedap kan? hahaaa..perasannnn..ok lah jemput semua makan ye....


Apabila Kita Bersuara...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt dan satu ciuman untuk u alls, siapa kat sini yang suka sangat bercakap, KY pun suka, kalau tak bercakap macam mana hidup kita ni, pasti sunyi dan sepi kan? tapi kalau terlebih cakap susah juga, takut-takut percakapan kita tu menyakitkan hati orang, malah yang paling takut, nanti bolah jadi fitnah..nauzubillah..mintak di jauhkan...

Kenapa KY bertanya seperti itu, u alls tak rasa penasaran ke? heeeee..macam bagus sangat, sampai orang nak penasaran kan? kata ustaz, kita kena jaga kata-kata bila bercakap, tak kisahlah bercakap dengan siapa pun, manalah tahu kerana cakap kita nanti boleh bergaduh pulak orang lain kan? kitakan masa sekolah pernah belajar adab-abad bercakap dengan orang, apa lagi dengan orang yang lebih tua. Tapi sekarang orang dah jarang gosip-gosip secara live, maklumlah dah canggih, masing-masing ada fb, twitter, G+ dan macam-macamlah...tempat-tempat itu semua boleh jadi ladang fitnah menfitnah...hati-hatilah u alls kalau tulis ye...penulisan kita juga melambangkan keperibadian kita kan?

Berkaitan percakapan atau berbicara, KY ada nak kongsikan pada u alls pesan dari Imam al-Ghazali dimana Beliau mencatatkan 5 perkara untuk mengikis sikap takbur dalam diri seseorang..dan pesannya begini...

Apabila kita bersuara dengan anak-anak kecil,
..maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum mempunyai dosa-dosa berbanding dari kita yang telah dewasa.

Apabila kita bersuara dengan orang tua pula,
..maka kita anggaplah yang sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah dari kita.

Apabila kita bersuara dengan orang alim pula,
..maka kita anggaplah yang sebenarnya beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

Apabila kita bersuara dengan orang jahil pula,
..maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan sengaja kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk dan baik.

Apabila kita bersuara dengan orang kafir pula,
..katakanlah dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk islam. Maka semua dosa yang dilakukan sebelum dia masuk Islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t. Sedangkan kita pula sebagai umat islam sejak lahir terus -menerus melakukan dosa tanpa mengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak.

Dari itu segeralah kita kembali kepadaNYA semoga amalan kebaikan kita didunia ini akan dibalas kegembiraan diakhirat kelak. Renung-renungkanlah wahai sahabatku, Waallahualam..

Gaya Memikat Kekasih Dan Tips Mengayakan Cinta Suami Isteri

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, Alhamdulillah dapat lagi kita bersua dengan izin dariNYA...kali ni KY nak cakap pasal cinta boleh? senyum je masing-masing kalau cakap pasal cinta ekk...hahaa, tajuk kat atas tu gempaq tak? kalau nak tahu gempaq ke tidak, kena baca artikel ni sampai habis..

Ok..Ilmu pikat memikat tentu menjadi satu kemestian bagi kita yang mahukan kelangsungan percintaan berjalan mulus atau lancar. Gaya bercinta setiap induvidu ada bermacam-macam. Bentuk dan gaya menentukan matlamat sebenar mereka. Apakah yang kita cari dalam percintaan????

Adakah kita mencari......

Cinta romantis >>> cinta seperti ini adalah percampuran emosi, keasyikan dan seksual yang kuat

Cinta suka-suka >>> cinta ni pula cinta yang tiada komitmen, kurang mesra dan tida perancangan jangka panjang

Cinta gila >>> cinta ni cinta yang diketegerikan melampau, cemburu buta dan suka menggongkong pasangan

Cinta terkorban >>> mereka berhati mulia, mesra dan tidak mengharapkan balasan daripada orang yang dicintainya serta sedia memaafkan kesilapan pasangan. Mereka lebih mementingkan kebahagian pasangan daripada diri sendiri. Biasanya mereka inilah yang sering ditindas dan dimanipulasikan oleh pasangan.

Begitulah gaya cinta orang sekarang yang boleh mendatangkan kebahagian atau kesengsaraan. Itu semua adalah pilihan masing-masing. Adakah kita-kita ini yang belum berkahwin (tidak termasuk KY ye hihii) inginkan cinta begini??? tepuk dada tanyalah hati  alls...

Bagi mereka yang dah berumahtangga, KY pun ada beberapa tips nak di kongsikan, tentang gaya cinta suami isteri, jom kita lihat dan amalkan semoga rumahtangga kita kekal bahagia InsyaAllah....

Gaya ikhlas >>> Cinta hanya milik kita berdua. Tiada siapa yang boleh mempengaruhi kasih sayang kita melainkan Allah s.w.t. Tali kasih sayang ini hak milik kitaberdua. Jangan biarkan orang lain cuba menjejaskan hubungan itu. Mengapa mesti percayai orang lain daripada isteri atau suami sendiri? Hanya pasangan  kita yang kekal menemani kita dalam susah dan senang.

Gaya impian >>> Cinta ini menyeronokkan bagi membuktikan kita berdua berada dalam landasan yang sama, arah tuju dan impian yang satu. Setiap hari mesti ada cita-cita yang akan kita berdua kejar hingga dapat. Ada perancangan yang rapi untuk rumahtangga. Merancang untuk memiliki anak, rumah, kereta dan apa sajalah untuk kepentingan bersama dan yang paling penting menambah ilmu, iman dan ibadah agar ketenangan hati suami dan isteri sentiasa terpelihara.

Gaya ibadah >>> Perkahwinan itu ibadah yang boleh merangsang iman kita menjadi lebih bertenaga, kalau dulu setiap ujian dihadapi sendirian tetapi kini ada teman di sisi yang mahu berbahagi kesusahan. Kalau dulu sembahyang hanya dapat satu pahala, tapi kini 27 darjat bagi sepasang hamba Allah yang sujud bersama-sama. Dulu rezeki yang diperolehi hanya dimakan sendiri, tapi kini apa yang kita nafkahkan untuk keluarga adalah sedekah yang paling utama di sisi Allah s.w.t.

Tapi tahukah kita dimanakah cinta sejati yang menjanjikan kebahagiaan berpanjangan hingga keakhir ayat? Selagi kita di sebut sebagai insan yang jauh dari kesempurnaan, maka kita tidak akan pernah memiliki yang terbaik, melainkan di syurga Allah dimana kekasih-kekasih yang diciptakan untuk ahli syurga adalah pilihan yang paling sempurna. Waahualam...


Resepi Kek Lapis

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, sekejap je nak masuk hari minggu pulak kan? dan untuk hari minggu kali ini, KY nak ajak u alls memasak lagi, ala biasalah buat kek, kali ini kek special sikit, kita buat Kek Lapis, bukan kek lapis sarawak tau, kek lapis biasa, mudah dan simple, cuma membakarnya sedikit rumit heeee, tak apalah buat dengan sabar ok..sebelum kita ke resepi kita tengok dulu kek yang KY buat..

Tadaaa...inilah dia kek lapis yang KY buat, maaf ye kek ini kekurangan padat, sebab KY bakar, u alls kena kukus tau baru cantik.. u alls kalau nak buat kena buat nipis-nipis tau baru cantik, KY buat lapis tebal, sebab time tu KY ada kedatangan buah MALAS heeee... tapi kalau u alls memang malas, u alls boleh buat cara yang paling senang, nak tahu caranya? macam ni....

Aaaaa....nampak? ini yang belum masak tau, yang ini KY kukus memang cantik lepas masak, tapi lupa nak ambil gambar, sebab dah tak sabar nak makan...u alls campur warna dan tuang satu-satu warna, lagi senang, rasanya tetap sama...mudah kan? tapi biasalah kek KY ni selalunya tak cukup perasa heee...ok lah dah lihat puas-puas, ada yang terliur tak? kalau terliur... jom kita lihat resepinya dan buat sama-sama..tapi jangan lupa kirim sikit untuk KY rasa ok? heeee

Bahan-Bahan
459g  mentega
11/2 gelas gula halus (ky guna segelas je)
10 biji telur
11/2 gelas tepung gandung
1/2 tin susu pekat manis (ky guna tak sampai setengah)
1 sudu teh vanila
jem
horlicks
milo
sekaya

Cara Membuatnya
1) Mentega dipukul dengan telur sehingga sedikit kembang
2) Setelah itu masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati.
3) Kemudian masukkan tepung, susu dan vanila, gaul lagi.
4) Kemudian bahagi adunan kepada 4 bahagian, dan setiap bahagia di campur dengan 4 bahan yang tertulis di atas.
5) Bila dah siap, kukuslah..selapis selapis sampai habis...ok?

Macam mana? senang?  u alls pasti cakap alaaaaa....susah ni hhaaaaa...tak kisahlah susah ke senang ke kalau ada kemahuan pasti kek lapis ini akan jadi kan? rajin-rajinkan diri, ala..buat pun untuk siapa, untuk keluargakan? ok lah...kelas kita habis di sini untuk kali ini, selamat mencuba...

Kebaikan-Kebaikkan Yang Tersembunyi

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, Alhamdulillah, dapat lagi kita bersua, semoga ukhwah ini berkekalan, aamiin...u alls tahu kan, dalam hidup yang kita lalui sehari-hari ini penuh dengan kebaikkan, ye kan? cuba kita lihat kembali, perkara yang terkadang menyusahkan kita, tapi disebaliknya juga terselit kebaikkan, cuma kita saja yang tidak perasan..

Namun bagi mereka yang yakin pada Allah, mereka ini tidak merasakan semua itu adalah kesusahan atau sesuatu yang tidak menyenangkan, yang mereka nampak adalah kebaikkan. walaupun mereka di duga dan di uji dengan berat dan berbagai rintangan. Alangkah bahagianya jika kita juga salah seorang dari golongan itu.



Kenapa mereka merasa begitu? kerana mereka sentiasa percaya Allah tidak akan pernah mengecewakan mereka. Pernah kita mengeluh? eeemmm....pastikan? walaupun cuba mengelak, datang juga..saja nak mengetest keimanan yang kita ada, maklumlah iman yang ciput ni cepat sangat tergugat..

Sebab itu kita jangan sesekali bersangka buruk terhadap apa yang telah diberikan Allah pada kita, sebab kebaikkan ini akan kita sedari apabila kita berfikir, macam mana nak lihat kebaikkan itu kalau kita asyik marah-marah dan merungut saja...Astagfurullah al'azim...

Bukan semua perkara yang kita suka itu akan mendatangkan kebaikkan kan? kalau u alls tak percaya cuba baca ayat 216 surah al-Baqarah dan fahami maksud yang tertulis...

Biarlah Allah menyusun segala-galanya, kita hanya perlu berusaha bersungguh-sungguh, merancang kehidupan kita sebaik mungkin dan melaksanakannya mengikut kehendak Allah swt. dan yang paling penting jika Allah memberikan ujian, dugaan, kegagalan dan sebagainya, jangan cepat melatah dan menyalahkan Allah, fikir dan muhasabah diri sentiasa...wallahualam..

Alahaiii....Malasnya Nak Ke Sekolah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, eeemmm....lama juga KY tak update blog kan? apa nak di kata, kesibukan melanda, nak melawat blog u alls pun ada yang sempat dan ada yang tidak, maaf lah ye, kalau KY ada masa pasti KY kunjungi u alls...hari ini dah masuk 2 Sha'ban, tak lama lagi 1 Ramadhan kan? tak sabar pulak rasanya nak menunggu....

Eeemmmm....sekolah dah bermula masih ada yang malas-malas bangun pagi ke kat rumah? maklumlah dah lama cuti dan bangun lewat..ok..sempena sekolah bermula KY nak kongsi satu cerita dengan u alls, cerita ini KY dapat dari teman fb, jom santai dengan KY...


Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Ke...




Salim kan... (PENGETUA SEKOLAH) ….!!!
(hitamkan tempat kosong di atas hihi)

Inilah Nasihat Rasulullah SAW Kepada Kaum Hawa

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, nak cerita tentan kaum hawa lagi boleh? heeeee, bolehlah...semalam sambil membaca, KY cubalah selak balik nota-nota yang lama tersimpan, selak punya selak, terjumpa artikel yang bakal KY kongsikan, kita ini kalau tak selalu membaca susah juga nak ingat sesuatu, kerna  itulah kita kena selalu membaca walaupun kisah yang sama berulang-ulang agar ianya melekat dalam minda kan?

Okk...kali ni KY nak kongsi nasihat, nasihat dari siapa? nasihat dari Rasulullah saw untuk kaum hawa...nasihat Beliau begini...


Aku menjenguk ke surga dan aku melihat kebanyakan penghuninya orang-orang fakir (miskin). Lalu aku menjenguk ke neraka dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. (HR. Bukhari dan Muslim)
Surga dan neraka, adalah tempat yang Allah janjikan bagi setiap manusia…sebaik-baiknya tempat kembali adalah surga, dan seburuk-buruknya tempat kembali adalah neraka

Wahai kaum wanita…,
Bukankah Allah telah memuliakan kalian…?  Bukankah Allah telah memberikan dan mengangkat darjat kaum wanita …?  menurunkan surat yang isinya adalah kebanyakan adalah urusan yang membela kaum wanita.. petunjuk khusus bagi kaum wanita ..? melindungi hak kaum wanita, memberikan berbagai kemudahan bagi kaum wanita..

Wahai kaum wanita…
Bukankah seharusnya kebanyakan dari kaum wanita yang telah Allah muliakan berada di surga..? bukankah seharusnya kaum wanita yang diangkat darjatnya, berada di surga..? bukankah seharusnya surat yang khusus Allah turunkan untuk kaum wanita mengantarkan dirinya untuk menikmati istana di surga…?

Wahai kaum wanita….renungkanlah sejenak....
Apakah kalian tidak menyedari bahwa seringkali kalian membalas nikmat yang Allah berikan dengan perbuatan dosa dan kemaksiatan..?  Pernahkah, kalian merenung sejenak,…merenungkan dosa dan kemaksiatan yang kalian lakukan, atau bahkan kalian tidak tahu bahwa apa kalian lakukan itu adalah perbuatan dosa…? Sudahkah kalian mempersiapkan jawaban ketika dihadapkan pada persidangan Allah….?

Wahai kaum wanita...,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian, … agar kalian menjaga komitmen syahadat kalian kepada Allah, menjalankan sunnah-sunnah Rasul, menjaga shalat kalian, berpuasa di bulan romadhon, berzakat, bersedekah dengan harta yang Allah titipkan kepada kalian, dan berhaji jika kalian mampu…

Wahai kaum wanita....,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian, …agar kalian menjaga diri kalian, menutup aurat kalian, tidak memperlihatkan rambut kalian kepada kaum lelaki yang bukan muhrim.. tidak membiarkan diri kalian disentuh oleh lelaki yang bukan muhrim…menjaga pandangan kalian, tidak mengundang dan memberikan kesempatan pada kaum lelaki untuk maksiat kepada kalian…?

Wahai kaum wanita....,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian,… agar kalian menjaga lisan kalian dari perkataan yang tidak bermanfaat, dari perkataan dusta, dan perkataan yang mengandung kekufuran atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kalian…

Wahai kaum wanita.....,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian,… tetap taat kepada suami yang kalian pilih, senantiasa bersikap sabar, pengertian, lemah lembut dan penuh pengertian.. janganlah kalian meminta dari suami kalian dari sesuatu yang berada di luar kemampuannya,…jangan pula kalian tidak mensyukuri atas apa yang telah diberikan oleh suami kalian.. walaupun itu hanya sedikit… Ingatkanlah suami kalian untuk beribadah kepada Allah jika lupa, sertakanlah mereka dalam do’a kalian…

Wahai kaum wanita....,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian,… bahawa kalian adalah wakil dan wali Allah..?, yang akan memberikan curahan kasih sayang pada anak yang Allah amanahkan kepada kalian…? Bimbinglah mereka untuk mengenal Allah dan Rasul-Nya, berikan kepada mereka suri tauladan yang baik melalui akhlaq seroang Ibu, kuatkanlah keimanan mereka, berikanlah mereka makanan yang halal walaupun itu sederhana, berkatalah yang lemah lembut kepada mereka.. bersabarlah dalam menghadapi mereka…jadilah sahabat bagi mereka, do’akan mereka agar Allah selalu memudahkan urusan mereka…

Wahai kaum wanita....,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian, … bahawa hidup di dunia hanyalah sementara…bahwa kehidupan sesungguhnya adalah surga yang abadi… dan balasan terbaik adalah balasan dari Allah.. maka jagalah diri kalian dari perbuatan dosa dan maksiat, penuhilah janji kalian, jagalah kehormatan kalian, berpegang teguhlah pada agama Allah… lalui setiap cobaan dalam hidup ini dengan bersabar dan bersyukur, berikhtiar dan bertawakal kepada Allah… perbaikilah urusan agama kalian dengan mencari ilmu, bergaullah dengan orang-orang yang dapat mengantarkan kalian takut kepada Allah…

Wahai kaum wanita....,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian…bahawa sebaik-baiknya perhiasan dunia adalah wanita solehah.. maka, berniatlah untuk menjadi wanita solehah dengan segenap kemampuan…agar mencapai kehidupan dengan penuh kebaikan..dan mengakhirinya dengan penuh kebaikan…

Kisah Wanita Tua Dengan Seekor Kucing Di Tanah Suci

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, apa khabar, harap semuanya sihat sentiasa, ada pencinta kucing disini? pasti ada kan? terutama Yui, tu heeee...KY pun suka, memang tak boleh tengok kucing apa lagi anak kucing, suka gelagat mereka, tapi semalam, balik dari majlis pertunangan, ada seekor anak kucing, entah siapa yang buang, kesian KY tengok, kecik lagi..orang tu pulak, macam tahu-tahu je KY suka kucing, dia pi buang depan rumah KY...jadi sementara tu, KY belalah sampai dia benar-benar boleh bawa diri...nak tengok kucing tu, comelll....

comelkan?, aktif pulak tu...

Kita semuakan tahu kucing ni kan binatang kesayangan Nabi kita, apa salahnya kita jadi pencinta kucing dari menjadi pencinta wanita dan lelaki kan? heeeee...bila bercakap tentang kucing ni, teringat pula KY tentang kisah seorang wanita tua dengan seekor kucing di tanah suci, ini kisah benar yang terjadi...u alls pernah dengar, kalau belum pernah meh baca...kisahnya begini...

Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. iaitu mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda yang sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaib daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi s.a.w. kita, mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

Lihatlah betapa besarnya ganjaran perbuatan baik itu, janganlah menganiaya binatang, mereka juga makhluk Allah yang mahukan kasih sayang...

Kisah Alqamah Yang Malang

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, Alhamdulillah, kesihatan KY sudah kembali dan rasa ceria ingin berblog sudah kembali heeee, u alls pula macam mana, sihat? Alhamdulillah, tapi bila sihat ni, banyak pulak aktivitinya, biasalah cuti-cuti ni, apa lagi kalau bukan majlis perkahwinan, sana-sini jemputan, esok cousin pulak bertunang...tapi tak apalah sekarang time mereka, time KY dah lepas heeeee...

Semalamkan, KY tengok al-kuliyyah di tv3, isu yang dibincangkan tentang anak derhaka, lebih kurang, KY lupa tajuk sebenar, ustaz kata, betapa hebat pun pun amalan yang kita lakukan tapi kalau menderhaka kepada ibu, semuanya tiada guna, contohnya seperti apa bila kita menunaikan solat sunat, kalau ibu memanggil, kita boleh tinggalkan solat itu dan menyahut panggilan ibu.


Bila KY dengar perbincangan itu, teringat KY satu kisah tentang seorang lelaki yang bernama Alqamah. beliau adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw. beliau juga seorang yang kuat beramal tetapi disaat kematiaanya, dia begitu susah untuk menghembuskan nafasnya dan sukat mengucapkan dua kalimah syahadah.

Keadaan Alqamah waktu itu sangat menyedihkan, dengan wajah yang pucat, mulut terkatup rapat serta tangan dan kakinya kaku tidak dapat bergerak. itulah yang merisaukan hati para sahabatnya. tapi Rasulullah tahu itu semua bukan kerana beliau kekurangan amal ibadah tetapi kerana menderhaka kepada ibunya.

Lalu Rasulullah memanggil ibunya dan bersabda, "Wahai ibu Alqamah, ampunkanlah dosa anakmu"
namun ibunya enggan, kerana Alqamah telah mengecilkan hatinya. menurut ibunya, sebelum berkahwin, Alqamah seorang anak yang patuh, hormat dan begitu mengambil berat hal ehwal ibunya. Tetapi apabila telah berkahwin dia banyak melebihkan isterinya dan sering mengasari ibunya sehingga ibunya berkecil hati.

Melihat keengganan ibunya, Rasulullah saw. mengancam untuk membakar Alqamah. Menangis ibu Alqamah apabila diancam sebegitu, kerana kasih sayang pada anaknya itu terlalu mendalam. Lalu dia pun memaafkan anaknya. Sebaik sahaja ibunya memaafkannya, dengan mudah Alqamah mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Subhanallah...tak terbayang betapa besarnya kasih sayang ibu. kerna itu, sayangilah ibu kita dan hargailah mereka, apa lagi kalau mereka masih ada...jagalah mereka semampu kita, bukan harta yang mereka mahukan tapi perhatian dan kasih sayang dari anak-anaknya....

Rindu Ibu...Al-fatihah buat IBU DAN AYAH TERSAYANG....Semoga Allah menempatkanmu dikalangan orang-orang yang beriman..Aamiin

Terima Kasih Awak, Sentiasa Bersama Saya

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls,

Awakkkk...
dah lama saya nak tulis kisah tentang kita, tapi asyik tertangguh je, bukan sebab apa, kekadang saya terlupa, padahal awak sentiasa bersama saya.

Awakkk...
masih ingat tak lagi pertemuan kita yang pertama, di saat itu saya memang tergila-gilakan awak, lagi pun, teman-teman saya semuanya dah ada, cuma saya je yang masih solo, kekadang tu malu juga saya, asyik orang bertanya saja...

Awakkk....
awakkan tahu, saya ini seperti apa, akhirnya saya nekad untuk memiliki awak...namun setelah bertahun-tahun bersama, sekarang saya merasa bosan, bosan kerana sikap awak, yang terlalu menganggu..

Awakkk...
saya tahu awak masih sayangkan saya, awak tak pernah jemu menghadap saya, menghantar SMS kepada saya, tapi saya sudah cakap saya sudah bosan dengan awak, sebab awak kadang-kadang menyakitkan hati saya...tapiiiiiiii....saya masih memerlukan awak...

Awakkk...
maafkan saya, sejak kebelangan ini saya jarang beri perhatian pada awak, namun awak tetap setia dengan saya, itu lah yang membuatkan saya tak dapat tinggalkan awak, walaupun hati ini meronta-ronta, tapi saya terfikir kalau tanpa awakkk...apa yang mampu saya lakukan...

Awakkk....
apa-apa pun Thanks sebab tak pernah lupakan saya , tak pernah henti text saya walaupun saya tak pernah balas . Thanks sangat-sangat.....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
"### Celcom ###"



Ketahui 7 Perkara Ganjil Yang Harus Direnungkan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, apa khabar, KY harap semuanya berada di dalam kesihatan yang baik, cuma KY je yang kurang sihat, rindu nak ke blog u alls, dah ada yang cuba buat kek gula hangus tu, jadi tak? mesti jadikan, u alls kan pandai heeee,

Ok..untuk kali ini KY nak kongsi sesuatu dengan u alls, artikel ini dah lama tersimpan dalam simpanan KY, seandainya KY merasa tak sedap hati KY akan baca berulang-ulang kali agar ianya memberi semangat dan keyakinan, dan untuk muhasabah diri ini, dengan kisah ini selalu membuatkan KY menyedari betapa kerdilnya kita, jom kita dengar sama-sama...



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah SWT sewaktu hidupnya. Lantaran Allah SWT menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah SWT sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah Salallahu Alaihi Wassallam pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah SWT baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya dari Allah SWT kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam.. Sama-samalah kita renungkan.


Resepi Kek Gula Hangus

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, bestnya cuti, walaupun bukan KY yang cuti heeee, apa khabar u alls, sihat? Alhamdulillah...ccuti sekolah ni kan, banyak pulak undangan perkahwinan, boleh kata hari-harilah makan gulai heeee.,

Ok, sempena cuti sekolah ni, KY nak kongsi satu lagi resepi kek, buat ibu-ibu tu, bolehlah buatkan nanti untuk anak-anak dan suami tercinta kan? sukalah nanti mereka...ok, resepi kali ini adalah Kek Gula Hangus, atau ada yang panggil kek span..taj perlu cakap banyak, jom kita mulakan sesi kelas memasak kita....



Bahan-bahan
(A)
250gm gula
225ml air
1 sudu besar mentega

Bahan-bahan
(B)
125gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
( diayak)
4 biji telur (gred A)
2 sudu besar susu pekat manis


Cara Membuatnya
1. Masak gula hingga cair (jangan terlalu hangus, nanti pahit) tuang air sedikit-sedikit dan teruskan kacau sampai menjadi betul-betul cair. padamkan api dan masukkan mentega, kacau biar sebati.

2. ( dalam bekas lain) pukul telur hingga pekat dan gebu, setelah itu, masukkan susu dan pukul lagi sehingga sebati.

3. Seterusnya masukkan bahan yang telah diayak dan kacau lagi.

4. Masukkan air gula tadi dan gaul hingga betul-betul sebati. dan akhir sekali apa lagi bakarlah hingga maskkkk....

AAaaaaaa....senangkan? senang saja KY ni hihihi..betul senang je, kalau u alls nak lagi cantik, kukus pun boleh, lagi lembut dan gebu....oklah..sampai sini saja kelas kita untuk kali ini, lain kali kita belajar lagi, yang penting cuba jangan tak cuba...


Wahai Hawa, Dengarlah Pesanan Untukmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman buat u alls, eemmm...hari ini hari terakhir sekolah di pantai timur, maka cuti panjanglah nanti, nampaknya waktu berblog KY pun akan sedikit tergendala, maklumlah..bila dah semua ada kat rumah, berebut laptoplah...bilalah dapat beli yang lain, tak payah nak rebut-rebut..

Ok...hari tu KY dah kongsi artikel tentang Saat dan Ketika Allah Menciptakan Wanita, dah bacakan? kalau yang belum baca, klik tajuk tu, jangan ketinggalan tau...dan setelah kita ketahui, betapa sempurnanya Allah menciptakan kaum hawa ini, maka dengan itu kita harus menghargai dan menjaganya dengan baik. InsyaAllah, dan untuk kali ini, KY nak sampaikan pesanan pula buat kaum hawa, agar kita akan lebih menghargai dan bersyukur....


Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

"Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki."


Mulakan Hari Dengan Senyuman

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, hari ini cuaca cerah dan ceria je nampak, u alls ceria? Alhamdulillah..tebarkan senyuman buat semua..walaupun hati kecil kita tak berapa nak gembira  heeee...tapi bahagia milik semuakan? jadi kenapa nak susah-susahkan diri, bertawakal dan berserah padaNYA...

U alls tahu, orang yang bahagia mungkin tak senyum, tapi orang yang senyum itu pasti bahagia, kata Dato' Fadzilah Kamsah dan menurut kajian, senyuman yang ikhlas datangnya dari hati, sekurang-kurangnya 10 saat. bila kita senyum lebih dari sepuluh saat 3 hormon akan dikelurkan oleh badan...eeemmm...u alls tak nak tahu ke? kalau nak tahu, teruskan membaca hihih..


Hormon pertama, Endorphin yang rangsang kita untuk tenang dan ceria.

Yang kedua, Enkephylin yang menguatkan sisitem imuniti dan jadikan kita lebih sihat 

dan yang ketiga, Dynophin yang memberi kita tenaga dan semangat. 

Haaa...itu dia, macam mana? suka kan? kalau hari-hari hidup kita ceria, bagai tiada masalah yang melanda alangkah bagusnya heeee, justeru itu, jom kita senyum dan kita sedekah kepada orang lain dan sedekah kepada diri sendiri. U alls juga harus tahu, bayi senyum sekitar 400 kali sehari. jadi apa kata kita keluarkan sifat baby yang ada dalam diri kita dan senyum 400 kali hari ini. pasti orang suka, kan senyuman baby...hihihi , jom nyayi sendiri lagu ni...pasti ceria, ( tak jumpa video yg ok di youtube)

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri


Senyum umpama titian

Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum