Dengarlah Rayuan Masa

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

rakan blogger tersayang...lama2 sekali sempat update blog..adaoiiii, lama tak bagi motivasi..sesekali best juga, bukan untuk orang lain pun, untuk diri sendiri juga kan.....

dengarlah rayuan masa....hai, dengar tajuk cam best je kan...tapi kalau baca rasanya lagi best..alamakkk...perasanlah pulak..

ok..macam ni, kalau kita lihat sekeliling kita sekarang, terutama aktiviti remaja, kalau diperhatikan betul2, berapa ramai yang tidak mengambil berat tentang masa. waktu yang sepatutnya dimanfaatkan untuk kebaikkan seperti belajar, membantu ibu bapa tetapi digunakan untuk lepak atau terlibat dengan aktivitiyang tidak bermanfaat.

contohnya sekarang tempat MY, ada aktiviti rollerblake, adoiiii...bercampur gaul lelaki dan perempuan...takut bila fikirkannya...

sepatutnya setiap saat yang dilalui perlu diisi sebaik mungkin, sebab waktu yang berlalu takkan dapat kita ulangi lagi, kan..masa yang telah pergi, takkan kembali lagi..gituuu.

ustaz selalu bilang, manfaatkan masa muda agar kita mampu menuai kecemerlangan di hari tua..pandaikan ustaz hihiih...

jadi apa lagi, jom kita penuhkan waktu kita dengan aktiviti yang bermanfaat, dari kita bermain rollerblake lebih baik kita kita penuhkan surau kat rumah kita tu..besar pahalanya kan.....

Hina !!! Memang Hina

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum


Tidak dapat dinafikan ketinggian martabat ibu bapa dalam agama kita iaitu agama Islam.semua orang tahu, syurga di bawah telapak kaki ibu. ketika kita masih kecil dan kita masih jahil tentang dunia ini, ibu bapalah yang bersusah payah membesarkan kita dan mengenalkan kita kepada dunia.

kita di jaga seperti menatang minyak yang penuh, kerana apa? kerana mereka sayangkan kita. mereka sanggup berkorban tidur lena mereka, semata mata untuk membunuh nyamuk yang cuba mengigit kita, tak makan kerana mahu kenyangkan kita, sentiasa mencuba penuhi kemahuan kita....

tetapi.....apabila besar, alangkah teruknya anak anak yang meninggalkan ibu bapa dengan pelbagai alasan. sibuk dengan kerja, dah ada keluarga sendiri dan sebagainya. apa kata jika masa kita kecil dahulu, ibu bapa kata kepada kita yang meraka sibukdan tidak mahu menghiraukan kita? tepuk dada tanya selera...