Resepi Donut Gebus


بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum sahabat blogger, subhanallah...lamanya tak bersua. rindu dengan semua, rindu dengan blog dan rindu sangat nak menulis
apakan daya masa dan waktu tidak mengizinkan... ada yang masih ingat tak pada blog ni... atau pada tuan empunya blog yg cantik manis ni haaaa....
kerana lama sangat tak ambil peduli tentang blog, habuk jangan cakaplah..sampaikan pasword pun lupa...masya allah...tapi untuk pengetahuan semua, walaupun tak aktif di blog, mizz yatie masih aktif di page.. cubalah singgah..

ok..tak nak buang masa, setelah sekian lama tak berkongsi ilmu, hari ni mizz yatie nak kongsi resepi... aaaaa..pasti ramai yang ternanti2kan resepi dari mizz yatie kan? (eemmm..perasan pulakk)..
jom kita lihat apa resepinya...


Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu planta
2 sudu susu tepung
2 sudu gula
1 sudu yis
1/2 cawan air suam
sedikit garam (tapi MY tak suka letak)


Cara Membuatnya
1) Masukkan yis dan gula dalam air suam dan kacau sampai berbuih. biarkan ditepi 
2) Masukkan tepung gandum, susu dan planta. ratakan bahan-bahan tersebut.
3) Maukkan adunan yis tadi dan uli sampai sebati, kalau rasa keras lagi adunan tu tambah sedikit air, paling sesuai air sejuk dalam peti ais.
4) Perap adunan tu, tak kiralah lama mana pun suka hati u alls lah heee

Ok..macam mana senang tak? tengok senang, tapi cukup susah nak buat, yang tak biasa buat, cubalah..manalah tahu kut-kut nanti jadi pakar buat donut heeee..Selamat Mencuba

p/s: guna cawan yang sama ok? tak kiralah cawan besar mana