Belum Cuba Belum Tahu

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

gambar tak ada kena mengena dengan entri, saja nak letak, jangan marahhh....

"KITA TIDAK TAHU JIKA KITA TIDAK MULAKAN,"

apa yang kita tidak akan tahu? kalau kita inginkan sesuatu, mana boleh kita duduk diam saja kan? ungkapan di atas, nampak macam mudah je di ucapakan, tetapi kalau kita tak amalkan, macam mana kita nak hidup berjaya, betul tak?

kita ni, mana tahu kekuatan sebenar yang kita ada, cuba kita lihat, dah ramai kat luar sana yang mampu menawan puncak Everest yang tinggi dalam kesejukan, ada juga yang telah menerokai angkasa lepas untuk mendarat di bulan dan banyak lagi kalau kita selidiki.


semua itu akan kita ketahui hasilnya, setelah kita MULAKAN LANGKAH PERTAMA,

"IKAN DITUBA DARI PERAHU,
BELUM CUBA BELUM TAHU"

dengan ilmu, kemahiran dan usaha betul yang bersungguh sungguh dan tidak lupakan Allah, In shaa Allah kita akan berjaya..

Ingatlah, melengahkan tindakan bermakna kita melengahkan permulaan, Melengahkan permulaan bermakna kita melambatkan kejayaan kita