Selagi Tak Ada Kesedaran, Masalah Ini Takkan Pernah Habis

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

kes apa yg dimaksudkan MY? baru baru ini pun berlaku lagi. tadi masa majlis pemyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar KAFA..pun di masalah ini di bentangkan..sampai ada yg sanggup bunuh diri..

tentu u alls tahu, apa lagi KES BULI lah..dimana kesedaran anak2 kita tentang kes ini, hari ini dia tengok kat tv, perkara ini berlaku kat sekolah orang lain, tup tup..berlaku di sekolahnya pulak dia pulak..yang sedihnya dia yg jadi pembuli...tak takut ke, pada undang2..dah lah bawah umur, kalau di dapati bersalah...masuk pemjara atau ke sekolah juvana...gelap masa depan..

kerana masalah buli ini juga, ada yg sanggup bunuh diri, ada yg tercedera, ada yg trauma dan macam2 lagi. kesian kat ibubapa mereka tapi kesian lagi ibubapa pembuli..dimana nak letak muka mereka, di atas kesalahan yg dilakukan oleh anak2.

mereka bersusah payah menghantar kita ke sekolah, supaya menjadi insan yg berguna dan berbakti kepada mereka bila dah dewasa, tapi apa yg kita balas diatas pengorbanan mereka..keaiban yg kita beri...

Ya Allah...kau berikanlah petunjuk dan hidayahmu buat anak2 ini, jangan biarkan mereka terus hanyut dalam dunia fantasi mereka, kau bimbinglah mereka agar menjadi insan yg berbakti pada negara, masyarakat dan yg paling penting menjadi anak anak yg soleh dan solehah buat kedua orang tuanya..Aamiin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan