Astagfirullah.....Bayi Dicampak Dari Tingkat Tiga

Assalamualaikum

Hari tu KY ada post entri berkaitan pembuangan bayi disini dan disini. Hari ni, ada lagi kes pembuangan bayi, tapi yang ini lebih kejam...nak tahu baca dulu...



PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat itu. Klik untuk baca selanjutnya


Dah baca? Astagfirullah..alazim, kenapalah manusia sekarang terlalu zalim, zalim dengan bayi yang masih mentah dan tak tahu apa-apa. Salah bayi itukah ianya dilahirkan ke dunia, kemahuan diakah untuk lahir kedunia? Allah hu akbar, tak sanggup hati ini melihat keadaan ini. 

Bilakah akan berakhir hal-hal sebegini. Mahu salahkan siapa? Mahu salahkan ibu bapa kerana tidak mendidik anak-anak dengan betul? Kenapa nak salahlah mereka, mana ada ibu bapa yang mahukan anak-anaknya menjadi manusia yang tak berguna. Kita di beri akal fikiran, lalu kenapa kita sanggup melakukan hal yang dilarang? Sedarlah wahai insan, hidup kita hanya sementara, berbuatlah untuk kebaikkan, jangan jadikan dunia segalanya buat kita....

"Hati adalah raja segalanya, jagalah hati kita, sentiasa sihat dan putih, jangan jadikan hati kita hitam, kerna itu akan menghitamkan kehidupan kita sendiri. Ya Allah...kuatkanlah hati hambaMU, untuk terus bersamaMU...Aamiin"

Jadikanlah ini sebagai pengajaran buat kita, jangan pernah buat kesilapan dan terus membuat kesilapan. Kembalilah pasa sang PENCIPTA.

p/s: maaf sedikit emosi