Ibu Dan Ayah, Cintailah Mereka Apa Adanya

Assalamualaikum


Satu soalan dari KY, u olls masih punya ibu bapa? Alhamdulillah....sayangi mereka dan pada mereka yang telah kehilangan , kirimkan selalu doa buat mereka. KY nak cerita sikit tentang sikap kita terhadap ibu bapa, kerana itulah yang akan menentukan dimanakah tempat terakhir kita kelak, neraka atau syurga.

Dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan kami perintahkan kepada manusia ( berbuat baik ) kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam tempoh 2 tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu. Hanya kepada Akulah tempat kamu kembali"


Lalu bagaimana pula cara untuk kita tunjukkan rasa cinta kita terhadap mereka? Sebagai anak apa impian terbaik kita untuk mereka?  Dan dalam setiap impian dan cita-cita kita, adakah mereka menjadi keutamaan atau hanya sekadar "DIHUJUNG INGATAN?"

U olls tahu tak? Mendapatkan redha mereka bukan hanya semata-mata untuk memenangi hati mereka tetapi kerana kerehdaan daripada merekalah, maka kita akan mendapatkan kerehdaan daripada Allah s.w.t. Inilah cara dan jalan untuk memperolehi kebahagian hidup.

Ok, bagaimana pula adab-adab kita terhadap ibu bapa? jom kita lihat sama-sama....
  • Taat perintah mereka
  • Segera menjawab panggilan mereka
  • Tidak memotong bicara mereka
  • Tidak bermuka masam dalam apa jua keadaan
  • Tidak keluar rumah tanpa izin mereka
  • Tidak membuat keputusan kecuali setelah mendapat izin dan restu daripada mereka
  • Memberikan hadiah kepada mereka pada waktu-waktu tertentu
  • Memuliakan sahabat mereka
  • Sabar ketika menjaga mereka jika mereka telah lanjut usia
Boleh ke kita lakukan? terutama adab yang ke 4. kerana KY  tahu, susah untuk kita buat, kita tentu akan buat muka, bila kena marah, tapi InsyaAllah kita cuba perbaikinya ok? KY harap ini berguna buat u olls dan juga KY....sama-sama menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.....

13 ulasan:

  1. kata orang, kalau nakkan anak yg soleh, jadilah anak yg soleh dahulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu memang betul pha, yang penting diri kita dulukan?

      Padam
  2. beruntung pada sesiapa yang masih mempunyai ibu/ayah...jagai mereka sebaik mungkin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. selagi mereka masih ada hargai mereka, jangan kita menyesal pulak kemudian kan akak

      Padam
  3. salam..

    doakan semoga mereka tenang disana.

    BalasPadam
  4. السلم عليكم ورحمة الله

    Berbuat baiklah kepada anak-anak, nescaya mereka akan berbuat baik kepada kita ketika kita sudah berusia tua...

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam ustaz,

      betulkan ustaz, kalau kita berbuat baik pada mereka, mereka akan lebih menhormati kita..susah jugakan menjadi ibu bapa, besar tanggungjawab

      Padam
  5. Hormati Bapa dan Ibu sukses menuju sorga

    BalasPadam
  6. mantab brrooo. . lanjutkan karyamu smoga tambah sukses

    BalasPadam
  7. Artikel yang sangat menarik...bersyukur bagi sesiapa yang telah dan sedang melakukannya...karena berbakti kepada kedua orang tua kita adalah kunci keselamatan didunia dan di akhirat. salam kenal z ea sob !!!

    BalasPadam