Ciri-ciri Lelaki Idaman

Assalamualaikum...

Hari ke dua berblog. hahaha...mengira harilah pulak. Apa-apa pun terima kasih pada yang sudi singgah dan apa lagi follow blog KY yang masih sunyi ni. Hari ni KY nak cakap pasal ciri-ciri lelaki idaman. Kita kan sebagai perempuan tentu nak lelaki yang baik, kalau boleh nak yang terbaik, yang hensem, matang ye dokkk...nak yang sempurnalah katakan...

Tapi kita harus ingat, mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ni .Nak tahu tak ciri-ciri yang biasa dicari oleh gadis-gadis di luar sana..jom KY bagi tahu..



@ Romantik
     Ini adalah ciri yang paling utama, kerana lelaki yang mempunyai sifat ini, mampu membuatkan gadis-gadis dilayan seperti permaisuri. Ada ke lelaki macam ni? Kalau KY lah, tak naklah yang terlebih romantik, merimaskan je kan kan....

@ Bijak bergaya
     Menjaga penampilan itu adalah satu kewajipan agar sejuk setiap kali mata memandang. KY suka lelaki yang kemas ni..hehee

@ Suka pada kanak-kanak
     Ada yang tak suka pada budak-budak ke? bahaya ni hahaa....Lelaki begini biasanya bersikap penyayang dan berjiwa lembut..

@ Berkerjaya Stabil
     Ini adalah penjamin hidup kita di dunia yang fana ini. kalau tak de kerja cam mana nak hidupkan? takkan boleh hidup kalau dengan cinta saja...

@ Mempunyai sikap yang lucu dan kelakar
     KY suka tau lelaki yang macam ni, tentu akan membuat kita selalu tersenyumkan? u olls suka tak?

@ Sopan
     Lelaki yang sopan akan sentiasa menghormati orang tuan kita apa ibu bapanya kan? Walaupun tak ramai dah lelaki sopan ni, tapi KY yakin masih ada di luar sana...

@ Beriman
     Paling utama dari yang diatas lelaki beriman. yang dapat membimbing kita ke arah kebaikkan. mencapai syurga yang diimpikan...dan KY yakin lelaki begini yang sentiasa di cari pleh gadis-gadis..

Oklah..itu je yang mampu difikirkan...dan satu pertanyaan untuk u olls semua..Lelaki macam mana yang u olls nak?
   



13 ulasan:

  1. Sempurnanya idaman ni kan, harap jumpa yg begini lah hehe..

    BalasPadam
  2. sume pompuan nk laki yg ada ciri2 yg mcm KY katakn tu,eiyqha seboleh2 nya nk laki yg terima eiyqha seadanya n dpt membimbing kite ke arah kebaikan..*winkwink

    BalasPadam
  3. @eiyqha afiqha

    itu sebenarnya yg terbaik, menerima apa adanya kita..

    BalasPadam
  4. jgn terlalu mengharap pada yang diidamkan, kelak keciwa jika tak sempurna... hehehehe

    BalasPadam
  5. saya suka yg pandai wat lawak..hehehe..

    BalasPadam
  6. @pha is

    itulahkan, mana ada manusia yg sempurna, seperti kata eiyqha, terima seadanya

    BalasPadam
  7. like.. selamat berbloggingya :)

    BalasPadam
  8. السلم عليكم ورحمة الله

    Kita orang lelaki memang sukar nak jadi sempurna seperti yang diidamkan kerana yang sempurna hanyalah Rasulullah s.a.w. Namun usahanya harus dilakukan untuk menjadi terbaik...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam ustaz,

      betul tu, mana ada yan benar2 sempurna selain Baginda saw..cuma kita blh mencuba yg terbaik untuk diri kan?

      Padam
  9. klu wanita idaman ada tk...?

    BalasPadam