Gembirakan Hatimu

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur pada Ilahi, dapat lagi berbicara disini. Bagaimana ya khabarnya sahabat-sahabat semua. KY kat sini Alhamdulillah...sihat-sihat aja. Bagaimana dengan sambutan lebaran? meriah takkkk...KY sambut dengan sederhana saja.

Sebelum tu, KY nak ucapkan terima kasih banyak-banyak, pada u olls semua, yang sudi singgah kat sini. Lama jugakkan KY menyepi..hihihi...raya katakan hahaaa...KY pun tak ada apa nak cerita ni..Apa-apa pun InsyaAllah...nantikan kemunculan KY kat blog u olls, dah banyak ketinggalan cerita-cerita menarik kan?


Sebelum KY mengundur diri, KY ada pesanan buat kita renungkan bersama...

Melalui kejadian-kejadian yang tidak menyenangkan
itulah yang mengajar kita tentang nilai satu nikmat.

Janganlah menjadikan kesusahan dan kesedihan
kita sebagai hal yang penting untuk diperkatakan.
kerana dengan berbuat begitu,
bermakna kita telah menjadikan hal tersebut,
sebagai penghalang untuk mencapai kebahagiaan.

JANGANLAH MUDAH BERPUTUS ASA DAN BERHENTI BERJUANG.
CERIAKAN HARI INI DENGAN SENYUMAN.